original
stringlengths 28
38.9k
| cleaned
stringlengths 3
11.7k
| no_page
int64 0
70k
| actual_no_page
int64 1
252
| date
unknown | url
stringlengths 60
60
|
---|---|---|---|---|---|
DR.01.04.2015 5
Sebenarnya esok dan lusa, kita ada program yang besar di MITI. Esok, saya akan
adakan Town Hall Meeting di MATRADE daripada 9.00 pagi hingga 11.00 pagi yang mana
saya akan menjawab semua soalan yang dibangkitkan oleh peserta. Kita telah menulis
kepada semua parti politik kerajaan dan pembangkang untuk menghantar wakil dan juga
NGO, persatuan perniagaan dan individu. Kita menjangkakan 700 orang atau 800 orang
akan hadir dan kita juga akan ada woksyop bermula pagi, petang, esok dan hari Jumaat.
Jadi dua hari kita ada perbincangan secara terbuka mengenai TPP dan tujuannya ialah
untuk membolehkan kita mendapat pandangan daripada rakyat dan ini penting untuk
memandu kita bagi mengharungi cabaran-cabaran.
Kita ada beberapa cabaran. Pertama berkaitan dengan isu bumiputera. Ini
termasuklah perolehan kerajaan kerana TPP juga berkaitan dengan untuk membuka sektor
perolehan kerajaan kepada negara-negara TPP. Ada isu-isu yang berkaitan dengan
syarikat milik kerajaan, ada isu berkaitan dengan mekanisme Penyelesaian Pertikaian
Pelabur - Negara (ISDS), ada juga isu-isu berkaitan dengan hak harta intelek. Perundingan
ini adalah satu perundingan yang amat rumit dan kita telah mendapat banyak pandangan
Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia. Insya-Allah, mana-mana pandangan yang kita rasakan
munasabah, kita akan ambil kira.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia terus - saya tahu bahawa banyak pihak dalam
Dewan ini ataupun di luar yang mendesak supaya kerajaan berhenti untuk berunding
dengan negara lain. Kerajaan berpendapat bahawa sebagai sebuah negara yang banyak
bergantung kepada perdagangan dan pelaburan asing, adalah wajar kita terus berbincang
dengan rakan-rakan kita untuk memastikan bahawa Malaysia terus menjadi satu destinasi
pelaburan dan perdagangan yang utama di rantau ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: Terima kasih kepada
Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang beri jawapan
yang menarik pada pagi ini. Saya setuju seperti disebut oleh Menteri tadi bahawa perjanjian
ini ialah satu perjanjian kontroversi yang sudah berlarutan lima tahun lamanya. Selalunya
dalam isu seumpama ini, kita akan diberitahu oleh kerajaan ia bagus untuk negara, bagus
untuk rakyat, samalah seperti GST bagus untuk negara, bagus untuk rakyat. Itu janji manis.
Akan tetapi hakikatnya, perkongsian yang disebut oleh Menteri sebentar tadi, ia membentuk
satu penjajahan melibatkan kedaulatan negara di samping penjajahan ekonomi oleh negara
kapitalis yang lebih besar lagi.
Persoalan saya ialah, jika selepas kajian benefit dibuat sama ada oleh kerajaan,
adakah kerajaan juga bersedia untuk membentuk satu jawatankuasa luar daripada kerajaan
untuk juga mengkaji kebaikan dan keburukan TPPA dan bersediakah kerajaan jika terbukti
keburukan melebihi daripada manfaat ataupun sekurang-kurangnya manfaat dan
keburukan sama banyak? Adakah kerajaan bersedia untuk menarik balik TPPA ini atas
dasar konsep kalau kita ambil kaedah Islam, dar’ul mafasid, “Menolak keburukan lebih baik
daripada menarik manfaat”? Terima kasih.
Dato’ Sri Mustapa Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, bagus atau tidak bagus ini
biasalah. Apa juga langkah yang kita ambil, ada yang bagus, ada yang tidak bagus. Tidak
ada semuanya bagus. Itu lumrah alam kita sebagai manusia, tidak maksum dan tidak ada
siapa yang sempurna, kita manusia tidak sempurna. Jadi Tuan Yang di-Pertua, yang
penting kita akan adakan kajian cost benefit analysis dan selepas itu kerajaan akan buat
keputusan, kita akan tetapkan pendirian. Selepas itu kita akan datang ke Parlimen dan Ahli
Parlimen akan membuat keputusan sama ada hendak buat jawatankuasa - Ahli Parlimen
akan menentukannya.
Ini ialah satu tindakan kerajaan yang dengan izin, unprecedented, tidak pernah.
Sebenarnya perjanjian perdagangan, saya sendiri sudah tandatangan lima dan yang
terakhir dengan Turki. Insya-Allah akan berkuat kuasa beberapa bulan lagi, lima. Jadi tidak
pernah kita bawa ke Parlimen tetapi oleh kerana ini merupakan satu perkara yang amat
penting, kita buat keputusan untuk datang ke sini dan Ahli Parlimen akan buat cadangan,
| Sebenarnya esok dan lusa, kita ada program yang besar di MITI. Esok, saya akan adakan Town Hall Meeting di MATRADE daripada 9.00 pagi hingga 11.00 pagi yang mana saya akan menjawab semua soalan yang dibangkitkan oleh peserta. Kita telah menulis kepada semua parti politik kerajaan dan pembangkang untuk menghantar wakil dan juga NGO, persatuan perniagaan dan individu. Kita menjangkakan 700 orang atau 800 orang akan hadir dan kita juga akan ada woksyop bermula pagi, petang, esok dan hari Jumaat. Jadi dua hari kita ada perbincangan secara terbuka mengenai TPP dan tujuannya ialah untuk membolehkan kita mendapat pandangan daripada rakyat dan ini penting untuk memandu kita bagi mengharungi cabaran-cabaran. Kita ada beberapa cabaran. Pertama berkaitan dengan isu bumiputera. Ini termasuklah perolehan kerajaan kerana TPP juga berkaitan dengan untuk membuka sektor perolehan kerajaan kepada negara-negara TPP. Ada isu-isu yang berkaitan dengan syarikat milik kerajaan, ada isu berkaitan dengan mekanisme Penyelesaian Pertikaian Pelabur- Negara (ISDS), ada juga isu-isu berkaitan dengan hak harta intelek. Perundingan ini adalah satu perundingan yang amat rumit dan kita telah mendapat banyak pandangan Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia. Insya-Allah, mana-mana pandangan yang kita rasakan munasabah, kita akan ambil kira. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia terus- saya tahu bahawa banyak pihak dalam Dewan ini ataupun di luar yang mendesak supaya kerajaan berhenti untuk berunding dengan negara lain. Kerajaan berpendapat bahawa sebagai sebuah negara yang banyak bergantung kepada perdagangan dan pelaburan asing, adalah wajar kita terus berbincang dengan rakan-rakan kita untuk memastikan bahawa Malaysia terus menjadi satu destinasi pelaburan dan perdagangan yang utama di rantau ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang beri jawapan yang menarik pada pagi ini. Saya setuju seperti disebut oleh Menteri tadi bahawa perjanjian ini ialah satu perjanjian kontroversi yang sudah berlarutan lima tahun lamanya. Selalunya dalam isu seumpama ini, kita akan diberitahu oleh kerajaan ia bagus untuk negara, bagus untuk rakyat, samalah seperti GST bagus untuk negara, bagus untuk rakyat. Itu janji manis. Akan tetapi hakikatnya, perkongsian yang disebut oleh Menteri sebentar tadi, ia membentuk satu penjajahan melibatkan kedaulatan negara di samping penjajahan ekonomi oleh negara kapitalis yang lebih besar lagi. Persoalan saya ialah, jika selepas kajian benefit dibuat sama ada oleh kerajaan, adakah kerajaan juga bersedia untuk membentuk satu jawatankuasa luar daripada kerajaan untuk juga mengkaji kebaikan dan keburukan TPPA dan bersediakah kerajaan jika terbukti keburukan melebihi daripada manfaat ataupun sekurang-kurangnya manfaat dan keburukan sama banyak? Adakah kerajaan bersedia untuk menarik balik TPPA ini atas dasar konsep kalau kita ambil kaedah Islam, dar'ul mafasid, "Menolak keburukan lebih baik daripada menarik manfaat"? Terima kasih. Dato' Sri Mustapa Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, bagus atau tidak bagus ini biasalah. Apa juga langkah yang kita ambil, ada yang bagus, ada yang tidak bagus. Tidak ada semuanya bagus. Itu lumrah alam kita sebagai manusia, tidak maksum dan tidak ada siapa yang sempurna, kita manusia tidak sempurna. Jadi Tuan Yang di-Pertua, yang penting kita akan adakan kajian cost benefit analysis dan selepas itu kerajaan akan buat keputusan, kita akan tetapkan pendirian. Selepas itu kita akan datang ke Parlimen dan Ahli Parlimen akan membuat keputusan sama ada hendak buat jawatankuasa- Ahli Parlimen akan menentukannya. Ini ialah satu tindakan kerajaan yang dengan izin, unprecedented, tidak pernah. Sebenarnya perjanjian perdagangan, saya sendiri sudah tandatangan lima dan yang terakhir dengan Turki. Insya-Allah akan berkuat kuasa beberapa bulan lagi, lima. Jadi tidak pernah kita bawa ke Parlimen tetapi oleh kerana ini merupakan satu perkara yang amat penting, kita buat keputusan untuk datang ke sini dan Ahli Parlimen akan buat cadangan, | 5 | 17 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
6 DR.1.4.2015
jawatankuasa atau tidak, tertakluk kepada Ahli Parlimen. Apa yang penting, ada kajian cost
benefit analysis.
Kita akan bentang dalam Dewan Rakyat ini dan akan dihebahkan juga pada umum
dan rakyat akan berhak membuat pandangan dan melalui Ahli Parlimen mereka, kita harap
Ahli Parlimen akan menyatakan sama ada buruk lebih banyak daripada baik ataupun baik
lebih banyak daripada buruk. Ini akan ditentukan oleh Parlimen Malaysia pada masa yang
akan ditentukan oleh Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Datuk Seri Reezal Merican [Kepala Batas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak ucap terima kasih kepada pihak kerajaan kerana membuat penelitian yang
cukup mendalam melalui cost benefit analysis. Sebab apa pun yang disebut oleh Menteri
tadi, tetapi TPPA ini masih lagi mengundang skeptisisme. Ini juga terdorong kerana
disebabkan kerjasama multilateral free trade ini telah mengasingkan negara China, sebuah
negara yang secara regional dekat dengan kita dan negara the fast growing and the highest
growth in the world. Malahan kalau diambil kira market pun, ia hampir membentuk 1/5
daripada keseluruhan market dunia.
Jadi soalan saya, apakah pihak kerajaan melihat seandainya terdapat kekangan-
kekangan dalam kita untuk bersetuju tentang TPPA ini, apakah pihak kerajaan akan menilai
satu lagi bentuk kerjasama yang telah dicadangkan oleh pihak China iaitu ialah Free Trade
Area of the Asia Pacific (FTAAP) yang dibangkitkan di dalam Mesyuarat APEC pada tahun
lalu yang dipersetujui hampir 50% anggota APEC yang mana negara itu membabitkan
negara China dan dilihat market dia lebih friendly dan mungkin kerjasama blok ini akan jauh
lebih memberi manfaat seandainya TPPA ini tidak dapat direalisasikan? Terima kasih.
Dato’ Sri Mustapa Mohamed: Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Tuan
Yang di-Pertua, negara-negara APEC ini bilangannya 21 buah negara dan telah menjadi
aspirasi negara APEC untuk mewujudkan satu kawasan perdagangan bebas dalam
kalangan negara APEC menjelang tahun 2020. Jadi kita ada lima tahun lagi. Pada sidang
kemuncak APEC di Beijing pada tahun lepas yang dihadiri oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri, saya pun hadir bersama, telah dikeluarkan satu kenyataan dan kenyataan
itu merupakan kenyataan yang dipersetujui oleh semua, bukan 50% Yang Berhormat, 100%
bersetuju. Semua negara APEC bersetuju dengan cadangan negara China untuk
diwujudkan Free Trade Area of the Asia Pacific (FTAAP) 2020.
Itu maknanya semua negara bersetuju bahawa kita hendak wujudkan kawasan
bebas cukai dalam kalangan kesemua negara APEC. Itu antara sebab kenapa APEC
ditubuhkan lebih 20 tahun yang lalu.
■1110
Sehubungan ini, saya hendak maklumkan Dewan yang mulia ini bahawa beberapa
perjanjian perdagangan yang ada dibincangkan ini termasuklah TPP ini dianggap sebagai
satu building block.
elari dengan hasrat untuk mewujudkan FTAAP pada tahun 2020. Maknanya ada
negara-negara yang tertentu berpendapat bahawa TPP ini tidak bercanggah dengan hasrat
untuk mewujudkan FTAAP, malah ia dilihat sebagai membantu mewujudkan satu kawasan
bebas cukai. Itu daripada segi faktanya.
Isu yang dibangkitkan ialah China dengan Amerika. Ada yang berpendapat bahawa
ini merupakan langkah geopolitik ataupun politik Amerika untuk mengekang pengaruh
beberapa negara lain termasuklah negara China. Kita tidak tahu apa niat negara lain. Kita
melihat ini dalam konteks negara kita Malaysia sebagai sebuah negara merdeka yang
berdaulat kita hendak lihat apa faedah untuk kita, apa kos. Kita tidak pernah menyatakan
semua ada faedah. Kita terus menyatakan bahawa kos ada juga tetapi kalau faedah itu
jauh melebihi kos, maka kenapa tidak kita terlibat dalam perjanjian ini.
Jadi Malaysia tidak melihat ini sebagai satu usaha yang jelas untuk mengekang
pengaruh negara tertentu. Kita lihat dari sudut Malaysia. Akhir sekali kepentingan negara
dan kedaulatan negara sama ada ia akan membawa faedah kepada negara kita Malaysia.
Itulah yang menjadi pertimbangan terpenting bagi Malaysia, bukan kepentingan negara-
negara lain.
| jawatankuasa atau tidak, tertakluk kepada Ahli Parlimen. Apa yang penting, ada kajian cost benefit analysis. Kita akan bentang dalam Dewan Rakyat ini dan akan dihebahkan juga pada umum dan rakyat akan berhak membuat pandangan dan melalui Ahli Parlimen mereka, kita harap Ahli Parlimen akan menyatakan sama ada buruk lebih banyak daripada baik ataupun baik lebih banyak daripada buruk. Ini akan ditentukan oleh Parlimen Malaysia pada masa yang akan ditentukan oleh Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Datuk Seri Reezal Merican [Kepala Batas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ucap terima kasih kepada pihak kerajaan kerana membuat penelitian yang cukup mendalam melalui cost benefit analysis. Sebab apa pun yang disebut oleh Menteri tadi, tetapi TPPA ini masih lagi mengundang skeptisisme. Ini juga terdorong kerana disebabkan kerjasama multilateral free trade ini telah mengasingkan negara China, sebuah negara yang secara regional dekat dengan kita dan negara the fast growing and the highest growth in the world. Malahan kalau diambil kira market pun, ia hampir membentuk 1/5 daripada keseluruhan market dunia. Jadi soalan saya, apakah pihak kerajaan melihat seandainya terdapat kekangan- kekangan dalam kita untuk bersetuju tentang TPPA ini, apakah pihak kerajaan akan menilai satu lagi bentuk kerjasama yang telah dicadangkan oleh pihak China iaitu ialah Free Trade Area of the Asia Pacific (FTAAP) yang dibangkitkan di dalam Mesyuarat APEC pada tahun lalu yang dipersetujui hampir 50% anggota APEC yang mana negara itu membabitkan negara China dan dilihat market dia lebih friendly dan mungkin kerjasama blok ini akan jauh lebih memberi manfaat seandainya TPPA ini tidak dapat direalisasikan? Terima kasih. Dato' Sri Mustapa Mohamed: Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Tuan Yang di-Pertua, negara-negara APEC ini bilangannya 21 buah negara dan telah menjadi aspirasi negara APEC untuk mewujudkan satu kawasan perdagangan bebas dalam kalangan negara APEC menjelang tahun 2020. Jadi kita ada lima tahun lagi. Pada sidang kemuncak APEC di Beijing pada tahun lepas yang dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya pun hadir bersama, telah dikeluarkan satu kenyataan dan kenyataan itu merupakan kenyataan yang dipersetujui oleh semua, bukan 50% Yang Berhormat, 100% bersetuju. Semua negara APEC bersetuju dengan cadangan negara China untuk diwujudkan Free Trade Area of the Asia Pacific (FTAAP) 2020. Itu maknanya semua negara bersetuju bahawa kita hendak wujudkan kawasan bebas cukai dalam kalangan kesemua negara APEC. Itu antara sebab kenapa APEC ditubuhkan lebih 20 tahun yang lalu. #1110. Sehubungan ini, saya hendak maklumkan Dewan yang mulia ini bahawa beberapa perjanjian perdagangan yang ada dibincangkan ini termasuklah TPP ini dianggap sebagai satu building block. elari dengan hasrat untuk mewujudkan FTAAP pada tahun 2020. Maknanya ada negara-negara yang tertentu berpendapat bahawa TPP ini tidak bercanggah dengan hasrat untuk mewujudkan FTAAP, malah ia dilihat sebagai membantu mewujudkan satu kawasan bebas cukai. Itu daripada segi faktanya. Isu yang dibangkitkan ialah China dengan Amerika. Ada yang berpendapat bahawa ini merupakan langkah geopolitik ataupun politik Amerika untuk mengekang pengaruh beberapa negara lain termasuklah negara China. Kita tidak tahu apa niat negara lain. Kita melihat ini dalam konteks negara kita Malaysia sebagai sebuah negara merdeka yang berdaulat kita hendak lihat apa faedah untuk kita, apa kos. Kita tidak pernah menyatakan semua ada faedah. Kita terus menyatakan bahawa kos ada juga tetapi kalau faedah itu jauh melebihi kos, maka kenapa tidak kita terlibat dalam perjanjian ini. Jadi Malaysia tidak melihat ini sebagai satu usaha yang jelas untuk mengekang pengaruh negara tertentu. Kita lihat dari sudut Malaysia. Akhir sekali kepentingan negara dan kedaulatan negara sama ada ia akan membawa faedah kepada negara kita Malaysia. Itulah yang menjadi pertimbangan terpenting bagi Malaysia, bukan kepentingan negara- negara lain. | 6 | 18 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 7
Tuan Wong Chen [Kelana Jaya]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang
Berhormat Menteri, saya hendak tanya apabila perkara TPPA dibawa ke Parlimen, adakah
Parlimen diberi kuasa untuk undi sokong atau bantah TPPA? Kalau undi itu dibuat dan
keputusan dibuat oleh Parlimen, adakah keputusan itu diterima oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri? Terima kasih.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed: Ini isu yang pernah dibangkitkan dalam Dewan
ini. Kalau dirujuk ke Parlimen dan Parlimen membuat satu keputusan, sudah pasti kerajaan
akan menjadikan itu sebagai panduan untuk membuat keputusan dan panduan itu sudah
pasti satu panduan yang kuat. Jadi saya tidak boleh pre-empt dengan izin, apa yang akan
berlaku tetapi hakikat bahawa dibawa ke sini dengan izin ia akan jadi mockery kalau
kerajaan tidak mengambil kira pandangan Ahli Parlimen. Setakat itu sahaja yang boleh
saya nyatakan pada masa ini kerana kita belum sampai ke peringkat bulan Julai, Ogos
apabila isu ini akan dibawa dibentangkan dalam Parlimen untuk keputusan. Terima kasih.
[Soalan No. 3 – Y.B. Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah (Jasin) tidak hadir]
4. Dr. Ong Kian Ming [Serdang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status
terkini pembinaan laluan keluar MEX di Seri Kembangan, tarikh jangkaan siap dan kadar tol
yang akan dikenakan.
Timbalan Menteri Kerja Raya [Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin]:
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Serdang atas soalan yang
dikemukakan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat sehingga 30 Mac 2015,
status kemajuan semasa projek membina persimpangan bertingkat Seri Kembangan ke
Lebuhraya Kuala Lumpur Putrajaya (MEX) telah mencapai kemajuan 70% siap. Projek
dengan kos RM112 juta ini telah memulakan pembinaan pada bulan Disember 2013 dan
dijangka siap pada bulan Disember 2015. Mengenai penetapan kadar tol di susur keluar
berkenaan ia akan diumumkan kerajaan sebaik sahaja keseluruhan projek ini disiapkan
akhir tahun nanti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Ong Kian Ming [Serdang]: Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat
Timbalan Menteri. Saya hendak memberi satu cadangan lepas itu saya mohon penjelasan
ataupun respons daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Memandangkan bahawa pemegang konsesi MEX ini telah mendapatkan keuntungan
yang begitu banyak di mana kos pembinaan RM1.3 bilion ini sebahagian besar ditampung
oleh Kerajaan Pusat di mana RM976.6 juta diberikan sebagai satu geran oleh Putrajaya
kepada pemegang konsesi dan tempoh konsesi ini untuk 33 tahun anggaran profit
(keuntungan) ialah RM3 bilion.
Jadi pada masa yang sama cost interchange ini, RM20 juta diberikan oleh Putrajaya
sebagai kos untuk mengambil alih tanah. Cadangan saya ialah supaya tidak mengenakan
tol kepada pengguna yang akan keluar ataupun masuk menggunakan exit di Seri
Kembangan memandangkan bahawa keuntungan pemegang konsesi adalah banyak. Itu
yang pertama.
Kedua, saya rasa kutipan tol yang akan didapati oleh pemegang konsesi akibat
daripada peningkatan trafik dan juga penambahan kereta yang menggunakan MEX
Highway ini keluar di Salak South dan juga di Putrajaya akan menambahkan keuntungan
MEX dan cukup untuk menampung kos pembinaan interchange ini. Saya rasa buat masa
sekarang ada juga pengguna yang menggunakan MEX Highway misalnya keluar ataupun
masuk di KESAS ataupun keluar dan masuk di Jalan Kuchai Lama yang tidak perlu bayar
| Tuan Wong Chen [Kelana Jaya]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya apabila perkara TPPA dibawa ke Parlimen, adakah Parlimen diberi kuasa untuk undi sokong atau bantah TPPA? Kalau undi itu dibuat dan keputusan dibuat oleh Parlimen, adakah keputusan itu diterima oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Terima kasih. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed: Ini isu yang pernah dibangkitkan dalam Dewan ini. Kalau dirujuk ke Parlimen dan Parlimen membuat satu keputusan, sudah pasti kerajaan akan menjadikan itu sebagai panduan untuk membuat keputusan dan panduan itu sudah pasti satu panduan yang kuat. Jadi saya tidak boleh pre-empt dengan izin, apa yang akan berlaku tetapi hakikat bahawa dibawa ke sini dengan izin ia akan jadi mockery kalau kerajaan tidak mengambil kira pandangan Ahli Parlimen. Setakat itu sahaja yang boleh saya nyatakan pada masa ini kerana kita belum sampai ke peringkat bulan Julai, Ogos apabila isu ini akan dibawa dibentangkan dalam Parlimen untuk keputusan. Terima kasih. [Soalan No. 3- Y.B. Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah (Jasin) tidak hadir]. 4. Dr. Ong Kian Ming [Serdang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status terkini pembinaan laluan keluar MEX di Seri Kembangan, tarikh jangkaan siap dan kadar tol yang akan dikenakan. Timbalan Menteri Kerja Raya [Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Serdang atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat sehingga 30 Mac 2015, status kemajuan semasa projek membina persimpangan bertingkat Seri Kembangan ke Lebuhraya Kuala Lumpur Putrajaya (MEX) telah mencapai kemajuan 70% siap. Projek dengan kos RM112 juta ini telah memulakan pembinaan pada bulan Disember 2013 dan dijangka siap pada bulan Disember 2015. Mengenai penetapan kadar tol di susur keluar berkenaan ia akan diumumkan kerajaan sebaik sahaja keseluruhan projek ini disiapkan akhir tahun nanti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dr. Ong Kian Ming [Serdang]: Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak memberi satu cadangan lepas itu saya mohon penjelasan ataupun respons daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memandangkan bahawa pemegang konsesi MEX ini telah mendapatkan keuntungan yang begitu banyak di mana kos pembinaan RM1.3 bilion ini sebahagian besar ditampung oleh Kerajaan Pusat di mana RM976.6 juta diberikan sebagai satu geran oleh Putrajaya kepada pemegang konsesi dan tempoh konsesi ini untuk 33 tahun anggaran profit (keuntungan) ialah RM3 bilion. Jadi pada masa yang sama cost interchange ini, RM20 juta diberikan oleh Putrajaya sebagai kos untuk mengambil alih tanah. Cadangan saya ialah supaya tidak mengenakan tol kepada pengguna yang akan keluar ataupun masuk menggunakan exit di Seri Kembangan memandangkan bahawa keuntungan pemegang konsesi adalah banyak. Itu yang pertama. Kedua, saya rasa kutipan tol yang akan didapati oleh pemegang konsesi akibat daripada peningkatan trafik dan juga penambahan kereta yang menggunakan MEX Highway ini keluar di Salak South dan juga di Putrajaya akan menambahkan keuntungan MEX dan cukup untuk menampung kos pembinaan interchange ini. Saya rasa buat masa sekarang ada juga pengguna yang menggunakan MEX Highway misalnya keluar ataupun masuk di KESAS ataupun keluar dan masuk di Jalan Kuchai Lama yang tidak perlu bayar. | 7 | 19 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
8 DR.1.4.2015
tol. Jadi saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri juga boleh memberi satu
consideration untuk tidak mengenakan tol kerana apabila mereka menggunakan Salak
South exit...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ringkaskan Yang
Berhormat.
Dr. Ong Kian Ming [Serdang]: ...RM1.50, kalau hendak guna Putrajaya RM2.50.
Terima kasih.
Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin: Yang Berhormat Serdang
sebenarnya tidak mengemukakan soalan tetapi lebih berbentuk cadangan. Cadangan
Yang Berhormat agar tol tidak dikenakan ini bukan untuk Kementerian Kerja Raya untuk
membuat keputusan tetapi ia akan disampaikan dan seterusnya akan diputuskan oleh
kerajaan Yang Berhormat seperti yang saya katakan dalam awal jawapan saya. Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita
tahu Lebuh raya MEX ini memang menjadi laluan untuk segera daripada Kuala Lumpur ke
Putrajaya dan persimpangan bertingkat yang menghubungkan Lebuhraya MEX dan Seri
Kembangan ini telah dimulakan pembinaannya seawal tahun 2012 dan kita tahu laluan
sejauh 10 kilometer yang memasuki lebuh raya ini kos pembinaannya terutamanya
berkaitan dengan pengambilan tanah ini bernilai hampir RM20 juta.
Soalan saya Tuan Yang di-Pertua kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri,
adakah nilai RM20 juta ini mencukupi memandangkan nilai tanah yang sudah semakin
meningkat pada hari ini dan berapakah jumlah jangkaan kenderaan yang akan melalui
persimpangan baru tersebut selepas ia dibuka nanti. Terima kasih.
Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat
Sekijang atas soalan yang dikemukakan. Sebenarnya dalam kos projek terutama sekali
dalam kos pengambilan tanah hanya RM20 juta yang terlibat Yang Berhormat. Mengenai
jangkaan trafik memandangkan cadangan persimpangan bertingkat Seri Kembangan ini
adalah satu projek yang dilaksanakan khusus untuk menyuraikan trafik. Soalan mengenai
spesifik berapa jumlah trafik yang akan terlibat selepas sahaja siapnya persimpangan ini
akan saya berikan Yang Berhormat secara bertulis kerana saya tidak ada faktanya pada
ketika ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
5. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah
pekerja kontrak dalam sektor awam ketika ini dan adakah kerajaan bercadang untuk
menyerap secara tetap dan automatik kepada mereka yang telah berkhidmat lebih daripada
lima tahun.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan
Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan nombor
tujuh bertarikh 6 April 2015 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang
memandangkan ia melibatkan isu yang sama.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Sila Yang Berhormat.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Terima kasih. Untuk makluman Ahli Yang
Berhormat, sehingga 31 Januari 2015 bilangan pegawai kontrak dalam perkhidmatan awam
adalah seramai 47,728 orang. Setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk menyerapkan
secara tetap dan automatik kepada mereka yang telah berkhidmat lebih daripada lima
tahun. Oleh itu, kerajaan tidak memberi komitmen bahawa pegawai kontrak akan dilantik
serta diserap secara automatik ke jawatan tetap.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, adalah menjadi tanggungjawab pegawai
lantikan kontrak untuk memohon jawatan tetap dengan pihak berkuasa melantik yang
berkenaan berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman yang dimiliki. Pengalaman
berkhidmat dengan kerajaan merupakan satu kelebihan untuk dipertimbangkan pelantikan
ke jawatan tetap. Terima kasih.
| tol. Jadi saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri juga boleh memberi satu consideration untuk tidak mengenakan tol kerana apabila mereka menggunakan Salak South exit... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ringkaskan Yang Berhormat. Dr. Ong Kian Ming [Serdang]: ...RM1.50, kalau hendak guna Putrajaya RM2.50. Terima kasih. Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin: Yang Berhormat Serdang sebenarnya tidak mengemukakan soalan tetapi lebih berbentuk cadangan. Cadangan Yang Berhormat agar tol tidak dikenakan ini bukan untuk Kementerian Kerja Raya untuk membuat keputusan tetapi ia akan disampaikan dan seterusnya akan diputuskan oleh kerajaan Yang Berhormat seperti yang saya katakan dalam awal jawapan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu Lebuh raya MEX ini memang menjadi laluan untuk segera daripada Kuala Lumpur ke Putrajaya dan persimpangan bertingkat yang menghubungkan Lebuhraya MEX dan Seri Kembangan ini telah dimulakan pembinaannya seawal tahun 2012 dan kita tahu laluan sejauh 10 kilometer yang memasuki lebuh raya ini kos pembinaannya terutamanya berkaitan dengan pengambilan tanah ini bernilai hampir RM20 juta. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah nilai RM20 juta ini mencukupi memandangkan nilai tanah yang sudah semakin meningkat pada hari ini dan berapakah jumlah jangkaan kenderaan yang akan melalui persimpangan baru tersebut selepas ia dibuka nanti. Terima kasih. Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat Sekijang atas soalan yang dikemukakan. Sebenarnya dalam kos projek terutama sekali dalam kos pengambilan tanah hanya RM20 juta yang terlibat Yang Berhormat. Mengenai jangkaan trafik memandangkan cadangan persimpangan bertingkat Seri Kembangan ini adalah satu projek yang dilaksanakan khusus untuk menyuraikan trafik. Soalan mengenai spesifik berapa jumlah trafik yang akan terlibat selepas sahaja siapnya persimpangan ini akan saya berikan Yang Berhormat secara bertulis kerana saya tidak ada faktanya pada ketika ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. 5. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah pekerja kontrak dalam sektor awam ketika ini dan adakah kerajaan bercadang untuk menyerap secara tetap dan automatik kepada mereka yang telah berkhidmat lebih daripada lima tahun. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan nombor tujuh bertarikh 6 April 2015 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang memandangkan ia melibatkan isu yang sama. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Sila Yang Berhormat. Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Terima kasih. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Januari 2015 bilangan pegawai kontrak dalam perkhidmatan awam adalah seramai 47,728 orang. Setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk menyerapkan secara tetap dan automatik kepada mereka yang telah berkhidmat lebih daripada lima tahun. Oleh itu, kerajaan tidak memberi komitmen bahawa pegawai kontrak akan dilantik serta diserap secara automatik ke jawatan tetap. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, adalah menjadi tanggungjawab pegawai lantikan kontrak untuk memohon jawatan tetap dengan pihak berkuasa melantik yang berkenaan berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman yang dimiliki. Pengalaman berkhidmat dengan kerajaan merupakan satu kelebihan untuk dipertimbangkan pelantikan ke jawatan tetap. Terima kasih. | 8 | 20 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 9
■1040
Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri. Dalam kawasan saya, ibu bapa sering
bertanyakan bila pegawai kontrak dapat diserapkan. Oleh sebab mereka tiap-tiap tahun
menghadapi kerisauan kerana mungkin disambung, mungkin tidak. Setiap ibu bapa yang
hantar anak-anak belajar sehingga peringkat pengajian tinggi mempunyai satu impian untuk
anak mereka dapat jawatan tetap dalam kerajaan. Begitu juga kita tahu, Jabatan
Perkhidmatan Awam jabatan yang mengawal pengambilan pegawai-pegawai dan
kakitangan, menjaga kenaikan pangkat. Pegawai-pegawai pula menjadi pengerusi tender
dan pelbagai-bagainya di tiap-tiap jabatan. Akan tetapi kadang-kadang pembangkang
memberi tuduhan kononnya Ketua UMNO yang bagi projek.
Oleh sebab itu, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Sejauh
mana pihak JPA merujuk kepada Yang Berhormat Menteri soal-soal JPA? Ini kerana bila
berbangkit masalah, setiap Ahli Parlimen akan bertanya kepada Yang Berhormat Menteri.
Mohon penjelasan dari Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, pegawai kontrak ini, saya
menjawab soalan yang ditanya tadi iaitu sama ada mereka ini dilantik selepas lima tahun,
secara automatik dipertimbangkan jawatan tetap. Saya jawab bahawa tidak. Akan tetapi
walau bagaimanapun, kita kena ingat bahawa kerajaan sentiasa prihatin kepada masalah
rakyat dan benda ini telah pun diperbincangkan dari semasa ke semasa. Cuma buat masa
ini, kita belum ada polisi bahawa mereka akan dilantik secara automatik. Akan tetapi sudah
pasti ia menjadi pertimbangan kerajaan dari semasa ke semasa. Cuma tentang jumlah
tahun itu, kita serah kepada Yang Amat Perdana Menteri untuk mempertimbangkannya dan
saya percaya benda ini sedang diberi perhatian yang serius.
Saya sedar bahawa memang kalau berdasarkan pasaran sekarang, semua orang
mempunyai kelulusan yang hebat. Akan tetapi bukan semua orang yang dapat dilantik ke
jawatan tetap, setengahnya kontrak dan sebagainya. Jadi, kita mengambil kira perkara ini
dan saya sentiasa maklum kepada mereka yang mendapat jawatan tetap bahawa walaupun
mereka tetap tetapi masih banyak yang layak di luar sana yang tidak dapat dilantik secara
tetap. Jadi, yang tetap hendaklah bekerja bersungguh-sungguh dan bersyukur ke hadrat
Allah Subhana Wata’ala.
Berhubung dengan kompelin bahawa terdapat anggota-anggota kerajaan,
termasuk Ketua Jabatan yang kononnya dituduh terlibat dengan pemberian kontrak dan
sebagainya. Saya hendak memberi tahu bahawa memang Pengerusi Jawatankuasa
Kontrak ialah ketua jabatan yang berkenaan sama ada KSU ataupun ketua jabatan yang
berkenaan. Sudah pasti mereka yang membuat pemilihan bersama dengan jawatankuasa.
Akan tetapi berhubung dengan tuduhan yang dibuat dari semasa ke semasa, tuduhan ini
selalunya dibuat oleh orang yang tidak dapat kontrak. Saya rasa tuduhan itu tidak tetap.
Walau bagaimanapun, oleh sebab benda ini dibangkitkan dari semasa ke semasa, beri
saya sedikit tempoh untuk membolehkan ia dimaklumkan dengan secara rasmi nanti
bahawa tuduhan tersebut timbul kerana sebab-sebab tertentu.
Jadi, pada masa sekarang ini jawapan saya ialah tidak ada. Akan tetapi kalau
dibangkitkan dari semasa ke semasa, kita hendaklah mengikut proses biasa, report pada
SPRM dan sebagainya. Akan tetapi di pihak kerajaan sendiri, untuk memastikan supaya
kita bersih daripada tuduhan tersebut, kita ada Laporan Audit yang dibuat dua kali setahun.
Laporan Audit akan dibawa kepada PAC yang mana anggota pembangkang berada dalam
PAC. Selepas itu tindakan akan diambil kepada mereka yang didapati salah laku dan
sebagainya.
Sama ada JPA sentiasa beri taklimat kepada saya, kalau saya minta, mereka bagi
taklimat. Akan tetapi mungkin ada benda-benda lain yang mereka rasa tidak perlu dirujuk
kepada saya, mereka rujuk kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang itu saya
tidak tahu, sebab kecuali benda-benda itu yang memerlukan saya mengetahuinya, maka
| #1040. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri. Dalam kawasan saya, ibu bapa sering bertanyakan bila pegawai kontrak dapat diserapkan. Oleh sebab mereka tiap-tiap tahun menghadapi kerisauan kerana mungkin disambung, mungkin tidak. Setiap ibu bapa yang hantar anak-anak belajar sehingga peringkat pengajian tinggi mempunyai satu impian untuk anak mereka dapat jawatan tetap dalam kerajaan. Begitu juga kita tahu, Jabatan Perkhidmatan Awam jabatan yang mengawal pengambilan pegawai-pegawai dan kakitangan, menjaga kenaikan pangkat. Pegawai-pegawai pula menjadi pengerusi tender dan pelbagai-bagainya di tiap-tiap jabatan. Akan tetapi kadang-kadang pembangkang memberi tuduhan kononnya Ketua UMNO yang bagi projek. Oleh sebab itu, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Sejauh mana pihak JPA merujuk kepada Yang Berhormat Menteri soal-soal JPA? Ini kerana bila berbangkit masalah, setiap Ahli Parlimen akan bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Mohon penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, pegawai kontrak ini, saya menjawab soalan yang ditanya tadi iaitu sama ada mereka ini dilantik selepas lima tahun, secara automatik dipertimbangkan jawatan tetap. Saya jawab bahawa tidak. Akan tetapi walau bagaimanapun, kita kena ingat bahawa kerajaan sentiasa prihatin kepada masalah rakyat dan benda ini telah pun diperbincangkan dari semasa ke semasa. Cuma buat masa ini, kita belum ada polisi bahawa mereka akan dilantik secara automatik. Akan tetapi sudah pasti ia menjadi pertimbangan kerajaan dari semasa ke semasa. Cuma tentang jumlah tahun itu, kita serah kepada Yang Amat Perdana Menteri untuk mempertimbangkannya dan saya percaya benda ini sedang diberi perhatian yang serius. Saya sedar bahawa memang kalau berdasarkan pasaran sekarang, semua orang mempunyai kelulusan yang hebat. Akan tetapi bukan semua orang yang dapat dilantik ke jawatan tetap, setengahnya kontrak dan sebagainya. Jadi, kita mengambil kira perkara ini dan saya sentiasa maklum kepada mereka yang mendapat jawatan tetap bahawa walaupun mereka tetap tetapi masih banyak yang layak di luar sana yang tidak dapat dilantik secara tetap. Jadi, yang tetap hendaklah bekerja bersungguh-sungguh dan bersyukur ke hadrat Allah Subhana Wata'ala. Berhubung dengan kompelin bahawa terdapat anggota-anggota kerajaan, termasuk Ketua Jabatan yang kononnya dituduh terlibat dengan pemberian kontrak dan sebagainya. Saya hendak memberi tahu bahawa memang Pengerusi Jawatankuasa Kontrak ialah ketua jabatan yang berkenaan sama ada KSU ataupun ketua jabatan yang berkenaan. Sudah pasti mereka yang membuat pemilihan bersama dengan jawatankuasa. Akan tetapi berhubung dengan tuduhan yang dibuat dari semasa ke semasa, tuduhan ini selalunya dibuat oleh orang yang tidak dapat kontrak. Saya rasa tuduhan itu tidak tetap. Walau bagaimanapun, oleh sebab benda ini dibangkitkan dari semasa ke semasa, beri saya sedikit tempoh untuk membolehkan ia dimaklumkan dengan secara rasmi nanti bahawa tuduhan tersebut timbul kerana sebab-sebab tertentu. Jadi, pada masa sekarang ini jawapan saya ialah tidak ada. Akan tetapi kalau dibangkitkan dari semasa ke semasa, kita hendaklah mengikut proses biasa, report pada SPRM dan sebagainya. Akan tetapi di pihak kerajaan sendiri, untuk memastikan supaya kita bersih daripada tuduhan tersebut, kita ada Laporan Audit yang dibuat dua kali setahun. Laporan Audit akan dibawa kepada PAC yang mana anggota pembangkang berada dalam PAC. Selepas itu tindakan akan diambil kepada mereka yang didapati salah laku dan sebagainya. Sama ada JPA sentiasa beri taklimat kepada saya, kalau saya minta, mereka bagi taklimat. Akan tetapi mungkin ada benda-benda lain yang mereka rasa tidak perlu dirujuk kepada saya, mereka rujuk kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang itu saya tidak tahu, sebab kecuali benda-benda itu yang memerlukan saya mengetahuinya, maka. | 9 | 21 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
10 DR.1.4.2015
saya tahulah. Mana yang saya tidak tahu, maka saya tidak tahulah. Jadi, sebab benda itu
tidak perlu saya tahu dan tidak perlu saya umumkan ataupun tidak ada pertanyaan
mengenai perkara tersebut, maka saya pun tidak menjawabnya. Akan tetapi kalau ada
sekiranya perkara tersebut yang ada hubung kait yang ditanya kepada saya, saya akan
menjawabnya.
Saya mengambil pendekatan yang mudah iaitu memberi ruang seluas-luasnya
untuk anggota kerajaan bertindak dan menjalankan tugas masing-masing dengan penuh
kebebasan. Akan tetapi kalau sekiranya ada perkara-perkara yang orang tidak puas hati,
maka kita akan ambil tindakan yang sewajarnya.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua. Menanti soalan nombor tiga tidak dapat tadi. Yang Berhormat Menteri, seperti
mana Yang Berhormat Menteri beri jawapan tadi, lebih daripada 47 ribu orang pekerja
kontrak yang berada pada tahap ini. Seperti mana amalan biasa Tuan Yang di-Pertua,
pekerja kontrak berlaku daripada generasi kepada generasi dan terutama di sektor
pendidikan, PBT dan di semua kementerian bermasalah berdepan dengan pekerja kontrak.
Masalahnya ialah apabila mereka tua, dia tidak ada masa depan. Maknanya, dia tidak ada
pencen, dia tidak ada apa dan yang menyedihkan lagi ialah mereka ini bekerja lebih 10
tahun. Ada lebih berbelas tahun pun ada Yang Berhormat Menteri dan ini memberikan satu
isyarat bahawa perlu ada sesuatu yang perlu dilakukan.
Soalan saya ialah apakah langkah KPI yang boleh diambil oleh kerajaan untuk
memastikan pekerja kontrak ini dapat dalam tempoh kelayakan. Sekurang-kurangnya ada
tempoh macam lebih 10 tahun kah yang boleh mereka harapkan dalam bertugas untuk
mereka diserapkan kepada pekerja tetap. Jadi, ada sesuatu yang boleh menanti mereka
sekurang-kurangnya dan ini akan memberikan motivasi kepada mereka untuk bekerja
dengan lebih efisien dan lebih baik. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Ya, soalan yang baik seperti juga soalan asal
yang ditanya oleh Yang Berhormat Gerik tadi. Yang Berhormat, saya tahu akan tanya
soalan berapakah pegawai KEMAS, tapi terlupa ya? Pegawai KEMAS yang bertaraf
kontrak 17,075 dan 2 ribu daripada mereka jawatan tetap. Jadi, untuk ingatan ke depan ini
bahawa 15 ribu lebih tidak tetap dan 2 ribu tetap. Jadi, jumlah 17,075. Yang Berhormat,
berhubung dengan kontrak ini, kita tahu bahawa mereka ini bila diambil bekerja, mereka
orang yang bekerja ini faham bahawa mereka diambil bekerja secara kontrak ya, pekerja
kontrak. Akan tetapi iaitu mereka yang diambil bekerja secara contract for service sebanyak
3,867 atau 8.1% sementara contract of service 43,861 orang ataupun 91.9%.
Bila mereka diambil bekerja, mereka tahu bahawa ini kerja kontrak. Cuma
sekarang ini menjadi tugas wakil rakyat untuk memperjuangkan supaya orang yang kontrak
itu dapat kerja tetap. Ini perjuangan kita dan mereka yang bekerja itu mereka faham
bahawa itu kerja kontrak dan ada kerja tetap. Ada yang dapat tetap, tetap. Ada yang dapat
kontrak, kontrak. Jadi, orang yang bekerja kontrak sepatutnya faham bahawa mereka
bukan tetap. Mereka kontrak, itu yang pertama.
Sekarang ini perjuangan kita wakil-wakil rakyat, Wakil Rakyat Barisan Nasional
terutamanya, juga wakil rakyat pembangkang untuk memperjuangkan supaya mereka ini
dapat tetap. Akan tetapi orang yang dapat kontrak ini Yang Berhormat, dia kelebihannya
satu yang utama. Bila ada pekerjaan tetap mereka meminta, mereka markah lebih sedikit
daripada orang yang baru untuk memohon kerja. Itu kelebihannya. Mereka kena bersyukur
itu. Banyak daripada mereka yang dapat kerja tetap ini ialah mereka yang asalnya kontrak.
Akan tetapi oleh sebab pengalaman mereka bekerja, mereka boleh menjawab soalan
dengan baik dan menunjukkan sifat confident dan sebagainya, mereka lebih mudah untuk
dapat kerja.
■1050
Ini kelebihan yang pertama yang harus kita terima iaitu orang yang bekerja kontrak
sekurang-kurangnya mendapat kelebihan bila mereka ditemu duga untuk jawatan tetap.
Nombor dua, saya hendak beritahu bahawa kerajaan tidak berdiam diri tentang
apa-apa perkara yang menimbulkan resah gelisah rakyat terutamanya anggota kerajaan.
Jadi, perkara ini diberi pertimbangan dari semasa ke semasa dan diperbincangkan dari
| saya tahulah. Mana yang saya tidak tahu, maka saya tidak tahulah. Jadi, sebab benda itu tidak perlu saya tahu dan tidak perlu saya umumkan ataupun tidak ada pertanyaan mengenai perkara tersebut, maka saya pun tidak menjawabnya. Akan tetapi kalau ada sekiranya perkara tersebut yang ada hubung kait yang ditanya kepada saya, saya akan menjawabnya. Saya mengambil pendekatan yang mudah iaitu memberi ruang seluas-luasnya untuk anggota kerajaan bertindak dan menjalankan tugas masing-masing dengan penuh kebebasan. Akan tetapi kalau sekiranya ada perkara-perkara yang orang tidak puas hati, maka kita akan ambil tindakan yang sewajarnya. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menanti soalan nombor tiga tidak dapat tadi. Yang Berhormat Menteri, seperti mana Yang Berhormat Menteri beri jawapan tadi, lebih daripada 47 ribu orang pekerja kontrak yang berada pada tahap ini. Seperti mana amalan biasa Tuan Yang di-Pertua, pekerja kontrak berlaku daripada generasi kepada generasi dan terutama di sektor pendidikan, PBT dan di semua kementerian bermasalah berdepan dengan pekerja kontrak. Masalahnya ialah apabila mereka tua, dia tidak ada masa depan. Maknanya, dia tidak ada pencen, dia tidak ada apa dan yang menyedihkan lagi ialah mereka ini bekerja lebih 10 tahun. Ada lebih berbelas tahun pun ada Yang Berhormat Menteri dan ini memberikan satu isyarat bahawa perlu ada sesuatu yang perlu dilakukan. Soalan saya ialah apakah langkah KPI yang boleh diambil oleh kerajaan untuk memastikan pekerja kontrak ini dapat dalam tempoh kelayakan. Sekurang-kurangnya ada tempoh macam lebih 10 tahun kah yang boleh mereka harapkan dalam bertugas untuk mereka diserapkan kepada pekerja tetap. Jadi, ada sesuatu yang boleh menanti mereka sekurang-kurangnya dan ini akan memberikan motivasi kepada mereka untuk bekerja dengan lebih efisien dan lebih baik. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Ya, soalan yang baik seperti juga soalan asal yang ditanya oleh Yang Berhormat Gerik tadi. Yang Berhormat, saya tahu akan tanya soalan berapakah pegawai KEMAS, tapi terlupa ya? Pegawai KEMAS yang bertaraf kontrak 17,075 dan 2 ribu daripada mereka jawatan tetap. Jadi, untuk ingatan ke depan ini bahawa 15 ribu lebih tidak tetap dan 2 ribu tetap. Jadi, jumlah 17,075. Yang Berhormat, berhubung dengan kontrak ini, kita tahu bahawa mereka ini bila diambil bekerja, mereka orang yang bekerja ini faham bahawa mereka diambil bekerja secara kontrak ya, pekerja kontrak. Akan tetapi iaitu mereka yang diambil bekerja secara contract for service sebanyak 3,867 atau 8.1% sementara contract of service 43,861 orang ataupun 91.9%. Bila mereka diambil bekerja, mereka tahu bahawa ini kerja kontrak. Cuma sekarang ini menjadi tugas wakil rakyat untuk memperjuangkan supaya orang yang kontrak itu dapat kerja tetap. Ini perjuangan kita dan mereka yang bekerja itu mereka faham bahawa itu kerja kontrak dan ada kerja tetap. Ada yang dapat tetap, tetap. Ada yang dapat kontrak, kontrak. Jadi, orang yang bekerja kontrak sepatutnya faham bahawa mereka bukan tetap. Mereka kontrak, itu yang pertama. Sekarang ini perjuangan kita wakil-wakil rakyat, Wakil Rakyat Barisan Nasional terutamanya, juga wakil rakyat pembangkang untuk memperjuangkan supaya mereka ini dapat tetap. Akan tetapi orang yang dapat kontrak ini Yang Berhormat, dia kelebihannya satu yang utama. Bila ada pekerjaan tetap mereka meminta, mereka markah lebih sedikit daripada orang yang baru untuk memohon kerja. Itu kelebihannya. Mereka kena bersyukur itu. Banyak daripada mereka yang dapat kerja tetap ini ialah mereka yang asalnya kontrak. Akan tetapi oleh sebab pengalaman mereka bekerja, mereka boleh menjawab soalan dengan baik dan menunjukkan sifat confident dan sebagainya, mereka lebih mudah untuk dapat kerja. #1050. Ini kelebihan yang pertama yang harus kita terima iaitu orang yang bekerja kontrak sekurang-kurangnya mendapat kelebihan bila mereka ditemu duga untuk jawatan tetap. Nombor dua, saya hendak beritahu bahawa kerajaan tidak berdiam diri tentang apa-apa perkara yang menimbulkan resah gelisah rakyat terutamanya anggota kerajaan. Jadi, perkara ini diberi pertimbangan dari semasa ke semasa dan diperbincangkan dari. | 10 | 22 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 11
semasa ke semasa. Kita berdoa semoga akan tiba masanya mungkin akan
dipertimbangkan apa Yang Berhormat akan sebutkan tadi atau pun kita terus berada dalam
keadaan sekarang tetapi dalam bentuk kelebihan bahawa pegawai kontrak kelebihannya
ialah bila minta kerja tetap mereka ada markah yang lebih daripada orang lain.
Akan tetapi, saya hendak beritahu Yang Berhormat di samping kerja kontrak ini,
ada kerja yang kurang sedikit daripada kontrak. Kontrak ini dapat gaji bulanan. Ini kerja
yang dipanggil sambilan harian. Ini pula minta kalau boleh mereka dapat kontrak. Jadi
Yang Berhormat tengok peringkat-peringkat yang ada itu. Pekerja sambilan harian minta
dapat kontrak. Yang kontrak dapat tetap.
Jadi, kerajaan akan mempertimbangkannya dari semasa ke semasa tetapi
sekurang-kurangnya bagi mereka yang bekerja walaupun sebagai kontrak bersyukur
alhamdulillah kerana mereka berada dalam jawatan tersebut. Ini kerana dalam keadaan
dunia yang mencabar dan gawat ini Malaysia masih mampu mempertahankan pegawai
kontrak walaupun ada pelbagai tekanan dan inilah suatu kewajaran yang harus kita
ucapkan terima kasih pada kerajaan. Akan tetapi kerajaan tidak pernah melupakan bahawa
pegawai kontrak ini berada dalam keadaan begitu sahaja tetapi mereka sedang dilihat
sejauh mana kerajaan mampu untuk mempertimbangkan mereka ke tempat yang lebih
bagus.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat
Lembah Pantai tidak berada di Dewan pada ketika ini untuk soalan nombor 6. Seterusnya,
saya jemput Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan.
[Soalan No. 6 – Y.B. Puan Nurul Izzah binti Anwar (Lembah Pantai) tidak hadir]
7. Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan [Parit] minta Perdana Menteri
menyatakan adakah kemungkinan ekonomi negara akan dilanda kesan atau kegagalan
sistemik (systemic effect atau systemic failure) akibat daripada ketidaktentuan ekonomi
global yang dialami sekarang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Sri Abdul Wahid Omar]: Bismillahi
Rahmani Rahim, terima kasih Yang Berhormat Parit, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ketidaktentuan ekonomi global dijangka tidak akan
mengakibatkan kegagalan sistematik ataupun systemic effect atau pun systemic failure
kepada kedudukan ekonomik negara.
Ini kerana asas ekonomi negara ketika ini adalah kukuh untuk menangani
persekitaran luar yang tidak menentu. Saya bagi mungkin lima sebab mengapa saya
mengatakan tersebut. Pertama sekali ialah kerana kita telah pun mempelbagaikan asas
struktur ekonomi kita di mana kita tidak terlalu bergantung kepada mana-mana subsektor
ataupun komoditi. Sebagai contohnya sumbangan sektor perkhidmatan kepada ekonomi
kita telah meningkat kepada tahap 55%, sumbangan sektor pembuatan pada tahap 25%
dan penggantungan kita kepada sektor komoditi, minyak dan gas pada kadar 15%.
Keduanya adalah kedudukan persekitaran pasaran domestik kita yang stabil,
sebagai contoh kadar inflasi negara kita terkawal pada kadar kurang daripada 3% sejak
lima tahun yang lepas dan dijangka terus rendah berikutan jatuhan harga minyak mentah
dan juga harga komoditi dunia. Kita juga menikmati kadar guna tenaga penuh semenjak 20
tahun yang lalu dan kini kadar pengangguran adalah rendah,h sekitar 3%. Ini banyak
membantu dalam menstabilkan kedudukan domestik kita.
Ketiga ialah dalam konteks saiz kedudukan imbangan pembayaran kita yang kekal
berdaya tahan di mana baki akaun semasa negara telah pun meningkat daripada RM39.9
| semasa ke semasa. Kita berdoa semoga akan tiba masanya mungkin akan dipertimbangkan apa Yang Berhormat akan sebutkan tadi atau pun kita terus berada dalam keadaan sekarang tetapi dalam bentuk kelebihan bahawa pegawai kontrak kelebihannya ialah bila minta kerja tetap mereka ada markah yang lebih daripada orang lain. Akan tetapi, saya hendak beritahu Yang Berhormat di samping kerja kontrak ini, ada kerja yang kurang sedikit daripada kontrak. Kontrak ini dapat gaji bulanan. Ini kerja yang dipanggil sambilan harian. Ini pula minta kalau boleh mereka dapat kontrak. Jadi Yang Berhormat tengok peringkat-peringkat yang ada itu. Pekerja sambilan harian minta dapat kontrak. Yang kontrak dapat tetap. Jadi, kerajaan akan mempertimbangkannya dari semasa ke semasa tetapi sekurang-kurangnya bagi mereka yang bekerja walaupun sebagai kontrak bersyukur alhamdulillah kerana mereka berada dalam jawatan tersebut. Ini kerana dalam keadaan dunia yang mencabar dan gawat ini Malaysia masih mampu mempertahankan pegawai kontrak walaupun ada pelbagai tekanan dan inilah suatu kewajaran yang harus kita ucapkan terima kasih pada kerajaan. Akan tetapi kerajaan tidak pernah melupakan bahawa pegawai kontrak ini berada dalam keadaan begitu sahaja tetapi mereka sedang dilihat sejauh mana kerajaan mampu untuk mempertimbangkan mereka ke tempat yang lebih bagus. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Lembah Pantai tidak berada di Dewan pada ketika ini untuk soalan nombor 6. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan. [Soalan No. 6- Y.B. Puan Nurul Izzah binti Anwar (Lembah Pantai) tidak hadir]. 7. Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan [Parit] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kemungkinan ekonomi negara akan dilanda kesan atau kegagalan sistemik (systemic effect atau systemic failure) akibat daripada ketidaktentuan ekonomi global yang dialami sekarang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Sri Abdul Wahid Omar]: Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Yang Berhormat Parit, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ketidaktentuan ekonomi global dijangka tidak akan mengakibatkan kegagalan sistematik ataupun systemic effect atau pun systemic failure kepada kedudukan ekonomik negara. Ini kerana asas ekonomi negara ketika ini adalah kukuh untuk menangani persekitaran luar yang tidak menentu. Saya bagi mungkin lima sebab mengapa saya mengatakan tersebut. Pertama sekali ialah kerana kita telah pun mempelbagaikan asas struktur ekonomi kita di mana kita tidak terlalu bergantung kepada mana-mana subsektor ataupun komoditi. Sebagai contohnya sumbangan sektor perkhidmatan kepada ekonomi kita telah meningkat kepada tahap 55%, sumbangan sektor pembuatan pada tahap 25% dan penggantungan kita kepada sektor komoditi, minyak dan gas pada kadar 15%. Keduanya adalah kedudukan persekitaran pasaran domestik kita yang stabil, sebagai contoh kadar inflasi negara kita terkawal pada kadar kurang daripada 3% sejak lima tahun yang lepas dan dijangka terus rendah berikutan jatuhan harga minyak mentah dan juga harga komoditi dunia. Kita juga menikmati kadar guna tenaga penuh semenjak 20 tahun yang lalu dan kini kadar pengangguran adalah rendah,h sekitar 3%. Ini banyak membantu dalam menstabilkan kedudukan domestik kita. Ketiga ialah dalam konteks saiz kedudukan imbangan pembayaran kita yang kekal berdaya tahan di mana baki akaun semasa negara telah pun meningkat daripada RM39.9. | 11 | 23 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
12 DR.1.4.2015
bilion pada tahun 2015 kepada RM49.5 bilion pada tahun 2014. Ini merupakan 4.8%
daripada pendapatan negara kasar untuk tahun 2014.
Keempat adalah kedudukan reserve antarabangsa kita yang mana pada 13 Mac
2015 adalah berjumlah RM381.5 bilion bersamaan dengan USD 109.2 bilion. Paras
reserve ini memadai untuk membiayai 7.8 bulan import tertangguh dan 1.1 kali ganda
jumlah hutang luar negeri jangka pendek. Sebagai perbandingan, semasa kali terakhir
kadar mata wang Malaysia pada kadar RM3.67 untuk setiap Dolar Amerika, ketika itu
kedudukan reserve kita adalah pada kadar RM79 bilion. Ini bermakna pada tahap RM109
bilion adalah lebih tinggi dan kalau kita bandingkan semasa ekonomi Asia yang merudum
ataupun krisis ekonomi Asia tahun 1999 kedudukan reserve kita hanya pada kadar kurang
daripada USD30 bilion.
Kelima, antara yang penting sekali Tuan Yang di-Pertua ialah sistem kewangan
dan perbankan negara kita yang kekal kukuh, yang mana bank-bank kita mempunyai
nisbah jumlah modal yang melebihi paras pengawalseliaan minimum, kadar kecairan yang
masih menyokong aktiviti ekonomi di mana nisbah pinjaman kepada deposit semasa adalah
pada kadar 87% dan jumlah pinjaman tidak berbayar yang rendah. Untuk itu sistem
kewangan kita dan perbankan negara mampu menghadapi sebarang ketidaktentuan
ekonomi.
Sebagai seorang bekas banker dengan izin, saya memang boleh confirm kan
perkara ini yang mana bagi saya sistem kewangan negara kita merupakan antara yang
paling terbaik, yang dikawal selia dan di supervise kan oleh Bank Negara Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, hakikatnya ialah negara kita telah pun berjaya mencatatkan
pertumbuhan ekonomi sebanyak 6% untuk tahun 2014 berbanding dengan 4.7% pada
tahun 2013. Untuk tahun 2015 kita menjangkakan pertumbuhan ekonomi antara 4.5%
hingga 5.5%. Walau bagaimanapun, kita tidak dapat menafikan bahawa ketidaktentuan
ekonomi global yang berpanjangan boleh menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi
negara kita memandangkan Malaysia adalah sebuah ekonomi yang terbuka.
Dalam hubungan ini, kita di pihak kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif
serta melaksanakan strategi-strategi pengukuhan ekonomi yang berterusan seiring dengan
perubahan senario ekonomi global bagi mengelakkan kegagalan sistemik kepada ekonomi
kita. Terima kasih.
Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan [Parit]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas soalan tambahan. Antara faktor utama
kemelesetan ekonomi negara tahun 1997, 1998 ialah kejatuhan nilai mata wang ringgit
yang begitu teruk sehingga ke paras RM4.20 bersamaan USD1 pada satu peringkat.
Faktor ini telah mencetuskan kegagalan sistematik kepada ekonomi negara sehingga
menyebabkan hutang negara meningkat, kadar hutang tidak berbayar yang tinggi.
Usahawan menjadi muflis, syarikat perniagaan terpaksa tutup kedai dan memberi kesan
inflasi yang amat teruk terhadap rakyat.
Pada krisis ekonomi 1997, 1998 kadar hutang negara ialah 32.2% dari KDNK
tetapi sekarang telah meningkat kepada 55%. Soalan saya, sungguhpun tabung reserve
negara telah banyak meningkat seperti Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, adakah itu
dapat menjamin bahawa kegagalan sistematik tidak akan berlaku apabila melihat kepada
nilai mata wang ringgit yang telah jatuh ke paras RM3.70 bersamaan UDS1 sekarang.
Hampir sama dengan kesan ekonomi 1997, 1998 kerana ini ditambah dengan kadar hutang
negara yang meningkat.
Selain dari melakukan tambatan mata wang ringgit, apakah usaha lain yang
dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kegagalan sistemik ini tidak akan berulang lagi?
Terima kasih.
Dato’ Sri Abdul Wahid Omar: Terima kasih sahabat dari Parit. Tuan Yang di-Pertua, ada
banyak perbezaan kedudukan ekonomi kita sekarang berbanding dengan semasa krisis
ekonomi Asia pada tahun 1997 dan 1998. Antaranya adalah, pertama sekali daripada segi
kedudukan hutang sektor korporat pada masa dahulu amat tinggi dan di mana terdapat juga
banyak korporat-korporat yang mempunyai hutang luar negara. Ini berbeza dengan
kedudukan sekarang di mana kadar hutang korporat adalah lebih rendah dan
kebanyakannya didominasi dalam mata wang Ringgit Malaysia.
| bilion pada tahun 2015 kepada RM49.5 bilion pada tahun 2014. Ini merupakan 4.8% daripada pendapatan negara kasar untuk tahun 2014. Keempat adalah kedudukan reserve antarabangsa kita yang mana pada 13 Mac 2015 adalah berjumlah RM381.5 bilion bersamaan dengan USD 109.2 bilion. Paras reserve ini memadai untuk membiayai 7.8 bulan import tertangguh dan 1.1 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek. Sebagai perbandingan, semasa kali terakhir kadar mata wang Malaysia pada kadar RM3.67 untuk setiap Dolar Amerika, ketika itu kedudukan reserve kita adalah pada kadar RM79 bilion. Ini bermakna pada tahap RM109 bilion adalah lebih tinggi dan kalau kita bandingkan semasa ekonomi Asia yang merudum ataupun krisis ekonomi Asia tahun 1999 kedudukan reserve kita hanya pada kadar kurang daripada USD30 bilion. Kelima, antara yang penting sekali Tuan Yang di-Pertua ialah sistem kewangan dan perbankan negara kita yang kekal kukuh, yang mana bank-bank kita mempunyai nisbah jumlah modal yang melebihi paras pengawalseliaan minimum, kadar kecairan yang masih menyokong aktiviti ekonomi di mana nisbah pinjaman kepada deposit semasa adalah pada kadar 87% dan jumlah pinjaman tidak berbayar yang rendah. Untuk itu sistem kewangan kita dan perbankan negara mampu menghadapi sebarang ketidaktentuan ekonomi. Sebagai seorang bekas banker dengan izin, saya memang boleh confirm kan perkara ini yang mana bagi saya sistem kewangan negara kita merupakan antara yang paling terbaik, yang dikawal selia dan di supervise kan oleh Bank Negara Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, hakikatnya ialah negara kita telah pun berjaya mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 6% untuk tahun 2014 berbanding dengan 4.7% pada tahun 2013. Untuk tahun 2015 kita menjangkakan pertumbuhan ekonomi antara 4.5% hingga 5.5%. Walau bagaimanapun, kita tidak dapat menafikan bahawa ketidaktentuan ekonomi global yang berpanjangan boleh menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi negara kita memandangkan Malaysia adalah sebuah ekonomi yang terbuka. Dalam hubungan ini, kita di pihak kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif serta melaksanakan strategi-strategi pengukuhan ekonomi yang berterusan seiring dengan perubahan senario ekonomi global bagi mengelakkan kegagalan sistemik kepada ekonomi kita. Terima kasih. Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan [Parit]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas soalan tambahan. Antara faktor utama kemelesetan ekonomi negara tahun 1997, 1998 ialah kejatuhan nilai mata wang ringgit yang begitu teruk sehingga ke paras RM4.20 bersamaan USD1 pada satu peringkat. Faktor ini telah mencetuskan kegagalan sistematik kepada ekonomi negara sehingga menyebabkan hutang negara meningkat, kadar hutang tidak berbayar yang tinggi. Usahawan menjadi muflis, syarikat perniagaan terpaksa tutup kedai dan memberi kesan inflasi yang amat teruk terhadap rakyat. Pada krisis ekonomi 1997, 1998 kadar hutang negara ialah 32.2% dari KDNK tetapi sekarang telah meningkat kepada 55%. Soalan saya, sungguhpun tabung reserve negara telah banyak meningkat seperti Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, adakah itu dapat menjamin bahawa kegagalan sistematik tidak akan berlaku apabila melihat kepada nilai mata wang ringgit yang telah jatuh ke paras RM3.70 bersamaan UDS1 sekarang. Hampir sama dengan kesan ekonomi 1997, 1998 kerana ini ditambah dengan kadar hutang negara yang meningkat. Selain dari melakukan tambatan mata wang ringgit, apakah usaha lain yang dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kegagalan sistemik ini tidak akan berulang lagi? Terima kasih. Dato' Sri Abdul Wahid Omar: Terima kasih sahabat dari Parit. Tuan Yang di-Pertua, ada banyak perbezaan kedudukan ekonomi kita sekarang berbanding dengan semasa krisis ekonomi Asia pada tahun 1997 dan 1998. Antaranya adalah, pertama sekali daripada segi kedudukan hutang sektor korporat pada masa dahulu amat tinggi dan di mana terdapat juga banyak korporat-korporat yang mempunyai hutang luar negara. Ini berbeza dengan kedudukan sekarang di mana kadar hutang korporat adalah lebih rendah dan kebanyakannya didominasi dalam mata wang Ringgit Malaysia. | 12 | 24 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 13
■1100
Keduanya, daripada segi kedudukan bank-bank ketika itu. Sebelum tahun 1998,
Malaysia mempunyai sekitar 60 buah institusi perbankan yang datangnya dari pelbagai
bentuk seperti ada bank perdagangan, bank saudagar, finance company, syarikat diskaun
dan lain-lain. Lanjutan daripada krisis kewangan Asia, banyak pembaikan telah
dilaksanakan. Antaranya, program konsolidasi sektor kewangan yang diterajui oleh Bank
Negara Malaysia di mana lebih daripada 60 buah institusi kewangan ini telah digabungkan
menjadi 10 buah kumpulan perbankan yang lebih besar, yang lebih teguh, mempunyai dana
dan modal yang lebih tinggi dan diuruskan dengan lebih baik secara profesional dan juga
dikawal selia dengan baik oleh Bank Negara Malaysia. Ini telah berterusan. Oleh sebab
itulah semasa krisis ekonomi global pada tahun 2007 dan 2008, kita tidak terjejas dengan
teruk berbanding dengan semasa krisis kewangan Asia tahun 1997 dan 1998.
Ketiganya Tuan Yang di-Pertua, daripada segi kedudukan hutang negara.
Walaupun kita dapati bahawa memang ada peningkatan daripada segi peratusan hutang
negara kepada GDP dengan izin, di bawah tahap bawah 55% sekarang ini, tetapi perlu
diingatkan bahawa hutang-hutang ini hanya diambil untuk menampung perbelanjaan
pembangunan dan kebanyakan hutang ini dalam bentuk mata wang Ringgit Malaysia. Jadi
97% daripada hutang negara didominasi dalam mata wang Ringgit Malaysia dan hanya 3%
dalam mata wang asing. Untuk itu, berdasarkan kepada kedudukan tersebut, kita percaya
bahawa apa yang kita alami sebelum ini, insya-Allah, tidak akan terkena pada Malaysia.
Walau apapun, kita perlu peka akan kedudukan persekitaran yang mungkin
berubah dari semasa ke semasa. Apa yang lebih penting kita terus mengukuhkan struktur
ekonomi kita, terus memperkukuhkan kedudukan rizab negara kita dan juga terus
memperkukuhkan kedudukan kewangan kerajaan. Oleh sebab itulah kita telah
mensasarkan untuk consolidate, dengan izin, kedudukan fiskal kita dan seterusnya untuk
mencapai satu sasaran bajet yang seimbang menjelang tahun 2020. Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih
Yang Berhormat Menteri. Saya...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat
Seputeh tidak puas hati, Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Yang Berhormat Seputeh ini kakak saya. Dia
memang beri peluang jugalah.
Yang Berhormat Menteri, saya mengikuti secara teliti jawapan Menteri tadi di mana
Menteri telah katakan dalam Dewan yang mulia ini di mana sistem kewangan negara kita
adalah antara yang paling kukuh dan kawal selia sistem kewangan kita juga adalah yang
paling efisien.
Bagaimanapun, adakah Yang Berhormat Menteri sedar mengikut Laporan GFI
atau Global Financial Integrity- Menteri sudah senyum, dia tahu. Di mana Malaysia
merupakan negara yang mengalami illicit outflow of money antara yang paling teruk di
dunia sepanjang 10 tahun ini. Jumlah illicit outflow wang haram ini berjumlah RM1.1 trilion
di mana negara paling teruk China, kedua Rusia, ketiga Mexico dan Malaysia menduduki
tangga kelima.
Maka saya mahu tahu... [Disampuk] Ini laporan terkini. Maka saya hendak tahu,
apa mekanisme yang akan dilakukan oleh kerajaan... [Dewan riuh] Ini adakah terlibat dalam
pengeluaran wang haram? Mengapakah bising sangat ini? Jika tidak, mengapakah bising?
Oleh sebab itu saya hendak tanya, is this amount to internal bleeding of our economy
system? Maka saya hendak tahu, apa rancangan dan mekanisme yang akan dilakukan oleh
kerajaan untuk memastikan illicit outflow, pengaliran wang haram ini tidak berlaku di
Malaysia lagi? Sila jawab. Sekian, terima kasih.
| #1100. Keduanya, daripada segi kedudukan bank-bank ketika itu. Sebelum tahun 1998, Malaysia mempunyai sekitar 60 buah institusi perbankan yang datangnya dari pelbagai bentuk seperti ada bank perdagangan, bank saudagar, finance company, syarikat diskaun dan lain-lain. Lanjutan daripada krisis kewangan Asia, banyak pembaikan telah dilaksanakan. Antaranya, program konsolidasi sektor kewangan yang diterajui oleh Bank Negara Malaysia di mana lebih daripada 60 buah institusi kewangan ini telah digabungkan menjadi 10 buah kumpulan perbankan yang lebih besar, yang lebih teguh, mempunyai dana dan modal yang lebih tinggi dan diuruskan dengan lebih baik secara profesional dan juga dikawal selia dengan baik oleh Bank Negara Malaysia. Ini telah berterusan. Oleh sebab itulah semasa krisis ekonomi global pada tahun 2007 dan 2008, kita tidak terjejas dengan teruk berbanding dengan semasa krisis kewangan Asia tahun 1997 dan 1998. Ketiganya Tuan Yang di-Pertua, daripada segi kedudukan hutang negara. Walaupun kita dapati bahawa memang ada peningkatan daripada segi peratusan hutang negara kepada GDP dengan izin, di bawah tahap bawah 55% sekarang ini, tetapi perlu diingatkan bahawa hutang-hutang ini hanya diambil untuk menampung perbelanjaan pembangunan dan kebanyakan hutang ini dalam bentuk mata wang Ringgit Malaysia. Jadi 97% daripada hutang negara didominasi dalam mata wang Ringgit Malaysia dan hanya 3% dalam mata wang asing. Untuk itu, berdasarkan kepada kedudukan tersebut, kita percaya bahawa apa yang kita alami sebelum ini, insya-Allah, tidak akan terkena pada Malaysia. Walau apapun, kita perlu peka akan kedudukan persekitaran yang mungkin berubah dari semasa ke semasa. Apa yang lebih penting kita terus mengukuhkan struktur ekonomi kita, terus memperkukuhkan kedudukan rizab negara kita dan juga terus memperkukuhkan kedudukan kewangan kerajaan. Oleh sebab itulah kita telah mensasarkan untuk consolidate, dengan izin, kedudukan fiskal kita dan seterusnya untuk mencapai satu sasaran bajet yang seimbang menjelang tahun 2020. Terima kasih. Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Seputeh tidak puas hati, Yang Berhormat. Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Yang Berhormat Seputeh ini kakak saya. Dia memang beri peluang jugalah. Yang Berhormat Menteri, saya mengikuti secara teliti jawapan Menteri tadi di mana Menteri telah katakan dalam Dewan yang mulia ini di mana sistem kewangan negara kita adalah antara yang paling kukuh dan kawal selia sistem kewangan kita juga adalah yang paling efisien. Bagaimanapun, adakah Yang Berhormat Menteri sedar mengikut Laporan GFI atau Global Financial Integrity- Menteri sudah senyum, dia tahu. Di mana Malaysia merupakan negara yang mengalami illicit outflow of money antara yang paling teruk di dunia sepanjang 10 tahun ini. Jumlah illicit outflow wang haram ini berjumlah RM1.1 trilion di mana negara paling teruk China, kedua Rusia, ketiga Mexico dan Malaysia menduduki tangga kelima. Maka saya mahu tahu... [Disampuk] Ini laporan terkini. Maka saya hendak tahu, apa mekanisme yang akan dilakukan oleh kerajaan... [Dewan riuh] Ini adakah terlibat dalam pengeluaran wang haram? Mengapakah bising sangat ini? Jika tidak, mengapakah bising? Oleh sebab itu saya hendak tanya, is this amount to internal bleeding of our economy system? Maka saya hendak tahu, apa rancangan dan mekanisme yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan illicit outflow, pengaliran wang haram ini tidak berlaku di Malaysia lagi? Sila jawab. Sekian, terima kasih. | 13 | 25 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
14 DR.1.4.2015
Dato’ Sri Abdul Wahid Omar: Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Tuan Yang
di-Pertua, saya tersenyum sebab perkara ini setiap tahun dibangkitkan oleh pihak
pembangkang dan setiap tahun pihak Bank Negara telah membuat penjelasan dan masih
tidak faham-faham lagi [Ketawa]
Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Saya bukan tidak faham. Keadaan tidak diperbaiki.
Dato’ Sri Abdul Wahid Omar: Tuan Yang di-Pertua, walau apa pun, kebanyakan
daripada gap yang disebutkan itu akibat transfer pricing dan juga akibat di mana banyak
eksport dan import kita kepada negara seperti China dan sebagainya, sebagai contohnya,
melalui negara-negara tertentu seperti Singapura dan juga Hong Kong. Saya minta
mungkin agar Yang Berhormat Taiping boleh merujuk kembali kepada penjelasan yang
telah dibuat oleh Bank Negara Malaysia laporan tahun lepas lagi. Ia explanation yang
serupa, Tuan Yang di-Pertua.
Antara tujuan kita mengadakan GST, memandangkan tadi ada sebut GST, adalah
untuk kita mengurangkan apa yang kita sebutkan tax gap di mana kita percaya ketika ini
kita mempunyai satu tax gap, dengan izin, pada kadar 20%. Dengan pelaksanaan GST,
antara manfaatnya yang baik adalah di mana kita dapat mengurangkan ketirisan ataupun
tax leakages, dengan izin, dan ini bakal mempertingkatkan pendapatan kerajaan yang
mana boleh digunakan bukan sahaja untuk mengurangkan kedudukan defisit fiskal kita
tetapi juga dapat melaksanakan banyak program dan projek untuk manfaat rakyat seperti
projek-projek jalan raya, jambatan di luar bandar, projek-projek pembinaan sekolah, hospital
dan klinik desa yang banyak tertangguh sebelum ini.
Jadi saya berharap dapat sokongan daripada semua agar kita dapat sama-sama
melaksanakan sistem percukaian yang lebih transparent ini. Terima kasih.
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua, boleh dapat
soalan tambahan?... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat
Labuan.
Datuk Rozman bin Isli [Labuan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Kelam kabut Yang
Berhormat.
Datuk Rozman bin Isli [Labuan]: Negara kita telah pun melaksanakan untuk
beberapa tahun Economic Transformation Program yang digandingkan dengan
Government Transformation Program untuk memastikan ekonomi kita terus meningkat daya
saing dan delivery system menjadi lebih efisien untuk kita bergerak dengan lebih cepat dan
membolehkan kita mencapai Wawasan 2020 diumumkan sebagai negara maju.
Malah, negara kita Global Rating ada mengatakan yang recently dengan izin, ease
of doing business pun sebenarnya agak tinggi, top five kalau saya tidak silap. Akan tetapi
daripada pengalaman dan pengamatan yang kita ada, saya yakin ia berlaku di beberapa
buah tempat di Malaysia dan termasuk di kawasan saya Labuan, ia macam tidak
membayangkan ease of doing business itu rated seperti yang saya katakan tadi. Demand
begitu tinggi dan keperluan begitu tinggi dan kita sedar pembangunan sepatutnya lebih
private sector driven dan JV di antara private sector dengan kerajaan terutamanya untuk
kawasan-kawasan yang tanahnya lebih sesuai untuk dibangunkan dan dibangunkan oleh
pihak swasta perlu dilakukan dengan secepat mungkin untuk membolehkan kita respons
kepada permintaan pasaran.
Soalan saya, adakah kerajaan akan melihat dengan serius untuk melihat sistem
ataupun birokrasi yang selama ini dilihat memberikan kekangan kepada keperluan-
keperluan yang amat mendesak sebenarnya? Itulah sahaja soalan saya, Tuan Yang di-
Pertua.
■1110
Dato’ Sri Abdul Wahid Omar: Terima kasih sahabat Yang Berhormat Labuan.
Memang betul kita telah banyak melaksanakan program-program yang mana kita telah
banyak mempermudah proses-proses untuk para pelabur datang ke negara kita dan ini
selaras dengan Program Transformasi Ekonomi dan Government Transformation
| Dato' Sri Abdul Wahid Omar: Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Tuan Yang di-Pertua, saya tersenyum sebab perkara ini setiap tahun dibangkitkan oleh pihak pembangkang dan setiap tahun pihak Bank Negara telah membuat penjelasan dan masih tidak faham-faham lagi [Ketawa]. Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Saya bukan tidak faham. Keadaan tidak diperbaiki. Dato' Sri Abdul Wahid Omar: Tuan Yang di-Pertua, walau apa pun, kebanyakan daripada gap yang disebutkan itu akibat transfer pricing dan juga akibat di mana banyak eksport dan import kita kepada negara seperti China dan sebagainya, sebagai contohnya, melalui negara-negara tertentu seperti Singapura dan juga Hong Kong. Saya minta mungkin agar Yang Berhormat Taiping boleh merujuk kembali kepada penjelasan yang telah dibuat oleh Bank Negara Malaysia laporan tahun lepas lagi. Ia explanation yang serupa, Tuan Yang di-Pertua. Antara tujuan kita mengadakan GST, memandangkan tadi ada sebut GST, adalah untuk kita mengurangkan apa yang kita sebutkan tax gap di mana kita percaya ketika ini kita mempunyai satu tax gap, dengan izin, pada kadar 20%. Dengan pelaksanaan GST, antara manfaatnya yang baik adalah di mana kita dapat mengurangkan ketirisan ataupun tax leakages, dengan izin, dan ini bakal mempertingkatkan pendapatan kerajaan yang mana boleh digunakan bukan sahaja untuk mengurangkan kedudukan defisit fiskal kita tetapi juga dapat melaksanakan banyak program dan projek untuk manfaat rakyat seperti projek-projek jalan raya, jambatan di luar bandar, projek-projek pembinaan sekolah, hospital dan klinik desa yang banyak tertangguh sebelum ini. Jadi saya berharap dapat sokongan daripada semua agar kita dapat sama-sama melaksanakan sistem percukaian yang lebih transparent ini. Terima kasih. Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua, boleh dapat soalan tambahan?... [Dewan riuh]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Labuan. Datuk Rozman bin Isli [Labuan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Kelam kabut Yang Berhormat. Datuk Rozman bin Isli [Labuan]: Negara kita telah pun melaksanakan untuk beberapa tahun Economic Transformation Program yang digandingkan dengan Government Transformation Program untuk memastikan ekonomi kita terus meningkat daya saing dan delivery system menjadi lebih efisien untuk kita bergerak dengan lebih cepat dan membolehkan kita mencapai Wawasan 2020 diumumkan sebagai negara maju. Malah, negara kita Global Rating ada mengatakan yang recently dengan izin, ease of doing business pun sebenarnya agak tinggi, top five kalau saya tidak silap. Akan tetapi daripada pengalaman dan pengamatan yang kita ada, saya yakin ia berlaku di beberapa buah tempat di Malaysia dan termasuk di kawasan saya Labuan, ia macam tidak membayangkan ease of doing business itu rated seperti yang saya katakan tadi. Demand begitu tinggi dan keperluan begitu tinggi dan kita sedar pembangunan sepatutnya lebih private sector driven dan JV di antara private sector dengan kerajaan terutamanya untuk kawasan-kawasan yang tanahnya lebih sesuai untuk dibangunkan dan dibangunkan oleh pihak swasta perlu dilakukan dengan secepat mungkin untuk membolehkan kita respons kepada permintaan pasaran. Soalan saya, adakah kerajaan akan melihat dengan serius untuk melihat sistem ataupun birokrasi yang selama ini dilihat memberikan kekangan kepada keperluan- keperluan yang amat mendesak sebenarnya? Itulah sahaja soalan saya, Tuan Yang di- Pertua. #1110. Dato' Sri Abdul Wahid Omar: Terima kasih sahabat Yang Berhormat Labuan. Memang betul kita telah banyak melaksanakan program-program yang mana kita telah banyak mempermudah proses-proses untuk para pelabur datang ke negara kita dan ini selaras dengan Program Transformasi Ekonomi dan Government Transformation. | 14 | 26 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 15
Programme, dengan izin yang telah dilaksanakan. Sebab itulah kita telah mendapat
peningkatan daripada segi pelbagai indeks yang dijalankan oleh pelbagai badan seperti
Bank Dunia dan The World Economic Forum dan yang lain-lain. Untuk itu, kita juga telah
berjaya untuk menarik pelaburan sebanyak RM35 bilion untuk tahun 2014 dalam satu
suasana yang mencabar.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa lagi isu-isu yang masih berbangkit,
banyak isu tertentu yang isolated dari semasa ke semasa dari satu kawasan ke kawasan
yang lain. Untuk itu, kami di pihak kerajaan secara keseluruhannya dan MIDA terutamanya
mengambil maklum akan isu-isu ini dan akan terus cuba mengatasi isu-isu yang berbangkit.
Semasa itu, PEMUDAH akan terus mengenal pasti apa juga isu-isu ataupun proses yang
perlu diperbaiki untuk masa hadapan. Terima kasih.
8. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli [Dungun] minta Perdana Menteri
menyatakan langkah-langkah bagi memastikan saham Felda Global Ventures (FGV) terus
kekal berdaya saing.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Razali bin Ibrahim]:
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera
salam 1Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, jika dilihat daripada
prestasi kewangan FGV untuk tahun 2014 seperti yang dilaporkan di Bursa Malaysia pada
24 Februari 2015, FGV sebenarnya mencatatkan keuntungan kasar sebanyak RM2.14
bilion dan keuntungan operasi sebanyak RM1.03 bilion, berbanding masing-masing RM878
juta dan RM610 juta bagi tahun 2013. Jumlah tersebut menunjukkan pencapaian yang lebih
baik. Namun begitu, keuntungan bersih syarikat bagi tahun 2014 telah menurun kepada
RM522 juta berbanding RM1.12 bilion pada tahun 2013. Ini disebabkan oleh beberapa
faktor. Antaranya adalah fair value charge, dengan izin yang perlu dipatuhi dalam loan
lease agreement yang telah memberi kesan kepada prestasi akaun. Faktor lain ialah proses
penanaman semula, faktor cuaca kemarau dan banjir serta ketidaktentuan harga minyak
sawit mentah.
Tuan Yang di-Pertua, faktor kejatuhan saham FGV ditentukan oleh pasaran dan
keyakinan pelabur. FGV merupakan sebuah kumpulan perladangan yang mana 75%
daripada pendapatannya adalah berdasarkan kepada komoditi sekali gus berkait rapat
dengan pergerakan harga komoditi dunia. Harga minyak sawit mentah mula mencatatkan
nilai lebih rendah berbanding tahun lalu bermula pada pertengahan tahun dan harga purata
tidak banyak berubah sehingga Januari 2015. Purata harga minyak sawit mentah 2014
ialah RM2,410 per tan metrik. Pergerakan harga ini di luar kawalan FGV.
Apa yang boleh dilakukan adalah dengan meningkatkan semula keyakinan pelabur
dan mengukuhkan syarikat melalui perniagaan hiliran untuk mengimbangi pendapatan agar
tidak bergantung terus kepada perniagaan huluan semata-mata. Bagi mengukuhkan lagi
operasi syarikat, FGV telah menekankan tiga aspek utama iaitu keberkesanan kos operasi,
model perniagaan baru dan penstrukturan semula anak-anak syarikat kumpulan.
Perancangan yang dibuat ini dijangka mampu mengembalikan semula keyakinan pelabur
sekaligus memberi kesan positif kepada saham FGV untuk jangka masa panjang.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli [Dungun]: Atas jawapan yang telah
diberikan, ada dua perkara penting yang ditekankan. Satu ialah berkaitan dengan syarikat
FGV itu dan yang kedua ialah berkaitan dengan saham-saham yang dibeli oleh puluhan
ribu peneroka. Ini mestilah dipastikan bahawa dalam menentukan saham Felda Global
Ventures ini dapat berdaya saing supaya bebanan hutang yang ditanggung oleh para
peneroka pada masa pengapungan IPO dibuat dengan jumlah nilai RM4.55 pada masa itu
atas nilai korporat IPO itu dijamin akan mendapat menstabilkan keadaan. Saya pohon
langkah-langlah tegas yang dijanjikan itu dapat diberikan satu jaminan supaya peneroka
tidak terbeban dengan hutang yang sedia ada. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
| Programme, dengan izin yang telah dilaksanakan. Sebab itulah kita telah mendapat peningkatan daripada segi pelbagai indeks yang dijalankan oleh pelbagai badan seperti Bank Dunia dan The World Economic Forum dan yang lain-lain. Untuk itu, kita juga telah berjaya untuk menarik pelaburan sebanyak RM35 bilion untuk tahun 2014 dalam satu suasana yang mencabar. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa lagi isu-isu yang masih berbangkit, banyak isu tertentu yang isolated dari semasa ke semasa dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Untuk itu, kami di pihak kerajaan secara keseluruhannya dan MIDA terutamanya mengambil maklum akan isu-isu ini dan akan terus cuba mengatasi isu-isu yang berbangkit. Semasa itu, PEMUDAH akan terus mengenal pasti apa juga isu-isu ataupun proses yang perlu diperbaiki untuk masa hadapan. Terima kasih. 8. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli [Dungun] minta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah bagi memastikan saham Felda Global Ventures (FGV) terus kekal berdaya saing. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Razali bin Ibrahim]: Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, jika dilihat daripada prestasi kewangan FGV untuk tahun 2014 seperti yang dilaporkan di Bursa Malaysia pada 24 Februari 2015, FGV sebenarnya mencatatkan keuntungan kasar sebanyak RM2.14 bilion dan keuntungan operasi sebanyak RM1.03 bilion, berbanding masing-masing RM878 juta dan RM610 juta bagi tahun 2013. Jumlah tersebut menunjukkan pencapaian yang lebih baik. Namun begitu, keuntungan bersih syarikat bagi tahun 2014 telah menurun kepada RM522 juta berbanding RM1.12 bilion pada tahun 2013. Ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah fair value charge, dengan izin yang perlu dipatuhi dalam loan lease agreement yang telah memberi kesan kepada prestasi akaun. Faktor lain ialah proses penanaman semula, faktor cuaca kemarau dan banjir serta ketidaktentuan harga minyak sawit mentah. Tuan Yang di-Pertua, faktor kejatuhan saham FGV ditentukan oleh pasaran dan keyakinan pelabur. FGV merupakan sebuah kumpulan perladangan yang mana 75% daripada pendapatannya adalah berdasarkan kepada komoditi sekali gus berkait rapat dengan pergerakan harga komoditi dunia. Harga minyak sawit mentah mula mencatatkan nilai lebih rendah berbanding tahun lalu bermula pada pertengahan tahun dan harga purata tidak banyak berubah sehingga Januari 2015. Purata harga minyak sawit mentah 2014 ialah RM2,410 per tan metrik. Pergerakan harga ini di luar kawalan FGV. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan meningkatkan semula keyakinan pelabur dan mengukuhkan syarikat melalui perniagaan hiliran untuk mengimbangi pendapatan agar tidak bergantung terus kepada perniagaan huluan semata-mata. Bagi mengukuhkan lagi operasi syarikat, FGV telah menekankan tiga aspek utama iaitu keberkesanan kos operasi, model perniagaan baru dan penstrukturan semula anak-anak syarikat kumpulan. Perancangan yang dibuat ini dijangka mampu mengembalikan semula keyakinan pelabur sekaligus memberi kesan positif kepada saham FGV untuk jangka masa panjang. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli [Dungun]: Atas jawapan yang telah diberikan, ada dua perkara penting yang ditekankan. Satu ialah berkaitan dengan syarikat FGV itu dan yang kedua ialah berkaitan dengan saham-saham yang dibeli oleh puluhan ribu peneroka. Ini mestilah dipastikan bahawa dalam menentukan saham Felda Global Ventures ini dapat berdaya saing supaya bebanan hutang yang ditanggung oleh para peneroka pada masa pengapungan IPO dibuat dengan jumlah nilai RM4.55 pada masa itu atas nilai korporat IPO itu dijamin akan mendapat menstabilkan keadaan. Saya pohon langkah-langlah tegas yang dijanjikan itu dapat diberikan satu jaminan supaya peneroka tidak terbeban dengan hutang yang sedia ada. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. | 15 | 27 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
16 DR.1.4.2015
Dato’ Razali bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, kita akan ambil maklum tentang
perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dungun. Malahan, perlu saya perjelaskan
di sini bahawa, sebenarnya hutang-hutang peneroka telah pun ditebus oleh pihak FELDA
yang mana peneroka hanya perlu membayar RM50 sebulan selama 72 bulan dan dia akan
terus menikmati dividen jika diberikan. Ini adalah salah satu cara yang dibuat FELDA bagi
memastikan para peneroka tidak terus terbeban dengan pinjaman ketika mereka diberikan
800 saham seorang waktu disenaraikan. Maknanya secara mudah, pihak FELDA
sebenarnya telah menebus pinjaman tersebut dan peneroka perlu membayar tanpa faedah
dan secara mudah, ia dijamin oleh pihak FELDA. Mereka juga sebenarnya bebas untuk
terus memegang ataupun melupuskan saham-saham yang telah diperuntukkan kepada
setiap peneroka yang terlibat. Terima kasih Yang Berhormat.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, memandangkan dengan penurunan nilai ringgit dan juga
penurunan harga nilai CPO, FGV sebagai sebuah syarikat yang bergantung kepada
perniagaan. Saya ingin bertanya kepada Menteri, mampukah saham FGV kembali
mencapai ke tahap yang lebih tinggi? Sekarang ini, lebih kurang RM2.10 sekurang-
kurangnya kepada RM4.55 iaitu nilai asal dan bagaimanakah perancangan itu? Kalau ia
mampu, agak-agaknya bilakah harga saham yang disasarkan itu akan tercapai? Terima
kasih.
Dato’ Razali bin Ibrahim: Terima kasih Yang Berhormat Sik, terima kasih Yang
Berhormat semua kerana memberi penekanan terhadap keuntungan FGV, seterusnya
dapat memberi faedah kepada peneroka. Pertama, seperti yang saya nyatakan tadi, kita
menjangkakan bahawa dapat melakukan penjimatan hampir RM100 juta daripada
keberkesanan kos operasi dan juga saya sebut tadi bahawa kita memperkenalkan model
perniagaan baru iaitu dengan menubuhkan sebuah FGV Trading Sdn. Bhd yang akan
menguruskan perdagangan 3 juta tan metrik minyak sawit mentah dan kita sasarkan pada
tahun pertama, dapat membuat perolehan sebanyak RM2.5 bilion.
Ketiganya saya juga menyebutkan tentang penstrukturan semula anak-anak
syarikat yang ada di bawah FGV yang banyak ini, yang mana ada mencatatkan
keuntungan, ada yang mempunyai liabiliti. Perkara ini akan disusun semula dan perkara ini
semua akan dapat sekali lagi memberi faedah yang positif kepada masa hadapan saham
FGV.
Satu lagi saya perlu nyatakan di sini bahawa pada tahun 2012, jumlah pokok sawit
tua yang dimiliki oleh FGV adalah dalam sekitar 57% dan sehingga sekarang kita dapat
mengurangkan kepada 43%. Insya-Allah, kita jangkakan pada tahun 2020, jumlah pokok
sawit muda kita akan dapat melepasi tahap 60%. Walaupun Yang Berhormat mengatakan
bahawa harga minyak sawit mentah sekarang ini rendah, FGV mempunyai kawasan yang
belum mengeluarkan hasil. Jadi, kita harap apabila sudah mula mengeluarkan hasil dan
harga minyak sawit mentah dunia meningkat, pada ketika itu dia akan dapat memberi
faedah yang besar kepada peneroka dan seterusnya dapat meningkatkan harga saham
FGV itu sendiri. Pengumuman ini saya harap dapat memberikan keyakinan kepada mana-
mana pelabur yang ingin membuat pelaburan dalam bidang komoditi minyak sawit. Untuk
berbuat demikian kerana prospek masa hadapan FGV lebih baik apabila mengenai pokok-
pokok muda yang bakal matang sekitar beberapa tahun lagi.
Mengenai pertukaran mata wang, FGV dan mana-mana syarikat sebenarnya
mempunyai faedah apabila melakukan urusan import dan eksport. Apabila kita eksport, kita
tidak terkesan sangat dengan harga ringgit yang rendah. Malahan, ini semua adalah faktor
yang menyumbang kepada penentuan kos operasi, kos keuntungan kasar dan keuntungan
bersih sesebuah syarikat. Terima kasih Yang Berhormat.
■1120
| Dato' Razali bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, kita akan ambil maklum tentang perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dungun. Malahan, perlu saya perjelaskan di sini bahawa, sebenarnya hutang-hutang peneroka telah pun ditebus oleh pihak FELDA yang mana peneroka hanya perlu membayar RM50 sebulan selama 72 bulan dan dia akan terus menikmati dividen jika diberikan. Ini adalah salah satu cara yang dibuat FELDA bagi memastikan para peneroka tidak terus terbeban dengan pinjaman ketika mereka diberikan 800 saham seorang waktu disenaraikan. Maknanya secara mudah, pihak FELDA sebenarnya telah menebus pinjaman tersebut dan peneroka perlu membayar tanpa faedah dan secara mudah, ia dijamin oleh pihak FELDA. Mereka juga sebenarnya bebas untuk terus memegang ataupun melupuskan saham-saham yang telah diperuntukkan kepada setiap peneroka yang terlibat. Terima kasih Yang Berhormat. Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, memandangkan dengan penurunan nilai ringgit dan juga penurunan harga nilai CPO, FGV sebagai sebuah syarikat yang bergantung kepada perniagaan. Saya ingin bertanya kepada Menteri, mampukah saham FGV kembali mencapai ke tahap yang lebih tinggi? Sekarang ini, lebih kurang RM2.10 sekurang- kurangnya kepada RM4.55 iaitu nilai asal dan bagaimanakah perancangan itu? Kalau ia mampu, agak-agaknya bilakah harga saham yang disasarkan itu akan tercapai? Terima kasih. Dato' Razali bin Ibrahim: Terima kasih Yang Berhormat Sik, terima kasih Yang Berhormat semua kerana memberi penekanan terhadap keuntungan FGV, seterusnya dapat memberi faedah kepada peneroka. Pertama, seperti yang saya nyatakan tadi, kita menjangkakan bahawa dapat melakukan penjimatan hampir RM100 juta daripada keberkesanan kos operasi dan juga saya sebut tadi bahawa kita memperkenalkan model perniagaan baru iaitu dengan menubuhkan sebuah FGV Trading Sdn. Bhd yang akan menguruskan perdagangan 3 juta tan metrik minyak sawit mentah dan kita sasarkan pada tahun pertama, dapat membuat perolehan sebanyak RM2.5 bilion. Ketiganya saya juga menyebutkan tentang penstrukturan semula anak-anak syarikat yang ada di bawah FGV yang banyak ini, yang mana ada mencatatkan keuntungan, ada yang mempunyai liabiliti. Perkara ini akan disusun semula dan perkara ini semua akan dapat sekali lagi memberi faedah yang positif kepada masa hadapan saham FGV. Satu lagi saya perlu nyatakan di sini bahawa pada tahun 2012, jumlah pokok sawit tua yang dimiliki oleh FGV adalah dalam sekitar 57% dan sehingga sekarang kita dapat mengurangkan kepada 43%. Insya-Allah, kita jangkakan pada tahun 2020, jumlah pokok sawit muda kita akan dapat melepasi tahap 60%. Walaupun Yang Berhormat mengatakan bahawa harga minyak sawit mentah sekarang ini rendah, FGV mempunyai kawasan yang belum mengeluarkan hasil. Jadi, kita harap apabila sudah mula mengeluarkan hasil dan harga minyak sawit mentah dunia meningkat, pada ketika itu dia akan dapat memberi faedah yang besar kepada peneroka dan seterusnya dapat meningkatkan harga saham FGV itu sendiri. Pengumuman ini saya harap dapat memberikan keyakinan kepada mana- mana pelabur yang ingin membuat pelaburan dalam bidang komoditi minyak sawit. Untuk berbuat demikian kerana prospek masa hadapan FGV lebih baik apabila mengenai pokok- pokok muda yang bakal matang sekitar beberapa tahun lagi. Mengenai pertukaran mata wang, FGV dan mana-mana syarikat sebenarnya mempunyai faedah apabila melakukan urusan import dan eksport. Apabila kita eksport, kita tidak terkesan sangat dengan harga ringgit yang rendah. Malahan, ini semua adalah faktor yang menyumbang kepada penentuan kos operasi, kos keuntungan kasar dan keuntungan bersih sesebuah syarikat. Terima kasih Yang Berhormat. #1120. | 16 | 28 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 17
9. Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [Kuala Kangsar]
minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah
langkah-langkah drastik yang telah diambil oleh Kementerian bagi menangani kes
penderaan kanak-kanak yang melibatkan tekanan emosi. Dan apakah peranan media
melalui kementerian yang telah diambil demi membantu usaha tersebut.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datuk
Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun]: Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh, selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua,
terima kasih juga kepada Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menangani kes penderaan kanak-kanak termasuklah
yang melibatkan tekanan emosi, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang
melibatkan penggubalan dasar, perundangan, penyediaan perkhidmatan sokongan serta
juga pelaksanaan program advokasi. Antaranya adalah seperti berikut.
Akta Kanak-kanak telah digubal pada tahun 2001 dan mereka yang melakukan
penganiayaan atau mendedahkan kanak-kanak hingga menyebabkan mereka mengalami
kecederaan fizikal, emosi atau seksual boleh disabitkan di bawah seksyen 31(1) Akta
Kanak-kanak ini. Pesalah boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara selama
tempoh tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.
Majlis penyelaras bagi perlindungan kanak-kanak juga telah ditubuhkan bagi
menasihati Menteri tentang aspek perlindungan kanak-kanak, seterusnya Majlis ini juga
telah mewujudkan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak ataupun dipanggil PPKK yang
anggotanya terdiri daripada pelindung iaitu pegawai kebajikan masyarakat, pegawai
perubatan, pegawai kanan polis dan juga anggota masyarakat yang lain yang prihatin
terhadap isu sosial yang melibatkan kanak-kanak. Fungsi utama PPKK adalah untuk
menyelaras supaya perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak jika kanak-
kanak memerlukan atau disyaki memerlukan perlindungan. Pada masa ini terdapat 134
buah PPKK di seluruh negara.
Ketiga, kita mempunyai dasar perlindungan kana-kanak. Kerajaan telah
menggubal dasar perlindungan kanak-kanak pada bulan Julai 2009 untuk memastikan
kanak-kanak mendapat perlindungan sewajarnya. Dasar ini turut memastikan komitmen
menyeluruh diambil oleh semua pihak termasuklah para ibu bapa atau penjaga kanak-
kanak dalam melindungi kanak-kanak khususnya daripada sebarang bentuk keganasan
mental, fizikal, kecederaan, pengabaian, penderaan atau eksploitasi dengan menyediakan
persekitaran yang selamat dan juga mesra kepada kanak-kanak.
Seterusnya kita juga menyediakan pusat aktiviti kanak-kanak. Pusat Aktiviti Kanak-
Kanak ataupun PAKK ini ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan sokongan dan
advokasi kepada keluarga dan kanak-kanak yang berisiko tinggi dalam aspek penderaan
dan pengabaian. Kita juga menyediakan khidmat kaunseling kepada mangsa penderaan
kanak-kanak bagi membantu mengukuhkan lagi emosi dan psikologi mereka. Kita juga
menyediakan rumah kanak-kanak. Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan 12 buah
rumah kanak-kanak di seluruh negara untuk memberikan perlindungan kepada kanak-
kanak yang didera.
Pasukan Pencegah Penganiayaan dan Pengabaian Kanak-kanak (SCAN Team)
juga diperkenalkan di 34 buah hospital kerajaan di seluruh negara. Pasukan ini berperanan
khusus untuk mengendalikan kes dera dan penganiayaan kanak-kanak dan dilaksanakan di
hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang mempunyai pakar pediatrik. Kita juga
menyediakan Talian NUR 15999 dan Childline. Pada tahun 2007 Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah memperkenalkan perkhidmatan
Talian NUR 15999. Talian ini membantu untuk memudahkan orang awam dan mangsa
penderaan kanak-kanak membuat aduan dan mendapatkan khidmat nasihat. Pada bulan
November 2010 pula, kementerian telah memperluaskan perkhidmatan Talian NUR 15999
dengan mewujudkan talian khusus bagi aduan kanak-kanak iaitu Childline 15999.
| 9. Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [Kuala Kangsar] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah langkah-langkah drastik yang telah diambil oleh Kementerian bagi menangani kes penderaan kanak-kanak yang melibatkan tekanan emosi. Dan apakah peranan media melalui kementerian yang telah diambil demi membantu usaha tersebut. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Kuala Kangsar. Tuan Yang di-Pertua, bagi menangani kes penderaan kanak-kanak termasuklah yang melibatkan tekanan emosi, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang melibatkan penggubalan dasar, perundangan, penyediaan perkhidmatan sokongan serta juga pelaksanaan program advokasi. Antaranya adalah seperti berikut. Akta Kanak-kanak telah digubal pada tahun 2001 dan mereka yang melakukan penganiayaan atau mendedahkan kanak-kanak hingga menyebabkan mereka mengalami kecederaan fizikal, emosi atau seksual boleh disabitkan di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak ini. Pesalah boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya. Majlis penyelaras bagi perlindungan kanak-kanak juga telah ditubuhkan bagi menasihati Menteri tentang aspek perlindungan kanak-kanak, seterusnya Majlis ini juga telah mewujudkan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak ataupun dipanggil PPKK yang anggotanya terdiri daripada pelindung iaitu pegawai kebajikan masyarakat, pegawai perubatan, pegawai kanan polis dan juga anggota masyarakat yang lain yang prihatin terhadap isu sosial yang melibatkan kanak-kanak. Fungsi utama PPKK adalah untuk menyelaras supaya perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak jika kanak- kanak memerlukan atau disyaki memerlukan perlindungan. Pada masa ini terdapat 134 buah PPKK di seluruh negara. Ketiga, kita mempunyai dasar perlindungan kana-kanak. Kerajaan telah menggubal dasar perlindungan kanak-kanak pada bulan Julai 2009 untuk memastikan kanak-kanak mendapat perlindungan sewajarnya. Dasar ini turut memastikan komitmen menyeluruh diambil oleh semua pihak termasuklah para ibu bapa atau penjaga kanak- kanak dalam melindungi kanak-kanak khususnya daripada sebarang bentuk keganasan mental, fizikal, kecederaan, pengabaian, penderaan atau eksploitasi dengan menyediakan persekitaran yang selamat dan juga mesra kepada kanak-kanak. Seterusnya kita juga menyediakan pusat aktiviti kanak-kanak. Pusat Aktiviti Kanak- Kanak ataupun PAKK ini ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan sokongan dan advokasi kepada keluarga dan kanak-kanak yang berisiko tinggi dalam aspek penderaan dan pengabaian. Kita juga menyediakan khidmat kaunseling kepada mangsa penderaan kanak-kanak bagi membantu mengukuhkan lagi emosi dan psikologi mereka. Kita juga menyediakan rumah kanak-kanak. Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan 12 buah rumah kanak-kanak di seluruh negara untuk memberikan perlindungan kepada kanak- kanak yang didera. Pasukan Pencegah Penganiayaan dan Pengabaian Kanak-kanak (SCAN Team) juga diperkenalkan di 34 buah hospital kerajaan di seluruh negara. Pasukan ini berperanan khusus untuk mengendalikan kes dera dan penganiayaan kanak-kanak dan dilaksanakan di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang mempunyai pakar pediatrik. Kita juga menyediakan Talian NUR 15999 dan Childline. Pada tahun 2007 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah memperkenalkan perkhidmatan Talian NUR 15999. Talian ini membantu untuk memudahkan orang awam dan mangsa penderaan kanak-kanak membuat aduan dan mendapatkan khidmat nasihat. Pada bulan November 2010 pula, kementerian telah memperluaskan perkhidmatan Talian NUR 15999 dengan mewujudkan talian khusus bagi aduan kanak-kanak iaitu Childline 15999. | 17 | 29 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
18 DR.1.4.2015
Tuan Yang di-Pertua, kementerian juga menggunakan media sebagai saluran
untuk melengkapkan usaha untuk menangani masalah penderaan kanak-kanak seperti
berikut:
(i) kenyataan media turut dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas
sesuatu kes dera yang besar berlaku dengan mengambil reaksi
daripada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan-
timbalan Menteri serta pegawai kanan kementerian serta
tindakan daripada agensi yang terlibat;
(ii) hebahan dan publisiti melalui media menerusi penulisan rencana,
advertorial di media cetak dan pesanan khidmat masyarakat
(BSA) menerusi media elektronik; dan
(iii) media sosial rasmi kementerian dan agensi termasuklah laman
web, Facebook dan Twitter kementerian digunakan untuk
menguar-uarkan langkah pencegahan dan tips menangani gejala
ini serta fungsi dan peranan Talian NUR 15999 itu.
Terima kasih.
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Terima
kasih atas jawapan. Kita lihat bahawa banyak kes penderaan kanak-kanak telah meningkat
secara mendadak. Akan tetapi daripada jawapan kementerian, kita banyak menumpu
kepada mangsa ataupun kanak-kanak yang terdera. Akan tetapi kita mesti lihat kepada
fakta pendera itu sendiri atau penjenayah di dalam satu tahap yang lebih luas.
Ini kerana ia ada kaitan langsung dengan masalah kesihatan mental di kalangan
pendera-pendera dan juga orang-orang dewasa. Kalau kita lihat kepada National Health
and Mobility Survey, 12% daripada penduduk Malaysia yang berumur antara 18 hingga 60
tahun mengalami masalah kesihatan mental. Bermakna dalam Dewan ini pun mungkin ada
kita mengalami sedikit masalah kesihatan mental. Daripada perangai yang kita tahu macam
mana. Jadi saya ingin menyatakan bagaimanakah pihak kementerian melihat kepada
perkara ini, masalah yang begitu serius yang mengejutkan.
Ini kerana kita tahu bahawa kesihatan mental ini satu perkara yang benar-benar
serius dan boleh menjejaskan negara yang mana kita mahu rakyatnya sihat fizikal, mental
dan spiritual. Soalan saya adakah pihak kementerian benar-benar prihatin ataupun
memberi satu perancangan dan bekerjasama dengan kementerian lain seperti Kementerian
Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan lain-lain kementerian, Kementerian Penerangan
untuk melihat perkara ini secara menyeluruh. Bukan hanya sekadar kepada melindungi
mangsa-mangsa dera tetapi kepada pendera-pendera dan juga bakal-bakal penjenayah
yang boleh membahayakan kesihatan rakyat negara kita keseluruhannya. Terima kasih.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun: Terima kasih
kepada Yang Berhormat Kuala Kangsar di atas soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua,
pertama-tamanya tugas kita ialah kita beri perhatian kepada kanak-kanak yang didera itu.
Ini kerana mereka adalah merupakan kumpulan sasar kita yang perlu kita jaga kebajikan
mereka. Oleh sebab itulah kita banyak menyediakan pelbagai program seperti mana yang
saya sebut tadi untuk memastikan kanak-kanak ini dapat kita jaga.
Pertamanya jangan mereka terkena didera ini. Keduanya apabila berlaku
penderaan maka kita selamatkan mereka dan kita cuba usaha supaya mereka dapat kita
pulihkan, kita kembalikan ke dalam masyarakat. Akan tetapi dalam masa yang sama juga
kita sedar bahawa memang dari tahun ke tahun ada sahaja berlakunya penderaan ini.
Kalau kita tengok daripada segi statistiknya, penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak
pada tahun 2010 hingga 2014 memang berlaku – kita ada jumlah 9,956 kes dan pada itu
terdapat emosi itu adalah 476, fizikal – 5,004, seksual – 4,476.
Pertamanya di bawah Akta Kanak-kanak itu memang kita hukum penjenayah ini
yang menjadi pemangsa ini, abuser dengan izin, kita hukum mereka. Hukuman itu
sehinggakan RM20,000 dan 10 tahun penjara. Mungkin dalam pindaan akan datang kita
cuba tengok dan kita tingkatkan pula. Itu daripada segi kita menghukumlah Tuan Yang di-
Pertua.
| Tuan Yang di-Pertua, kementerian juga menggunakan media sebagai saluran untuk melengkapkan usaha untuk menangani masalah penderaan kanak-kanak seperti berikut: (i) kenyataan media turut dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas sesuatu kes dera yang besar berlaku dengan mengambil reaksi daripada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan- timbalan Menteri serta pegawai kanan kementerian serta tindakan daripada agensi yang terlibat; (ii) hebahan dan publisiti melalui media menerusi penulisan rencana, advertorial di media cetak dan pesanan khidmat masyarakat (BSA) menerusi media elektronik; dan. (iii) media sosial rasmi kementerian dan agensi termasuklah laman web, Facebook dan Twitter kementerian digunakan untuk menguar-uarkan langkah pencegahan dan tips menangani gejala ini serta fungsi dan peranan Talian NUR 15999 itu. Terima kasih. Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Terima kasih atas jawapan. Kita lihat bahawa banyak kes penderaan kanak-kanak telah meningkat secara mendadak. Akan tetapi daripada jawapan kementerian, kita banyak menumpu kepada mangsa ataupun kanak-kanak yang terdera. Akan tetapi kita mesti lihat kepada fakta pendera itu sendiri atau penjenayah di dalam satu tahap yang lebih luas. Ini kerana ia ada kaitan langsung dengan masalah kesihatan mental di kalangan pendera-pendera dan juga orang-orang dewasa. Kalau kita lihat kepada National Health and Mobility Survey, 12% daripada penduduk Malaysia yang berumur antara 18 hingga 60 tahun mengalami masalah kesihatan mental. Bermakna dalam Dewan ini pun mungkin ada kita mengalami sedikit masalah kesihatan mental. Daripada perangai yang kita tahu macam mana. Jadi saya ingin menyatakan bagaimanakah pihak kementerian melihat kepada perkara ini, masalah yang begitu serius yang mengejutkan. Ini kerana kita tahu bahawa kesihatan mental ini satu perkara yang benar-benar serius dan boleh menjejaskan negara yang mana kita mahu rakyatnya sihat fizikal, mental dan spiritual. Soalan saya adakah pihak kementerian benar-benar prihatin ataupun memberi satu perancangan dan bekerjasama dengan kementerian lain seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan lain-lain kementerian, Kementerian Penerangan untuk melihat perkara ini secara menyeluruh. Bukan hanya sekadar kepada melindungi mangsa-mangsa dera tetapi kepada pendera-pendera dan juga bakal-bakal penjenayah yang boleh membahayakan kesihatan rakyat negara kita keseluruhannya. Terima kasih. Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun: Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kangsar di atas soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, pertama-tamanya tugas kita ialah kita beri perhatian kepada kanak-kanak yang didera itu. Ini kerana mereka adalah merupakan kumpulan sasar kita yang perlu kita jaga kebajikan mereka. Oleh sebab itulah kita banyak menyediakan pelbagai program seperti mana yang saya sebut tadi untuk memastikan kanak-kanak ini dapat kita jaga. Pertamanya jangan mereka terkena didera ini. Keduanya apabila berlaku penderaan maka kita selamatkan mereka dan kita cuba usaha supaya mereka dapat kita pulihkan, kita kembalikan ke dalam masyarakat. Akan tetapi dalam masa yang sama juga kita sedar bahawa memang dari tahun ke tahun ada sahaja berlakunya penderaan ini. Kalau kita tengok daripada segi statistiknya, penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak pada tahun 2010 hingga 2014 memang berlaku- kita ada jumlah 9,956 kes dan pada itu terdapat emosi itu adalah 476, fizikal- 5,004, seksual- 4,476. Pertamanya di bawah Akta Kanak-kanak itu memang kita hukum penjenayah ini yang menjadi pemangsa ini, abuser dengan izin, kita hukum mereka. Hukuman itu sehinggakan RM20,000 dan 10 tahun penjara. Mungkin dalam pindaan akan datang kita cuba tengok dan kita tingkatkan pula. Itu daripada segi kita menghukumlah Tuan Yang di- Pertua. | 18 | 30 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 19
Akan tetapi daripada segi melihat bagaimana kita dapat mengelakkan daripada
berlakunya perkara ini, kita tahu di antara sebab-sebab berlakunya penderaan ataupun
abuse terhadap kanak-kanak ya, ada yang disebabkan perpecahan keluarga, penceraian,
perpisahan di antara kedua keluarga, disebabkan oleh bapa yang bukan sahaja sakit
mental, tetapi kerana dia terlalu banyak minum arak menyebabkan dia jadi mabuk. Jadi ini
juga menyebabkan dia jadi pendera. Banyak lagi sebab-sebab yang lain. Akan tetapi kita
melihat ini setelah kita tahu ini kita buat kajian bagaimana kita dapat membantu.
■1130
Itu sebab kita ada juga program melalui LPPKN, program untuk keluarga. Program
ini adalah untuk membantu supaya kita dapat meningkatkan kesedaran kedua-dua ibu bapa
ini bagaimana untuk menjaga anak-anak mereka. Jika didapati ada simptom-simptom
masalah dalam keluarga, maka mereka ini akan diberikan kaunseling oleh kaunselor-
kaunselor yang ada di kementerian kita, insya-Allah.
Saya juga ambil maklum tentang apa yang telah dikatakan Yang Berhormat tadi
dan insya-Allah kita akan melihat lagi bagaimana kita dapat memastikan kerjasama yang
erat akan dapat diwujudkan di antara kita dengan kementerian-kementerian yang lain
kerana itulah cara Barisan Nasional bekerja. Bagaimana kita dapat membantu keluarga ini
dan ibu bapa supaya mereka tidak lagi menjadi pendera (abuser) dengan izin, kepada
anak-anak mereka. Terima kasih.
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertama sekali, selamat hari GST.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Sudah Yang
Berhormat, sudah menyumbang kepada GSTkah Yang Berhormat?
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat
Timbalan Menteri, tadi saya mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan
Menteri bahawa yang mungkin kerajaan akan menimbangkan adakan hukuman yang lebih
tinggi kepada pendera kanak-kanak. Saya cadangkan ini haruslah dikaji semula kerana
bukan semua hukuman yang tinggi akan menegah sesetengah jenayah atau salah laku
daripada berlaku. Kadang-kadang ia memberi tekanan kepada orang yang ingin melapor
dan juga mangsa penderaan kanak-kanak kerana kalau bapa kamu mendera kamu, kamu
tidak akan berani melaporkan, khususnya kepada kanak-kanak. Saya rasa ini adalah satu
aspek yang perlu dikaji semula.
[Dewan riuh]
Tadi bila Timbalan Menteri jawab tentang ada Nur 15999, saya baru masuk
Facebook dia, agak baru sedikit. Ramai orang tidak tahu ada talian Nur 15999. Kalau
kerajaan boleh adakan lagu GST, panggil pegawai kastam menari dan menyanyi, saya
rasakan dari segi peranan media, mungkin kementerian haruslah gunakan cara yang sama
di mana Timbalan Menteri menyanyikan Nur 15999 yang boleh melaporkan penderaan
kanak-kanak supaya ini dijadikan lebih popular.
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Saya sokong. Cantik.
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Kalau di antara kalangan Ahli Yang
Berhormat yang ada pembangkang, kaunseling semua juga boleh panggil talian itu supaya
ini dijadikan lebih popular.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: Setuju Menteri,
setuju.
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Ini yang
sakit mental ini.
| Akan tetapi daripada segi melihat bagaimana kita dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara ini, kita tahu di antara sebab-sebab berlakunya penderaan ataupun abuse terhadap kanak-kanak ya, ada yang disebabkan perpecahan keluarga, penceraian, perpisahan di antara kedua keluarga, disebabkan oleh bapa yang bukan sahaja sakit mental, tetapi kerana dia terlalu banyak minum arak menyebabkan dia jadi mabuk. Jadi ini juga menyebabkan dia jadi pendera. Banyak lagi sebab-sebab yang lain. Akan tetapi kita melihat ini setelah kita tahu ini kita buat kajian bagaimana kita dapat membantu. #1130. Itu sebab kita ada juga program melalui LPPKN, program untuk keluarga. Program ini adalah untuk membantu supaya kita dapat meningkatkan kesedaran kedua-dua ibu bapa ini bagaimana untuk menjaga anak-anak mereka. Jika didapati ada simptom-simptom masalah dalam keluarga, maka mereka ini akan diberikan kaunseling oleh kaunselor- kaunselor yang ada di kementerian kita, insya-Allah. Saya juga ambil maklum tentang apa yang telah dikatakan Yang Berhormat tadi dan insya-Allah kita akan melihat lagi bagaimana kita dapat memastikan kerjasama yang erat akan dapat diwujudkan di antara kita dengan kementerian-kementerian yang lain kerana itulah cara Barisan Nasional bekerja. Bagaimana kita dapat membantu keluarga ini dan ibu bapa supaya mereka tidak lagi menjadi pendera (abuser) dengan izin, kepada anak-anak mereka. Terima kasih. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, selamat hari GST. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Sudah Yang Berhormat, sudah menyumbang kepada GSTkah Yang Berhormat?. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi saya mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa yang mungkin kerajaan akan menimbangkan adakan hukuman yang lebih tinggi kepada pendera kanak-kanak. Saya cadangkan ini haruslah dikaji semula kerana bukan semua hukuman yang tinggi akan menegah sesetengah jenayah atau salah laku daripada berlaku. Kadang-kadang ia memberi tekanan kepada orang yang ingin melapor dan juga mangsa penderaan kanak-kanak kerana kalau bapa kamu mendera kamu, kamu tidak akan berani melaporkan, khususnya kepada kanak-kanak. Saya rasa ini adalah satu aspek yang perlu dikaji semula. [Dewan riuh]. Tadi bila Timbalan Menteri jawab tentang ada Nur 15999, saya baru masuk Facebook dia, agak baru sedikit. Ramai orang tidak tahu ada talian Nur 15999. Kalau kerajaan boleh adakan lagu GST, panggil pegawai kastam menari dan menyanyi, saya rasakan dari segi peranan media, mungkin kementerian haruslah gunakan cara yang sama di mana Timbalan Menteri menyanyikan Nur 15999 yang boleh melaporkan penderaan kanak-kanak supaya ini dijadikan lebih popular. [Dewan riuh]. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Saya sokong. Cantik. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Kalau di antara kalangan Ahli Yang Berhormat yang ada pembangkang, kaunseling semua juga boleh panggil talian itu supaya ini dijadikan lebih popular. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: Setuju Menteri, setuju. Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Ini yang sakit mental ini. | 19 | 31 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
20 DR.1.4.2015
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun: Tuan Yang di-
Pertua, terima kasihlah Yang Berhormat Seputeh. Kita jangan main-mainlah. Bagi saya ini
adalah perkara yang serius. Apabila kanak-kanak didera, ini adalah perkara yang serius.
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Memang serius. Saya cadangkan ia jadi
satu talian yang popular. Sekarang ramai tidak tahu, termasuk Tuan Yang di-Pertua pun
tidak tahu.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun: Bila dia perkara
yang serius, tentulah bila kita mengkaji undang-undang itu, kita mendengar dari pelbagai
pihak. Dari pelbagai pihak itu, pihak yang mempunyai kepentingan, stakeholders, wakil
daripada kanak-kanak, ibu bapa dan masyarakat keseluruhannya. Ada yang mengatakan
bahawa perlunya kita meningkatkan punishment ini terhadap mereka yang abuser ataupun
pendera ini. Jadi kita ambil kira. Kita dengar daripada Yang Berhormat Seputeh hari ini, kita
dengarlah. Nanti kita beritahu Yang Berhormat Seputeh tidak mahu supaya dinaikkan ini
sebab takut nanti orang tidak mahu buat pelaporan. Keputusan ini belum kita buat, tetapi
ini adalah cadangan kita. Kita akan lihat secara menyeluruh Tuan Yang di-Pertua.
Apa yang dikatakan Yang Berhormat Seputeh tadi untuk menyanyi, hendak suruh
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri menyanyi pula itu, kalau begitu
tidak ada kerjalah orang lain. Kita beri chance orang lain juga kerja. Tidak payah kita
menyanyi. Apa yang penting hari ini kita beritahu, kita maklum kepada orang ramai, Yang
Berhormat yang ada di sini yang bijak pandai semua dengar, maklumkan kepada rakyat
Yang Berhormat semua adanya kemudahan yang diberikan oleh kerajaan ini. Bukan
sedikit-sedikit kalau ada, marah sahaja. Asyik mengata yang bukan-bukan. Beritahu that the
government is providing all these good services for the rakyat, dengan izin. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Setakat itu sesi soal
jawab untuk pagi ini. Masa terlalu lanjut Yang Berhormat.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN
DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT
11.35 pg.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan
Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Mesyuarat pada
hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga 8.30 malam dan selepas itu
Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Khamis, 2
April 2015.”
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato’ Dr. James Dawos
Mamit]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang
Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
RANG UNDANG-UNDANG
| Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun: Tuan Yang di- Pertua, terima kasihlah Yang Berhormat Seputeh. Kita jangan main-mainlah. Bagi saya ini adalah perkara yang serius. Apabila kanak-kanak didera, ini adalah perkara yang serius. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Memang serius. Saya cadangkan ia jadi satu talian yang popular. Sekarang ramai tidak tahu, termasuk Tuan Yang di-Pertua pun tidak tahu. Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun: Bila dia perkara yang serius, tentulah bila kita mengkaji undang-undang itu, kita mendengar dari pelbagai pihak. Dari pelbagai pihak itu, pihak yang mempunyai kepentingan, stakeholders, wakil daripada kanak-kanak, ibu bapa dan masyarakat keseluruhannya. Ada yang mengatakan bahawa perlunya kita meningkatkan punishment ini terhadap mereka yang abuser ataupun pendera ini. Jadi kita ambil kira. Kita dengar daripada Yang Berhormat Seputeh hari ini, kita dengarlah. Nanti kita beritahu Yang Berhormat Seputeh tidak mahu supaya dinaikkan ini sebab takut nanti orang tidak mahu buat pelaporan. Keputusan ini belum kita buat, tetapi ini adalah cadangan kita. Kita akan lihat secara menyeluruh Tuan Yang di-Pertua. Apa yang dikatakan Yang Berhormat Seputeh tadi untuk menyanyi, hendak suruh Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri menyanyi pula itu, kalau begitu tidak ada kerjalah orang lain. Kita beri chance orang lain juga kerja. Tidak payah kita menyanyi. Apa yang penting hari ini kita beritahu, kita maklum kepada orang ramai, Yang Berhormat yang ada di sini yang bijak pandai semua dengar, maklumkan kepada rakyat Yang Berhormat semua adanya kemudahan yang diberikan oleh kerajaan ini. Bukan sedikit-sedikit kalau ada, marah sahaja. Asyik mengata yang bukan-bukan. Beritahu that the government is providing all these good services for the rakyat, dengan izin. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Setakat itu sesi soal jawab untuk pagi ini. Masa terlalu lanjut Yang Berhormat. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]. USUL. WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT. 11.35 pg. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: "Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga 8.30 malam dan selepas itu Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Khamis, 2 April 2015.". Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato' Dr. James Dawos Mamit]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. [Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]. RANG UNDANG-UNDANG. | 20 | 32 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 21
RANG UNDANG-UNDANG DADAH BERBAHAYA (PINDAAN) (NO.2) 2014
Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga
11.36 pg.
Timbalan Menteri Kesihatan [Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-
Pertua, saya ingin memohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang Dadah
Berbahaya (Pindaan) (No.2) 2014 ialah suatu akta yang memperuntukkan pindaan kepada
sekyen 2, seksyen 4, seksyen 5, seksyen 6, seksyen 6B, seksyen 7 dan agenda utama
Akta 234 bagi menyenaraikan kratom dan mitragynine sebagai dadah berbahaya serta
menyediakan peruntukan untuk menyekat pengimportan, pengeksportan, pemilikan,
penanaman dan pegusahaan kratom.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mohon
mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) (No.2)
2014 diwujudkan bertujuan untuk meminda sekyen 2, seksyen 4, seksyen 5, seksyen 6,
seksyen 6B, seksyen 7 serta Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta
234].
Keperluan pindaan kepada Jadual Pertama Akta 234 adalah untuk menyenaraikan
kratom dan alkaloidnya mitragynine sebagai dadah berbahaya. Manakala pindaan kepada
seksyen 2 adalah untuk memasukkan takrif baru kratom. Keperluan kepada pindaan
seksyen 4, seksyen 5, seksyen 6, seksyen 6B dan seksyen 7 adalah untuk mewujudkan
kawalan ke atas kratom sebagai kawalan ke atas raw opium, coca leaves, poppy-straw dan
cannabis iaitu menyediakan peruntukan untuk menyekat pengimportan, pengeksportan,
pemilikan, penanaman serta pengusahaan kratom.
Tuan Yang di-Pertua, Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] mula berkuat kuasa
pada 1 November 1952 di Semenanjung Malaysia dan 1 Jun 1978 bagi Sabah dan
Sarawak. Ini bertujuan untuk satu, mengawal pengimportan, pengeksportan, penghasilan,
penjualan, penggunaan dan pemilikan dadah berbahaya dan bahan-bahannya dan
memberi peruntukan khas berkaitan bidang kuasa mahkamah bagi kesalahan di bawah
Akta 234.
Akta 234 pada asasnya mengawal pokok-pokok dan bahan-bahan yang
mempunyai kesan khayal dan menyebabkan kebergantungan kepadanya. Antara jenis
pokok yang dikawal di bawah akta ini adalah pokok ganja, kanabis, pokok kopi, pokok koka,
pokok-pokok yang disenaraikan dalam Bahagian I, Jadual Pertama Akta 234 adalah
dikawal penanaman dan pengusahaannya di Malaysia. Kawalan yang dikenakan ke atas
dadah berbahaya tersebut telah berjaya menyekat penanaman dan pengedarannya.
Kini penagih mula beralih kepada air ketum yang mudah diperoleh terutama di
Utara Semenanjung Malaysia. Pokok ketum juga dikenali sebagai pokok biak atau ketum
iaitu sejenis tumbuhan daripada family Rubiaceae dan daripada jenis mitragyna. Daun
kratom mengandungi beberapa alkaloid, antaranya ajmalicine, corynantheidine, 7-
hydroxymitragynine, isomitraphylline, paynantheine, speciofoline, speciogynine dan
mitragynine. Antara semua alkaloid ini, mitragynine merupakan alkaloid yang paling aktif
dan bersifat psikoaktif. Mitragynine bertindak atas reseptor yang sama dengan reseptor
opiat.
■1140
Justeru pengambilannya memberi kesan yang hampir sama dengan pengambilan
dadah opiat lain yang dikawal di bawah Akta 234. Penyalahgunaan kratom mitragynine
boleh mengakibatkan kesan buruk seperti hilang kawalan diri, rasa bosan dan malas,
kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emposi, anak mata menjadi kecil, merasa
| RANG UNDANG-UNDANG DADAH BERBAHAYA (PINDAAN) (NO.2) 2014. Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga. 11.36 pg. Timbalan Menteri Kesihatan [Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di- Pertua, saya ingin memohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) (No.2) 2014 ialah suatu akta yang memperuntukkan pindaan kepada sekyen 2, seksyen 4, seksyen 5, seksyen 6, seksyen 6B, seksyen 7 dan agenda utama Akta 234 bagi menyenaraikan kratom dan mitragynine sebagai dadah berbahaya serta menyediakan peruntukan untuk menyekat pengimportan, pengeksportan, pemilikan, penanaman dan pegusahaan kratom. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) (No.2) 2014 diwujudkan bertujuan untuk meminda sekyen 2, seksyen 4, seksyen 5, seksyen 6, seksyen 6B, seksyen 7 serta Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]. Keperluan pindaan kepada Jadual Pertama Akta 234 adalah untuk menyenaraikan kratom dan alkaloidnya mitragynine sebagai dadah berbahaya. Manakala pindaan kepada seksyen 2 adalah untuk memasukkan takrif baru kratom. Keperluan kepada pindaan seksyen 4, seksyen 5, seksyen 6, seksyen 6B dan seksyen 7 adalah untuk mewujudkan kawalan ke atas kratom sebagai kawalan ke atas raw opium, coca leaves, poppy-straw dan cannabis iaitu menyediakan peruntukan untuk menyekat pengimportan, pengeksportan, pemilikan, penanaman serta pengusahaan kratom. Tuan Yang di-Pertua, Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] mula berkuat kuasa pada 1 November 1952 di Semenanjung Malaysia dan 1 Jun 1978 bagi Sabah dan Sarawak. Ini bertujuan untuk satu, mengawal pengimportan, pengeksportan, penghasilan, penjualan, penggunaan dan pemilikan dadah berbahaya dan bahan-bahannya dan memberi peruntukan khas berkaitan bidang kuasa mahkamah bagi kesalahan di bawah Akta 234. Akta 234 pada asasnya mengawal pokok-pokok dan bahan-bahan yang mempunyai kesan khayal dan menyebabkan kebergantungan kepadanya. Antara jenis pokok yang dikawal di bawah akta ini adalah pokok ganja, kanabis, pokok kopi, pokok koka, pokok-pokok yang disenaraikan dalam Bahagian I, Jadual Pertama Akta 234 adalah dikawal penanaman dan pengusahaannya di Malaysia. Kawalan yang dikenakan ke atas dadah berbahaya tersebut telah berjaya menyekat penanaman dan pengedarannya. Kini penagih mula beralih kepada air ketum yang mudah diperoleh terutama di Utara Semenanjung Malaysia. Pokok ketum juga dikenali sebagai pokok biak atau ketum iaitu sejenis tumbuhan daripada family Rubiaceae dan daripada jenis mitragyna. Daun kratom mengandungi beberapa alkaloid, antaranya ajmalicine, corynantheidine, 7- hydroxymitragynine, isomitraphylline, paynantheine, speciofoline, speciogynine dan mitragynine. Antara semua alkaloid ini, mitragynine merupakan alkaloid yang paling aktif dan bersifat psikoaktif. Mitragynine bertindak atas reseptor yang sama dengan reseptor opiat. #1140 Justeru pengambilannya memberi kesan yang hampir sama dengan pengambilan dadah opiat lain yang dikawal di bawah Akta 234. Penyalahgunaan kratom mitragynine boleh mengakibatkan kesan buruk seperti hilang kawalan diri, rasa bosan dan malas, kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emposi, anak mata menjadi kecil, merasa. | 21 | 33 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
22 DR.1.4.2015
loya, mulut menjadi kering, kerap kencing, hilang selera makan dan kurang berat badan,
sembelit dan juga insomnia.
Pada masa ini mitragynine yang didapati di dalam daun kratom telah disenaraikan
sebagai bahan psikotropik di bawah Jadual Ketiga, Akta Racun 1952, Akta 366 semenjak
tahun 2003 dan terdapat kawalan ke atas aktiviti pengimportan, penjualan, pembekalan,
pemilikan dan penggunaannya di bawah Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik)
1989. Di bawah akta dan peraturan ini, sesiapa yang mengimport, menjual, membekal,
memiliki atau menggunakan bahan psikotropik yang disenaraikan di bawah Jadual Ketiga
Akta 366 bertentangan dengan kehendak akta dan peraturan tersebut adalah melakukan
kesalahan di bawah seksyen 30(5), Akta 366 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh
dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau
kedua-duanya sekali.
Tuan Yang di-Pertua, isu berkenaan dengan penyalahgunaan kratom telah sering
dipaparkan di dada-dada akhbar malah sering diperdebatkan di Parlimen. Banyak pihak
yang mahukan tindakan yang lebih tegas diambil bagi membendung ketagihan air kratom
yang semakin membimbangkan ini. Usul untuk pengharaman penanaman kratom juga telah
sering dibangkitkan dalam usaha untuk menyekat penyalahgunaan bahan tersebut.
Semenjak mitragynine diwartakan sebagai bahan psikotropik di bawah Akta Racun 1952,
Akta 366, penguatkuasaan ke atasnya dijalankan mengikut seksyen 30, akta tersebut. Kes-
kes yang dibawa ke mahkamah adalah berkaitan dengan penjualan atau pemilikan air
kratom. Penyalahgunaan air kratom terutamanya di negeri-negeri utara Semenanjung kini
telah mendatangkan masalah sosial yang berat dan mengancam ketenteraman
masyarakat.
Akta 366 yang mengawal mitragynine ini tidak cukup kuat untuk mengekang
penyalahgunaan kratom ini. Adalah menjadi satu keperluan untuk menjadikan kratom dan
alkaloidnya sebagai dadah berbahaya bagi memastikan kawalan yang lebih ketat dapat
dilaksanakan. Seksyen 4 dan 5, Akta 234 memperuntukkan kawalan dan sekatan ke atas
pengimportan dan pengeksportan dadah berbahaya di bawah Bahagian 1, Jadual Pertama
iaitu raw opium, coca leaves, poppy straw dan cannabis. Tiada seorang pun boleh
mengimport atau mengeksport dadah berbahaya tersebut melainkan orang tersebut telah
mendapat kebenaran dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Menteri Kesihatan.
Sekiranya disabitkan kesalahan melibatkan pengimportan dan pengeksportan, pesalah
boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan tidak kurang daripada tiga
tahun. Walau bagaimanapun peruntukan yang sama tidak terdapat bagi pokok kratom dan
alkaloidnya.
Penggunaan kratom adalah diharamkan di Thailand walaupun pokok itu
merupakan spesies asli kepada negara tersebut. Akta Kratom 2486 yang berkuat kuasa
pada 3 Ogos 1943 yang telah diluluskan oleh Kerajaan Thailand memperuntukkan larangan
terhadap penanaman pokok kratom dan peruntukan penebangan semua pokok kratom
sedia ada. Akibat penanaman kratom di Thailand, kini terdapat aktiviti penyeludupan daun
kratom daripada negara ini ke negara jiran tersebut dan terdapat juga laporan tentang
penyeludupan kratom ke Amerika Syarikat. Dengan menjadikan kratom sebagai dadah
berbahaya akan membolehkan pengeksportan dan pengimportannya dikawal dengan lebih
ketat dan pemantauan langsung dapat dilakukan.
Seksyen 6, Akta 234 pula memperuntukkan kawalan dan sekatan ke atas
pemilikan dadah berbahaya di bawah bahagian satu, jadual pertama. Tiada siapa boleh
memiliki dadah berbahaya ini melainkan mempunyai kebenaran daripada Menteri Kesihatan
seperti yang diberikan di bawah seksyen 4 dan 5, Akta 234 atau diberi kuasa di bawah
peraturan yang diwujudkan di bawah Akta 234. Kawalan ke atas pemilikan kratom boleh
dipertingkatkan jika ia dijadikan dadah berbahaya di mana penalti yang lebih tinggi juga
boleh dikenakan ke atas pesalah.
Tuan Yang di-Pertua, peruntukan undang-undang sedia ada ke atas kratom iaitu di
bawah Akta 366 adalah terbatas menyebabkan tindakan penguatkuasaan kurang berkesan
kerana tindakan hanya boleh diambil terhadap cecair yang mengandungi alkaloid
mitragynine sahaja. Di bawah Akta 234, raw opium, coca leaves, poppy straw dan cannabis
yang disenaraikan dalam Bahagian 1, Jadual Pertama, Akta 234 tidak boleh ditanam atau
diusahakan. Sekiranya disabitkan kesalahan kerana menanam atau mengusahakan
tanaman, boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak melebihi enam
| loya, mulut menjadi kering, kerap kencing, hilang selera makan dan kurang berat badan, sembelit dan juga insomnia. Pada masa ini mitragynine yang didapati di dalam daun kratom telah disenaraikan sebagai bahan psikotropik di bawah Jadual Ketiga, Akta Racun 1952, Akta 366 semenjak tahun 2003 dan terdapat kawalan ke atas aktiviti pengimportan, penjualan, pembekalan, pemilikan dan penggunaannya di bawah Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989. Di bawah akta dan peraturan ini, sesiapa yang mengimport, menjual, membekal, memiliki atau menggunakan bahan psikotropik yang disenaraikan di bawah Jadual Ketiga Akta 366 bertentangan dengan kehendak akta dan peraturan tersebut adalah melakukan kesalahan di bawah seksyen 30(5), Akta 366 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali. Tuan Yang di-Pertua, isu berkenaan dengan penyalahgunaan kratom telah sering dipaparkan di dada-dada akhbar malah sering diperdebatkan di Parlimen. Banyak pihak yang mahukan tindakan yang lebih tegas diambil bagi membendung ketagihan air kratom yang semakin membimbangkan ini. Usul untuk pengharaman penanaman kratom juga telah sering dibangkitkan dalam usaha untuk menyekat penyalahgunaan bahan tersebut. Semenjak mitragynine diwartakan sebagai bahan psikotropik di bawah Akta Racun 1952, Akta 366, penguatkuasaan ke atasnya dijalankan mengikut seksyen 30, akta tersebut. Kes- kes yang dibawa ke mahkamah adalah berkaitan dengan penjualan atau pemilikan air kratom. Penyalahgunaan air kratom terutamanya di negeri-negeri utara Semenanjung kini telah mendatangkan masalah sosial yang berat dan mengancam ketenteraman masyarakat. Akta 366 yang mengawal mitragynine ini tidak cukup kuat untuk mengekang penyalahgunaan kratom ini. Adalah menjadi satu keperluan untuk menjadikan kratom dan alkaloidnya sebagai dadah berbahaya bagi memastikan kawalan yang lebih ketat dapat dilaksanakan. Seksyen 4 dan 5, Akta 234 memperuntukkan kawalan dan sekatan ke atas pengimportan dan pengeksportan dadah berbahaya di bawah Bahagian 1, Jadual Pertama iaitu raw opium, coca leaves, poppy straw dan cannabis. Tiada seorang pun boleh mengimport atau mengeksport dadah berbahaya tersebut melainkan orang tersebut telah mendapat kebenaran dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Menteri Kesihatan. Sekiranya disabitkan kesalahan melibatkan pengimportan dan pengeksportan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan tidak kurang daripada tiga tahun. Walau bagaimanapun peruntukan yang sama tidak terdapat bagi pokok kratom dan alkaloidnya. Penggunaan kratom adalah diharamkan di Thailand walaupun pokok itu merupakan spesies asli kepada negara tersebut. Akta Kratom 2486 yang berkuat kuasa pada 3 Ogos 1943 yang telah diluluskan oleh Kerajaan Thailand memperuntukkan larangan terhadap penanaman pokok kratom dan peruntukan penebangan semua pokok kratom sedia ada. Akibat penanaman kratom di Thailand, kini terdapat aktiviti penyeludupan daun kratom daripada negara ini ke negara jiran tersebut dan terdapat juga laporan tentang penyeludupan kratom ke Amerika Syarikat. Dengan menjadikan kratom sebagai dadah berbahaya akan membolehkan pengeksportan dan pengimportannya dikawal dengan lebih ketat dan pemantauan langsung dapat dilakukan. Seksyen 6, Akta 234 pula memperuntukkan kawalan dan sekatan ke atas pemilikan dadah berbahaya di bawah bahagian satu, jadual pertama. Tiada siapa boleh memiliki dadah berbahaya ini melainkan mempunyai kebenaran daripada Menteri Kesihatan seperti yang diberikan di bawah seksyen 4 dan 5, Akta 234 atau diberi kuasa di bawah peraturan yang diwujudkan di bawah Akta 234. Kawalan ke atas pemilikan kratom boleh dipertingkatkan jika ia dijadikan dadah berbahaya di mana penalti yang lebih tinggi juga boleh dikenakan ke atas pesalah. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan undang-undang sedia ada ke atas kratom iaitu di bawah Akta 366 adalah terbatas menyebabkan tindakan penguatkuasaan kurang berkesan kerana tindakan hanya boleh diambil terhadap cecair yang mengandungi alkaloid mitragynine sahaja. Di bawah Akta 234, raw opium, coca leaves, poppy straw dan cannabis yang disenaraikan dalam Bahagian 1, Jadual Pertama, Akta 234 tidak boleh ditanam atau diusahakan. Sekiranya disabitkan kesalahan kerana menanam atau mengusahakan tanaman, boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak melebihi enam. | 22 | 34 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 23
sebatan seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 6b akta tersebut. Berbanding
dengan kratom yang menghasilkan mitragynine, tiada peruntukan undang-undang yang
menghalang atau mengawal penanamannya.
Permintaan yang tinggi ke atas air kratom dan daunnya telah menggalakkan
penanaman kratom diusahakan terutamanya di negeri-negeri utara Semenanjung.
Sekiranya perkara ini tidak dikekang, pembekalan dan penyalahgunaan kratom akan sukar
untuk diatasi. Tanpa pindaan yang dicadangkan ini, segala usaha penguatkuasaan ke atas
penyalahgunaan kratom akan menjadi sia-sia kerana sumber bekalan kratom yang mudah
diperoleh. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, maka Kementerian Kesihatan
mencadangkan kratom dimasukkan ke dalam Akta 234.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun daun kratom ada digunakan dalam rawatan
tradisional namun ia semata-mata berasakan kepada maklumat tradisi dan sehingga kini
tiada kajian secara klinikal dijalankan. Selain daripada itu, pada hari ini terdapat banyak
alternatif lain yang boleh digunakan untuk tujuan rawatan tersebut. Terdapat juga kajian
untuk menjadikan kratom sebagai rawatan gantian kepada ketagihan heroin. Namun,
penggunaan kratom itu sendiri juga menunjukkan kebergantungan kepadanya. Tambahan
lagi menjadikan kratom sebagai dadah berbahaya tidak akan menghalang sebarang bentuk
kajian untuk diteruskan untuk dijalankan ke atasnya kerana Akta 234 membenarkan
pemilikan untuk tujuan penyelidikan makmal.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) (No.2)
2014 ini bertujuan membuat pindaan kepada Akta 234. Pertama bagi memasukkan takrif
baru kratom dan menyenaraikan kratom berserta alkaloidnya iaitu mitragynine sebagai
dadah berbahaya dalam Jadual Pertama, Akta 234. Kedua, menyekat pengimportan,
pengeksportan dan pemilikan kratom. Ketiga, menyekat penanaman dan pengusahaan
kratom. Keempat, mengadakan peruntukan kuasa untuk mengawal selia penghasilan dan
urusan berkenaan kratom. Peruntukan-peruntukan substantif yang dicadangkan adalah
seperti berikut.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2, Akta 234, bagi memasukkan takrif
baru iaitu kratom.
Fasal 3 bertujuan untuk meminda tajuk ‘part 2’ dengan memasukkan ‘kratom’ ke
dalamnya untuk merangkumi kawalan ke atas kratom di bawah ‘part 2’ ini.
Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 4, Akta 234, untuk menyekat
pengimportan kratom.
Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 5, Akta 234, untuk menyekat
pengeksportan kratom.
Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 6, Akta 234, untuk menyekat pemilikan
kratom.
Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 6B, Akta 234, untuk menyekat
penanaman dan pengusahaan kratom.
Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 7, Akta 234, untuk mengadakan
peruntukan kuasa untuk mengawal selia penghasilan dan urusan berkenaan kratom.
Fasal 9 bertujuan untuk meminda Jadual Pertama kepada Akta 234, untuk
menyenaraikan kratom sebagai dadah berbahaya.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ada
sesiapa yang menyokong?
| sebatan seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 6b akta tersebut. Berbanding dengan kratom yang menghasilkan mitragynine, tiada peruntukan undang-undang yang menghalang atau mengawal penanamannya. Permintaan yang tinggi ke atas air kratom dan daunnya telah menggalakkan penanaman kratom diusahakan terutamanya di negeri-negeri utara Semenanjung. Sekiranya perkara ini tidak dikekang, pembekalan dan penyalahgunaan kratom akan sukar untuk diatasi. Tanpa pindaan yang dicadangkan ini, segala usaha penguatkuasaan ke atas penyalahgunaan kratom akan menjadi sia-sia kerana sumber bekalan kratom yang mudah diperoleh. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, maka Kementerian Kesihatan mencadangkan kratom dimasukkan ke dalam Akta 234. Tuan Yang di-Pertua, walaupun daun kratom ada digunakan dalam rawatan tradisional namun ia semata-mata berasakan kepada maklumat tradisi dan sehingga kini tiada kajian secara klinikal dijalankan. Selain daripada itu, pada hari ini terdapat banyak alternatif lain yang boleh digunakan untuk tujuan rawatan tersebut. Terdapat juga kajian untuk menjadikan kratom sebagai rawatan gantian kepada ketagihan heroin. Namun, penggunaan kratom itu sendiri juga menunjukkan kebergantungan kepadanya. Tambahan lagi menjadikan kratom sebagai dadah berbahaya tidak akan menghalang sebarang bentuk kajian untuk diteruskan untuk dijalankan ke atasnya kerana Akta 234 membenarkan pemilikan untuk tujuan penyelidikan makmal. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) (No.2) 2014 ini bertujuan membuat pindaan kepada Akta 234. Pertama bagi memasukkan takrif baru kratom dan menyenaraikan kratom berserta alkaloidnya iaitu mitragynine sebagai dadah berbahaya dalam Jadual Pertama, Akta 234. Kedua, menyekat pengimportan, pengeksportan dan pemilikan kratom. Ketiga, menyekat penanaman dan pengusahaan kratom. Keempat, mengadakan peruntukan kuasa untuk mengawal selia penghasilan dan urusan berkenaan kratom. Peruntukan-peruntukan substantif yang dicadangkan adalah seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2, Akta 234, bagi memasukkan takrif baru iaitu kratom. Fasal 3 bertujuan untuk meminda tajuk 'part 2' dengan memasukkan 'kratom' ke dalamnya untuk merangkumi kawalan ke atas kratom di bawah 'part 2' ini. Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 4, Akta 234, untuk menyekat pengimportan kratom. Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 5, Akta 234, untuk menyekat pengeksportan kratom. Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 6, Akta 234, untuk menyekat pemilikan kratom. Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 6B, Akta 234, untuk menyekat penanaman dan pengusahaan kratom. Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 7, Akta 234, untuk mengadakan peruntukan kuasa untuk mengawal selia penghasilan dan urusan berkenaan kratom. Fasal 9 bertujuan untuk meminda Jadual Pertama kepada Akta 234, untuk menyenaraikan kratom sebagai dadah berbahaya. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ada sesiapa yang menyokong?. | 23 | 35 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
24 DR.1.4.2015
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia [Dato’ Jailani bin Johari]: Saya
mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ahli-ahli
Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta
untuk meminda Akta Dadah Berbahaya 1952 dibacakan kali yang kedua sekarang dan
terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Kinabatangan ada daun ketum ya, sila.
11.50 pg.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Pertama kali saya mengalu-alukan langkah yang dibawa oleh kerajaan iaitu untuk
memastikan negara kita sekurang-kurangnya pengamal ataupun penggemar dadah jenis
bentuk apa sekali pun termasuk daun ketum ini, kalau orang kampung kata ketum. Jadi
saya pun bimbang nanti akta ini orang kampung tidak faham daun ‘kratom’, yang dia orang
faham ketum. Jadi mungkin bahasa ini perlu kita halusi sebab kita bimbang orang kampung
kata tidak faham ini ‘kratom’, yang saya tahu saya minum daun ketum.
Jadi, oleh sebab itu saya melihat Tuan Yang di-Pertua, di negara kita ini memang
saya cukup hairan. Apa pun bentuk racun, orang suka makan. Saya tidak tahu, kenapa
manusia di Malaysia ini suka makan racun.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang
Berhormat Kinabatangan. Madu itu racun?
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Madu bukan racun. Dia penawar
yang baik. [Ketawa]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Bukan madu tapi bermadu.
Sama dua.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Madu ini dia penambah khasiat
kekuatan.
Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: BN pun racun.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Jadi sebab itu dalam Al-Quran
pun madu sejenis benda yang diturunkan oleh Allah S.W.T sebagai satu benda yang boleh
menyihatkan tubuh badan, seperti Tuan Yang di-Pertua nampak segar hari-hari tadi sebab
dia mengamalkan makan madu.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Dua-dua
bermadu. Tuan Yang di-Pertua dengan Yang Berhormat Kinabatangan.
Timbalan Yang di-Pertua, [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya,
Yang Berhormat Baling yang tiga. Sila Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Jadi langkah yang saya ambil
ini, saya rasa langkah yang bijak. Isu yang pertama, daun ketum ini Yang Berhormat
Menteri ia popular di sebelah Kedah, sebelah Perlis dan utara. Jadi apa yang penting pada
saya iaitu bagaimana kita memberi kefahaman kepada orang kampung sebab hari-hari ini
adalah usaha mereka. Jadi, jangan akta ini kita luluskan tiba-tiba orang kampung banyak
terperangkap sebab knowledge mereka tidak ada.
Jadi pastikan kefahaman kepada mereka iaitu kerajaan telah melaksanakan
undang-undang ini dan siapa mana-mana di kalangan warganegara Malaysia ini memiliki
kebun ketum ini, di Kelantan pun banyak, supaya mereka tebang pokok-pokok dan kerajaan
negeri pun harus dimaklumkan. Jadi, kita tidak bukan hanya rakyat cakap kita sengaja
memerangkap pengusaha-pengusaha pekebun ketum ini sebab memang benar di
Thailand, Tuan Yang di-Pertua kerajaan mereka telah mengharamkan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya sila
Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya juga berpandangan bukan hanya untuk
| Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia [Dato' Jailani bin Johari]: Saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Dadah Berbahaya 1952 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Kinabatangan ada daun ketum ya, sila. 11.50 pg. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama kali saya mengalu-alukan langkah yang dibawa oleh kerajaan iaitu untuk memastikan negara kita sekurang-kurangnya pengamal ataupun penggemar dadah jenis bentuk apa sekali pun termasuk daun ketum ini, kalau orang kampung kata ketum. Jadi saya pun bimbang nanti akta ini orang kampung tidak faham daun 'kratom', yang dia orang faham ketum. Jadi mungkin bahasa ini perlu kita halusi sebab kita bimbang orang kampung kata tidak faham ini 'kratom', yang saya tahu saya minum daun ketum. Jadi, oleh sebab itu saya melihat Tuan Yang di-Pertua, di negara kita ini memang saya cukup hairan. Apa pun bentuk racun, orang suka makan. Saya tidak tahu, kenapa manusia di Malaysia ini suka makan racun. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Kinabatangan. Madu itu racun? Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Madu bukan racun. Dia penawar yang baik. [Ketawa] Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Bukan madu tapi bermadu. Sama dua. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Madu ini dia penambah khasiat kekuatan. Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: BN pun racun. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Jadi sebab itu dalam Al-Quran pun madu sejenis benda yang diturunkan oleh Allah S.W.T sebagai satu benda yang boleh menyihatkan tubuh badan, seperti Tuan Yang di-Pertua nampak segar hari-hari tadi sebab dia mengamalkan makan madu. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Dua-dua bermadu. Tuan Yang di-Pertua dengan Yang Berhormat Kinabatangan. Timbalan Yang di-Pertua, [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Baling yang tiga. Sila Yang Berhormat Kinabatangan. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Jadi langkah yang saya ambil ini, saya rasa langkah yang bijak. Isu yang pertama, daun ketum ini Yang Berhormat Menteri ia popular di sebelah Kedah, sebelah Perlis dan utara. Jadi apa yang penting pada saya iaitu bagaimana kita memberi kefahaman kepada orang kampung sebab hari-hari ini adalah usaha mereka. Jadi, jangan akta ini kita luluskan tiba-tiba orang kampung banyak terperangkap sebab knowledge mereka tidak ada. Jadi pastikan kefahaman kepada mereka iaitu kerajaan telah melaksanakan undang-undang ini dan siapa mana-mana di kalangan warganegara Malaysia ini memiliki kebun ketum ini, di Kelantan pun banyak, supaya mereka tebang pokok-pokok dan kerajaan negeri pun harus dimaklumkan. Jadi, kita tidak bukan hanya rakyat cakap kita sengaja memerangkap pengusaha-pengusaha pekebun ketum ini sebab memang benar di Thailand, Tuan Yang di-Pertua kerajaan mereka telah mengharamkan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya sila Yang Berhormat Kuala Krai. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya juga berpandangan bukan hanya untuk. | 24 | 36 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 25
rang undang-undang ini ataupun untuk mana undang-undang jua kadang-kadang
definisinya, interpretasinya oleh orang awam, orang kebanyakan mungkin berbeza daripada
pemahaman saintifiknya. Termasuk juga kratom sebab kita biasa dengar di utara sana air
daun ketum dan sebagainya. Jadi adakah Yang Berhormat Kinabatangan mahu
mencadangkan seandainya rang undang-undang ini diluluskan diberi satu tempoh
pendidikan, penyebaran maklumat sebelum ianya dikuatkuasakan. Ringkas.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat Kuala Krai, itu
memang satu cadangan paling baik.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ada dua
yang bangun.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Sekejap ya. Kalau boleh
kementerian, lepas kita luluskan jangan terus tergesa-gesa tentang enforcement hendak
tangkap mereka yang memiliki ini. Kita bagi time frame mungkin tiga bulan, enam bulan
supaya orang kampung ini betul-betul faham bahawa benda ini dikategorikan sebagai
sejenis dadah. Bukan lagi seperti dianggap sebagai ubat. Sebab saya faham sebetulnya
Tuan Yang di-Pertua, daun ketum ini mengikut kawan-kawan yang makan. Tapi ia bukan
racun semua, daun itu kalau getah dia kita makan itu yang jadi racun. Tapi daun ketum itu
kalau getah urat tengah-tengah kita tarik keluarkan getah dia bukan sudah jadi racun.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat
Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Jadi, dia kata kalau kita ambil
dua keping bubuh air panas kita kerja dua hari satu malam pun kita masih bertenaga.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Macam biasa sahaja.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Sekejap, biar kita bahas
perlahan-perlahan. Kalau dia ubat apa kita haramkan. Jadi salah guna itu mungkin
bermakna apabila dia makan bulat-bulat getah itu pun tidak leraikan maka manusia itu akan
diracun oleh getah ketum itu. Okey Yang Berhormat Lenggong.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila
Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Terima kasih Yang
Berhormat Kinabatangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak bersetuju kalau
rang undang-undang diluluskan, kita hendak bagi tempoh pula untuk penguatkuasaan.
Mana boleh begitu, sebab hari ini sebenarnya pun ramai dah tau tentang kesan daripada
penyalahgunaan air ketum ini. Saya tidak bersetuju kalau kita luluskan bagi pula tempoh
tiga bulan, empat bulan nanti sempat lagi penanam-penanam menjual secara borong,
secara lambak, susah Yang Berhormat Kinabatangan. Sebab itu kita teruskan
penguatkuasaan dan dalam waktu yang sama kita terangkan kepada rakyat, sebab saya
bimbang kalau kita buat sebegitu Yang Berhormat Kinabatangan, ini pandangan saya Yang
Berhormat Kinabatangan, kalau tidak setuju pun tidak apa. Tapi saya bimbang nanti kita
dilihat tidak serius dalam soal penguatkuasaan kerana kita telah menuntut dan meminta
dalam dewan ini Yang Berhormat Kinabatangan berpuluh kali bercakap bab ini untuk
dimasukkan daun ketum ini dalam akta ini. Jadi bila ia masuk, kita laksanakan terus.
Saya satu lagi Yang Berhormat Kinabatangan, kita tengok di beberapa buah
negara hendak menyelesaikan isu penyalahgunaan dadah ini. Ia tidak boleh kita letakkan
hanya pada satu agensi sahaja. Kita mesti melibatkan semua pihak, kita letak satu
matlamat untuk selesai masalah, maka semua pihak JKKK kampung, badan politik, NGO
dan penguat kuasa mesti segera dan kita bersama, saya percaya kalau itu dapat kita
lakukan maka kita dapat selesaikan masalah ini. Apakah Yang Berhormat Kinabatangan
bersetuju kalau saya katakan untuk memastikan akta ini benar-benar dapat dilaksanakan
| rang undang-undang ini ataupun untuk mana undang-undang jua kadang-kadang definisinya, interpretasinya oleh orang awam, orang kebanyakan mungkin berbeza daripada pemahaman saintifiknya. Termasuk juga kratom sebab kita biasa dengar di utara sana air daun ketum dan sebagainya. Jadi adakah Yang Berhormat Kinabatangan mahu mencadangkan seandainya rang undang-undang ini diluluskan diberi satu tempoh pendidikan, penyebaran maklumat sebelum ianya dikuatkuasakan. Ringkas. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat Kuala Krai, itu memang satu cadangan paling baik. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ada dua yang bangun. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Sekejap ya. Kalau boleh kementerian, lepas kita luluskan jangan terus tergesa-gesa tentang enforcement hendak tangkap mereka yang memiliki ini. Kita bagi time frame mungkin tiga bulan, enam bulan supaya orang kampung ini betul-betul faham bahawa benda ini dikategorikan sebagai sejenis dadah. Bukan lagi seperti dianggap sebagai ubat. Sebab saya faham sebetulnya Tuan Yang di-Pertua, daun ketum ini mengikut kawan-kawan yang makan. Tapi ia bukan racun semua, daun itu kalau getah dia kita makan itu yang jadi racun. Tapi daun ketum itu kalau getah urat tengah-tengah kita tarik keluarkan getah dia bukan sudah jadi racun. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Kinabatangan. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Jadi, dia kata kalau kita ambil dua keping bubuh air panas kita kerja dua hari satu malam pun kita masih bertenaga. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Macam biasa sahaja. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Sekejap, biar kita bahas perlahan-perlahan. Kalau dia ubat apa kita haramkan. Jadi salah guna itu mungkin bermakna apabila dia makan bulat-bulat getah itu pun tidak leraikan maka manusia itu akan diracun oleh getah ketum itu. Okey Yang Berhormat Lenggong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila Yang Berhormat Lenggong. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak bersetuju kalau rang undang-undang diluluskan, kita hendak bagi tempoh pula untuk penguatkuasaan. Mana boleh begitu, sebab hari ini sebenarnya pun ramai dah tau tentang kesan daripada penyalahgunaan air ketum ini. Saya tidak bersetuju kalau kita luluskan bagi pula tempoh tiga bulan, empat bulan nanti sempat lagi penanam-penanam menjual secara borong, secara lambak, susah Yang Berhormat Kinabatangan. Sebab itu kita teruskan penguatkuasaan dan dalam waktu yang sama kita terangkan kepada rakyat, sebab saya bimbang kalau kita buat sebegitu Yang Berhormat Kinabatangan, ini pandangan saya Yang Berhormat Kinabatangan, kalau tidak setuju pun tidak apa. Tapi saya bimbang nanti kita dilihat tidak serius dalam soal penguatkuasaan kerana kita telah menuntut dan meminta dalam dewan ini Yang Berhormat Kinabatangan berpuluh kali bercakap bab ini untuk dimasukkan daun ketum ini dalam akta ini. Jadi bila ia masuk, kita laksanakan terus. Saya satu lagi Yang Berhormat Kinabatangan, kita tengok di beberapa buah negara hendak menyelesaikan isu penyalahgunaan dadah ini. Ia tidak boleh kita letakkan hanya pada satu agensi sahaja. Kita mesti melibatkan semua pihak, kita letak satu matlamat untuk selesai masalah, maka semua pihak JKKK kampung, badan politik, NGO dan penguat kuasa mesti segera dan kita bersama, saya percaya kalau itu dapat kita lakukan maka kita dapat selesaikan masalah ini. Apakah Yang Berhormat Kinabatangan bersetuju kalau saya katakan untuk memastikan akta ini benar-benar dapat dilaksanakan. | 25 | 37 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
26 DR.1.4.2015
dengan berkesan, kita mesti gerakkan bersama dengan NGO dengan pelbagai pihak
supaya ia lebih berkesan.
Timbalan Yang di-Pertua, [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya,
Yang Berhormat Lenggong
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Saya tidak setuju kalau ia
mengambil masa untuk perlaksanaan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang
Berhormat Lenggong dah masuk dah itu.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Boleh saya tambah sedikit. Terima Tuan
Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua, [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sekejap
sahaja Yang Berhormat Kuala Kedah.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Terima kasih Yang Berhormat
Kinabatangan. Saya hendak respon sedikit kepada isu pengharaman di Thailand. Isu lain
itu saya harap saya dapat berucap. Thailand mengharamkan ketum pada 1943 bukan
kerana kesan-kesan buruknya. Tapi 1943, ketika itu kerajaan Thailand memerlukan dana
yang banyak dan dana yang bayak didapati kebanyakan dari cukai atas pengimpotan candu
dan penjualan candu, rumah-rumah candu.
Jadi ketum merupakan saingan kepada candu, orang ada ketum dia tidak ambil
candu. Itu asas pengharaman dulu dan sekarang trendnya di Thailand dan di seluruh dunia
kembali kepada terbuka. Thailand sedang bergerak untuk tidak mengharamkan ketum. Itu
faktanya dan itu kita kena ada consideration dalam meluluskan undang-undang ini. Terima
kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang
Berhormat Kuala Kedah ramai yang ambil ketum.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Yang Berhormat
Lenggong dan Kuala Kedah. Tuan Yang di-Pertua, menjawab kepada Lenggong iaitu hujah
beliau agar mungkin tidak diletakan penguatkuasaan apa juga bentuk dadah termasuk
ketum ini kepada satu agensi semata-semata, saya setuju iaitu dadah ini masih ancaman
nombor satu dalam negara kita. Sebab itu apabila nombor satu, maka kena gunakan blue
ocean strategy untuk menangani musuh utama negara ini. Bermakna, kerajaan harus buat
engagement kepada semua pihak tanpa memerlukan apa-apa lagi toleransi untuk kita
memastikan kalau boleh Malaysia menjelang 2020 mungkin penggunaan dadah apa jenis
pun. Kalau di Sabah saya selalu katakan di Sandakan membeli dadah jenis syabu ini
macam beli pisang goreng di mana-mana pun ada. Kita tidak tahu dari mana sumbernya
sedangkan sekarang ini ESSCOM pun sedang memantau kita punya border, tetapi masih
banyak juga benda-benda ini datang ke Sabah. Lepas itu menyusup ke kawasan-kawasan
luar bandar dan sebagainya.
Jadi ini merupakan satu ancaman. Jadi ketum ini pun akan begini jadi oleh kerana
itu harus dilihat sebagai sebuah ancaman tetapi maksud saya Yang Amat Berhormat
Lenggong supaya ketum ini memang kita terima hakikat dia. Apabila sehingga hari ini
kerajaan tidak melakukan apa-apa.
■1200
Maka bagi orang kampung, sebilangan orang kampung yang sukar mendapatkan
rawatan di bandar-bandar, mereka menggunakan daun ketum ini sebagai ubat kepada
penyakit yang mereka hadapi. Ternyata pula mujarab. Jadi, mungkin di sebalik ia
diharamkan, kerajaan cuba lagi menggunakan pula pakar-pakar saintis kita, betul kah daun
ketum ini boleh jadikan ubat? Kalau boleh kenapa tidak kita hantar buat analisa dan
sebagainya?
Jadi mungkin, kalaupun ia ditanam, dikawal dan sebagainya, boleh dijadikan
sebagai sumber mengubat penyakit di negara kita ini. Soal Thailand yang tadi ada hujah
menyatakan bahawa diharamkan tahun 1947 dan sekarang ke arah untuk tidak
mengharamkan itu, kita belum ada data-data untuk ia tidak mengharamkan. Apa yang
berlaku, mana-mana mereka yang didapati membawa ketum ke Thailand, ke Siam akan
| dengan berkesan, kita mesti gerakkan bersama dengan NGO dengan pelbagai pihak supaya ia lebih berkesan. Timbalan Yang di-Pertua, [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Lenggong. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Saya tidak setuju kalau ia mengambil masa untuk perlaksanaan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Lenggong dah masuk dah itu. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Boleh saya tambah sedikit. Terima Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua, [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sekejap sahaja Yang Berhormat Kuala Kedah. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya hendak respon sedikit kepada isu pengharaman di Thailand. Isu lain itu saya harap saya dapat berucap. Thailand mengharamkan ketum pada 1943 bukan kerana kesan-kesan buruknya. Tapi 1943, ketika itu kerajaan Thailand memerlukan dana yang banyak dan dana yang bayak didapati kebanyakan dari cukai atas pengimpotan candu dan penjualan candu, rumah-rumah candu. Jadi ketum merupakan saingan kepada candu, orang ada ketum dia tidak ambil candu. Itu asas pengharaman dulu dan sekarang trendnya di Thailand dan di seluruh dunia kembali kepada terbuka. Thailand sedang bergerak untuk tidak mengharamkan ketum. Itu faktanya dan itu kita kena ada consideration dalam meluluskan undang-undang ini. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Kuala Kedah ramai yang ambil ketum. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Yang Berhormat Lenggong dan Kuala Kedah. Tuan Yang di-Pertua, menjawab kepada Lenggong iaitu hujah beliau agar mungkin tidak diletakan penguatkuasaan apa juga bentuk dadah termasuk ketum ini kepada satu agensi semata-semata, saya setuju iaitu dadah ini masih ancaman nombor satu dalam negara kita. Sebab itu apabila nombor satu, maka kena gunakan blue ocean strategy untuk menangani musuh utama negara ini. Bermakna, kerajaan harus buat engagement kepada semua pihak tanpa memerlukan apa-apa lagi toleransi untuk kita memastikan kalau boleh Malaysia menjelang 2020 mungkin penggunaan dadah apa jenis pun. Kalau di Sabah saya selalu katakan di Sandakan membeli dadah jenis syabu ini macam beli pisang goreng di mana-mana pun ada. Kita tidak tahu dari mana sumbernya sedangkan sekarang ini ESSCOM pun sedang memantau kita punya border, tetapi masih banyak juga benda-benda ini datang ke Sabah. Lepas itu menyusup ke kawasan-kawasan luar bandar dan sebagainya. Jadi ini merupakan satu ancaman. Jadi ketum ini pun akan begini jadi oleh kerana itu harus dilihat sebagai sebuah ancaman tetapi maksud saya Yang Amat Berhormat Lenggong supaya ketum ini memang kita terima hakikat dia. Apabila sehingga hari ini kerajaan tidak melakukan apa-apa. #1200. Maka bagi orang kampung, sebilangan orang kampung yang sukar mendapatkan rawatan di bandar-bandar, mereka menggunakan daun ketum ini sebagai ubat kepada penyakit yang mereka hadapi. Ternyata pula mujarab. Jadi, mungkin di sebalik ia diharamkan, kerajaan cuba lagi menggunakan pula pakar-pakar saintis kita, betul kah daun ketum ini boleh jadikan ubat? Kalau boleh kenapa tidak kita hantar buat analisa dan sebagainya?. Jadi mungkin, kalaupun ia ditanam, dikawal dan sebagainya, boleh dijadikan sebagai sumber mengubat penyakit di negara kita ini. Soal Thailand yang tadi ada hujah menyatakan bahawa diharamkan tahun 1947 dan sekarang ke arah untuk tidak mengharamkan itu, kita belum ada data-data untuk ia tidak mengharamkan. Apa yang berlaku, mana-mana mereka yang didapati membawa ketum ke Thailand, ke Siam akan. | 26 | 38 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 27
didakwa oleh kerajaannya. Ini masih berlaku pada hari ini Yang Berhormat. Jadi, bermakna
belum lagi kita nampak ada kelonggaran tentang ketum ini sendiri.
Oleh kerana itu saya melihat bahawa di samping kita mengenakan undang-undang
sedia ada ini, kita juga harus memberi pendidikan, memberi awareness kepada pengguna-
pengguna ini sebab terus terang kalau ini terus dilaksanakan, memang ramai orang
kampung terperangkap. Jadi, awareness ini mungkin kita boleh buat kepada pengedar yang
membawa berbakul-bakul mungkin boleh kita kenakanlah. Akan tetapi kepada yang mereka
yang masih mengamalkan secara tradisi mungkin kita kena bagi konsultanlah. Ya, sila Yang
Berhormat Batu.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila
Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Saya ingin dapat pandangan
daripada Yang Berhormat Kinabatangan sebab kalau kita senaraikan ketum ini di bawah
Akta Dadah Berbahaya. Untuk pengedar, hukumannya adalah sangat berat. Kalau ikut akta
39B ia hukum gantung atau penjara seumur hidup. Adakah dalam usaha kita hendak
hapuskan perkara ini dari menjadi satu risiko besar, kita menghukum dengan terlalu berat
dalam perkara ini sebab substance bahaya dalam daun ketum ini amat berbeza dengan
opium, dengan heroin dan dengan substance yang lain. Apakah pandangan Yang
Berhormat Kinabatangan?
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ya, Yang Berhormat Batu sebab
itu saya katakan kenapa kementerian tidak membuat kajian? Ia berbahaya daripada segi
apa? Ini kerana bagi sebahagian orang kampung, daun ketum ini adalah ubat, contohnya
anak-anak demam, dia ambil daun itu, dia bagi minum, anak itu sihat. Orang yang ada
darah tinggi minum daun ketum satu minggu, darah tingginya turun. Bagi yang ada kencing
manis, yang ada diabetes, diabetesnya boleh hilang. Jadi kalau lah ini menjadi ubat,
kenapa tidak kita buat kajian?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Ubat batuk juga.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ya. Kenapa kita tidak buat kajian
sedangkan contohnya apa juga benda dalam dunia ini kalau kita makan atau amalkan
berlebihan maka ia akan memudaratkan.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Oleh sebab itu Allah SWT
anjurkan supaya kita ini bersederhana. Kaya pun jangan terlampau kaya sebab kekayaan
itu tidak dibawa ke mana-mana, akhirnya mati juga.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Yang Berhormat Kinabatangan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang
Berhormat Bagan Serai.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Kita tahu bahawa ketum ini bukan
cerita baru. Ada orang yang makan ketum tiap-tiap hari, kunyah ketum. Dia tidak kena
ketum tidak boleh. Kata orang kalau kentut pun bau ketum. Sampai tahap itu sudah.
Jadi kalau kita buat undang-undang ini, saya hendak tanya Yang Berhormat
Kinabatangan, Yang Berhormat tahu atau tidak berapa orang yang sudah mati kerana
minum ketum? Apakah simptom-simptom yang bahaya sangat kepada ketum? Saya lihat
kepada maklumat bahawa pengharaman ketum di negeri Kedah yang dibuat pada tahun
2010 itu adalah penggunaan ketum dengan mencampurkan benda-benda lain yang
terlarang, yang melibatkan khayal dan sebagainya.
| didakwa oleh kerajaannya. Ini masih berlaku pada hari ini Yang Berhormat. Jadi, bermakna belum lagi kita nampak ada kelonggaran tentang ketum ini sendiri. Oleh kerana itu saya melihat bahawa di samping kita mengenakan undang-undang sedia ada ini, kita juga harus memberi pendidikan, memberi awareness kepada pengguna- pengguna ini sebab terus terang kalau ini terus dilaksanakan, memang ramai orang kampung terperangkap. Jadi, awareness ini mungkin kita boleh buat kepada pengedar yang membawa berbakul-bakul mungkin boleh kita kenakanlah. Akan tetapi kepada yang mereka yang masih mengamalkan secara tradisi mungkin kita kena bagi konsultanlah. Ya, sila Yang Berhormat Batu. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila Yang Berhormat Batu. Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Saya ingin dapat pandangan daripada Yang Berhormat Kinabatangan sebab kalau kita senaraikan ketum ini di bawah Akta Dadah Berbahaya. Untuk pengedar, hukumannya adalah sangat berat. Kalau ikut akta 39B ia hukum gantung atau penjara seumur hidup. Adakah dalam usaha kita hendak hapuskan perkara ini dari menjadi satu risiko besar, kita menghukum dengan terlalu berat dalam perkara ini sebab substance bahaya dalam daun ketum ini amat berbeza dengan opium, dengan heroin dan dengan substance yang lain. Apakah pandangan Yang Berhormat Kinabatangan?. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ya, Yang Berhormat Batu sebab itu saya katakan kenapa kementerian tidak membuat kajian? Ia berbahaya daripada segi apa? Ini kerana bagi sebahagian orang kampung, daun ketum ini adalah ubat, contohnya anak-anak demam, dia ambil daun itu, dia bagi minum, anak itu sihat. Orang yang ada darah tinggi minum daun ketum satu minggu, darah tingginya turun. Bagi yang ada kencing manis, yang ada diabetes, diabetesnya boleh hilang. Jadi kalau lah ini menjadi ubat, kenapa tidak kita buat kajian?. Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Ubat batuk juga. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ya. Kenapa kita tidak buat kajian sedangkan contohnya apa juga benda dalam dunia ini kalau kita makan atau amalkan berlebihan maka ia akan memudaratkan. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Yang Berhormat Kinabatangan. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Oleh sebab itu Allah SWT anjurkan supaya kita ini bersederhana. Kaya pun jangan terlampau kaya sebab kekayaan itu tidak dibawa ke mana-mana, akhirnya mati juga. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Yang Berhormat Kinabatangan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Bagan Serai. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Kita tahu bahawa ketum ini bukan cerita baru. Ada orang yang makan ketum tiap-tiap hari, kunyah ketum. Dia tidak kena ketum tidak boleh. Kata orang kalau kentut pun bau ketum. Sampai tahap itu sudah. Jadi kalau kita buat undang-undang ini, saya hendak tanya Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat tahu atau tidak berapa orang yang sudah mati kerana minum ketum? Apakah simptom-simptom yang bahaya sangat kepada ketum? Saya lihat kepada maklumat bahawa pengharaman ketum di negeri Kedah yang dibuat pada tahun 2010 itu adalah penggunaan ketum dengan mencampurkan benda-benda lain yang terlarang, yang melibatkan khayal dan sebagainya. | 27 | 39 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
28 DR.1.4.2015
Jadi saya bimbang, kebimbangan saya, saya hendak tanya Yang Berhormat
Kinabatangan, kalau undang-undang ini dikuatkuasakan terutama dengan suasana ketum,
kalau di Utara ketum ini macam perkara biasa sudah. Sudah macam Panadol sahaja. Jadi
kalau dikuatkuasakan, saya bimbang ramai orang yang kena tangkap dan ramai orang yang
nanti ada criminal record, ramai orang yang tidak dapat kerja, adakah ini akan
mendatangkan kesan lagi, takut kadar jenayah akan naik?
Dato’ Othman bin Aziz [Jerlun]: Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Yang di-Pertua, dia sebut Kedah, saya hendak kena sebut juga. Ketum ini
sebenarnya ia tidak ada masalah. Ketum ini, saya setuju dengan Yang Berhormat
Kinabatangan, kita kena sederhana. Kalau minum setakat dua tiga helai daun, direbus,
minum pure, it’s okay sebab katanya hendak buang angin, sakit belakang, semuanya lah.
Yang ini untuk perubatan.
Isunya ialah hari ini apabila ketum ini telah disalahgunakan. Dicampurkan rebusan
tersebut dengan ubat gegat, ubat nyamuk, ubat batuk, gam tayar. Ini sudah menjadi
masalah dan kesan penyakit-penyakit yang kita tengok hari ini adalah dia susut badan,
mukanya hitam, hitam tidak macam Yang Berhormat Baling lah. [Dewan riuh] Dia bukan
penagih ketum. Dia sudah menjadi satu masalah yang amat besar.
Di Thailand, Yang Berhormat Kuala Kedah kata tadi tidak hendak di... sebenarnya
Kedah ini telah pun menjadi tempat, kalau kita hendak kata pengeksport, betul. Banyak kali
ditangkap, berguni, berlori-lori daun-daun ketum dihantar masuk ke Thailand. Jadi isunya
ialah sekarang kalau Yang Berhormat dan Ahli-ahli Dewan pergi ke Kedah tengok, ada
sesetengah golongan masyarakat sudah memang hidupnya terpaksa bergantung dengan
ketum. Dia sudah jadi satu ketagihan.
Malahannya yang paling kita sedih ialah apabila penyakit ketagihan ini sudah
menular di kalangan anak-anak sekolah termasuk yang berumur sembilan tahun. Ada kes
yang AADK sudah kesan, jadi ini isunya. Isunya ialah ketum itu tidak salah tetapi yang
salahnya disalahgunakan dan ada juga yang sudah korbankan tanah bendang berekar-ekar
menanam dan menjadikan ladang ketum. Dia sanggup menggunakan pagar chain-link
untuk memastikan ketum itu selamat. Kalau kita tanam mempelam pun kita tidak sanggup
pagar macam itu. Apa komen Yang Berhormat Kinabatangan?
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ya, Yang Berhormat Bagan
Serai dan juga Yang Berhormat Jerlun. Memang sebetulnya sebab itu Tuan Yang di-Pertua,
kita harus ada kefahaman. Mana yang diharamkan ini. Macam juga arak, samsu. Ada
samsu yang bukan halal tetapi diminum tidak membunuh. [Ketawa] Akan tetapi ada samsu
haram yang dicampurkan dengan bahan-bahan yang tidak baik, ini yang selalu dimakan,
diminum orang hari-hari. Ini yang membunuh.
Jadi ketum ini pun begini juga sebetulnya. Apa yang membunuh itu getahnya.
Getah ketum itu. Kalau tidak dileraikan getah itu akan membunuh dan menjadikan manusia
–bayangkan bagaimana getah itu melilit kita punya paru-paru, jantung dan sebagainya,
menyusup sana, jadi keras. Jadi oleh kerana itu, rasa saya perlu ada kefahaman antara
pihak penguat kuasa dan kementerian. Kita harus melihat juga ketum ini ke arah prospek
yang baik. Benda ini baik, yang tidak baiknya disalah guna. Itu [Disampuk] Dadah berbeza
sebab dadah itu memang berbahaya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang
Berhormat Sik bangun.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik]: Minta, minta.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ya, sila doktor.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik]: Yang Berhormat Kinabatangan minta.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya sila,
sila.
Seorang Ahli: Tauke ketum…
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya bukan tauke ketum. [Ketawa] Akan tetapi macam Yang Berhormat Bagan Serai
cakap, Yang Berhormat Jerlun cakap, ketum ini adalah satu tanaman daun yang common di
| Jadi saya bimbang, kebimbangan saya, saya hendak tanya Yang Berhormat Kinabatangan, kalau undang-undang ini dikuatkuasakan terutama dengan suasana ketum, kalau di Utara ketum ini macam perkara biasa sudah. Sudah macam Panadol sahaja. Jadi kalau dikuatkuasakan, saya bimbang ramai orang yang kena tangkap dan ramai orang yang nanti ada criminal record, ramai orang yang tidak dapat kerja, adakah ini akan mendatangkan kesan lagi, takut kadar jenayah akan naik?. Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Tuan Yang di-Pertua, dia sebut Kedah, saya hendak kena sebut juga. Ketum ini sebenarnya ia tidak ada masalah. Ketum ini, saya setuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan, kita kena sederhana. Kalau minum setakat dua tiga helai daun, direbus, minum pure, it's okay sebab katanya hendak buang angin, sakit belakang, semuanya lah. Yang ini untuk perubatan. Isunya ialah hari ini apabila ketum ini telah disalahgunakan. Dicampurkan rebusan tersebut dengan ubat gegat, ubat nyamuk, ubat batuk, gam tayar. Ini sudah menjadi masalah dan kesan penyakit-penyakit yang kita tengok hari ini adalah dia susut badan, mukanya hitam, hitam tidak macam Yang Berhormat Baling lah. [Dewan riuh] Dia bukan penagih ketum. Dia sudah menjadi satu masalah yang amat besar. Di Thailand, Yang Berhormat Kuala Kedah kata tadi tidak hendak di... sebenarnya Kedah ini telah pun menjadi tempat, kalau kita hendak kata pengeksport, betul. Banyak kali ditangkap, berguni, berlori-lori daun-daun ketum dihantar masuk ke Thailand. Jadi isunya ialah sekarang kalau Yang Berhormat dan Ahli-ahli Dewan pergi ke Kedah tengok, ada sesetengah golongan masyarakat sudah memang hidupnya terpaksa bergantung dengan ketum. Dia sudah jadi satu ketagihan. Malahannya yang paling kita sedih ialah apabila penyakit ketagihan ini sudah menular di kalangan anak-anak sekolah termasuk yang berumur sembilan tahun. Ada kes yang AADK sudah kesan, jadi ini isunya. Isunya ialah ketum itu tidak salah tetapi yang salahnya disalahgunakan dan ada juga yang sudah korbankan tanah bendang berekar-ekar menanam dan menjadikan ladang ketum. Dia sanggup menggunakan pagar chain-link untuk memastikan ketum itu selamat. Kalau kita tanam mempelam pun kita tidak sanggup pagar macam itu. Apa komen Yang Berhormat Kinabatangan?. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ya, Yang Berhormat Bagan Serai dan juga Yang Berhormat Jerlun. Memang sebetulnya sebab itu Tuan Yang di-Pertua, kita harus ada kefahaman. Mana yang diharamkan ini. Macam juga arak, samsu. Ada samsu yang bukan halal tetapi diminum tidak membunuh. [Ketawa] Akan tetapi ada samsu haram yang dicampurkan dengan bahan-bahan yang tidak baik, ini yang selalu dimakan, diminum orang hari-hari. Ini yang membunuh. Jadi ketum ini pun begini juga sebetulnya. Apa yang membunuh itu getahnya. Getah ketum itu. Kalau tidak dileraikan getah itu akan membunuh dan menjadikan manusia -bayangkan bagaimana getah itu melilit kita punya paru-paru, jantung dan sebagainya, menyusup sana, jadi keras. Jadi oleh kerana itu, rasa saya perlu ada kefahaman antara pihak penguat kuasa dan kementerian. Kita harus melihat juga ketum ini ke arah prospek yang baik. Benda ini baik, yang tidak baiknya disalah guna. Itu [Disampuk] Dadah berbeza sebab dadah itu memang berbahaya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Sik bangun. Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik]: Minta, minta. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ya, sila doktor. Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik]: Yang Berhormat Kinabatangan minta. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya sila, sila. Seorang Ahli: Tauke ketum... Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bukan tauke ketum. [Ketawa] Akan tetapi macam Yang Berhormat Bagan Serai cakap, Yang Berhormat Jerlun cakap, ketum ini adalah satu tanaman daun yang common di. | 28 | 40 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 29
utara, di Kedah. Masalah ketum ini, saya doktor dan pengamal perubatan, kalau orang kata
doktor jadikan ubat, saya pun tidak tahu apa ubat yang boleh menggunakan ketum untuk
berubat. Ada orang kata ubat untuk kencing manis tetapi saya tidak pernah tengok satu
research, satu bukti yang menunjukkan bahawa makan ketum boleh lega kencing manis.
Ada orang tolong bagi research, tolong bagi bukti dekat saya data dan fakta
kepada saya. Hendak buat research ambil beberapa tahun lagi tetapi kita bincang undang-
undang hari ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang
Berhormat Sik.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik]: Begitu juga orang kata ubat cacing.
Saya pun tidak pernah tengok ada bukti yang mengatakan ketum ini ubat cacing dan ubat-
ubat lain. Jadi masalah ketum ini, bagi saya ketum ini menimbulkan masalah yang besar.
Kalau kita makan lama-lama, ia menyebabkan kesan kepada diri kita. Sebagai contohnya
pekerja. Saya ada pengalaman pekerja di tempat saya. Kalau dia makan ketum dia boleh
tahan diri dia bekerja tengah panas.
■ 1210
Kalau buruh dia makan ketum tiap-tiap hari dia kuat kerja. Dia boleh kerja walaupun
di tengah panas. Jadi masalah dengan ketum ini ialah masalah perception. Apabila kita
kata ketum termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat pun ada yang kata ketum boleh buat ubat.
Jadi ketum ini satu perception yang bagus.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang
Berhormat Sik. Apa kaitan ketum dengan warna kulit jadi hitam? [Ketawa]
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik]: Makan ketum boleh hitam? Kena tanya
Yang Berhormat Baling, kena tanya Yang Berhormat Kapar. [Ketawa]
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Orang Kedah memang
macam itu.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik]: Itu saya tidak tahu Tuan Yang di-Pertua.
Jadi saya rasa ketum ini kita kena bagi satu pendidikan kesihatan bahawa ketum ini tidak
ada memberi satu kesan ataupun bagi ubat yang significant kepada orang dan kesannya
yang buruk adalah lebih banyak daripada kesan yang baik. Malah kesan yang baik kita pun
sebagai pengamal perubatan pun tidak tahu apa kesan yang baik bagi ketum tapi kalau
kesan yang buruk banyak. Tidak campur dengan ubat gegat, tidak campur dengan racun
pun dia menyebabkan kesan negatif. Apatah lagi kalau campur dengan ubat gegat macam
budak-budak di kampung bila dia ambil ketum bubuh air ketum, lepas itu campur dengan
ubat gegat lepas itu dia bubuh ikan puyu. Cara dia test Tuan Yang di-Pertua macam mana
hendak tahu Tuan Yang di-Pertua? Dia bubuh ikan puyu kalau dia campur benda-benda ini
tengok ikan puyu itu kalau pening dia kata boleh minum sebab ada kick. Tetapi kalau
bubuh ikan puyu itu ikan puyu mati mereka tidak berani makan. Sekian, Tuan Yang di-
Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ini sudah
ada kajian oleh Yang Berhormat Sik. Yang Berhormat Kinabatangan, panjang lagi?
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Memandangkan perkara ini
perkara amat baik untuk pemahaman rakyat Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih kepada
Yang Berhormat Sik seorang pengamal perubatan kedoktoran. Saya bimbang Tuan Yang
di-Pertua sebab di Arau ini banyak penanam ketum. Bukan Yang Berhormat Arau yang
tanam tapi orang-orang di Arau.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang
Berhormat Kinabatangan, itu yang saya tanya apa kaitan ketum dengan warna kulit kerana
Yang Berhormat Arau sebelum ini pun warna hitam juga.
| utara, di Kedah. Masalah ketum ini, saya doktor dan pengamal perubatan, kalau orang kata doktor jadikan ubat, saya pun tidak tahu apa ubat yang boleh menggunakan ketum untuk berubat. Ada orang kata ubat untuk kencing manis tetapi saya tidak pernah tengok satu research, satu bukti yang menunjukkan bahawa makan ketum boleh lega kencing manis. Ada orang tolong bagi research, tolong bagi bukti dekat saya data dan fakta kepada saya. Hendak buat research ambil beberapa tahun lagi tetapi kita bincang undang- undang hari ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Sik. Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik]: Begitu juga orang kata ubat cacing. Saya pun tidak pernah tengok ada bukti yang mengatakan ketum ini ubat cacing dan ubat- ubat lain. Jadi masalah ketum ini, bagi saya ketum ini menimbulkan masalah yang besar. Kalau kita makan lama-lama, ia menyebabkan kesan kepada diri kita. Sebagai contohnya pekerja. Saya ada pengalaman pekerja di tempat saya. Kalau dia makan ketum dia boleh tahan diri dia bekerja tengah panas. # 1210. Kalau buruh dia makan ketum tiap-tiap hari dia kuat kerja. Dia boleh kerja walaupun di tengah panas. Jadi masalah dengan ketum ini ialah masalah perception. Apabila kita kata ketum termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat pun ada yang kata ketum boleh buat ubat. Jadi ketum ini satu perception yang bagus. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Sik. Apa kaitan ketum dengan warna kulit jadi hitam? [Ketawa]. Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik]: Makan ketum boleh hitam? Kena tanya Yang Berhormat Baling, kena tanya Yang Berhormat Kapar. [Ketawa]. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Orang Kedah memang macam itu. Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik]: Itu saya tidak tahu Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya rasa ketum ini kita kena bagi satu pendidikan kesihatan bahawa ketum ini tidak ada memberi satu kesan ataupun bagi ubat yang significant kepada orang dan kesannya yang buruk adalah lebih banyak daripada kesan yang baik. Malah kesan yang baik kita pun sebagai pengamal perubatan pun tidak tahu apa kesan yang baik bagi ketum tapi kalau kesan yang buruk banyak. Tidak campur dengan ubat gegat, tidak campur dengan racun pun dia menyebabkan kesan negatif. Apatah lagi kalau campur dengan ubat gegat macam budak-budak di kampung bila dia ambil ketum bubuh air ketum, lepas itu campur dengan ubat gegat lepas itu dia bubuh ikan puyu. Cara dia test Tuan Yang di-Pertua macam mana hendak tahu Tuan Yang di-Pertua? Dia bubuh ikan puyu kalau dia campur benda-benda ini tengok ikan puyu itu kalau pening dia kata boleh minum sebab ada kick. Tetapi kalau bubuh ikan puyu itu ikan puyu mati mereka tidak berani makan. Sekian, Tuan Yang di- Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ini sudah ada kajian oleh Yang Berhormat Sik. Yang Berhormat Kinabatangan, panjang lagi?. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Memandangkan perkara ini perkara amat baik untuk pemahaman rakyat Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih kepada Yang Berhormat Sik seorang pengamal perubatan kedoktoran. Saya bimbang Tuan Yang di-Pertua sebab di Arau ini banyak penanam ketum. Bukan Yang Berhormat Arau yang tanam tapi orang-orang di Arau. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Kinabatangan, itu yang saya tanya apa kaitan ketum dengan warna kulit kerana Yang Berhormat Arau sebelum ini pun warna hitam juga. | 29 | 41 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
30 DR.1.4.2015
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya bimbang ketum ini mungkin
dipengaruhi dengan unsur-unsur DNA sehingga kulit bagi gelap sebab majoriti bukan kita,
wakil rakyat Kedah orang-orangnya gelap.
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Gelap-gelap cakap perlahan
sedikit. Yang Berhormat Kinabatangan, gelap tarik balik. [Ketawa]
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Jadi saya pun tidak tahu. Ini kita
serius sedikitlah. Kalau boleh kementerian harus mungkin melalui researcher kita buat
research yang sebaik mungkin. Kalau benda ini boleh mendatangkan manfaat yang baik
boleh dihasilkan sebagai satu sumber untuk memulihkan penyakit kenapa kita mesti
haramkan secara berleluasa. Kalau ia memudaratkan manusia...
Dato' Seri Shahidan bin Kassim: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang
Berhormat Arau bangun.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang
Berhormat kawasan yang besar saya rasa Jerlun dan Kubang Pasu. Yang Arau mungkin
nombor tiga sebab kawasan Arau kecil.
Yang keduanya saya hendak maklum bahawa ketum ini adalah sama spesiesnya
seperti pokok kopi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang
Berhormat Arau memang faham sangat tentang keadaan daun ketum itu.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Jadi bermakna wakil-wakil rakyat
di utara...
Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Yang Berhormat Kinabatangan...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: ...Khususnya di Kedah kena balik
di kawasan buat ceramah memaklumkan kepada rakyat bahawa...
Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Yang Berhormat Kinabatangan,
saya pun utara juga. Ada juga kesan ketum di Pulau Pinang. Begitu berat juga sama
macam di Kedah. Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Kinabatangan setujukah Yang
Berhormat Kinabatangan supaya kita minta kerajaan mengeluarkan satu kenyataan rasmi
tentang kedudukan daun ketum ini sama ada ia racunkah, boleh pakaikah, tidak bolehkah.
Sebab sekarang ini macam kita kata tadi kita tengok semua orang ada yang kata ya, ada
yang kata tidak. Lepas itu di peringkat bawahan sana mereka pula ada pandangan sendiri
dan mereka cuba legalize kan apa yang mereka guna. Jadi keadaan ini menyebabkan
makin lama makin lama kita berdebat saya ingat daripada dua tiga tahun lepas tentang
daun ketum tetapi tidak ada satu keputusan pun kita dapat tentang daun ketum. Kenapa
kajian hendak dapat terlalu lama sedangkan rakyat di bawah makin parah dengan
penggunaan daun ketum.
Jadi setujukah Yang Berhormat Kinabatangan kerajaan perlu mengeluarkan satu
kenyataan segera tentang status daun ketum ini. Terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat Tasek Gelugor,
saya memang bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat supaya kerajaan mengeluarkan
satu maklumat khusus terhadap daun ketum ini sebab hari ini kita akan memutuskan akta
ini dan akta ini akan terpakai...
Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Yang
Berhormat Kinabatangan boleh sedikit? Belakang, Kuala Kangsar.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Sila, sila.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sila Yang
Berhormat Kuala Kangsar.
Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Saya Perak
pun tidak terkecuali kerana kita tahu penggunaan daun ketum di Perak Utara termasuk
kawasan saya. Saya khuatir apabila kita tiba-tiba katakan daun ketum ini ada kebaikannya
| Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya bimbang ketum ini mungkin dipengaruhi dengan unsur-unsur DNA sehingga kulit bagi gelap sebab majoriti bukan kita, wakil rakyat Kedah orang-orangnya gelap. Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Gelap-gelap cakap perlahan sedikit. Yang Berhormat Kinabatangan, gelap tarik balik. [Ketawa]. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Jadi saya pun tidak tahu. Ini kita serius sedikitlah. Kalau boleh kementerian harus mungkin melalui researcher kita buat research yang sebaik mungkin. Kalau benda ini boleh mendatangkan manfaat yang baik boleh dihasilkan sebagai satu sumber untuk memulihkan penyakit kenapa kita mesti haramkan secara berleluasa. Kalau ia memudaratkan manusia... Dato' Seri Shahidan bin Kassim: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Arau bangun. Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat kawasan yang besar saya rasa Jerlun dan Kubang Pasu. Yang Arau mungkin nombor tiga sebab kawasan Arau kecil. Yang keduanya saya hendak maklum bahawa ketum ini adalah sama spesiesnya seperti pokok kopi. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Arau memang faham sangat tentang keadaan daun ketum itu. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Jadi bermakna wakil-wakil rakyat di utara... Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Yang Berhormat Kinabatangan... Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: ...Khususnya di Kedah kena balik di kawasan buat ceramah memaklumkan kepada rakyat bahawa... Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Yang Berhormat Kinabatangan, saya pun utara juga. Ada juga kesan ketum di Pulau Pinang. Begitu berat juga sama macam di Kedah. Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Kinabatangan setujukah Yang Berhormat Kinabatangan supaya kita minta kerajaan mengeluarkan satu kenyataan rasmi tentang kedudukan daun ketum ini sama ada ia racunkah, boleh pakaikah, tidak bolehkah. Sebab sekarang ini macam kita kata tadi kita tengok semua orang ada yang kata ya, ada yang kata tidak. Lepas itu di peringkat bawahan sana mereka pula ada pandangan sendiri dan mereka cuba legalize kan apa yang mereka guna. Jadi keadaan ini menyebabkan makin lama makin lama kita berdebat saya ingat daripada dua tiga tahun lepas tentang daun ketum tetapi tidak ada satu keputusan pun kita dapat tentang daun ketum. Kenapa kajian hendak dapat terlalu lama sedangkan rakyat di bawah makin parah dengan penggunaan daun ketum. Jadi setujukah Yang Berhormat Kinabatangan kerajaan perlu mengeluarkan satu kenyataan segera tentang status daun ketum ini. Terima kasih. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat Tasek Gelugor, saya memang bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat supaya kerajaan mengeluarkan satu maklumat khusus terhadap daun ketum ini sebab hari ini kita akan memutuskan akta ini dan akta ini akan terpakai... Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Yang Berhormat Kinabatangan boleh sedikit? Belakang, Kuala Kangsar. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Sila, sila. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sila Yang Berhormat Kuala Kangsar. Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Saya Perak pun tidak terkecuali kerana kita tahu penggunaan daun ketum di Perak Utara termasuk kawasan saya. Saya khuatir apabila kita tiba-tiba katakan daun ketum ini ada kebaikannya. | 30 | 42 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 31
dan kita haramkan penggunaannya jadi bagaimana kita hendak reverse balik keputusan
kita kerana saya lihat perkara ini hanya sekadar stimulant yang digunakan oleh orang-orang
kampung. Seperti juga dengan akar pinang muda, daun karipulai, tongkat ali dan macam-
macam herba.
Jadi janganlah kita rasa melatah tentang ini kerana ia hanyalah disalahgunakan oleh
kalangan anak-anak muda kita tetapi saya yakin ada kebaikannya seperti mana yang telah
disebutkan oleh Yang Berhormat Arau ini ialah daripada family kopi dan juga herba-herba
yang boleh kita lihat ada kebaikannya dari sudut kesihatan dan juga sudut kimianya untuk
menjadikannya sebagai satu bahan perubatan kepada kita semua.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Yang Berhormat
Kuala Kangsar cuma hari ini saya rasa kita telah di tahap untuk memutuskan satu akta.
Jadi akta ini kalau kita teruskan bermakna kita tidak akan dapat reverse balik. Jadi itu
sebab adakah kementerian telah membuat kajian terperinci tentang kebaikannya,
keburukannya dan sebagainya. Kalau tidak akhirnya kita akan ada unsur-unsur
penganiayaan sebab satu untuk memberi pendedahan kepada masyarakat kampung ini.
Sebab betul daun ketum ini dikategorikan juga sebagai daun serai dan sebagainya. Dia jadi
ubat dan orang kampung yang akses susah ke bandar jadi masalah besar. Lagi pertama
apa yang saya lihat iaitu salah guna dicampur aduk dengan ramuan-ramuan yang tidak
sepatutnya dicampur. Itu yang mengakibatkan daun ketum itu dikategorikan sebagai salah.
Kedua, memang jelas bagaimana wakil-wakil rakyat kita yang berhadapan dengan
masyarakat ini apa alternatif pula untuk mengganti tanaman-tanaman ini. Kalau tidak wakil-
wakil rakyat kita akan kehilangan sokongan daripada rakyat, terus-terang, sebab ternyata
kerajaan menganiaya rakyat tanpa ada jalan alternatif untuk digantikan dengan tanaman
apa dan apakah cara kerajaan pula membantu petani-petani yang terlibat ini. Adakah kita
biarkan begitu, kita musnahkan kebun ketumnya kemudian tidak ada apa-apa pampasan.
Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad [Mersing]: Yang Berhormat Kinabatangan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang
Berhormat Mersing bangun.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Sila, sila.
Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad [Mersing]: Chief bomoh hendak cakap.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sila Yang
Berhormat Mersing.
Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad [Mersing]: [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, ketum ini
jenis alkaloid. Dia sama dengan bunga popi yang melahirkan morfin. Dia juga sama
dengan kopi yang melahirkan kafein. Dia wujud million years lebih awal daripada manusia.
Sudah tentu Khaliq yang mewujudkan tumbuh-tumbuhan ini direka dan diadun untuk
kebaikan manusia yang menjadi khalifah. Itu satu.
Kedua, yang saya ingat Tuan Yang di-Pertua yang bising-bising fasal ketum ini kita
juga. Bertahun-tahun kita bising. Sewaktu saya jadi dahulu years ago million years far-far
from the galaxy isu ini juga ditimbulkan. Sudah pasti pegawai-pegawai di kementerian
sudah buat kajian-kajian, mendengar pandangan-pandangan kita dan akhirnya kita buat
satu keputusan. Dahulu semua orang tahu marijuana grass itu diguna berleluasa. Sudah
ribu tahun orang makan jadi kuat dan sebagainya buat kerja tetapi bila ada unsur-unsur
penyalahgunaan barulah kerajaan bertindak.
Saya hendak tanya Yang Berhormat Kinabatangan adakah tindakan Kerajaan
Barisan Nasional yang bertanggungjawab ini sesuai dengan keadaan sekarang?
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ini jawapan yang berat tetapi kita
kena beri...
Ir. Shaharuddin bin Ismail [Kangar]: Mohon laluan.
| dan kita haramkan penggunaannya jadi bagaimana kita hendak reverse balik keputusan kita kerana saya lihat perkara ini hanya sekadar stimulant yang digunakan oleh orang-orang kampung. Seperti juga dengan akar pinang muda, daun karipulai, tongkat ali dan macam- macam herba. Jadi janganlah kita rasa melatah tentang ini kerana ia hanyalah disalahgunakan oleh kalangan anak-anak muda kita tetapi saya yakin ada kebaikannya seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Arau ini ialah daripada family kopi dan juga herba-herba yang boleh kita lihat ada kebaikannya dari sudut kesihatan dan juga sudut kimianya untuk menjadikannya sebagai satu bahan perubatan kepada kita semua. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar cuma hari ini saya rasa kita telah di tahap untuk memutuskan satu akta. Jadi akta ini kalau kita teruskan bermakna kita tidak akan dapat reverse balik. Jadi itu sebab adakah kementerian telah membuat kajian terperinci tentang kebaikannya, keburukannya dan sebagainya. Kalau tidak akhirnya kita akan ada unsur-unsur penganiayaan sebab satu untuk memberi pendedahan kepada masyarakat kampung ini. Sebab betul daun ketum ini dikategorikan juga sebagai daun serai dan sebagainya. Dia jadi ubat dan orang kampung yang akses susah ke bandar jadi masalah besar. Lagi pertama apa yang saya lihat iaitu salah guna dicampur aduk dengan ramuan-ramuan yang tidak sepatutnya dicampur. Itu yang mengakibatkan daun ketum itu dikategorikan sebagai salah. Kedua, memang jelas bagaimana wakil-wakil rakyat kita yang berhadapan dengan masyarakat ini apa alternatif pula untuk mengganti tanaman-tanaman ini. Kalau tidak wakil- wakil rakyat kita akan kehilangan sokongan daripada rakyat, terus-terang, sebab ternyata kerajaan menganiaya rakyat tanpa ada jalan alternatif untuk digantikan dengan tanaman apa dan apakah cara kerajaan pula membantu petani-petani yang terlibat ini. Adakah kita biarkan begitu, kita musnahkan kebun ketumnya kemudian tidak ada apa-apa pampasan. Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad [Mersing]: Yang Berhormat Kinabatangan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Mersing bangun. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Sila, sila. Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad [Mersing]: Chief bomoh hendak cakap. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sila Yang Berhormat Mersing. Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad [Mersing]: [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, ketum ini jenis alkaloid. Dia sama dengan bunga popi yang melahirkan morfin. Dia juga sama dengan kopi yang melahirkan kafein. Dia wujud million years lebih awal daripada manusia. Sudah tentu Khaliq yang mewujudkan tumbuh-tumbuhan ini direka dan diadun untuk kebaikan manusia yang menjadi khalifah. Itu satu. Kedua, yang saya ingat Tuan Yang di-Pertua yang bising-bising fasal ketum ini kita juga. Bertahun-tahun kita bising. Sewaktu saya jadi dahulu years ago million years far-far from the galaxy isu ini juga ditimbulkan. Sudah pasti pegawai-pegawai di kementerian sudah buat kajian-kajian, mendengar pandangan-pandangan kita dan akhirnya kita buat satu keputusan. Dahulu semua orang tahu marijuana grass itu diguna berleluasa. Sudah ribu tahun orang makan jadi kuat dan sebagainya buat kerja tetapi bila ada unsur-unsur penyalahgunaan barulah kerajaan bertindak. Saya hendak tanya Yang Berhormat Kinabatangan adakah tindakan Kerajaan Barisan Nasional yang bertanggungjawab ini sesuai dengan keadaan sekarang?. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ini jawapan yang berat tetapi kita kena beri... Ir. Shaharuddin bin Ismail [Kangar]: Mohon laluan. | 31 | 43 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
32 DR.1.4.2015
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang
Berhormat Kangar.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Satu kalilah Yang Berhormat
Kangar.
Ir. Shaharuddin bin Ismail [Kangar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di
tempat saya di Kangar pun lebih kurang Arau jugalah tidak banyak. Tidak macam Jerlun
dan Kubang Pasu.
■1220
Akan tetapi yang ada di tempat saya adalah kebun-kebun yang mana petani-
petani menggantikan tanaman padi dengan tanaman ketum dan hasilnya cukup lumayan
sampai boleh buat banglo, rumah batu. Jadi macam mana kita nak banteras? Bila kita nak
banteras, kita nak kena tebang habis pokok-pokok ketum ini. Jadi perlukan tenaga yang
banyak. Juga sekarang ini, baru-baru ini, dalam surat khabar sebut pula daun dokong akan
menggantikan daun ketum. Jadi kita nak kena tebang dokong pula. Jadi macam mana
pandangan Yang Berhormat Kinabatangan?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang
Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Gerik. Mana satu?
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat Parit Sulong.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila
Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
dan juga terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.
Saya tengok dalam huraian dalam rang undang-undang ini, dia ada maklumkan
mengenai peningkatan pengimportan dan pengeksportan. Jadinya secara tak langsung kita
merujuk kepada satu aktiviti yang berskala besar sampai boleh import dan juga boleh
eksport. Jadinya adakah Yang Berhormat Kinabatangan merasakan bahawa apa yang kita
bincangkan ini mengenai keburukan daripada aktiviti penggunaan ketum ini ada kaitan
dengan satu aktiviti perniagaan berskala besar dan sebab itulah kerajaan mahukan supaya
ianya dapat dibanteras dan kita dapat mengawal selia dengan peruntukan yang sedia ada.
Minta pandangan.
Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang
Berhormat Gerik sekali. Ya, sila.
Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih
Yang Berhormat Kinabatangan.
Saya melihat ketum di tempat sayalah... [Disampuk] Kratom ya? Kratom. Saya pun
tadi jadi bingung sikit. Selalu saya sebut ketum, ini dia jadi kratom, kita pun tak tahu. Di
mana ketum pada peringkat awal sebenar menjadi ubat-ubatan secara kecil-kecilan untuk
membantu orang letih dan sebagainya. Akan tetapi hari ini saya tengok kesan di Gerik,
kesannya ialah dia masak ketum ini dengan ubat batuk, kadang bubuh ubat nyamuk, test
dengan ikan karin ataupun anak-anak ikan. Kalau ikan itu dia pening mabuk, maknanya air
itu sudah jadi kick. Yang masalahnya ialah dia memberi kesan terutama kepada pelajar-
pelajar sekolah yang minum air ketum, mereka jadi macam penagih dadah. Tak nak pergi
sekolah, tak nak belajar dah sekarang ini. Itu kesan yang paling teruk. Manakala pemandu-
pemandu lori, pemandu bas, kebanyakan kalau kita check dalam kereta mereka, akan ada
air ketum.
Seorang Ahli: Warna apa?
Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik]: Dia warna macam air tebu itu bila dah
masak. Kalau tempat saya, ketum ini cukup popularlah. Dia ialah tumbuhan semula jadi,
berada di hutan – di Gerik memang banyak pokok ketum. Dan saya cukup tahu, kalau
orang belah Pangkalan Hulu bawa daun ketum ke Siam, kalau dapat tangkap Polis Siam,
mereka pasti kena jail di Siam, tetap kena jail. Cuma kita fikir kaedah ini takut kemungkinan
macam kata Yang Berhormat Sik tadi, ketum ini mungkin ada ubat dia tapi kita tak tahu.
Nak kata tak betul, ini amalan saya dengar sejak dari kecil-kecil dahulu, orang-orang tua,
| Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Kangar. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Satu kalilah Yang Berhormat Kangar. Ir. Shaharuddin bin Ismail [Kangar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di tempat saya di Kangar pun lebih kurang Arau jugalah tidak banyak. Tidak macam Jerlun dan Kubang Pasu. #1220. Akan tetapi yang ada di tempat saya adalah kebun-kebun yang mana petani- petani menggantikan tanaman padi dengan tanaman ketum dan hasilnya cukup lumayan sampai boleh buat banglo, rumah batu. Jadi macam mana kita nak banteras? Bila kita nak banteras, kita nak kena tebang habis pokok-pokok ketum ini. Jadi perlukan tenaga yang banyak. Juga sekarang ini, baru-baru ini, dalam surat khabar sebut pula daun dokong akan menggantikan daun ketum. Jadi kita nak kena tebang dokong pula. Jadi macam mana pandangan Yang Berhormat Kinabatangan?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Gerik. Mana satu?. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat Parit Sulong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila Yang Berhormat Parit Sulong. Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya tengok dalam huraian dalam rang undang-undang ini, dia ada maklumkan mengenai peningkatan pengimportan dan pengeksportan. Jadinya secara tak langsung kita merujuk kepada satu aktiviti yang berskala besar sampai boleh import dan juga boleh eksport. Jadinya adakah Yang Berhormat Kinabatangan merasakan bahawa apa yang kita bincangkan ini mengenai keburukan daripada aktiviti penggunaan ketum ini ada kaitan dengan satu aktiviti perniagaan berskala besar dan sebab itulah kerajaan mahukan supaya ianya dapat dibanteras dan kita dapat mengawal selia dengan peruntukan yang sedia ada. Minta pandangan. Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Gerik sekali. Ya, sila. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya melihat ketum di tempat sayalah... [Disampuk] Kratom ya? Kratom. Saya pun tadi jadi bingung sikit. Selalu saya sebut ketum, ini dia jadi kratom, kita pun tak tahu. Di mana ketum pada peringkat awal sebenar menjadi ubat-ubatan secara kecil-kecilan untuk membantu orang letih dan sebagainya. Akan tetapi hari ini saya tengok kesan di Gerik, kesannya ialah dia masak ketum ini dengan ubat batuk, kadang bubuh ubat nyamuk, test dengan ikan karin ataupun anak-anak ikan. Kalau ikan itu dia pening mabuk, maknanya air itu sudah jadi kick. Yang masalahnya ialah dia memberi kesan terutama kepada pelajar- pelajar sekolah yang minum air ketum, mereka jadi macam penagih dadah. Tak nak pergi sekolah, tak nak belajar dah sekarang ini. Itu kesan yang paling teruk. Manakala pemandu- pemandu lori, pemandu bas, kebanyakan kalau kita check dalam kereta mereka, akan ada air ketum. Seorang Ahli: Warna apa?. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik]: Dia warna macam air tebu itu bila dah masak. Kalau tempat saya, ketum ini cukup popularlah. Dia ialah tumbuhan semula jadi, berada di hutan- di Gerik memang banyak pokok ketum. Dan saya cukup tahu, kalau orang belah Pangkalan Hulu bawa daun ketum ke Siam, kalau dapat tangkap Polis Siam, mereka pasti kena jail di Siam, tetap kena jail. Cuma kita fikir kaedah ini takut kemungkinan macam kata Yang Berhormat Sik tadi, ketum ini mungkin ada ubat dia tapi kita tak tahu. Nak kata tak betul, ini amalan saya dengar sejak dari kecil-kecil dahulu, orang-orang tua, | 32 | 44 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 33
tapi dia kata tak boleh minum banyak. Minum gelas kecil itu setengah saja. Ha, itu boleh
tapi ‘la’ ini penyalahgunaan sampaikan toilet lelaki dah jadi macam toilet perempuan.
Toilet perempuan sumbat pasal pampers masuk dalam itu. Apa nama orang
panggil benda itu? [Disampuk] Ha, tetapi untuk toilet lelaki, tersumbat juga kerana beg-beg
plastik dimasukkan dalam lubang najis menyebabkan... Kebanyakan sekolah ini, sama ada
sekolah rendah, sekolah menengah, ibu bapa datang kompelin bila anak-anak mereka
ketagih ketum, mereka tak nak belajar, dah mula buat masalah gejala sosial baru iaitu lelaki
dan perempuan hidup macam suami isteri dan pelbagai lagi. Cuba-cubalah kita fikirkan
ketum ini okey kah tidak bila ada penyalahgunaan. Ini nak minta pandangan Yang
Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ya, terima kasih empat orang
Yang Berhormat – Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Parit
Sulong dan juga Yang Berhormat Kangar.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Dah macam Menteri pula.
Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Macam Menteri menjawab.
Seorang Ahli: Ini menteri menjawab kah ini?
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Ketawa] Bukan menjawab. Kita
melihat bahawa pandangan tadi merupakan sokongan ke arah bagaimana Kerajaan
Barisan Nasional pada hari ini melihat bahawa ketum ini merupakan satu ancaman untuk
masa depan. Pada saya, walaupun mungkin ianya merupakan sebagai satu sumber
pendapatan bagi sebilangan masyarakat tetapi ada juga orang tengah mengambil
kesempatan iaitu membuat eksport dan import. Kita sedar ada yang mengeksport ke
Thailand, ke Siam dan sebagainya. Harga dia pun, kalau orang ini sudah sanggup
memusnahkan kebun padi dia semata-mata menanam ketum, bermakna memang sudah
ada hasil yang cukup baik. RM70 satu kilo, bayangkan, satu kilo daun basah. Getah berapa
sahaja sekarang? Tak naik-naik pun, baru RM1.80 sekilo getah. Jadi memang tak ada
harapan. Jadi ketum ini pasaran dia tidak turun, dia naik, naik.
Jadi oleh kerana itu, rasa saya, saya melihat bahawa perlulah kita bersetuju untuk
melaksanakan undang-undang yang diberikan ini kepada kita. Cuma, mungkin perlu ada
juga kefahaman kepada masyarakat di luar sana.
Apa yang penting kepada saya Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja daun ketum
tetapi bagaimana penguat kuasa kita mencegah semua bentuk jenis dadah ini. Dadah jenis
syabu di Sabah ini ramai orang sudah gila, Tuan Yang di-Pertua, sebab ketagih syabu ini.
Apabila ketagih syabu ini, dia hilang akal. Kalau dia berkahwin, anak isteri dia tinggalkan.
Kalau dia ada harta, harta dia leburkan. Macam-macam. Dia tak ada kesedaran, otak dia
dah beku. Dia tak ada akal sudah. Kalau dulu dia boleh mencari sumber pendapatan tetapi
apabila dia menjadi penagih syabu, dia menjadi manusia yang tidak berguna sudah.
Jadi ini yang perlu dilaksanakan oleh kementerian, oleh kerajaan, bagaimana nak
meletakkan blue ocean strategy untuk mengekang aktiviti-aktiviti penyalahgunaan sama
ada ketum, dadah, apa jenis segala pun, sebab ini penting untuk memastikan penyediaan
ruang lingkup untuk masa depan negara, rakyat kita, generasi modal insan ini menjadi
generasi yang ada keyakinan diri, yang ada tanggungjawab, yang ada personaliti yang baik,
bukan yang ketagih dadah, yang tidak ada apa-apa hala tuju, yang tidak ada apa-apa yang
dibangkitkan daripada minda dia. Ini pada saya merupakan kerugian kepada anak bangsa
kita.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, ramai kawan-kawan tadi memberi sokongan tentang
bagaimana akta ini perlu kita berikan seluas-luasnya kepada masyarakat kerana ketum ini
telah menjadi sebagai ancaman...
| tapi dia kata tak boleh minum banyak. Minum gelas kecil itu setengah saja. Ha, itu boleh tapi 'la' ini penyalahgunaan sampaikan toilet lelaki dah jadi macam toilet perempuan. Toilet perempuan sumbat pasal pampers masuk dalam itu. Apa nama orang panggil benda itu? [Disampuk] Ha, tetapi untuk toilet lelaki, tersumbat juga kerana beg-beg plastik dimasukkan dalam lubang najis menyebabkan... Kebanyakan sekolah ini, sama ada sekolah rendah, sekolah menengah, ibu bapa datang kompelin bila anak-anak mereka ketagih ketum, mereka tak nak belajar, dah mula buat masalah gejala sosial baru iaitu lelaki dan perempuan hidup macam suami isteri dan pelbagai lagi. Cuba-cubalah kita fikirkan ketum ini okey kah tidak bila ada penyalahgunaan. Ini nak minta pandangan Yang Berhormat Kinabatangan. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ya, terima kasih empat orang Yang Berhormat- Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Parit Sulong dan juga Yang Berhormat Kangar. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Dah macam Menteri pula. Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Macam Menteri menjawab. Seorang Ahli: Ini menteri menjawab kah ini?. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Ketawa] Bukan menjawab. Kita melihat bahawa pandangan tadi merupakan sokongan ke arah bagaimana Kerajaan Barisan Nasional pada hari ini melihat bahawa ketum ini merupakan satu ancaman untuk masa depan. Pada saya, walaupun mungkin ianya merupakan sebagai satu sumber pendapatan bagi sebilangan masyarakat tetapi ada juga orang tengah mengambil kesempatan iaitu membuat eksport dan import. Kita sedar ada yang mengeksport ke Thailand, ke Siam dan sebagainya. Harga dia pun, kalau orang ini sudah sanggup memusnahkan kebun padi dia semata-mata menanam ketum, bermakna memang sudah ada hasil yang cukup baik. RM70 satu kilo, bayangkan, satu kilo daun basah. Getah berapa sahaja sekarang? Tak naik-naik pun, baru RM1.80 sekilo getah. Jadi memang tak ada harapan. Jadi ketum ini pasaran dia tidak turun, dia naik, naik. Jadi oleh kerana itu, rasa saya, saya melihat bahawa perlulah kita bersetuju untuk melaksanakan undang-undang yang diberikan ini kepada kita. Cuma, mungkin perlu ada juga kefahaman kepada masyarakat di luar sana. Apa yang penting kepada saya Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja daun ketum tetapi bagaimana penguat kuasa kita mencegah semua bentuk jenis dadah ini. Dadah jenis syabu di Sabah ini ramai orang sudah gila, Tuan Yang di-Pertua, sebab ketagih syabu ini. Apabila ketagih syabu ini, dia hilang akal. Kalau dia berkahwin, anak isteri dia tinggalkan. Kalau dia ada harta, harta dia leburkan. Macam-macam. Dia tak ada kesedaran, otak dia dah beku. Dia tak ada akal sudah. Kalau dulu dia boleh mencari sumber pendapatan tetapi apabila dia menjadi penagih syabu, dia menjadi manusia yang tidak berguna sudah. Jadi ini yang perlu dilaksanakan oleh kementerian, oleh kerajaan, bagaimana nak meletakkan blue ocean strategy untuk mengekang aktiviti-aktiviti penyalahgunaan sama ada ketum, dadah, apa jenis segala pun, sebab ini penting untuk memastikan penyediaan ruang lingkup untuk masa depan negara, rakyat kita, generasi modal insan ini menjadi generasi yang ada keyakinan diri, yang ada tanggungjawab, yang ada personaliti yang baik, bukan yang ketagih dadah, yang tidak ada apa-apa hala tuju, yang tidak ada apa-apa yang dibangkitkan daripada minda dia. Ini pada saya merupakan kerugian kepada anak bangsa kita. Jadi Tuan Yang di-Pertua, ramai kawan-kawan tadi memberi sokongan tentang bagaimana akta ini perlu kita berikan seluas-luasnya kepada masyarakat kerana ketum ini telah menjadi sebagai ancaman... | 33 | 45 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
34 DR.1.4.2015
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat
Kinabatangan, jangan berhenti lagi. Saya nak sambung sikit. Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Tasik Gelugor ada sebut kerajaan
mesti segera menyatakan pendirian. Saya kira apabila kerajaan membentangkan,
membawa rang undang-undang ini ke Dewan ini, ia dengan sendirinya menunjukkan
bahawa kerajaan sudah meletakkan pendirian untuk mengkategorikan daun ketum ini
sebagai satu bahan yang salah sama dengan dadah-dadah yang lain. Saya kata itu sudah
jelas.
Maka, saya percaya dan saya yakin bahawa memang sebagaimana juga dadah
dan bahan-bahan lain – dia nama pun penyalahgunaan dadah. Maknanya kalau digunakan
secara betul, ia memberi kebaikan daripada segi perubatan dan sebagainya. Sama juga
dengan daun ketum ini.
Oleh sebab itu, saya nak sebut tadi dan nak minta pandangan Yang Berhormat
Kinabatangan. Yang Berhormat Kinabatangan sebut pasal NBOS tadi. Kalau penagih
dadah, kita ada program penguatkuasaan dan pemulihan. Jadi saya fikir kerajaan di
samping kita terus tetap dengan pendirian kita untuk membuat penguatkuasaan kerana kita
tahu bahawa kesannya cukup besar terutamanya sekali penyalahgunaan ini telah menular
bukan hanya secara tertutup tetapi dihidangkan di majlis kenduri dan sebagainya. Jadi saya
fikir antara perkara yang perlu diberi perhatian setelah rang undang-undang ini diterima
ialah bagaimana kita nak melakukan pemulihan dan memberi peluang yang lain kepada
penanam-penanam ini.
■1230
Kementerian Pertanian mesti melaksanakan program-program untuk menukar
daripada menanam daun ketum kepada tanaman lain yang lebih mendatangkan hasil
ataupun melakukan aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain kerana kita tahu juga kalau kita tidak
melakukan usaha begini kita hanya membuat penguatkuasaan, kita tidak berikan alternatif
lain, saya percaya mereka juga akan tetap menanam daun ketum ini sebagaimana kita
membuat kuasa undang-undang walaupun tangkap hingga ke tali gantung tetap mereka
akan mengedar. Oleh sebab itu langkah-langkah pemulihan mesti diberikan perhatian
khusus dan ini penting.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Bangun]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat
Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ya, terima kasih Yang
Berhormat Lenggong. Memang betul sebab apa yang penting ke arah bagaimana, bukan
hanya kita kerajaan berjaya membentang suatu akta undang-undang yang menyekat
penyalahgunaan ketum ini tetapi juga kita berjaya memberi awareness, memberi
kebangkitan kepada masyarakat bahawa apa yang mereka lakukan selama ini memang
salah.
Jadi bagaimana seperti awal-awal saya kata kerajaan kena ada blue ocean
strategy berganding dengan kementerian-kementerian yang lain ke arah bagaimana
memberi jaminan bahawa mereka yang selama ini menanam daun ketum apabila
dimusnahkan beratus-ratus ekar ini, apa alternatif yang kerajaan tawarkan kepada mereka.
Mesti ada alternatif. Kalau tidak ada, bermakna kita cuma mungkin mencapai hasrat kita
untuk jangan ada salah guna daun ketum tetapi hasrat kita untuk merealisasikan kehidupan
rakyat itu tidak tercapai.
Jadi akhir kata bermakna kementerian perlu melihat ke arah yang lebih positif ke
arah membantu masyarakat mempertingkatkan pendapatan mereka sebab mereka telah
kehilangan pendapatan yang boleh menjamin kehidupan mereka selama ini dan dalam
masa yang sama kita dapat membendung penyalahgunaan sama ada ketum ataupun
dadah jenis apa sekalipun di negara kita dan mungkin kementerian mempunyai time frame,
bila kita mensasarkan zero dadah ini di seluruh negara kita. Berapa tahun? 5 tahun, 10
tahun kita kena ada sasaran supaya kita, semua pihak kita membuat engagement dengan
berbagai-bagai NGO dan sebagainya mungkin memerangi bahawa dadah ini masih nombor
| Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Kinabatangan, jangan berhenti lagi. Saya nak sambung sikit. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Tasik Gelugor ada sebut kerajaan mesti segera menyatakan pendirian. Saya kira apabila kerajaan membentangkan, membawa rang undang-undang ini ke Dewan ini, ia dengan sendirinya menunjukkan bahawa kerajaan sudah meletakkan pendirian untuk mengkategorikan daun ketum ini sebagai satu bahan yang salah sama dengan dadah-dadah yang lain. Saya kata itu sudah jelas. Maka, saya percaya dan saya yakin bahawa memang sebagaimana juga dadah dan bahan-bahan lain- dia nama pun penyalahgunaan dadah. Maknanya kalau digunakan secara betul, ia memberi kebaikan daripada segi perubatan dan sebagainya. Sama juga dengan daun ketum ini. Oleh sebab itu, saya nak sebut tadi dan nak minta pandangan Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Kinabatangan sebut pasal NBOS tadi. Kalau penagih dadah, kita ada program penguatkuasaan dan pemulihan. Jadi saya fikir kerajaan di samping kita terus tetap dengan pendirian kita untuk membuat penguatkuasaan kerana kita tahu bahawa kesannya cukup besar terutamanya sekali penyalahgunaan ini telah menular bukan hanya secara tertutup tetapi dihidangkan di majlis kenduri dan sebagainya. Jadi saya fikir antara perkara yang perlu diberi perhatian setelah rang undang-undang ini diterima ialah bagaimana kita nak melakukan pemulihan dan memberi peluang yang lain kepada penanam-penanam ini. #1230. Kementerian Pertanian mesti melaksanakan program-program untuk menukar daripada menanam daun ketum kepada tanaman lain yang lebih mendatangkan hasil ataupun melakukan aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain kerana kita tahu juga kalau kita tidak melakukan usaha begini kita hanya membuat penguatkuasaan, kita tidak berikan alternatif lain, saya percaya mereka juga akan tetap menanam daun ketum ini sebagaimana kita membuat kuasa undang-undang walaupun tangkap hingga ke tali gantung tetap mereka akan mengedar. Oleh sebab itu langkah-langkah pemulihan mesti diberikan perhatian khusus dan ini penting. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Bangun]. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Kinabatangan. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ya, terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Memang betul sebab apa yang penting ke arah bagaimana, bukan hanya kita kerajaan berjaya membentang suatu akta undang-undang yang menyekat penyalahgunaan ketum ini tetapi juga kita berjaya memberi awareness, memberi kebangkitan kepada masyarakat bahawa apa yang mereka lakukan selama ini memang salah. Jadi bagaimana seperti awal-awal saya kata kerajaan kena ada blue ocean strategy berganding dengan kementerian-kementerian yang lain ke arah bagaimana memberi jaminan bahawa mereka yang selama ini menanam daun ketum apabila dimusnahkan beratus-ratus ekar ini, apa alternatif yang kerajaan tawarkan kepada mereka. Mesti ada alternatif. Kalau tidak ada, bermakna kita cuma mungkin mencapai hasrat kita untuk jangan ada salah guna daun ketum tetapi hasrat kita untuk merealisasikan kehidupan rakyat itu tidak tercapai. Jadi akhir kata bermakna kementerian perlu melihat ke arah yang lebih positif ke arah membantu masyarakat mempertingkatkan pendapatan mereka sebab mereka telah kehilangan pendapatan yang boleh menjamin kehidupan mereka selama ini dan dalam masa yang sama kita dapat membendung penyalahgunaan sama ada ketum ataupun dadah jenis apa sekalipun di negara kita dan mungkin kementerian mempunyai time frame, bila kita mensasarkan zero dadah ini di seluruh negara kita. Berapa tahun? 5 tahun, 10 tahun kita kena ada sasaran supaya kita, semua pihak kita membuat engagement dengan berbagai-bagai NGO dan sebagainya mungkin memerangi bahawa dadah ini masih nombor. | 34 | 46 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 35
1, ancaman nombor 1 di negara kita dan perlu kita tumpaskan bersama. Tuan Yang di-
Pertua, saya menyokong akta ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya,
Yang Berhormat Kuala Nerus.
12.32 tgh.
Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. [Membaca sepotong doa] Terima kasih kepada Tuan Yang
di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan undang-undang,
suatu akta meminda Akta Dadah Berbahaya 1952. Saya mulakan dengan satu Firman
Allah SWT membicarakan tentang isu arak. [Membaca sepotong ayat Al-Quran]
Maksudnya, “Kata Allah SWT, mereka bertanya kepada kamu wahai Muhammad tentang
hukum arak dan juga judi. Sebutlah wahai Muhammad, sesungguhnya pada kedua-duanya
ada dosa yang besar dan ada pula manfaat-manfaat kepada manusia tetapi dosa besarnya
itu, dosanya itu lebih besar daripada manfaat kedua-duanya”.
Ayat ini patut kita jadikan sebagai sandaran apabila kita bincangkan isu yang kita
bahaskan pada hari ini iaitu akta yang berkaitan dengan penyalahgunaan satu bahan yang
kita panggil ketum. Isunya adalah isu penyalahgunaan. Kita tidak menafikan bahawa asal
pada ketum itu adalah halal dan mungkin di peringkat orang kampung dijadikan ubat dan
sebagainya. Saya lihat di kampung mertua saya sendiri pun di Baling, Yang Berhormat
Baling pun ada di sini sudah keluar. Memang ketum ini dijual, anak-anak kecil pun minum
air ketum, jadi macam kebiasaan.
Jadi erti dia menjadi satu kebiasaan kepada orang kampung, anak-anak muda
tetapi yang berlaku akhir-akhir ini ialah penyalahgunaan. Pertamanya, kita perlu melihat
bahawa Islam sangat menekankan tentang maqasid Syariah. Antaranya hifzul akal,
menjaga akal. Matlamat syarak adalah untuk menjaga akal. Apa sahaja perkara yang
boleh merosakkan akal, maka Islam meletakkan tatacara untuk ia dicegah dan bila kita
bincang tentang ketum pada hari ini, kalau kita lihat kaedah bila Allah Taala menyebut kisah
Nabi Adam a.s., [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Kata Allah Taala, “Pada Adam dan
Hawa kami sebut pada kamu Wahai Adam, duduklah kamu dalam syurga dengan isteri
kamu dan makanlah selapang-lapangnya kamu kehendaki”, [Membaca sepotong ayat Al-
Quran] Seterusnya, “Janganlah kamu mendekati pohon ini pasti kamu akan tergolong
kalangan orang-orang yang zalim”.
Ayat ini mengajar kepada kita satu kaedah dalam kaedah syarak dipanggil saddan
lil zarai’, menutup lubang-lubang kerosakan. Pokok yang dilarang oleh Allah untuk dimakan
kesannya adalah besar. Allah Taala tidak menyatakan jangan makan tetapi Allah
menyatakan jangan mendekati pokok tersebut. Maka ini kaedah yang boleh kita pakai di
kala mana kita berhadapan isu ketum ini. Ketum memang asalnya boleh tetapi bila berlaku
penyalahgunaan secara besar-besaran sampai ke peringkat dijadikan industri, bukan
sahaja di peringkat besar-besaran, di peringkat orang kampung pun menjadikan jualan air
ketum dengan harga 20 sen, 50 sen dengan harga RM1.00 menjadi rezeki untuk mereka
sedangkan kesannya besar dalam jangka masa yang panjang.
Dato’ Othman bin Aziz [Jerlun]: Yang Berhormat Kuala Nerus. Ustaz, minta
laluan sedikit hendak tanya pandangan Ustaz. Kalau kita menanam ketum, kita jual ketum,
kita jual daun ketum, kita dapat hasil daripada itu apa hukumnya?
Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: Bagus soalan
tadi. Saya baru hendak bahas tentang kaedah, belum letak hukum lagi. Hukum asal pada
ketum adalah harus tetapi disalahgunakan. Sekarang kita bincang daripada hukum siasah
syariah, satu kaedah yang diambil oleh kerajaan bila mana satu benda yang halal boleh
membawa kepada kesan dan kemusnahan yang tidak elok. Itulah perhatian kita pada hari
ini, siasah syariah.
| 1, ancaman nombor 1 di negara kita dan perlu kita tumpaskan bersama. Tuan Yang di- Pertua, saya menyokong akta ini. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Kuala Nerus. 12.32 tgh. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Membaca sepotong doa] Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan undang-undang, suatu akta meminda Akta Dadah Berbahaya 1952. Saya mulakan dengan satu Firman Allah SWT membicarakan tentang isu arak. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, "Kata Allah SWT, mereka bertanya kepada kamu wahai Muhammad tentang hukum arak dan juga judi. Sebutlah wahai Muhammad, sesungguhnya pada kedua-duanya ada dosa yang besar dan ada pula manfaat-manfaat kepada manusia tetapi dosa besarnya itu, dosanya itu lebih besar daripada manfaat kedua-duanya". Ayat ini patut kita jadikan sebagai sandaran apabila kita bincangkan isu yang kita bahaskan pada hari ini iaitu akta yang berkaitan dengan penyalahgunaan satu bahan yang kita panggil ketum. Isunya adalah isu penyalahgunaan. Kita tidak menafikan bahawa asal pada ketum itu adalah halal dan mungkin di peringkat orang kampung dijadikan ubat dan sebagainya. Saya lihat di kampung mertua saya sendiri pun di Baling, Yang Berhormat Baling pun ada di sini sudah keluar. Memang ketum ini dijual, anak-anak kecil pun minum air ketum, jadi macam kebiasaan. Jadi erti dia menjadi satu kebiasaan kepada orang kampung, anak-anak muda tetapi yang berlaku akhir-akhir ini ialah penyalahgunaan. Pertamanya, kita perlu melihat bahawa Islam sangat menekankan tentang maqasid Syariah. Antaranya hifzul akal, menjaga akal. Matlamat syarak adalah untuk menjaga akal. Apa sahaja perkara yang boleh merosakkan akal, maka Islam meletakkan tatacara untuk ia dicegah dan bila kita bincang tentang ketum pada hari ini, kalau kita lihat kaedah bila Allah Taala menyebut kisah Nabi Adam a.s., [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Kata Allah Taala, "Pada Adam dan Hawa kami sebut pada kamu Wahai Adam, duduklah kamu dalam syurga dengan isteri kamu dan makanlah selapang-lapangnya kamu kehendaki", [Membaca sepotong ayat Al- Quran] Seterusnya, "Janganlah kamu mendekati pohon ini pasti kamu akan tergolong kalangan orang-orang yang zalim". Ayat ini mengajar kepada kita satu kaedah dalam kaedah syarak dipanggil saddan lil zarai', menutup lubang-lubang kerosakan. Pokok yang dilarang oleh Allah untuk dimakan kesannya adalah besar. Allah Taala tidak menyatakan jangan makan tetapi Allah menyatakan jangan mendekati pokok tersebut. Maka ini kaedah yang boleh kita pakai di kala mana kita berhadapan isu ketum ini. Ketum memang asalnya boleh tetapi bila berlaku penyalahgunaan secara besar-besaran sampai ke peringkat dijadikan industri, bukan sahaja di peringkat besar-besaran, di peringkat orang kampung pun menjadikan jualan air ketum dengan harga 20 sen, 50 sen dengan harga RM1.00 menjadi rezeki untuk mereka sedangkan kesannya besar dalam jangka masa yang panjang. Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Yang Berhormat Kuala Nerus. Ustaz, minta laluan sedikit hendak tanya pandangan Ustaz. Kalau kita menanam ketum, kita jual ketum, kita jual daun ketum, kita dapat hasil daripada itu apa hukumnya? Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: Bagus soalan tadi. Saya baru hendak bahas tentang kaedah, belum letak hukum lagi. Hukum asal pada ketum adalah harus tetapi disalahgunakan. Sekarang kita bincang daripada hukum siasah syariah, satu kaedah yang diambil oleh kerajaan bila mana satu benda yang halal boleh membawa kepada kesan dan kemusnahan yang tidak elok. Itulah perhatian kita pada hari ini, siasah syariah. | 35 | 47 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
36 DR.1.4.2015
Oleh sebab itu saya datangkan data-data tadi untuk dijadikan sebagai panduan.
Pada zaman Nabi SAW, bila sahabat tanya Nabi SAW kata mereka. [Berucap dalam
bahasa Arab] “Satu minuman sedang dibuat di negeri kami. Minuman itu mempunyai al-
mizru minal sya’ir daripada gandum.” [Membaca sepotong Hadis] “Satu lagi minuman
dipanggil bita’ dibuat daripada madu.” Daripada madu, daripada gandum, gandum
hukumnya halal, madu hukumnya halal tetapi ceritanya ialah bila orang minum
mendatangkan mabuk lalu kata Nabi SAW. [Berucap dalam bahasa Arab] “Setiap perkara
yang memabukkan itu hukumnya adalah haram”. Ini kaedah yang boleh kita ambil.
Oleh kerana ketum pada hari ini boleh membawa kepada penyalahgunaan dan
menyebabkan ramai orang ketagih, memberi kesan sosial yang sangat besar, maka kaedah
inilah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk kita menangani ketum ini. Sebab itulah saya
sangat bersetuju dengan cadangan rang undang-undang ini untuk membuat satu halangan
dan sekatan kepada penggunaan ketum ini agar tidak disalahgunakan.
Akan tetapi yang lebih besar lagi pada saya ialah bila kita bincang tentang salah
guna, salah guna disebut suuk isti’mal dalam bahasa Arab. Salah guna melibatkan
manusia maka bila melibatkan manusia perkara yang paling asas sekali ialah melibatkan
manusia itu mesti dididik dan kerana itulah di samping kita meletakkan akta seumpama ini,
kerajaan perlu juga menyebut tentang bajet-bajet yang berkaitan dengan pendidikan
melibatkan ketum ini. Mungkin keterangan tentang salah guna ketum diperluaskan lagi di
peringkat kampung-kampung, kempen-kempen di kampung-kampung, di sekolah-sekolah
dijadikan sebagai satu agenda rasmi di setiap kawasan supaya rakyat mendapat maklumat
yang lengkap tentang penggunaan ketum ini.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang
Berhormat Kuala Kedah bangun, Yang Berhormat Kuala Kedah.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Boleh sedikit sahaja. Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya faham daripada
penjelasan beliau tentang kaedah tadi bahawa ini boleh kita katakan boleh dijadikan
kesalahan, menjadi kesalahan kerana penyalahgunaan. Cumanya yang dipertikaikan oleh
sebahagian daripada kita ialah hukumannya. Kalau 39(B) hukuman mati. Apakah itu
berbaloi, apakah itu wajar bagi satu benda yang asalnya terdapat merata-rata, tumbuhan
asal di negara kita. Terima kasih.
Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: Terima kasih,
saya menyokong secara dasarnya tentang sekatan yang akan dikenakan. Hukum perincian
yang hendak dibentangkan boleh diperincikan lagi dalam perbincangan kita pada hari ini.
Akan tetapi kalau kita lihat pada hari ini kerajaan sendiri pun data dan takrif yang saya
dapat berkenaan dengan penagihan dadah sendiri, kerajaan telah membelanjakan RM1
bilion. Itu data tahun 2006.
■1240
Entah berapa yang telah dikeluarkan oleh kerajaan untuk menangani isu dadah
sahaja pada hari ini sedangkan kita perlu berhadapan dengan isu yang baru yang namanya
penagihan ketum. Oleh kerana itulah saya secara ringkasnya dalam ucapan ini, saya
hendak memberikan sokongan kepada apa yang dibentangkan dengan data-data yang
saya bentangkan tadi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya Yang
Berhormat Jerlun.
12.40 tgh.
Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, kerana memberi ruang kepada saya untuk
turut membahaskan satu akta meminda Akta Dadah Berbahaya 1952 khususnya berkaitan
dengan ketum ataupun kratom. Ketum ini bahasa Malaysia, kratom bahasa US, biak ini
ialah bahasa Kedah. Di Kedah ini pun ada satu kampung namanya Alor Biak, di Kubang
Pasu ada nama satu kampung, Kampung Biak. Jadi, tumbuhan ini adalah dari family
| Oleh sebab itu saya datangkan data-data tadi untuk dijadikan sebagai panduan. Pada zaman Nabi SAW, bila sahabat tanya Nabi SAW kata mereka. [Berucap dalam bahasa Arab] "Satu minuman sedang dibuat di negeri kami. Minuman itu mempunyai al- mizru minal sya'ir daripada gandum." [Membaca sepotong Hadis] "Satu lagi minuman dipanggil bita' dibuat daripada madu." Daripada madu, daripada gandum, gandum hukumnya halal, madu hukumnya halal tetapi ceritanya ialah bila orang minum mendatangkan mabuk lalu kata Nabi SAW. [Berucap dalam bahasa Arab] "Setiap perkara yang memabukkan itu hukumnya adalah haram". Ini kaedah yang boleh kita ambil. Oleh kerana ketum pada hari ini boleh membawa kepada penyalahgunaan dan menyebabkan ramai orang ketagih, memberi kesan sosial yang sangat besar, maka kaedah inilah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk kita menangani ketum ini. Sebab itulah saya sangat bersetuju dengan cadangan rang undang-undang ini untuk membuat satu halangan dan sekatan kepada penggunaan ketum ini agar tidak disalahgunakan. Akan tetapi yang lebih besar lagi pada saya ialah bila kita bincang tentang salah guna, salah guna disebut suuk isti'mal dalam bahasa Arab. Salah guna melibatkan manusia maka bila melibatkan manusia perkara yang paling asas sekali ialah melibatkan manusia itu mesti dididik dan kerana itulah di samping kita meletakkan akta seumpama ini, kerajaan perlu juga menyebut tentang bajet-bajet yang berkaitan dengan pendidikan melibatkan ketum ini. Mungkin keterangan tentang salah guna ketum diperluaskan lagi di peringkat kampung-kampung, kempen-kempen di kampung-kampung, di sekolah-sekolah dijadikan sebagai satu agenda rasmi di setiap kawasan supaya rakyat mendapat maklumat yang lengkap tentang penggunaan ketum ini. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Kuala Kedah bangun, Yang Berhormat Kuala Kedah. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Boleh sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya faham daripada penjelasan beliau tentang kaedah tadi bahawa ini boleh kita katakan boleh dijadikan kesalahan, menjadi kesalahan kerana penyalahgunaan. Cumanya yang dipertikaikan oleh sebahagian daripada kita ialah hukumannya. Kalau 39(B) hukuman mati. Apakah itu berbaloi, apakah itu wajar bagi satu benda yang asalnya terdapat merata-rata, tumbuhan asal di negara kita. Terima kasih. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: Terima kasih, saya menyokong secara dasarnya tentang sekatan yang akan dikenakan. Hukum perincian yang hendak dibentangkan boleh diperincikan lagi dalam perbincangan kita pada hari ini. Akan tetapi kalau kita lihat pada hari ini kerajaan sendiri pun data dan takrif yang saya dapat berkenaan dengan penagihan dadah sendiri, kerajaan telah membelanjakan RM1 bilion. Itu data tahun 2006. #1240 Entah berapa yang telah dikeluarkan oleh kerajaan untuk menangani isu dadah sahaja pada hari ini sedangkan kita perlu berhadapan dengan isu yang baru yang namanya penagihan ketum. Oleh kerana itulah saya secara ringkasnya dalam ucapan ini, saya hendak memberikan sokongan kepada apa yang dibentangkan dengan data-data yang saya bentangkan tadi. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya Yang Berhormat Jerlun. 12.40 tgh. Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, kerana memberi ruang kepada saya untuk turut membahaskan satu akta meminda Akta Dadah Berbahaya 1952 khususnya berkaitan dengan ketum ataupun kratom. Ketum ini bahasa Malaysia, kratom bahasa US, biak ini ialah bahasa Kedah. Di Kedah ini pun ada satu kampung namanya Alor Biak, di Kubang Pasu ada nama satu kampung, Kampung Biak. Jadi, tumbuhan ini adalah dari family. | 36 | 48 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 37
rubiaceae, di Thailand dipanggil kakuam ataupun ithang dan juga thom. Jadi, rubiaceae ini
dikatakan mempunyai dadah yang psikoaktif yang memang boleh membawa masalah.
Asalnya, buyernya hanya sekadar macam kita sebut-sebut tadi bahan tradisional
untuk seronok-seronok malam kenduri, hendak bagi orang berjaga untuk buat kerja dan
sebagainya. Katanya boleh menjadi pemulih tenaga, tidak tahulah zahir sahajakah ataupun
batinnya sekali, rawatan mengeluarkan angin dalam badan, rawatan sakit belakang,
diabetes, kemudian darah tinggi tetapi dengan syarat, orang tua-tua kata hanya
menggunakan dengan kadar yang sesuai iaitu dua atau tiga keping daun.
Akan tetapi yang menjadi masalah di hadapan kita hari ini adalah apabila daun
ketum ini telah pun dibuat koktel macam kita sebut tadi dicampur dengan pelbagai bahan
terlarang. Maksud bahan terlarang ini bahan antaranya ubat nyamuk, ubat gegat. Adakah
itu boleh diminum ataupun secara biasanya kita dapat makan? Tidak boleh, tetapi inilah
yang sedang dibuat.
Maka pada tahun 2003, ia telah pun menjadi satu bahan larangan melalui Akta
Racun, Third Schedule of Poisons yang katanya bahan ini mempunyai mitragynine.
Mitragynine inilah yang boleh menjadikan orang yang minum itu ketagih. Kesan-kesannya
banyak seperti susut berat badan, insomnia tidak boleh tidur, sawan, hilang akal, bibir
kering, sembelit, hitam pipi dan sebagainya yang telah kita sebut tadi. Withdrawal
simptomnya yang kita dapat tahu adalah hidungnya bersin, mata itu ditarik-tarik, sengal-
sengal sendi, dia jadi pemarah. Kemudian, dia lemah dan malas hendak bekerja, ini isunya.
Tadi kita sebut bila minum ketum, dia kuat bekerja tetapi bila sudah jadi penagih ketum, dia
sudah malas bekerja.
Dahulu di US, kita dengar Coca-Cola, ada pokok jenis kola. Pokok kola ini
kononnya dijadikan bahan untuk diadunkan bagi menjadi minuman Coca-Cola tetapi
apabila lama-kelamaan didapati, pokok kola ini juga boleh menjadi ketagih. Maka Coca-
Cola itu sendiri telah pun mengubah resipi mereka. Jadi, di Malaysia ini kita sedang
menghadapi satu masalah yang cukup besar kerana apabila ketum ini disalahgunakan, ia
sampai melibatkan anak-anak sekolah dan melibatkan rumah tangga dan sebagainya.
Maka ia menjadi satu bebanan dan masalah yang besar.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya Yang
Berhormat Sepang bangun.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Yang Berhormat Jerlun, kalau kita lihat
perbincangan yang setakat ini, memang ada dua pendapatlah. Satu mengatakan ketum ini
satu yang bahaya, ada juga mengatakan ia juga boleh jadi ubat kepada sesetengah orang.
Anyway, kita sudah ada akta sudah, ada Akta Racun yang mengenakan hukuman ke atas
penyalahgunaan ketum ini. Jadi kalau sekiranya kita punya tujuan pindaan adalah untuk
hendak menyelesaikan masalah penyalahgunaan ini, setuju atau tidak dengan saya,
sepatutnya kalau kita rasa hukuman yang Akta Racun itu kena RM1,000 itu mungkin terlalu
ringan, kenapa kita tidak menggunakan pinda akta itu untuk mengenakan hukuman lebih
berat daripada kita masukkan dalam Akta Dadah Berbahaya ini?
Ini sebab dalam pindaan ini juga termasuk dalam seksyen 6B. 6B ini, hukuman dia
adalah sampai hukuman penjara seumur hidup dan enam sebatan. Jadi ini nampaknya kita
seolah-olah mencari jalan singkat. Saya rasa kalau masalahnya ialah rampancy - masalah
dalam bahasa Melayunya, benda ini sudah biasa orang gunakan, maybe kita masukkan
dalam Akta Dadah Berbahaya. Akta Dadah Berbahaya ini perbicaraannya berlainan. Apa
lagi baru-baru ini kerajaan pinda pula masuk double presumption dan sebagainya. Jadi,
proses hendak mendakwa dan menggunakan hukuman itu lebih mudah. Saya rasa kalau
kita semua bersama pun bahawa ketum ini perlu dikenakan tindakan, setuju atau tidak
dengan saya, kita pinda Akta Racun itu? Kenakan hukuman lebih berat lagi. Macam mana?
Terima kasih.
| rubiaceae, di Thailand dipanggil kakuam ataupun ithang dan juga thom. Jadi, rubiaceae ini dikatakan mempunyai dadah yang psikoaktif yang memang boleh membawa masalah. Asalnya, buyernya hanya sekadar macam kita sebut-sebut tadi bahan tradisional untuk seronok-seronok malam kenduri, hendak bagi orang berjaga untuk buat kerja dan sebagainya. Katanya boleh menjadi pemulih tenaga, tidak tahulah zahir sahajakah ataupun batinnya sekali, rawatan mengeluarkan angin dalam badan, rawatan sakit belakang, diabetes, kemudian darah tinggi tetapi dengan syarat, orang tua-tua kata hanya menggunakan dengan kadar yang sesuai iaitu dua atau tiga keping daun. Akan tetapi yang menjadi masalah di hadapan kita hari ini adalah apabila daun ketum ini telah pun dibuat koktel macam kita sebut tadi dicampur dengan pelbagai bahan terlarang. Maksud bahan terlarang ini bahan antaranya ubat nyamuk, ubat gegat. Adakah itu boleh diminum ataupun secara biasanya kita dapat makan? Tidak boleh, tetapi inilah yang sedang dibuat. Maka pada tahun 2003, ia telah pun menjadi satu bahan larangan melalui Akta Racun, Third Schedule of Poisons yang katanya bahan ini mempunyai mitragynine. Mitragynine inilah yang boleh menjadikan orang yang minum itu ketagih. Kesan-kesannya banyak seperti susut berat badan, insomnia tidak boleh tidur, sawan, hilang akal, bibir kering, sembelit, hitam pipi dan sebagainya yang telah kita sebut tadi. Withdrawal simptomnya yang kita dapat tahu adalah hidungnya bersin, mata itu ditarik-tarik, sengal- sengal sendi, dia jadi pemarah. Kemudian, dia lemah dan malas hendak bekerja, ini isunya. Tadi kita sebut bila minum ketum, dia kuat bekerja tetapi bila sudah jadi penagih ketum, dia sudah malas bekerja. Dahulu di US, kita dengar Coca-Cola, ada pokok jenis kola. Pokok kola ini kononnya dijadikan bahan untuk diadunkan bagi menjadi minuman Coca-Cola tetapi apabila lama-kelamaan didapati, pokok kola ini juga boleh menjadi ketagih. Maka Coca- Cola itu sendiri telah pun mengubah resipi mereka. Jadi, di Malaysia ini kita sedang menghadapi satu masalah yang cukup besar kerana apabila ketum ini disalahgunakan, ia sampai melibatkan anak-anak sekolah dan melibatkan rumah tangga dan sebagainya. Maka ia menjadi satu bebanan dan masalah yang besar. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya Yang Berhormat Sepang bangun. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Yang Berhormat Jerlun, kalau kita lihat perbincangan yang setakat ini, memang ada dua pendapatlah. Satu mengatakan ketum ini satu yang bahaya, ada juga mengatakan ia juga boleh jadi ubat kepada sesetengah orang. Anyway, kita sudah ada akta sudah, ada Akta Racun yang mengenakan hukuman ke atas penyalahgunaan ketum ini. Jadi kalau sekiranya kita punya tujuan pindaan adalah untuk hendak menyelesaikan masalah penyalahgunaan ini, setuju atau tidak dengan saya, sepatutnya kalau kita rasa hukuman yang Akta Racun itu kena RM1,000 itu mungkin terlalu ringan, kenapa kita tidak menggunakan pinda akta itu untuk mengenakan hukuman lebih berat daripada kita masukkan dalam Akta Dadah Berbahaya ini?. Ini sebab dalam pindaan ini juga termasuk dalam seksyen 6B. 6B ini, hukuman dia adalah sampai hukuman penjara seumur hidup dan enam sebatan. Jadi ini nampaknya kita seolah-olah mencari jalan singkat. Saya rasa kalau masalahnya ialah rampancy- masalah dalam bahasa Melayunya, benda ini sudah biasa orang gunakan, maybe kita masukkan dalam Akta Dadah Berbahaya. Akta Dadah Berbahaya ini perbicaraannya berlainan. Apa lagi baru-baru ini kerajaan pinda pula masuk double presumption dan sebagainya. Jadi, proses hendak mendakwa dan menggunakan hukuman itu lebih mudah. Saya rasa kalau kita semua bersama pun bahawa ketum ini perlu dikenakan tindakan, setuju atau tidak dengan saya, kita pinda Akta Racun itu? Kenakan hukuman lebih berat lagi. Macam mana? Terima kasih. | 37 | 49 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
38 DR.1.4.2015
Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya
pun sebenarnya tidak pandai hendak menyentuh hal-hal berkaitan dengan hukuman sebab
dalam ini pun tidak ada dinyatakan adakah ia akan dikaitkan dengan 39B dan sebagainya.
Akan tetapi saya melihat bahawa sekadar apa yang dimaklumkan selama ini di bawah Akta
Racun ini, ia tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada mereka. Banyak macam di tempat
saya ini, pelbagai raid ataupun serbuan-serbuan telah dibuat sama ada di peringkat hendak
kata kilang bukan kilang tetapi tempat proses air daun ketum ini, banyak kali telah pun
ditangkap diberikan hukuman RM1,000 atau RM2,000 tetapi mereka sanggup bayar dan
masih senyum.
Jadi, saya melihat bahawa daripada segi apa yang disebutkan oleh Yang
Berhormat Sepang tadi, kalau hendak diperketat lagi, hendak ditingkatkan lagi hukuman di
bawah Akta Racun, mungkin satu jalan. Akan tetapi hari ini kita sedang berbincang dalam
suatu akta yang saya kira boleh memberi tamparan dan juga kesedaran kepada mereka
yang memang hari ini bukan sekadar terlibat secara kecil-kecilan, malahan sudah menjadi
business ataupun industri yang besar. Di Kedah, Jawatankuasa Fatwa Negeri telah pun
bersidang pada 3 Oktober 2005 yang mana ekstraknya menyatakan meminum air daun
ketum sehingga memabukkan dengan dicampur bahan-bahan yang lain, maka hukumnya
haram. Akan tetapi katanya kalau daun ketum asal, maknanya daun ketum sahaja, bila
direbus dua atau tiga helai ini diminum, itu harus kerana bagi tujuan perubatan. Maka
isunya ialah masih apabila daun-daun ketum ini dicampur dengan bahan-bahan asing yang
boleh merosakkan badan dan sebagainya.
Kemudian tadi ada mereka sebut bagaimana hendak mengatasi orang-orang yang
kini telah pun di Kedah mengorbankan beberapa relung atau ekar bendang, menanam
ketum secara full time dan di pagar, dibubuh spotlight dan sebagainya. Ini sebab daun
ketum ini mahal, RM30, adakala sampai mencecah RM50 sekilo, maka mereka terpaksa
pagarkan, kemudian diletak spotlight untuk menjaga orang-orang yang hendak mencuri
pula. Ia jadi satu masalah lain pula. Akan tetapi kalau dicuri pun mereka tidak report kepada
polis sebab memang mereka tidak berani. Jadi, kita menggesa dan memang Kementerian
Pertanian telah pun - Timbalan Menteri sendiri telah menyatakan di satu majlis di Sungai
Petani. Kementerian Pertanian sanggup membantu mereka yang kini terlibat dengan
industri ketum secara besar-besaran ini untuk digantikan pula pokok-pokok itu mungkin
dengan tanaman mempelam, mempelam harumanis, sala, cakonan dan sebagainya untuk
mengatasi masalah.
Namun, saya rasa kalau keadaan, kalau sekadar tawaran seperti itu tidak memberi
tarikan ataupun minat kepada mereka kerana minat menjual daun ketum itu jauh lebih tinggi
kerana pulangannya jauh lebih besar. Di Kedah juga banyak serbuan dan tangkapan dibuat
yang mana kereta-kereta dari Thailand masuk bukan hanya sekadar hendak membeli petrol
yang murah, diesel yang murah tetapi mereka juga mengisikan guni-guni ketum dan
sebagainya untuk dibawa balik ke Thailand. Ini kerana di Thailand katanya, saya
difahamkan, hukuman ketum ini yang ditangkap, yang menyalahi undang-undang, mereka
yang didakwa katanya mudah hukumannya sekeping daun RM60, 60 Baht. Jadi 60 Baht
cukup menakutkan orang-orang Thailand untuk menanam pokok ketum. Jadi, mereka
datang ke Kedah dan mengambil jalan pintas ke Kedah, sempadan-sempadan di Gerik dan
sebagainya untuk mengimport daun-daun ini balik ke negeri mereka.
Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Yang Berhormat Jerlun, Yang
Berhormat Jerlun. Yang Berhormat Tasek Gelugor. Setujukah Yang Berhormat Jerlun
bahawa proses penghantaran daun-daun ketum ini daripada satu tempat ke satu tempat
juga telah melibatkan industri bas ekspres? Jadi, antara Malaysia Timur dengan Malaysia
Barat dan sebagainya jadi menunjukkan keadaan ini begitu gawat. Terima kasih.
■1250
Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Saya amat setuju dengan Yang Berhormat
Tasek Gelugor. Itu kalau antara negeri. Tapi kita juga telah mendapati AADK telah
melaporkan bahawa ada dikesan penghantaran daun-daun ketum ini melalui pos laju dan
juga courier service. Jadi macam contoh di Kedah di hantar orang-orang Melawati di Kuala
Lumpur dan sebagainya dihantar melalui pos laju. Ini mungkin cara yang biasalah. Dia
orang ini pandai sebab dia orang tidak dapat dikesan dan sebagainya tetapi ada juga report
dalam laporan mengatakan bahawa bukan hanya sekadar penghantaran-penghantaran
| Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya pun sebenarnya tidak pandai hendak menyentuh hal-hal berkaitan dengan hukuman sebab dalam ini pun tidak ada dinyatakan adakah ia akan dikaitkan dengan 39B dan sebagainya. Akan tetapi saya melihat bahawa sekadar apa yang dimaklumkan selama ini di bawah Akta Racun ini, ia tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada mereka. Banyak macam di tempat saya ini, pelbagai raid ataupun serbuan-serbuan telah dibuat sama ada di peringkat hendak kata kilang bukan kilang tetapi tempat proses air daun ketum ini, banyak kali telah pun ditangkap diberikan hukuman RM1,000 atau RM2,000 tetapi mereka sanggup bayar dan masih senyum. Jadi, saya melihat bahawa daripada segi apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sepang tadi, kalau hendak diperketat lagi, hendak ditingkatkan lagi hukuman di bawah Akta Racun, mungkin satu jalan. Akan tetapi hari ini kita sedang berbincang dalam suatu akta yang saya kira boleh memberi tamparan dan juga kesedaran kepada mereka yang memang hari ini bukan sekadar terlibat secara kecil-kecilan, malahan sudah menjadi business ataupun industri yang besar. Di Kedah, Jawatankuasa Fatwa Negeri telah pun bersidang pada 3 Oktober 2005 yang mana ekstraknya menyatakan meminum air daun ketum sehingga memabukkan dengan dicampur bahan-bahan yang lain, maka hukumnya haram. Akan tetapi katanya kalau daun ketum asal, maknanya daun ketum sahaja, bila direbus dua atau tiga helai ini diminum, itu harus kerana bagi tujuan perubatan. Maka isunya ialah masih apabila daun-daun ketum ini dicampur dengan bahan-bahan asing yang boleh merosakkan badan dan sebagainya. Kemudian tadi ada mereka sebut bagaimana hendak mengatasi orang-orang yang kini telah pun di Kedah mengorbankan beberapa relung atau ekar bendang, menanam ketum secara full time dan di pagar, dibubuh spotlight dan sebagainya. Ini sebab daun ketum ini mahal, RM30, adakala sampai mencecah RM50 sekilo, maka mereka terpaksa pagarkan, kemudian diletak spotlight untuk menjaga orang-orang yang hendak mencuri pula. Ia jadi satu masalah lain pula. Akan tetapi kalau dicuri pun mereka tidak report kepada polis sebab memang mereka tidak berani. Jadi, kita menggesa dan memang Kementerian Pertanian telah pun- Timbalan Menteri sendiri telah menyatakan di satu majlis di Sungai Petani. Kementerian Pertanian sanggup membantu mereka yang kini terlibat dengan industri ketum secara besar-besaran ini untuk digantikan pula pokok-pokok itu mungkin dengan tanaman mempelam, mempelam harumanis, sala, cakonan dan sebagainya untuk mengatasi masalah. Namun, saya rasa kalau keadaan, kalau sekadar tawaran seperti itu tidak memberi tarikan ataupun minat kepada mereka kerana minat menjual daun ketum itu jauh lebih tinggi kerana pulangannya jauh lebih besar. Di Kedah juga banyak serbuan dan tangkapan dibuat yang mana kereta-kereta dari Thailand masuk bukan hanya sekadar hendak membeli petrol yang murah, diesel yang murah tetapi mereka juga mengisikan guni-guni ketum dan sebagainya untuk dibawa balik ke Thailand. Ini kerana di Thailand katanya, saya difahamkan, hukuman ketum ini yang ditangkap, yang menyalahi undang-undang, mereka yang didakwa katanya mudah hukumannya sekeping daun RM60, 60 Baht. Jadi 60 Baht cukup menakutkan orang-orang Thailand untuk menanam pokok ketum. Jadi, mereka datang ke Kedah dan mengambil jalan pintas ke Kedah, sempadan-sempadan di Gerik dan sebagainya untuk mengimport daun-daun ini balik ke negeri mereka. Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Jerlun. Yang Berhormat Tasek Gelugor. Setujukah Yang Berhormat Jerlun bahawa proses penghantaran daun-daun ketum ini daripada satu tempat ke satu tempat juga telah melibatkan industri bas ekspres? Jadi, antara Malaysia Timur dengan Malaysia Barat dan sebagainya jadi menunjukkan keadaan ini begitu gawat. Terima kasih. #1250. Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Saya amat setuju dengan Yang Berhormat Tasek Gelugor. Itu kalau antara negeri. Tapi kita juga telah mendapati AADK telah melaporkan bahawa ada dikesan penghantaran daun-daun ketum ini melalui pos laju dan juga courier service. Jadi macam contoh di Kedah di hantar orang-orang Melawati di Kuala Lumpur dan sebagainya dihantar melalui pos laju. Ini mungkin cara yang biasalah. Dia orang ini pandai sebab dia orang tidak dapat dikesan dan sebagainya tetapi ada juga report dalam laporan mengatakan bahawa bukan hanya sekadar penghantaran-penghantaran. | 38 | 50 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 39
antara bas dan sebagainya, malahan hendak dicepat, hendak daun fresh maka dihantar
melalui pos laju.
Di Baling, Yang Berhormat Baling tidak ada di sini. Di Sik, di Baling dilaporkan hari
ini..
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang
Berhormat Sekijang bangun.
Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat. Jika penguatkuasaan ini kita
dapat melaksanakan melalui akta yang kita akan luluskan pada hari ini, adakah nanti bila
pengusaha-pengusaha daun ketum yang kita tahu ada ladang dan sebagainya ini, kita
pastikan mereka ini dikenakan tindakan dan kalau ada permohonan hendak insentif kah,
hendak minta tanam semula daripada kerajaan dan sebagainya ini untuk tanaman-tanaman
lain pun kita tidak akan layan. Apa pandangan Yang Berhormat.
Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Itulah yang sewajarnya yang saya sebutkan tadi.
Macam di Kedah ditutup tanaman padi, dibuat batas ditanam ketum. Berelung-relung ini,
berekar-ekar kita boleh nampak dari jauh dan sebenarnya saya melihat bahawa daun
ketum ini pada asalnya tumbuhan liar. Dia hanya tumbuh satu dua batang pokok di celah-
celah belakang rumah dan sebagainya tetapi bila sudah mendapat permintaan yang tinggi,
maka orang sanggup terang-terangan, Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri
sendiri sudah turun di kawasan saya di Jerlun dan melihat sendiri, berelung-relung, berekar-
ekar tanaman ini dibuat.
Hari ini terdapat pula, tadi kita sebut jualan ketum dalam plastik macam Yang
Berhormat Gerik sebut tapi hari ini air ketum ini ditaruk dalam macam dibuat jus kemudian
disimpan dalam cup yang cantik. Jadi orang tidak nampak. Kemudian ada juga dibuat
dalam bentuk puding. Puding ini macam satu makanan. Jadi yang ini pun sudah mudah
untuk dibawa dan di dapati oleh anak-anak sekolah. Jadi inilah yang menjadi satu pada
saya kita tidak perlu bimbanglah sama ada akta ini betul, tidak betul. Macam ada setengah-
setengah pendapat mengatakan mungkin kita terburu-buru tetapi saya rasa dia sudah
memang sudah menjadi satu masalah yang besar dan perlu tindakan segera dan kita
harapkan dengan jadual-jadual yang akan dipinda ini akan insya-Allah dapat membendung
masalah dan gejala daun ketum.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Yang Berhormat Jerlun, Yang
Berhormat Bagan Serai.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sila.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Saya hendak tanya Yang
Berhormat Jerlun lah, polisi yang ada sekarang ini tangkap berkenaan dengan dadah,
tangkap, penjara dan yang mengedar hukum gantung sudah lebih dari 50 tahun tapi kita
rasa kita tidak begitu berjayalah. Sebab apa dadah makin banyak, dadah sintetik lagi naik.
Lagi kalau ketum ini yang lebih senang didapati. Kenduri orang buat jamuan, kenduri, ada
parti kah, apa semua orang guna dengan sewenang-wenangnya. Senang jugalah. Sampai
boleh buat ladang, boleh buat pagar pun tidak kena tangkap. Jadi agak-agak bila
dilaksanakan nanti macam mana kesan dia. Pulihkah dan berkurangan. Terima kasih.
Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Saya ingat kerja menangkap, kerja mendakwa,
kerja itu bahagian pihak polis ataupun ialah kerajaan tapi kalau kita tidak buat langsung lagi
masalah. Kita ingat dulu tahun 60an saya kecil-kecil lagi masa itu, masa kenduri pun orang
memang berseronok-seronok dengan daun ganja. Memang masa itu boleh dapat dan
macam open juga tapi pada ketika itu orang yang bercakap sama juga hari ini dengan
ketum. Kononnya air ketum ini untuk kita buat seronok-seronok, minum seronok-seronok
sementara bekerja siang daging apa semua semasa malam kenduri tapi gejala ini sudah
menular. Sudah menjadi di luar kawalan, sudah tidak terkawal.
| antara bas dan sebagainya, malahan hendak dicepat, hendak daun fresh maka dihantar melalui pos laju. Di Baling, Yang Berhormat Baling tidak ada di sini. Di Sik, di Baling dilaporkan hari ini.. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Sekijang bangun. Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat. Jika penguatkuasaan ini kita dapat melaksanakan melalui akta yang kita akan luluskan pada hari ini, adakah nanti bila pengusaha-pengusaha daun ketum yang kita tahu ada ladang dan sebagainya ini, kita pastikan mereka ini dikenakan tindakan dan kalau ada permohonan hendak insentif kah, hendak minta tanam semula daripada kerajaan dan sebagainya ini untuk tanaman-tanaman lain pun kita tidak akan layan. Apa pandangan Yang Berhormat. Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Itulah yang sewajarnya yang saya sebutkan tadi. Macam di Kedah ditutup tanaman padi, dibuat batas ditanam ketum. Berelung-relung ini, berekar-ekar kita boleh nampak dari jauh dan sebenarnya saya melihat bahawa daun ketum ini pada asalnya tumbuhan liar. Dia hanya tumbuh satu dua batang pokok di celah- celah belakang rumah dan sebagainya tetapi bila sudah mendapat permintaan yang tinggi, maka orang sanggup terang-terangan, Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri sendiri sudah turun di kawasan saya di Jerlun dan melihat sendiri, berelung-relung, berekar- ekar tanaman ini dibuat. Hari ini terdapat pula, tadi kita sebut jualan ketum dalam plastik macam Yang Berhormat Gerik sebut tapi hari ini air ketum ini ditaruk dalam macam dibuat jus kemudian disimpan dalam cup yang cantik. Jadi orang tidak nampak. Kemudian ada juga dibuat dalam bentuk puding. Puding ini macam satu makanan. Jadi yang ini pun sudah mudah untuk dibawa dan di dapati oleh anak-anak sekolah. Jadi inilah yang menjadi satu pada saya kita tidak perlu bimbanglah sama ada akta ini betul, tidak betul. Macam ada setengah- setengah pendapat mengatakan mungkin kita terburu-buru tetapi saya rasa dia sudah memang sudah menjadi satu masalah yang besar dan perlu tindakan segera dan kita harapkan dengan jadual-jadual yang akan dipinda ini akan insya-Allah dapat membendung masalah dan gejala daun ketum. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Bagan Serai. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sila. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Saya hendak tanya Yang Berhormat Jerlun lah, polisi yang ada sekarang ini tangkap berkenaan dengan dadah, tangkap, penjara dan yang mengedar hukum gantung sudah lebih dari 50 tahun tapi kita rasa kita tidak begitu berjayalah. Sebab apa dadah makin banyak, dadah sintetik lagi naik. Lagi kalau ketum ini yang lebih senang didapati. Kenduri orang buat jamuan, kenduri, ada parti kah, apa semua orang guna dengan sewenang-wenangnya. Senang jugalah. Sampai boleh buat ladang, boleh buat pagar pun tidak kena tangkap. Jadi agak-agak bila dilaksanakan nanti macam mana kesan dia. Pulihkah dan berkurangan. Terima kasih. Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Saya ingat kerja menangkap, kerja mendakwa, kerja itu bahagian pihak polis ataupun ialah kerajaan tapi kalau kita tidak buat langsung lagi masalah. Kita ingat dulu tahun 60an saya kecil-kecil lagi masa itu, masa kenduri pun orang memang berseronok-seronok dengan daun ganja. Memang masa itu boleh dapat dan macam open juga tapi pada ketika itu orang yang bercakap sama juga hari ini dengan ketum. Kononnya air ketum ini untuk kita buat seronok-seronok, minum seronok-seronok sementara bekerja siang daging apa semua semasa malam kenduri tapi gejala ini sudah menular. Sudah menjadi di luar kawalan, sudah tidak terkawal. | 39 | 51 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
40 DR.1.4.2015
Jadi apatah lagi kalau tidak ada langsung akta yang membendung, yang
mencegah maka sudah tentu dia akan menjadi di luar kawalan dan sudah rosak. Hari ini
kesannya, kesan yang kita sedih sangat ini dia sudah menular kepada anak-anak sekolah.
Laporan saya baru ini pergi PIBG di Sekolah Matang Berulai, di sekolah dilaporkan
kehadiran murid sudah menurun. Kemudian guru-guru ini dia kan KPI dia hendak kena, hari
ini KPI guru memastikan kehadiran murid lebih daripada 96% tapi bila murid-murid ini sudah
mula terjebak dengan perkara-perkara ini, kehadiran sudah mula menurun sampai 60%-
70%.
Jadi ini antaranya dan ada juga laporan yang mengatakan ini to be confirmed by
authorities yang saya dengar ada orang yang terlibat ini juga guru. Guru yang terlibat
dengan daun ketum, makan minum, makan minum sampai akhirnya dia meninggal.
Kemudian dibuat post mortem, dibelah dadanya. Katanya di paru-parunya itu terdapat
liputan getah-getah ketum. Jadi yang ini saya tidak tahulah. Ini saintifik tapi yang penting
ialah kesannya kita boleh nampak bahawa ia berat dan bermasalah.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Boleh mencelah sikit.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang
Berhormat Kuala Kedah dan Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Sila-sila.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang
mana satu. Sila Yang Berhormat Kuala Kedah.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan
terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya hendak sebut sedikit kerana Yang Berhormat
Jerlun menyebut tentang side effect ketum, kesan sampingan dan saya 20 tahun lebih
pengamal perubatan di Kuala Kedah, kawasan asal permulaan ketum disalah gunakan
secara meluas dan dikatakan orang yang mula-mula menyalahgunakan itu pun hidup
sampai 100 tahun lebih. Disebut oranglah. Cuma saya hendak sebut bahawa ketum tidak
mempunyai kesan sampingan sampai bawa maut. Kesan sampingannya minima dan kesan
withdrawal, kesan bila dia meninggalkan ketum juga sangat minimum. Boleh diselesaikan
dengan mudah. Tidak seperti heroin, tidak seperti morfina dan ramai penagih dadah heroin
dan morfina yang dalam follow up saya memang dapat meninggalkan heroin dan morfin
dengan mengambil ketum dan tidak ada kes kematian kerana ketum, tidak ada.
Cuma ketagihan dan withdrawl kerana tidak ada duit hendak beli, tidak ada
bekalan maka malas bekerja itu adalah. Kalau yang terus-terusan dapat itu boleh juga lah.
Cuma kuruslah sedikit. Terima kasih.
Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Yang
Berhormat Jerlun, terima kasih. Saya ingin sentuh tentang penyelidikan ataupun research
yang telah dibuat ke daun ketum ini. Tahap mana pihak kerajaan ataupun agensi telah
membuat penyelidikan secara saintifik, secara baik dan buruknya. Yang itu hendak tahu
dan adakah kajian ini akan terhenti sekiranya ketum ini diharamkan kerana kita mahu pihak
kerajaan meneruskan research dalam kita mengkaji kebaikan yang ada dalam pokok-pokok
ataupun hasil bumi ada di Malaysia ini. Sebagai contohnya dulu disebutkan tentang pokok
bitangor. Famili kepada manggis yang boleh dikatakan mengubat AIDS dan HIV. Adakah
penyelidikan itu diteruskan lagi. Jadi saya mohon pandangan dan juga saranan daripada
pihak Yang Berhormat Jerlun supaya kita bersama-sama dapat meneruskan penyelidikan,
research atas kebaikan dan juga keburukan secara saintifik oleh pihak kerajaan dan juga
agensi-agensi kerajaan.
Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Pertama yang Yang Berhormat Kuala Kedah,
saya tidak adalah, saya tidak pasti katanya bila minum ketum ini tidak nampak banyak
orang mati. Kemudian withdrawal symptom pun tidak berapa jelas tapi yang jelasnya anak-
anak muda berkeliaran menunggu di simpang-simpang. Tidak kiralah mungkin tidak di
Kuala Kedah tapi saya rasa di Kuala Kedah tidak terasing dengan pandangan-pandangan
seumpama ini. Jadi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Kangsar tadi...
Dato' Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa]: Yang Berhormat Jerlun.
Setiawangsa.
| Jadi apatah lagi kalau tidak ada langsung akta yang membendung, yang mencegah maka sudah tentu dia akan menjadi di luar kawalan dan sudah rosak. Hari ini kesannya, kesan yang kita sedih sangat ini dia sudah menular kepada anak-anak sekolah. Laporan saya baru ini pergi PIBG di Sekolah Matang Berulai, di sekolah dilaporkan kehadiran murid sudah menurun. Kemudian guru-guru ini dia kan KPI dia hendak kena, hari ini KPI guru memastikan kehadiran murid lebih daripada 96% tapi bila murid-murid ini sudah mula terjebak dengan perkara-perkara ini, kehadiran sudah mula menurun sampai 60%- 70%. Jadi ini antaranya dan ada juga laporan yang mengatakan ini to be confirmed by authorities yang saya dengar ada orang yang terlibat ini juga guru. Guru yang terlibat dengan daun ketum, makan minum, makan minum sampai akhirnya dia meninggal. Kemudian dibuat post mortem, dibelah dadanya. Katanya di paru-parunya itu terdapat liputan getah-getah ketum. Jadi yang ini saya tidak tahulah. Ini saintifik tapi yang penting ialah kesannya kita boleh nampak bahawa ia berat dan bermasalah. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Boleh mencelah sikit. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Kuala Kedah dan Yang Berhormat Kuala Kangsar. Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Sila-sila. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang mana satu. Sila Yang Berhormat Kuala Kedah. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya hendak sebut sedikit kerana Yang Berhormat Jerlun menyebut tentang side effect ketum, kesan sampingan dan saya 20 tahun lebih pengamal perubatan di Kuala Kedah, kawasan asal permulaan ketum disalah gunakan secara meluas dan dikatakan orang yang mula-mula menyalahgunakan itu pun hidup sampai 100 tahun lebih. Disebut oranglah. Cuma saya hendak sebut bahawa ketum tidak mempunyai kesan sampingan sampai bawa maut. Kesan sampingannya minima dan kesan withdrawal, kesan bila dia meninggalkan ketum juga sangat minimum. Boleh diselesaikan dengan mudah. Tidak seperti heroin, tidak seperti morfina dan ramai penagih dadah heroin dan morfina yang dalam follow up saya memang dapat meninggalkan heroin dan morfin dengan mengambil ketum dan tidak ada kes kematian kerana ketum, tidak ada. Cuma ketagihan dan withdrawl kerana tidak ada duit hendak beli, tidak ada bekalan maka malas bekerja itu adalah. Kalau yang terus-terusan dapat itu boleh juga lah. Cuma kuruslah sedikit. Terima kasih. Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Yang Berhormat Jerlun, terima kasih. Saya ingin sentuh tentang penyelidikan ataupun research yang telah dibuat ke daun ketum ini. Tahap mana pihak kerajaan ataupun agensi telah membuat penyelidikan secara saintifik, secara baik dan buruknya. Yang itu hendak tahu dan adakah kajian ini akan terhenti sekiranya ketum ini diharamkan kerana kita mahu pihak kerajaan meneruskan research dalam kita mengkaji kebaikan yang ada dalam pokok-pokok ataupun hasil bumi ada di Malaysia ini. Sebagai contohnya dulu disebutkan tentang pokok bitangor. Famili kepada manggis yang boleh dikatakan mengubat AIDS dan HIV. Adakah penyelidikan itu diteruskan lagi. Jadi saya mohon pandangan dan juga saranan daripada pihak Yang Berhormat Jerlun supaya kita bersama-sama dapat meneruskan penyelidikan, research atas kebaikan dan juga keburukan secara saintifik oleh pihak kerajaan dan juga agensi-agensi kerajaan. Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Pertama yang Yang Berhormat Kuala Kedah, saya tidak adalah, saya tidak pasti katanya bila minum ketum ini tidak nampak banyak orang mati. Kemudian withdrawal symptom pun tidak berapa jelas tapi yang jelasnya anak- anak muda berkeliaran menunggu di simpang-simpang. Tidak kiralah mungkin tidak di Kuala Kedah tapi saya rasa di Kuala Kedah tidak terasing dengan pandangan-pandangan seumpama ini. Jadi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Kangsar tadi... Dato' Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa]: Yang Berhormat Jerlun. Setiawangsa. | 40 | 52 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 41
Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: ...Jadikan sebahagian daripada ucapan saya
sebab minta kementerian kaji secara ini. Saya ingat kajian-kajian ini sudah dibuat sudah,
proven and all that cuma mungkin Yang Berhormat Menteri boleh jawab satgi. Terima kasih.
Sila.
Dato' Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa]: Yang Berhormat Jerlun, Hovid Berhad
ialah salah sebuah syarikat farmaseutikal yang agak besar di Malaysia ini. Mereka akan
mengkomersialkan ketum dan akan dilancarkan di Hong Kong. Saya hendak tanya adakah
kerajaan tahu bahawa Hovid Berhad ini telah melakukan research ketum ini yang mana
akhirnya akan dikomersialkan ataupun pihak kerajaan tidak tahu mengenai perkara ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya.
Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Masukkan juga sebahagian ucapan sebab itu
persoalan yang saya kira betul. Saya melihat bahawa sama dibuat kapsul ketum dan juga
kapsul tongkat ali sekiranya paras atau hadnya tidak berlebihan dan tidak mendatangkan
kemudaratan. Saya yakin kalau kata penyelidikan perubatan yang dibuat ini kalau
digunakan dengan formula yang tertentu yang tidak memudaratkan orang, tentunya ia akan
boleh dikomersialkan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya.
Lekas, pukul satu ini.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Kita ada bertentangan ini. Kalau
undang-undang ini diluluskan, semua segala usaha ini akan dihentikan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang
Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Kerana tidak akan lah kita
komersial heroin, kita hendak komersialkan bahan-bahan yang hendak disenaraikan dalam
Akta Dadah Berbahaya. Saya agak kita harus faham implikasi kita luluskan undang-undang
ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang
Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya pun dok terfikirlah. Kalau hendak fikir benda yang kalau disalah guna, mendatangkan
mudarat maka oleh sebab itu kita kena haramkan, yang gam itu, glue itu pun menjadi satu
masalah. Orang dok hidu pun boleh jadi sebagai dadah. Lalu kita kena bezakan di antara
benda yang pada asalnya tidak ada masalah dan perkara yang soal penyalahgunaan dan
saya melihat mungkin persoalan ini persoalan kawalan ya. Mana tempat-tempat ataupun
ladang-ladang ketum ini dia kena mungkin dia jadikan sebagai kawasan kawalan macam
bonded area ke apa. Lalu hasil daripada itu, jualan itu kena pergi kepada syarikat-syarikat
farmaseutikal dan sebagainya dan bukan soal pengharaman yang menyeluruh yang
sebegitu rupa yang mungkin akan menimbulkan masalah-masalah yang lain. Apa
pandangan?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya Yang
Berhormat Jerlun, kita sudah pukul satu, hendak sambung atau menggulung.
Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Saya hendak habis sudah Tuan Yang di-Pertua.
Saya setuju dengan Yang Berhormat Shah Alam.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sudah
pukul 1 ini.
Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Okey, kita tangguhkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sambung
ya. Yang Berhormat Jerlun hendak sambung atau hendak...
| Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: ...Jadikan sebahagian daripada ucapan saya sebab minta kementerian kaji secara ini. Saya ingat kajian-kajian ini sudah dibuat sudah, proven and all that cuma mungkin Yang Berhormat Menteri boleh jawab satgi. Terima kasih. Sila. Dato' Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa]: Yang Berhormat Jerlun, Hovid Berhad ialah salah sebuah syarikat farmaseutikal yang agak besar di Malaysia ini. Mereka akan mengkomersialkan ketum dan akan dilancarkan di Hong Kong. Saya hendak tanya adakah kerajaan tahu bahawa Hovid Berhad ini telah melakukan research ketum ini yang mana akhirnya akan dikomersialkan ataupun pihak kerajaan tidak tahu mengenai perkara ini. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya. Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Masukkan juga sebahagian ucapan sebab itu persoalan yang saya kira betul. Saya melihat bahawa sama dibuat kapsul ketum dan juga kapsul tongkat ali sekiranya paras atau hadnya tidak berlebihan dan tidak mendatangkan kemudaratan. Saya yakin kalau kata penyelidikan perubatan yang dibuat ini kalau digunakan dengan formula yang tertentu yang tidak memudaratkan orang, tentunya ia akan boleh dikomersialkan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya. Lekas, pukul satu ini. Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Kita ada bertentangan ini. Kalau undang-undang ini diluluskan, semua segala usaha ini akan dihentikan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Batu. Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Kerana tidak akan lah kita komersial heroin, kita hendak komersialkan bahan-bahan yang hendak disenaraikan dalam Akta Dadah Berbahaya. Saya agak kita harus faham implikasi kita luluskan undang-undang ini. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Shah Alam. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pun dok terfikirlah. Kalau hendak fikir benda yang kalau disalah guna, mendatangkan mudarat maka oleh sebab itu kita kena haramkan, yang gam itu, glue itu pun menjadi satu masalah. Orang dok hidu pun boleh jadi sebagai dadah. Lalu kita kena bezakan di antara benda yang pada asalnya tidak ada masalah dan perkara yang soal penyalahgunaan dan saya melihat mungkin persoalan ini persoalan kawalan ya. Mana tempat-tempat ataupun ladang-ladang ketum ini dia kena mungkin dia jadikan sebagai kawasan kawalan macam bonded area ke apa. Lalu hasil daripada itu, jualan itu kena pergi kepada syarikat-syarikat farmaseutikal dan sebagainya dan bukan soal pengharaman yang menyeluruh yang sebegitu rupa yang mungkin akan menimbulkan masalah-masalah yang lain. Apa pandangan?. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya Yang Berhormat Jerlun, kita sudah pukul satu, hendak sambung atau menggulung. Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Saya hendak habis sudah Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju dengan Yang Berhormat Shah Alam. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sudah pukul 1 ini. Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Okey, kita tangguhkan. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sambung ya. Yang Berhormat Jerlun hendak sambung atau hendak... | 41 | 53 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
42 DR.1.4.2015
Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Sambung sikit saja.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sambung
sikit ya. Baiklah Yang Berhormat, kita tangguhkan persidangan kita sehingga jam 2.30
petang dan Yang Berhormat Jerlun lima minit lagi ya.
[Dewan ditanggguhkan pada pukul 1.01 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat
Jerlun.
2.32 ptg
Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya
mohon izin untuk meneruskan sedikit lagi perbahasan berkaitan dengan tajuk ini. Tadi ada
ditimbulkan sedikit konflik antara contohnya ada orang cuba membuat kajian untuk
membuat kapsul dan akan dilancarkan dan sebagainya. Mungkin dari segi ini kerajaan
perlu melihat untuk melesenkan ladang-ladang berkaitan khusus untuk tujuan tersebut.
Seterusnya, akhir sekali Tuan Yang di-Pertua selain daripada akta ini yang lebih
daripada berbentuk menghalang dan juga mungkin menghukum kita perlu menekankan
juga kerja-kerja berkaitan dengan pendidikan dan pembelajaran. Kita perlu seperti yang
disebutkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan sebelum ini iaitu usaha sama antara
pelbagai kementerian dan agensi dalam bentuk NBOS. Sekolah-sekolah perlu diberikan
penekanan lagi.
Kemudian, sudah tentulah pihak polis perlu untuk memberi maklumat dan taklimat,
AADK, imam-imam dan juga sudah tentu JAKIM dan juga majlis atau pun Jabatan Agama
Negeri-negeri, penghulu-penghulu dan juga JKKK, kemudian NGO termasuklah PEMADAM
dan juga fokus kepada Jabatan Belia dan Sukan melalui persatuan-persatuan belia.
Seterusnya, diperbanyakkan mungkin billboard, posters dan juga leaflet dan perlu dibuat
maklumat dan juga taklimat kesedaran dan sebagainya dalam apa juga program-program
yang melibatkan orang ramai. Jadi, saya kira selain daripada usaha-usaha yang dibuat
melalui peruntukan akta yang dibentangkan ini, maka pembelajaran dan juga educational ini
amat penting untuk memberi kesedaran kepada rakyat. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-
Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat
Sungai Siput.
2.34 ptg
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua memberikan saya ruang berbahas Akta Dadah Berbahaya ini. Saya rasa pindaan
yang dibawa ini tidak begitu bagus kerana saya rasa kita kena tengok. Sudah sampai
masanya kita kena kaji balik pendekatan kita kepada penagih-penagih dadah.
Kaedah sekarang kita pakai ialah untuk tangkap, kita hukum mereka, tahan dalam
penjara, kita punish mereka. Saya sendiri sudah nampak macam mana kaedah ini
menjejaskan usaha mereka untuk memulihkan diri dan juga menyusahkan keluarga-
keluarga mereka. Kita tidak boleh tafsirkan semua penagih dadah, semua orang yang
ambil dadah sebagai failure, sebagai useless, tidak berguna kepada masyarakat.
Ada sebahagian daripada penagih yang sedang cuba untuk memulihkan diri, yang
sedang cuba menjadi satu bapa ataupun satu suami yang bertanggungjawab. Mereka
keluar kerja, mereka cari pendapatan, mereka cuba jaga keluarga mereka walaupun
mereka masih ambil dadah, sekali sekala mereka ambil dadah. Akan tetapi bila kita pakai
| Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Sambung sikit saja. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sambung sikit ya. Baiklah Yang Berhormat, kita tangguhkan persidangan kita sehingga jam 2.30 petang dan Yang Berhormat Jerlun lima minit lagi ya. [Dewan ditanggguhkan pada pukul 1.01 petang] [Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Jerlun. 2.32 ptg Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon izin untuk meneruskan sedikit lagi perbahasan berkaitan dengan tajuk ini. Tadi ada ditimbulkan sedikit konflik antara contohnya ada orang cuba membuat kajian untuk membuat kapsul dan akan dilancarkan dan sebagainya. Mungkin dari segi ini kerajaan perlu melihat untuk melesenkan ladang-ladang berkaitan khusus untuk tujuan tersebut. Seterusnya, akhir sekali Tuan Yang di-Pertua selain daripada akta ini yang lebih daripada berbentuk menghalang dan juga mungkin menghukum kita perlu menekankan juga kerja-kerja berkaitan dengan pendidikan dan pembelajaran. Kita perlu seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan sebelum ini iaitu usaha sama antara pelbagai kementerian dan agensi dalam bentuk NBOS. Sekolah-sekolah perlu diberikan penekanan lagi. Kemudian, sudah tentulah pihak polis perlu untuk memberi maklumat dan taklimat, AADK, imam-imam dan juga sudah tentu JAKIM dan juga majlis atau pun Jabatan Agama Negeri-negeri, penghulu-penghulu dan juga JKKK, kemudian NGO termasuklah PEMADAM dan juga fokus kepada Jabatan Belia dan Sukan melalui persatuan-persatuan belia. Seterusnya, diperbanyakkan mungkin billboard, posters dan juga leaflet dan perlu dibuat maklumat dan juga taklimat kesedaran dan sebagainya dalam apa juga program-program yang melibatkan orang ramai. Jadi, saya kira selain daripada usaha-usaha yang dibuat melalui peruntukan akta yang dibentangkan ini, maka pembelajaran dan juga educational ini amat penting untuk memberi kesedaran kepada rakyat. Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sungai Siput. 2.34 ptg Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua memberikan saya ruang berbahas Akta Dadah Berbahaya ini. Saya rasa pindaan yang dibawa ini tidak begitu bagus kerana saya rasa kita kena tengok. Sudah sampai masanya kita kena kaji balik pendekatan kita kepada penagih-penagih dadah. Kaedah sekarang kita pakai ialah untuk tangkap, kita hukum mereka, tahan dalam penjara, kita punish mereka. Saya sendiri sudah nampak macam mana kaedah ini menjejaskan usaha mereka untuk memulihkan diri dan juga menyusahkan keluarga- keluarga mereka. Kita tidak boleh tafsirkan semua penagih dadah, semua orang yang ambil dadah sebagai failure, sebagai useless, tidak berguna kepada masyarakat. Ada sebahagian daripada penagih yang sedang cuba untuk memulihkan diri, yang sedang cuba menjadi satu bapa ataupun satu suami yang bertanggungjawab. Mereka keluar kerja, mereka cari pendapatan, mereka cuba jaga keluarga mereka walaupun mereka masih ambil dadah, sekali sekala mereka ambil dadah. Akan tetapi bila kita pakai. | 42 | 54 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 43
kaedah punishment, kita tangkap mereka, kita sudah disrupt dia punya life. Dia kehilangan
kerja, majikan mereka fed up dengan mereka, dia tidak dapat kerja. Mereka tidak boleh cari
makan untuk keluarga mereka. Akhirnya isteri dia fed up dengan mereka, mungkin walkout
daripada mereka.
So, bila kita buat macam ini, bila mereka selalu ditangkap, ditahan, direman, kerja
hilang, kita kecewakan keluarga mereka dan kita pun gagalkan usaha mereka untuk turn a
new leaf, untuk memulihkan diri. Bila mereka sudah digagalkan, hilang kerja, hilang
keluarga, family pun fed up dengan mereka, apa lagi insentif mereka untuk memulihkan diri.
So, saya rasa kaedah ini kena kajilah. Kita mesti tengok mahukah kita terus mengiktiraf
pengambilan dadah sebagai jenayah. Do you want to criminalize drug taking ataupun itu
satu kelemahan ataupun kesakitan, masalah health. Saya rasa kita boleh menjenayahkan,
criminalize pengedaran dadah because orang yang mengedarkan dadah, jual pada orang
lain atau pun dia mencuri untuk membeli dadah. Itu semua adalah jenayah, kita boleh
hukum ataupun dia bawa kenderaan bila di dalam keadaan mabuk dadah itu. Itu kita boleh
jadikan jenayah tetapi pengambilan sahaja di rumah mereka sendiri saya rasa itu kita harus
tafsi lain macam.
Jika tidak, mereka perlu kaunseling, mereka perlu usaha-usaha untuk memulihkan
mereka. Bukan untuk dihukum, bukan untuk disimpan dalam penjara, bukan untuk
menggagalkan usaha mereka untuk memulihkan diri.
So, saya rasa pindaan yang dicadangkan ini kita mahu lagi memperluaskan
bahan-bahan yang boleh dikenakan semua syarat-syarat di dalam DDA ini. Saya rasa ini
akan menyusahkan ramai lagi orang. Di kawasan saya pun saya tahu ada ramai orang
yang ambil tetapi mereka masih kerja, mereka masih belajar. Saya ingat kita kena cari
kaedah yang tidak heavy handed macam ini. Saya haraplah Kementerian Dalam Negeri
dengan Kementerian Kesihatan akan kaji balik pendekatan kita. What‘s our approach dan
saya haraplah kita boleh decriminalize pengambilan dadah. Lain dengan pengedaran, buat
business dengan dadah semua jenayah tetapi ini pengambilan sahaja saya rasa kita harus
decriminalize dan cari kaedah yang lain untuk memulihkan mereka. So, oleh itu saya tidak
dapat menyokong pindaan ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat
Kuala Kedah.
2.38 ptg
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana
memberikan peluang untuk saya bercakap satu topik yang agak dekat dengan hati saya
kerana di kawasan Kuala Kedah ialah kawasan yang banyak terkena penagihan dadah dan
antara kawasan yang paling awal dan paling ramai penagih ketum. Ini satu masalah yang
besar yang saya rasa pendekatan kita ambil itu tidak begitu tepat dengan mengenakan
hukuman yang sangat berat.
Akan tetapi sebelum saya pergi lebih lanjut saya perlu mengakui bahawa memang
kita ada masalah yang besar tentang penagihan dadah dan penagihan ketum juga.
Memang betul ada anak-anak di sekolah tidak dapat pergi sekolah dan ada penagihan di
peringkat awal walaupun saya rasa boleh kita tangani dengan langkah yang lebih
bersungguh-sungguh. Yang perlu ialah penguatkuasaan policing dengan izin dan juga di
sekolah itu perlu ada pemerhatian yang khusus, kesungguhan yang khusus boleh kita atasi.
Saya tidak merasakan wajar langkah mengenakan hukuman yang berat sehingga
membawa seumur hidup penjara, malahan berisiko dihukum gantung, dihukum sebat.
Terutamanya kerana adanya perbezaan besar antara ketum dengan heroin dan morphine
dan lain-lain lagi.
■1440
| kaedah punishment, kita tangkap mereka, kita sudah disrupt dia punya life. Dia kehilangan kerja, majikan mereka fed up dengan mereka, dia tidak dapat kerja. Mereka tidak boleh cari makan untuk keluarga mereka. Akhirnya isteri dia fed up dengan mereka, mungkin walkout daripada mereka. So, bila kita buat macam ini, bila mereka selalu ditangkap, ditahan, direman, kerja hilang, kita kecewakan keluarga mereka dan kita pun gagalkan usaha mereka untuk turn a new leaf, untuk memulihkan diri. Bila mereka sudah digagalkan, hilang kerja, hilang keluarga, family pun fed up dengan mereka, apa lagi insentif mereka untuk memulihkan diri. So, saya rasa kaedah ini kena kajilah. Kita mesti tengok mahukah kita terus mengiktiraf pengambilan dadah sebagai jenayah. Do you want to criminalize drug taking ataupun itu satu kelemahan ataupun kesakitan, masalah health. Saya rasa kita boleh menjenayahkan, criminalize pengedaran dadah because orang yang mengedarkan dadah, jual pada orang lain atau pun dia mencuri untuk membeli dadah. Itu semua adalah jenayah, kita boleh hukum ataupun dia bawa kenderaan bila di dalam keadaan mabuk dadah itu. Itu kita boleh jadikan jenayah tetapi pengambilan sahaja di rumah mereka sendiri saya rasa itu kita harus tafsi lain macam. Jika tidak, mereka perlu kaunseling, mereka perlu usaha-usaha untuk memulihkan mereka. Bukan untuk dihukum, bukan untuk disimpan dalam penjara, bukan untuk menggagalkan usaha mereka untuk memulihkan diri. So, saya rasa pindaan yang dicadangkan ini kita mahu lagi memperluaskan bahan-bahan yang boleh dikenakan semua syarat-syarat di dalam DDA ini. Saya rasa ini akan menyusahkan ramai lagi orang. Di kawasan saya pun saya tahu ada ramai orang yang ambil tetapi mereka masih kerja, mereka masih belajar. Saya ingat kita kena cari kaedah yang tidak heavy handed macam ini. Saya haraplah Kementerian Dalam Negeri dengan Kementerian Kesihatan akan kaji balik pendekatan kita. What's our approach dan saya haraplah kita boleh decriminalize pengambilan dadah. Lain dengan pengedaran, buat business dengan dadah semua jenayah tetapi ini pengambilan sahaja saya rasa kita harus decriminalize dan cari kaedah yang lain untuk memulihkan mereka. So, oleh itu saya tidak dapat menyokong pindaan ini. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kuala Kedah. 2.38 ptg Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang untuk saya bercakap satu topik yang agak dekat dengan hati saya kerana di kawasan Kuala Kedah ialah kawasan yang banyak terkena penagihan dadah dan antara kawasan yang paling awal dan paling ramai penagih ketum. Ini satu masalah yang besar yang saya rasa pendekatan kita ambil itu tidak begitu tepat dengan mengenakan hukuman yang sangat berat. Akan tetapi sebelum saya pergi lebih lanjut saya perlu mengakui bahawa memang kita ada masalah yang besar tentang penagihan dadah dan penagihan ketum juga. Memang betul ada anak-anak di sekolah tidak dapat pergi sekolah dan ada penagihan di peringkat awal walaupun saya rasa boleh kita tangani dengan langkah yang lebih bersungguh-sungguh. Yang perlu ialah penguatkuasaan policing dengan izin dan juga di sekolah itu perlu ada pemerhatian yang khusus, kesungguhan yang khusus boleh kita atasi. Saya tidak merasakan wajar langkah mengenakan hukuman yang berat sehingga membawa seumur hidup penjara, malahan berisiko dihukum gantung, dihukum sebat. Terutamanya kerana adanya perbezaan besar antara ketum dengan heroin dan morphine dan lain-lain lagi. #1440. | 43 | 55 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
44 DR.1.4.2015
Pertamanya, ketum ialah tumbuhan asal dan kalau kita mengatakan sebatang
pokok tumbuh pun kena, kita akan ada masalah di kawasan-kawasan luar bandar.
Sesetengahnya, orang tua-tua yang sudah pencen, yang tidak pernah kenal pokok ketum,
kampungnya pun semak, tidak pernah ditebas dan dibersihkan. Pokok ketum tumbuh, kalau
tertangkap, maka akan ada perbicaraan yang berlarutan yang menganiaya orang tadi
kerana tidak perlu dia menanam, memang ada tumbuh. Memang ketum ini senang
membiak di Kedah, memang ada Alor Biak dan Biak itu nama tempat-tempat yang disebut
memang ada tumbuhan asal. Itu satu.
Keduanya, tadi ada disebutkan bahawa ketum sebagai dalam pengubatan
tradisional, digunakan dalam perubatan tradisional, itu memang betul. Walaupun tidak ada
kajian-kajian yang cukup mantap tetapi ada yang berbentuk anecdotal, dengan izin,
kejayaan menggunakan ketum, terutamanya pada dua aspek perubatan. Satu, dalam
mengendalikan pesakit yang kronik, in managing chronic pain, dengan izin. Sakit saraf
terutamanya, sangat teruk, sangat hebat, sangat menderita orang yang sakit saraf. Siapa
yang pernah kena prolapse intervertebral disc, siapa yang pernah kena sciatica,
fibromyalgia akan tahu bagaimana seksanya sakit.
Ubat-ubat penyakit saraf Tuan Yang di-Pertua, juga sangat memabukkan. Ada
ramai pesakit yang kali pertama diberi ubat pregabalin umpamanya, ubat yang terbaik,
antara yang terbaik. Sebiji sampai RM7 atau RM8, sehari kadang-kadang sampai RM20
belanja, tidak buka mata satu hari tetapi terpaksa ambil kerana tidak tahan sakit. Ubatnya
begitu. Ambil ketum, hilang sakit tadi. Itu bukan lagi satu yang direka-reka. Ketum jauh lebih
murah serta tidak menyebabkan kesan sampingan yang begitu.
Adalah tidak betul mengatakan tidak ada kajian. Ada kajian, cumanya kerana
ketum tidak tumbuh di Amerika. Jadi, kajiannya tidak begitu mantap, tidak begitu meluas.
Akan tetapi begitu pun telah digunakan secara anecdotal apabila kita check dalam
beberapa jurnal untuk menghilangkan chronic pain dan berkesan. Sekarang ini
management of chronic pain kita tidak berkesan. Itu yang cuba dibuat oleh Hovid
Pharmacy. Selain itu, ada...
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat
Titiwangsa bangun Yang Berhormat.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Ya, silakan.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Yang Berhormat Kuala Kedah, saya
agak tertarik dengan argument Yang Berhormat Kuala Kedah ini. Jadi, adakah perlu
kerajaan melihat semula sama ada ketum ini kalau benar ia memberi manfaat daripada segi
perubatan tradisional ataupun bahan mentah perubatan yang digunakan oleh syarikat-
syarikat yang besar dalam menggunakan ketum sebagai tumbuhan semula jadi ini.
Adakah perlu kita instead of kita ambil jalan mudah dengan membuat akta ini,
adakah kita perlu melesenkan untuk menghalang salah guna. Apabila kita melesenkan s
eseorang itu, maka mereka ini bertanggungjawab daripada segi memberitahu
kepada kerajaan di mana dijual? Ataupun apakah tumbuhan ini diguna pakai untuk apa?
Apa pendapat Yang Berhormat Kuala Kedah.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Terima kasih kepada Yang Berhormat
Titiwangsa. Itu satu komen yang baik dan saya juga berpandangan sedemikian kerana
ketum ada potensi pada masa depan. Chronic pain tadi yang saya sebut, saya jelaskan.
Chronic pain adalah satu keadaan yang sangat sukar dirawat dalam general practice juga di
hospital. Ramai orang gagal merawat kerana tidak dilihat tetapi dengan ketum, saya pernah
melihat pesakit yang sembuh. Apabila saya check balik di internet ada anecdotal evidence.
Itu satu potensi.
Keduanya, saya akan sampai ke situ. Keduanya juga, ketum digunakan oleh orang
ramai di luar sana tanpa supervision doktor untuk menghilangkan ketagihan heroin dan
morfin. Ini pengalaman pertama saya sebagai pengamal perubatan swasta tahun 1992
dahulu. Sebelum itu saya bekerja dengan kerajaan. Saya lihat penagih-penagih heroin dan
morfin tiba-tiba datang dan dapat berhenti, dapat pergi kerja. Masa itu belum ada lagi yang
| Pertamanya, ketum ialah tumbuhan asal dan kalau kita mengatakan sebatang pokok tumbuh pun kena, kita akan ada masalah di kawasan-kawasan luar bandar. Sesetengahnya, orang tua-tua yang sudah pencen, yang tidak pernah kenal pokok ketum, kampungnya pun semak, tidak pernah ditebas dan dibersihkan. Pokok ketum tumbuh, kalau tertangkap, maka akan ada perbicaraan yang berlarutan yang menganiaya orang tadi kerana tidak perlu dia menanam, memang ada tumbuh. Memang ketum ini senang membiak di Kedah, memang ada Alor Biak dan Biak itu nama tempat-tempat yang disebut memang ada tumbuhan asal. Itu satu. Keduanya, tadi ada disebutkan bahawa ketum sebagai dalam pengubatan tradisional, digunakan dalam perubatan tradisional, itu memang betul. Walaupun tidak ada kajian-kajian yang cukup mantap tetapi ada yang berbentuk anecdotal, dengan izin, kejayaan menggunakan ketum, terutamanya pada dua aspek perubatan. Satu, dalam mengendalikan pesakit yang kronik, in managing chronic pain, dengan izin. Sakit saraf terutamanya, sangat teruk, sangat hebat, sangat menderita orang yang sakit saraf. Siapa yang pernah kena prolapse intervertebral disc, siapa yang pernah kena sciatica, fibromyalgia akan tahu bagaimana seksanya sakit. Ubat-ubat penyakit saraf Tuan Yang di-Pertua, juga sangat memabukkan. Ada ramai pesakit yang kali pertama diberi ubat pregabalin umpamanya, ubat yang terbaik, antara yang terbaik. Sebiji sampai RM7 atau RM8, sehari kadang-kadang sampai RM20 belanja, tidak buka mata satu hari tetapi terpaksa ambil kerana tidak tahan sakit. Ubatnya begitu. Ambil ketum, hilang sakit tadi. Itu bukan lagi satu yang direka-reka. Ketum jauh lebih murah serta tidak menyebabkan kesan sampingan yang begitu. Adalah tidak betul mengatakan tidak ada kajian. Ada kajian, cumanya kerana ketum tidak tumbuh di Amerika. Jadi, kajiannya tidak begitu mantap, tidak begitu meluas. Akan tetapi begitu pun telah digunakan secara anecdotal apabila kita check dalam beberapa jurnal untuk menghilangkan chronic pain dan berkesan. Sekarang ini management of chronic pain kita tidak berkesan. Itu yang cuba dibuat oleh Hovid Pharmacy. Selain itu, ada... Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Titiwangsa bangun Yang Berhormat. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Ya, silakan. Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Yang Berhormat Kuala Kedah, saya agak tertarik dengan argument Yang Berhormat Kuala Kedah ini. Jadi, adakah perlu kerajaan melihat semula sama ada ketum ini kalau benar ia memberi manfaat daripada segi perubatan tradisional ataupun bahan mentah perubatan yang digunakan oleh syarikat- syarikat yang besar dalam menggunakan ketum sebagai tumbuhan semula jadi ini. Adakah perlu kita instead of kita ambil jalan mudah dengan membuat akta ini, adakah kita perlu melesenkan untuk menghalang salah guna. Apabila kita melesenkan s. eseorang itu, maka mereka ini bertanggungjawab daripada segi memberitahu kepada kerajaan di mana dijual? Ataupun apakah tumbuhan ini diguna pakai untuk apa? Apa pendapat Yang Berhormat Kuala Kedah. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Titiwangsa. Itu satu komen yang baik dan saya juga berpandangan sedemikian kerana ketum ada potensi pada masa depan. Chronic pain tadi yang saya sebut, saya jelaskan. Chronic pain adalah satu keadaan yang sangat sukar dirawat dalam general practice juga di hospital. Ramai orang gagal merawat kerana tidak dilihat tetapi dengan ketum, saya pernah melihat pesakit yang sembuh. Apabila saya check balik di internet ada anecdotal evidence. Itu satu potensi. Keduanya, saya akan sampai ke situ. Keduanya juga, ketum digunakan oleh orang ramai di luar sana tanpa supervision doktor untuk menghilangkan ketagihan heroin dan morfin. Ini pengalaman pertama saya sebagai pengamal perubatan swasta tahun 1992 dahulu. Sebelum itu saya bekerja dengan kerajaan. Saya lihat penagih-penagih heroin dan morfin tiba-tiba datang dan dapat berhenti, dapat pergi kerja. Masa itu belum ada lagi yang. | 44 | 56 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 45
disebut substitution therapy, terapi penggantian dengan buprenorphine dan methadone.
Mereka rawat sendiri dan dapat pergi kerja, dapat menyara keluarga.
Apabila saya tanya, sekejap. Sedikit sahaja. Saya tanya bagaimana? Oleh sebab
ada ketum. Akan tetapi betullah, mereka juga macam yang disebut oleh Yang Berhormat
Menteri Kesihatan tadi, akhirnya mereka ketagihan ketum. Walaupun begitu, mengambil
buprenorphine dan subutex yang sekarang digunakan dan mengambil methadone juga
ketagih. Cuma bezanya Tuan Yang di-Pertua, sebiji buprenorphine beberapa tahun lepas
RM48. Sehari ada yang kena ambil dua biji dan kesannya lebih kurang sama dengan
mengambil ketum. Mengambil ketum dapat juga mengawal ketagihan tadi.
Jadi maksudnya, ada potensi, itu maksud saya. Menjawab soalan saudara saya
Yang Berhormat Titiwangsa, saya rasa kita jangan terus memasukkan di bawah DDA dan
menghukum dengan begitu keras. Kita buat kawalan. Kalau anak-anak sekolah berlaku
penyalahgunaan- something is wrong at the school. Kita buat suatu pengawalan dan juga
keraskan lagi denda, misalnya di Thailand. Di Thailand, sehelai daun THB60, RM6.
Kenapakah kita tidak buat undang-undang begitu? Itu juga menggerunkan orang di
Thailand untuk menanam ketum, tidak lagi jadi komersial, tidak lagi jadi menguntungkan.
Saya teringat masa di Turki, pernah sekali sampai ke tempat asal opium. Tempat
itu pun bernama opiod lebih kurang, begitu nampaknya. Saya diberitahu, di situ Kerajaan
Turki membenarkan opium ditanam, pokok kopi, cumanya sangat strict. Ada cropper, ada
pengawasan. Sesiapa yang melanggar, terus tarik lesen, terus didenda, begitu. Oleh sebab
ia tumbuhan asal... Ya, silakan.
Beberapa Ahli: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat
Jerantut.
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Hendak bagi yang
mana Yang Berhormat?
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Yang Berhormat Langkawi.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat
Langkawi dahulu.
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Jerantut dahulu.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Yang Berhormat Padang Besar, sorry.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar]: Padang Besar?
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Yang Berhormat Padang Besar dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat
Padang Besar.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar]: Pasal ketum ini sebab apa
Tuan Yang di-Pertua, sebab disebut biak tadi memang di Padang Besar itu ada kampung
Lembah Biak, memang banyak biak dan ia ditanam di merata-rata dan tumbuh dengan liar.
Jadi, apabila kita lihat nilai-nilai perubatan, saya setuju dengan Yang Berhormat
Kuala Kedah tadi. Ini kerana semalam pun saya ada dapat telefon dari seorang pegawai
tinggi kerajaan, dia beritahu bahawa kadang-kadang dia bawa kereta mengantuk, dia
makan daun untuk tahan mengantuk. Jadi, kita lihat di sini nilai-nilai perubatannya adalah
banyak.
| disebut substitution therapy, terapi penggantian dengan buprenorphine dan methadone. Mereka rawat sendiri dan dapat pergi kerja, dapat menyara keluarga. Apabila saya tanya, sekejap. Sedikit sahaja. Saya tanya bagaimana? Oleh sebab ada ketum. Akan tetapi betullah, mereka juga macam yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan tadi, akhirnya mereka ketagihan ketum. Walaupun begitu, mengambil buprenorphine dan subutex yang sekarang digunakan dan mengambil methadone juga ketagih. Cuma bezanya Tuan Yang di-Pertua, sebiji buprenorphine beberapa tahun lepas RM48. Sehari ada yang kena ambil dua biji dan kesannya lebih kurang sama dengan mengambil ketum. Mengambil ketum dapat juga mengawal ketagihan tadi. Jadi maksudnya, ada potensi, itu maksud saya. Menjawab soalan saudara saya Yang Berhormat Titiwangsa, saya rasa kita jangan terus memasukkan di bawah DDA dan menghukum dengan begitu keras. Kita buat kawalan. Kalau anak-anak sekolah berlaku penyalahgunaan- something is wrong at the school. Kita buat suatu pengawalan dan juga keraskan lagi denda, misalnya di Thailand. Di Thailand, sehelai daun THB60, RM6. Kenapakah kita tidak buat undang-undang begitu? Itu juga menggerunkan orang di Thailand untuk menanam ketum, tidak lagi jadi komersial, tidak lagi jadi menguntungkan. Saya teringat masa di Turki, pernah sekali sampai ke tempat asal opium. Tempat itu pun bernama opiod lebih kurang, begitu nampaknya. Saya diberitahu, di situ Kerajaan Turki membenarkan opium ditanam, pokok kopi, cumanya sangat strict. Ada cropper, ada pengawasan. Sesiapa yang melanggar, terus tarik lesen, terus didenda, begitu. Oleh sebab ia tumbuhan asal... Ya, silakan. Beberapa Ahli: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Jerantut. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Hendak bagi yang mana Yang Berhormat?. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Yang Berhormat Langkawi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Langkawi dahulu. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Jerantut dahulu. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Yang Berhormat Padang Besar, sorry. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar]: Padang Besar?. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Yang Berhormat Padang Besar dahulu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Padang Besar. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar]: Pasal ketum ini sebab apa Tuan Yang di-Pertua, sebab disebut biak tadi memang di Padang Besar itu ada kampung Lembah Biak, memang banyak biak dan ia ditanam di merata-rata dan tumbuh dengan liar. Jadi, apabila kita lihat nilai-nilai perubatan, saya setuju dengan Yang Berhormat Kuala Kedah tadi. Ini kerana semalam pun saya ada dapat telefon dari seorang pegawai tinggi kerajaan, dia beritahu bahawa kadang-kadang dia bawa kereta mengantuk, dia makan daun untuk tahan mengantuk. Jadi, kita lihat di sini nilai-nilai perubatannya adalah banyak. | 45 | 57 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
46 DR.1.4.2015
Ia tidak sama dengan kanabis, dengan dadah-dadah jenis lain. Jadi, apabila kita
lihat di sini walau asasnya kita mengharamkan ketum ini kerana penyalahgunaan iaitu kita
masak, kita campur dengan ubat pelbagai, ubat nyamuk, ubat gegat. Jadi, macam-macam
benda. Jadi, itu asasnya, tetapi kita lihat daripada segi perubatan. Apabila kita lihat undang-
undang yang mendenda orang yang terlibat dengan ketum ini terlalu keras iaitu langsung
kita lihat di sini tidak boleh tanam pokok pun.
Pokok ketum pun tidak boleh ditanam sebagaimana pokok ganja. Jadi, ia terlalu
keras. Jadi, saya rasa sebab orang kampung tanya, arak ini haram, Tuhan haramkan arak
tetapi ketum kita pula haram. Arak tidak haram, ketum haram. Ini beza sedikit. Jadi,
kadang-kadang kita berhadapan dengan orang kampung, sesuatu tindakan yang kita buat
itu mestilah kita lihat ia memberi rationalize ataupun satu justifikasi tentu kepada
masyarakat. Jadi, kita lihat ini, saya setuju dengan Yang Berhormat Kuala Kedah. Jadi,
kawalan, kalau guna daun ketum...
Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Yang Berhormat Padang Besar...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Tidak boleh Yang
Berhormat, mencelah.
Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Sorry, hendak minta laluan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Selepas Yang
Berhormat Padang Besar.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Selepas Yang Berhormat Padang Besar.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar]: Jadi, kita minta bahawa kita
perlu kaji semula. Saya setuju dengan Yang Berhormat Kuala Kedah, bahawa undang-
undang ketum ini jangan terlalu keras dan kalau boleh ada pengawalan. Maknanya, kalau
mereka hendak minum daun ketum, kita lesenkan. Daun ketum yang mana boleh minum
dan tidak ada nilai racun dan sebagainya.
Jadi, kita lihat masyarakat, kita lihat di sini kalau penyalahgunaan pun kita tidak
boleh kawal, hari ini kita hendak kawal, buat undang-undang hendak kawal. Jadi, ini sudah
tentunya bertentangan dan saya rasa sukar untuk dikawal kalau kita buat undang-undang
yang keras sebegini. Terima kasih.
Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Yang Berhormat Kuala Kedah,
hendak tambah sedikit.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Sekejap. Sekejap lagi saya bagi peluang.
Hendak tambah sedikit point. Jadi Tuan Yang di-Pertua, maksud saya ialah potensi yang
ada. Kalau kita meletakkan ia sama dengan ganja misalannya, maka research dan juga
keinginan untuk buat research itu akan hilang, itu satu.
Nombor duanya, kita ada kecenderungan untuk meremehkan, memperlekehkan
ubat-ubat tradisional daripada hujah beberapa orang yang saya pernah dengar tentang
ketum ini. Memang tidak ada kajian yang mantap tentang darah tinggi, kencing manis dan
lain-lain lagi tetapi itu digunakan secara tradisi. Saya dan ramai orang pernah melihat kesan
yang positif. Oleh sebab itu ada postings, makna dalam kajian yang cukup mantap. Saya
perlu ingatkan bahawa ubat yang paling dianggap hebat, anti malaria pada zaman ini,
artemisinin.
■1450
Itu ialah ubat lama digunakan dalam perubatan Cina daripada satu pokok
namanya Qing Hao ia tidak dipedulikan. Sehinggalah penyelidikan malaria mendapati the
end, tidak ada lagi jalan keluar, akhirnya balik dan didapati ubat tadi berkesan. Mungkin
ketum dalam kategori tadi tetapi dalam masa yang sama saya tidak menafikan macam
Yang Berhormat Padang Besar beritahu ada masalah. Akan tetapi penguatkuasaan dan
juga kebolehan kita mengatasi masalah tadi, penagihan di kalangan remaja, polis, sekolah,
itu perlu ditingkatkan. Kalau kita mengharamkan sahaja kita menangkap beberapa orang
dengan tenaga polis yang ada sekarang heroin, morfin yang sudah tentu haram. Tentu najis
dadah, tentu hukuman yang keras tetapi masih beribu-ribu yang masuk pusat pemulihan
pun tidak pulih. Tadi saya janji kepada Yang Berhormat Tasek Gelugor lepas itu saya ingat
Yang Berhormat Kapar. Sila.
| Ia tidak sama dengan kanabis, dengan dadah-dadah jenis lain. Jadi, apabila kita lihat di sini walau asasnya kita mengharamkan ketum ini kerana penyalahgunaan iaitu kita masak, kita campur dengan ubat pelbagai, ubat nyamuk, ubat gegat. Jadi, macam-macam benda. Jadi, itu asasnya, tetapi kita lihat daripada segi perubatan. Apabila kita lihat undang- undang yang mendenda orang yang terlibat dengan ketum ini terlalu keras iaitu langsung kita lihat di sini tidak boleh tanam pokok pun. Pokok ketum pun tidak boleh ditanam sebagaimana pokok ganja. Jadi, ia terlalu keras. Jadi, saya rasa sebab orang kampung tanya, arak ini haram, Tuhan haramkan arak tetapi ketum kita pula haram. Arak tidak haram, ketum haram. Ini beza sedikit. Jadi, kadang-kadang kita berhadapan dengan orang kampung, sesuatu tindakan yang kita buat itu mestilah kita lihat ia memberi rationalize ataupun satu justifikasi tentu kepada masyarakat. Jadi, kita lihat ini, saya setuju dengan Yang Berhormat Kuala Kedah. Jadi, kawalan, kalau guna daun ketum... Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Yang Berhormat Padang Besar... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Tidak boleh Yang Berhormat, mencelah. Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Sorry, hendak minta laluan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Selepas Yang Berhormat Padang Besar. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Selepas Yang Berhormat Padang Besar. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar]: Jadi, kita minta bahawa kita perlu kaji semula. Saya setuju dengan Yang Berhormat Kuala Kedah, bahawa undang- undang ketum ini jangan terlalu keras dan kalau boleh ada pengawalan. Maknanya, kalau mereka hendak minum daun ketum, kita lesenkan. Daun ketum yang mana boleh minum dan tidak ada nilai racun dan sebagainya. Jadi, kita lihat masyarakat, kita lihat di sini kalau penyalahgunaan pun kita tidak boleh kawal, hari ini kita hendak kawal, buat undang-undang hendak kawal. Jadi, ini sudah tentunya bertentangan dan saya rasa sukar untuk dikawal kalau kita buat undang-undang yang keras sebegini. Terima kasih. Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Yang Berhormat Kuala Kedah, hendak tambah sedikit. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Sekejap. Sekejap lagi saya bagi peluang. Hendak tambah sedikit point. Jadi Tuan Yang di-Pertua, maksud saya ialah potensi yang ada. Kalau kita meletakkan ia sama dengan ganja misalannya, maka research dan juga keinginan untuk buat research itu akan hilang, itu satu. Nombor duanya, kita ada kecenderungan untuk meremehkan, memperlekehkan ubat-ubat tradisional daripada hujah beberapa orang yang saya pernah dengar tentang ketum ini. Memang tidak ada kajian yang mantap tentang darah tinggi, kencing manis dan lain-lain lagi tetapi itu digunakan secara tradisi. Saya dan ramai orang pernah melihat kesan yang positif. Oleh sebab itu ada postings, makna dalam kajian yang cukup mantap. Saya perlu ingatkan bahawa ubat yang paling dianggap hebat, anti malaria pada zaman ini, artemisinin. #1450. Itu ialah ubat lama digunakan dalam perubatan Cina daripada satu pokok namanya Qing Hao ia tidak dipedulikan. Sehinggalah penyelidikan malaria mendapati the end, tidak ada lagi jalan keluar, akhirnya balik dan didapati ubat tadi berkesan. Mungkin ketum dalam kategori tadi tetapi dalam masa yang sama saya tidak menafikan macam Yang Berhormat Padang Besar beritahu ada masalah. Akan tetapi penguatkuasaan dan juga kebolehan kita mengatasi masalah tadi, penagihan di kalangan remaja, polis, sekolah, itu perlu ditingkatkan. Kalau kita mengharamkan sahaja kita menangkap beberapa orang dengan tenaga polis yang ada sekarang heroin, morfin yang sudah tentu haram. Tentu najis dadah, tentu hukuman yang keras tetapi masih beribu-ribu yang masuk pusat pemulihan pun tidak pulih. Tadi saya janji kepada Yang Berhormat Tasek Gelugor lepas itu saya ingat Yang Berhormat Kapar. Sila. | 46 | 58 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 47
Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Terima kasih Yang Berhormat
Kuala Kedah. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat dalam perbahasan kita dari pagi tadi ini
tentang kita hendak kenakan satu hukuman yang berat atau tidak pada daun ketum ini. Jadi
tadi Yang Berhormat Alor Star memberikan hujah yang teknikal untuk kita faham tentang
kedudukan content atau kandungan dalam daun ketum dan sebagainya. Kemudian ada
juga pihak yang beri pandangan sama ada ia haram ataupun tidak daripada segi Islam.
Jadi, saya rasa kita sudah hampir kepada satu conclusion, dengan izin, iaitu di mana dalam
hal ini saya berpendapat bahawa kita tidak boleh hendak putuskan keputusan itu hari ini
tentang daun ketum ini.
Jadi sebaliknya, saya rasa kita perlu dapatkan satu pandangan yang legal
terutama daripada segi haram atau tidaknya dan condition yang tertakluk daripada segi
agama. Maknanya di sini kalau Yang Berhormat Alor Star setuju kita minta supaya JAKIM
membuat satu ulasan tentang condition yang berlaku kepada isu ketum ini. Ada ketikanya
dia halal, ada ketikanya dia haram dan sebagainya. Kemudian dalam masa yang sama
juga Kementerian Kesihatan membuat satu analisa yang terperinci tentang kesan daun
ketum ini secara teknikal. Jadi, antara dua hubungan teknikal dan juga hubungan daripada
segi hukum agama, jadi kita boleh buat satu conclusion yang tepat, yang boleh membantu
rakyat menghindarkan bahaya daun ketum tetapi tidak mengurangkan apa yang boleh
dinikmati oleh rakyat. Jadi, setuju kah Yang Berhormat Alor Star kalau kita pergi kepada
tahap itu? Terima kasih.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Yang Berhormat Kuala Kedah. Okey, saya
beri dahulu Yang Berhormat Kapar.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Terlebih dahulu saya mengalu-alukan
kedatangan ibu bapa dari Sekolah Swasta Acmar mewakili Parlimen Kapar [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat,
mereka sedang melihat Ahli Parlimen mereka berbahas.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Ya, betul Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua saya amat setuju dengan Yang Berhormat Padang Besar. Bila kita
balik kepada gejala sosial saya rasa dengan minum arak ini lebih teruk, lebih utama lagi
cheap liquor, liquor yang murah.
Seorang Ahli: …Patta.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Ha! Patta sarayam. Betul, saya
bantu Yang Berhormat Baling, dia suka dengan patta sarayam [Ketawa]
Masalahnya, masalah gejala yang timbul ini dari arak lebih teruk tetapi ketum ini
masih lagi boleh dikawal dan masih lagi boleh dibuat kajian. Dalam ulasan saya nanti kalau
sempat saya boleh bicara lebih panjang tetapi pada pandangan Yang Berhormat Kuala
Kedah, saya rasa fokus kini kepada Kerajaan Pusat adalah lebih kepada menahan
penyeludupan alkohol murahan ini bukan kepada daun ketum. Pendapat?
Dato' Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa]: Yang Berhormat Kuala Kedah terima
kasih. Tadi saya bagi tahu sebelum lunch tadi mengenai salah sebuah syarikat
pharmaceutical Hovid. Saya rasa kita tidak boleh korbankan ketum ini hanya kerana
ignorance kita. Saya tidak rasa syarikat yang besar ini tidak membuat research sehingga
mengambil daun ketum ini sebagai tidak ada healing properties. Bermakna ia ada healing
properties tetapi disebabkan kebanyakan kita tidak mempunyai ilmu yang cukup tentang
ketum ini menyebabkan kita rasa ia berbahaya. Satu lagi, National Institute of Traditional
Medicine Thailand, they also find out that ketum ini mempunyai nilai perubatan to kick out
drug habit. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Kuala Kedah untuk kita luluskan satu
bill yang mempunyai implikasi yang besar, kita buat kajian dahulu sehingga kita dapat
keputusan yang munasabah.
| Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat dalam perbahasan kita dari pagi tadi ini tentang kita hendak kenakan satu hukuman yang berat atau tidak pada daun ketum ini. Jadi tadi Yang Berhormat Alor Star memberikan hujah yang teknikal untuk kita faham tentang kedudukan content atau kandungan dalam daun ketum dan sebagainya. Kemudian ada juga pihak yang beri pandangan sama ada ia haram ataupun tidak daripada segi Islam. Jadi, saya rasa kita sudah hampir kepada satu conclusion, dengan izin, iaitu di mana dalam hal ini saya berpendapat bahawa kita tidak boleh hendak putuskan keputusan itu hari ini tentang daun ketum ini. Jadi sebaliknya, saya rasa kita perlu dapatkan satu pandangan yang legal terutama daripada segi haram atau tidaknya dan condition yang tertakluk daripada segi agama. Maknanya di sini kalau Yang Berhormat Alor Star setuju kita minta supaya JAKIM membuat satu ulasan tentang condition yang berlaku kepada isu ketum ini. Ada ketikanya dia halal, ada ketikanya dia haram dan sebagainya. Kemudian dalam masa yang sama juga Kementerian Kesihatan membuat satu analisa yang terperinci tentang kesan daun ketum ini secara teknikal. Jadi, antara dua hubungan teknikal dan juga hubungan daripada segi hukum agama, jadi kita boleh buat satu conclusion yang tepat, yang boleh membantu rakyat menghindarkan bahaya daun ketum tetapi tidak mengurangkan apa yang boleh dinikmati oleh rakyat. Jadi, setuju kah Yang Berhormat Alor Star kalau kita pergi kepada tahap itu? Terima kasih. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Yang Berhormat Kuala Kedah. Okey, saya beri dahulu Yang Berhormat Kapar. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Terlebih dahulu saya mengalu-alukan kedatangan ibu bapa dari Sekolah Swasta Acmar mewakili Parlimen Kapar [Tepuk]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, mereka sedang melihat Ahli Parlimen mereka berbahas. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Ya, betul Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua saya amat setuju dengan Yang Berhormat Padang Besar. Bila kita balik kepada gejala sosial saya rasa dengan minum arak ini lebih teruk, lebih utama lagi cheap liquor, liquor yang murah. Seorang Ahli: ...Patta. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Ha! Patta sarayam. Betul, saya bantu Yang Berhormat Baling, dia suka dengan patta sarayam [Ketawa]. Masalahnya, masalah gejala yang timbul ini dari arak lebih teruk tetapi ketum ini masih lagi boleh dikawal dan masih lagi boleh dibuat kajian. Dalam ulasan saya nanti kalau sempat saya boleh bicara lebih panjang tetapi pada pandangan Yang Berhormat Kuala Kedah, saya rasa fokus kini kepada Kerajaan Pusat adalah lebih kepada menahan penyeludupan alkohol murahan ini bukan kepada daun ketum. Pendapat?. Dato' Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa]: Yang Berhormat Kuala Kedah terima kasih. Tadi saya bagi tahu sebelum lunch tadi mengenai salah sebuah syarikat pharmaceutical Hovid. Saya rasa kita tidak boleh korbankan ketum ini hanya kerana ignorance kita. Saya tidak rasa syarikat yang besar ini tidak membuat research sehingga mengambil daun ketum ini sebagai tidak ada healing properties. Bermakna ia ada healing properties tetapi disebabkan kebanyakan kita tidak mempunyai ilmu yang cukup tentang ketum ini menyebabkan kita rasa ia berbahaya. Satu lagi, National Institute of Traditional Medicine Thailand, they also find out that ketum ini mempunyai nilai perubatan to kick out drug habit. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Kuala Kedah untuk kita luluskan satu bill yang mempunyai implikasi yang besar, kita buat kajian dahulu sehingga kita dapat keputusan yang munasabah. | 47 | 59 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
48 DR.1.4.2015
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Saya rasa saya perlu straight to the point
sebab masa. Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Memang betul macam saya
cakap tadi walaupun ketum digunakan untuk berbagai-bagai keadaan tetapi ada dua
potensi yang sangat besar. Satu ialah in the management of chronic pain dengan izin,
dalam merawat pesakit kronik yang tidak dapat dirawat oleh ubat biasa, yang memang
sangat ramai pesakit, industri itu bernilai berbilion. Satu biji ubat Pregabalin misalnya boleh
bernilai RM8, sehari dalam RM20 untuk rawat. Itu yang saya rasa research Hovid itu.
Keduanya sebagai substitution therapy atau rawatan pengganti. Rawatan
pengganti sekarang menggunakan cara umum Buprenorphine yang sebiji sampai RM48
dan juga Methadone. Itu juga bermasalah besar. Bagi saya melihat walaupun saya tidak
melakukannya tetapi melihat pesakit saya yang merupakan penagih heroin dan morfina,
mereka ambil ketum memang lebih baik pada saya, mereka dapat pergi bekerja. Itu Tuan
Yang di-Pertua isunya tadi.
Apa yang saya sebutkan di Turki tadi misalannya boleh kita cuba macam tadi. Apa
salahnya daripada kita memenjarakan orang seumur hidup atau merisikokan hukuman mati
kita bagi hukuman denda wang yang lebih tinggi. Macam Thailand buat satu helai RM6 itu
pun orang tidak menerima. Orang sudah rasa cukup berat dan tidak menguntungkan. Satu
lagi trend sekarang Tuan Yang di-Pertua. Trend sekarang di seluruh dunia ialah untuk
melihat penagih dadah bukan sebagai penjenayah tetapi sebagai pesakit dan itu memang
benar. Ini kerana kalau kita hari ini mengharamkan ketum esok orang akan menggunakan
buah pinang. Buah pinang muda memang memabukkan, digunakan. Adakah kita hendak
mengharamkan buah pinang juga? Itu sukar. Approach itu atau pendekatan itu kurang
tepat.
Apa yang berlaku ialah sekarang mengikut apa yang kita dapat terakhir di
Amerika, beberapa buah negeri di Amerika yang telah menggunakan pendekatan melihat
penagihan ganja kanabis semua ini sebagai pesakit, mereka membenarkan yang disebut
medicinal cannabis misalnya, ada kebaikan. Kurang kerja polis, perubahan ada, orang
dapat pergi kerja, orang sembuh ada dan dilihat ada kebaikan-kebaikan lain daripada segi
kesihatan misalnya anti epilepsy, pencegahan…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, Yang
Berhormat Bagan Serai bangun Yang Berhormat.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Ya, silakan.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya cuma hendak minta pendapat
Yang Berhormat Kuala Kedah sekali lagi tentang yang pertamanya, kita banyak
membicarakan tentang bagusnya ketum ini tetapi kita tidak cukup research, tidak cukup
kajian dan sebagainya. Setuju atau tidak Yang Berhormat Kuala Kedah, kerajaan perlu
tambahan research dan kajian-kajian supaya kita dapat tahu ketum ini sebenarnya
kegunaan dia baik itu macam mana? Macam tadi Yang Berhormat Sik ada cakap dia pun
tidak tahu macam mana tetapi semua orang kata bagus, macam itu. Itu tidak cukup,
testimoni sahaja tidak cukup, kita kena ada saintifik research.
Kita hendak tahu sebab apa, macam mana pun ketum ini dia mengarah pada
ketagihan. Kalau dia mengarah kepada ketagihan, kalau tidak ada ketum problem juga.
Jadi, kita kena ada kajian supaya macam mana kita hendak test. Sekarang ini kalau orang
ambil ketum test air kencing negatif. Kita tidak boleh test dengan air kencing, kita tidak tahu
pun. Kita perlu ada kajian supaya kita dapat tahu, kita boleh rawat atau tidak orang yang
ketagih ketum ataupun macam mana kita hendak rawat, hendak masuk intervensi
psikososial umpamanya. Supaya dia jangan bawa ketum pergi mana-mana, itu pun tidak
betul. Mana boleh bawa ketum pergi mana-mana macam kita bawa makanan, tidak boleh.
Satu lagi yang saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Kuala Kedah sekali
lagi tentang penggunaan ketum ini, sebenarnya pakcik-pakcik kita, Pak Long yang sudah
makan lama itu, bagi dia itu macam sirih sahaja, dia memang bawa. Akan tetapi yang
masalahnya ada ‘saintis-saintis muda’ ini yang bubuh panadol, ubat batuk, bubuh ubat
gegat, macam-macam bubuh, sedikit hari lagi cicak pun dibubuh dalam itu.
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Sedikit, sedikit. Terima kasih
Yang Berhormat Kuala Kedah, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat
| Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Saya rasa saya perlu straight to the point sebab masa. Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Memang betul macam saya cakap tadi walaupun ketum digunakan untuk berbagai-bagai keadaan tetapi ada dua potensi yang sangat besar. Satu ialah in the management of chronic pain dengan izin, dalam merawat pesakit kronik yang tidak dapat dirawat oleh ubat biasa, yang memang sangat ramai pesakit, industri itu bernilai berbilion. Satu biji ubat Pregabalin misalnya boleh bernilai RM8, sehari dalam RM20 untuk rawat. Itu yang saya rasa research Hovid itu. Keduanya sebagai substitution therapy atau rawatan pengganti. Rawatan pengganti sekarang menggunakan cara umum Buprenorphine yang sebiji sampai RM48 dan juga Methadone. Itu juga bermasalah besar. Bagi saya melihat walaupun saya tidak melakukannya tetapi melihat pesakit saya yang merupakan penagih heroin dan morfina, mereka ambil ketum memang lebih baik pada saya, mereka dapat pergi bekerja. Itu Tuan Yang di-Pertua isunya tadi. Apa yang saya sebutkan di Turkitadi misalannya boleh kita cuba macam tadi. Apa salahnya daripada kita memenjarakan orang seumur hidup atau merisikokan hukuman mati kita bagi hukuman denda wang yang lebih tinggi. Macam Thailand buat satu helai RM6 itu pun orang tidak menerima. Orang sudah rasa cukup berat dan tidak menguntungkan. Satu lagi trend sekarang Tuan Yang di-Pertua. Trend sekarang di seluruh dunia ialah untuk melihat penagih dadah bukan sebagai penjenayah tetapi sebagai pesakit dan itu memang benar. Ini kerana kalau kita hari ini mengharamkan ketum esok orang akan menggunakan buah pinang. Buah pinang muda memang memabukkan, digunakan. Adakah kita hendak mengharamkan buah pinang juga? Itu sukar. Approach itu atau pendekatan itu kurang tepat. Apa yang berlaku ialah sekarang mengikut apa yang kita dapat terakhir di Amerika, beberapa buah negeri di Amerika yang telah menggunakan pendekatan melihat penagihan ganja kanabis semua ini sebagai pesakit, mereka membenarkan yang disebut medicinal cannabis misalnya, ada kebaikan. Kurang kerja polis, perubahan ada, orang dapat pergi kerja, orang sembuh ada dan dilihat ada kebaikan-kebaikan lain daripada segi kesihatan misalnya anti epilepsy, pencegahan... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Bagan Serai bangun Yang Berhormat. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Ya, silakan. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya cuma hendak minta pendapat Yang Berhormat Kuala Kedah sekali lagi tentang yang pertamanya, kita banyak membicarakan tentang bagusnya ketum ini tetapi kita tidak cukup research, tidak cukup kajian dan sebagainya. Setuju atau tidak Yang Berhormat Kuala Kedah, kerajaan perlu tambahan research dan kajian-kajian supaya kita dapat tahu ketum ini sebenarnya kegunaan dia baik itu macam mana? Macam tadi Yang Berhormat Sik ada cakap dia pun tidak tahu macam mana tetapi semua orang kata bagus, macam itu. Itu tidak cukup, testimoni sahaja tidak cukup, kita kena ada saintifik research. Kita hendak tahu sebab apa, macam mana pun ketum ini dia mengarah pada ketagihan. Kalau dia mengarah kepada ketagihan, kalau tidak ada ketum problem juga. Jadi, kita kena ada kajian supaya macam mana kita hendak test. Sekarang ini kalau orang ambil ketum test air kencing negatif. Kita tidak boleh test dengan air kencing, kita tidak tahu pun. Kita perlu ada kajian supaya kita dapat tahu, kita boleh rawat atau tidak orang yang ketagih ketum ataupun macam mana kita hendak rawat, hendak masuk intervensi psikososial umpamanya. Supaya dia jangan bawa ketum pergi mana-mana, itu pun tidak betul. Mana boleh bawa ketum pergi mana-mana macam kita bawa makanan, tidak boleh. Satu lagi yang saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Kuala Kedah sekali lagi tentang penggunaan ketum ini, sebenarnya pakcik-pakcik kita, Pak Long yang sudah makan lama itu, bagi dia itu macam sirih sahaja, dia memang bawa. Akan tetapi yang masalahnya ada 'saintis-saintis muda' ini yang bubuh panadol, ubat batuk, bubuh ubat gegat, macam-macam bubuh, sedikit hari lagi cicak pun dibubuh dalam itu. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Sedikit, sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat. | 48 | 60 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 49
pandangan daripada Yang Berhormat Kuala Kedah, apakah undang-undang yang setakat
ini di bawah Akta Racun masih belum mencukupi untuk mengawal penyebaran ketagihan
ketum ini? Contohnya kita baru melihat daripada segi pengguna. Penggunanya telah
berkembang jadi penagih. Apakah tindakan yang telah dibuat setakat ini mencukupi atau
tidak daripada segi yang menjual? Menjual produk ketum ini sama ada air, daun atau
serbuk. Begitu juga kepada pengusaha. Tadi kita dengar ada yang buat dalam bentuk
kebun dan mungkin lepas ini ladang. Potensi juga ketum ini untuk dijadikan research yang
menghasilkan lebih banyak produk yang membawa kebaikan.
■1500
Jadi, apakah undang-undang yang sedia ada ini, pada pandangan Yang
Berhormat Kuala Kedah, boleh kita perkasakan lagi tanpa membawa atau meminda Akta
Dadah Berbahaya yang mungkin membantutkan usaha penyelidikan serta juga mungkin
membawa masalah kepada pengguna-pengguna tradisional yang banyak berleluasa di
kawasan sebelah utara? Terima kasih.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Terima kasih kepada semua yang
memberikan pandangan. Di sini saya rumuskan.
Pertamanya, saya berpandangan undang-undang sekarang tidak cukup berat
untuk menghalang penyalahgunaan ketum. Akan tetapi dalam masa yang sama juga,
seperti undang-undang lain di negara kita, penguatkuasaan itu sangat lemah. Misalannya di
kawasan yang sangat banyak daun ketum dan dadah, balai polis yang ada hanya ada
beberapa orang anggota polis sahaja dari dulu sampai sekarang dalam menjalankan tugas
tadi. Itu yang saya bimbangkan. Kalau sekarang kita haramkan ketum, siapakah yang nak
buat penguatkuasaan tadi? Itu yang pertama.
Keduanya, tidak bolehkah kita misalannya mengenakan denda yang lebih tinggi,
yang lebih berat sampai maksimum RM100,000 dan ditangkap misalannya, daripada kita
membawa kepada satu rang undang-undang yang sangat sukar dan sangat mengambil
masa, sangat berisikokan orang dan masyarakat iaitu Dangerous Drug Act, Akta Dadah
Berbahaya yang hukumannya juga sangat berat.
Ketiganya, sekarang ini harganya tinggi kerana di Thailand masih diharamkan.
Akan tetapi saya difahamkan, Thailand juga sedang berusaha untuk mengikuti trend dunia
sekarang, trend global iaitu melihat penagihan dadah tadi sebagai penyakit dan mereka
juga dalam usaha untuk menarik balik pengharaman ketum tadi. Saya percaya kalau ditarik
balik, maka tidak ada harga lagi kerana Thailand biasanya mereka sangat maju dalam
pertanian dan apa semua, dan kalau boleh ditanam, mereka akan tanam. Jadi harganya
akan turun.
Akan tetapi dalam masa yang sama, masalah penagihan di kalangan orang muda
dan lain-lain lagi itu memang ada. Begitu pun, saya perlu tegaskan lagi sekali,
penagihannya tidak seserius heroin atau morfin. Simptom withdrawalnya tidak sukar dirawat
walaupun bagi orang yang tidak pernah melihat atau orang awam yang bukan doktor atau
doktor yang tidak pernah melihat, rasa gerun kerana mereka datang dengan tegang tangan,
dengan panik dan kadang-kadang macam histeria. Akan tetapi rawatannya sangat simple.
Dalam satu dua hari selesai. Sedangkan withdrawal symptom morfin dan heroin jauh lebih
teruk dan lebih sukar kerana kena pergi pusat pemulihan.
Keempatnya, selagi kita tidak tangani punca penagihan dadah dengan sungguh-
sungguh, benda ini takkan selesai. Kalau dari ketum, ketum tidak ada, orang beralih kepada
gam misalnya. Puncanya ialah kekosongan dalam jiwa, turunnya nilai moral, nilai agama,
perpecahan keluarga, keluarga yang jadi cacamerba kerana berlaku proses pemodenan
dan hilang segala forces asal dalam keluarga tadi yang mengawal. Misalnya keluarga tanpa
orang tua, tanpa nenek dan datuk dan orang-orang tua yang boleh menegur. Itu berlaku di
banyak tempat.
| pandangan daripada Yang Berhormat Kuala Kedah, apakah undang-undang yang setakat ini di bawah Akta Racun masih belum mencukupi untuk mengawal penyebaran ketagihan ketum ini? Contohnya kita baru melihat daripada segi pengguna. Penggunanya telah berkembang jadi penagih. Apakah tindakan yang telah dibuat setakat ini mencukupi atau tidak daripada segi yang menjual? Menjual produk ketum ini sama ada air, daun atau serbuk. Begitu juga kepada pengusaha. Tadi kita dengar ada yang buat dalam bentuk kebun dan mungkin lepas ini ladang. Potensi juga ketum ini untuk dijadikan research yang menghasilkan lebih banyak produk yang membawa kebaikan. #1500. Jadi, apakah undang-undang yang sedia ada ini, pada pandangan Yang Berhormat Kuala Kedah, boleh kita perkasakan lagi tanpa membawa atau meminda Akta Dadah Berbahaya yang mungkin membantutkan usaha penyelidikan serta juga mungkin membawa masalah kepada pengguna-pengguna tradisional yang banyak berleluasa di kawasan sebelah utara? Terima kasih. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Terima kasih kepada semua yang memberikan pandangan. Di sini saya rumuskan. Pertamanya, saya berpandangan undang-undang sekarang tidak cukup berat untuk menghalang penyalahgunaan ketum. Akan tetapi dalam masa yang sama juga, seperti undang-undang lain di negara kita, penguatkuasaan itu sangat lemah. Misalannya di kawasan yang sangat banyak daun ketum dan dadah, balai polis yang ada hanya ada beberapa orang anggota polis sahaja dari dulu sampai sekarang dalam menjalankan tugas tadi. Itu yang saya bimbangkan. Kalau sekarang kita haramkan ketum, siapakah yang nak buat penguatkuasaan tadi? Itu yang pertama. Keduanya, tidak bolehkah kita misalannya mengenakan denda yang lebih tinggi, yang lebih berat sampai maksimum RM100,000 dan ditangkap misalannya, daripada kita membawa kepada satu rang undang-undang yang sangat sukar dan sangat mengambil masa, sangat berisikokan orang dan masyarakat iaitu Dangerous Drug Act, Akta Dadah Berbahaya yang hukumannya juga sangat berat. Ketiganya, sekarang ini harganya tinggi kerana di Thailand masih diharamkan. Akan tetapi saya difahamkan, Thailand juga sedang berusaha untuk mengikuti trend dunia sekarang, trend global iaitu melihat penagihan dadah tadi sebagai penyakit dan mereka juga dalam usaha untuk menarik balik pengharaman ketum tadi. Saya percaya kalau ditarik balik, maka tidak ada harga lagi kerana Thailand biasanya mereka sangat maju dalam pertanian dan apa semua, dan kalau boleh ditanam, mereka akan tanam. Jadi harganya akan turun. Akan tetapi dalam masa yang sama, masalah penagihan di kalangan orang muda dan lain-lain lagi itu memang ada. Begitu pun, saya perlu tegaskan lagi sekali, penagihannya tidak seserius heroin atau morfin. Simptom withdrawalnya tidak sukar dirawat walaupun bagi orang yang tidak pernah melihat atau orang awam yang bukan doktor atau doktor yang tidak pernah melihat, rasa gerun kerana mereka datang dengan tegang tangan, dengan panik dan kadang-kadang macam histeria. Akan tetapi rawatannya sangat simple. Dalam satu dua hari selesai. Sedangkan withdrawal symptom morfin dan heroin jauh lebih teruk dan lebih sukar kerana kena pergi pusat pemulihan. Keempatnya, selagi kita tidak tangani punca penagihan dadah dengan sungguh- sungguh, benda ini takkan selesai. Kalau dari ketum, ketum tidak ada, orang beralih kepada gam misalnya. Puncanya ialah kekosongan dalam jiwa, turunnya nilai moral, nilai agama, perpecahan keluarga, keluarga yang jadi cacamerba kerana berlaku proses pemodenan dan hilang segala forces asal dalam keluarga tadi yang mengawal. Misalnya keluarga tanpa orang tua, tanpa nenek dan datuk dan orang-orang tua yang boleh menegur. Itu berlaku di banyak tempat. | 49 | 61 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
50 DR.1.4.2015
Di Kuala Kedah, yang berlaku penagihan itu ialah kerana orang bekerja tidak ada
masa dan keluarganya telah pecah. Tidak ada lagi bentuk tradisional keluarga tadi. Segala
unsur yang mengukuhkan keluarga tadi hilang. Itu kita kena sungguh-sungguh atasi. Bila
kita kukuhkan institusi keluarga tadi, barulah benda ini boleh selesai. Akan tetapi, walaupun
begitu, kita atasi penagihan tadi dengan mengukuhkan penguatkuasaan apa itu, saya
setuju.
Last point, saudara saya Yang Berhormat Bagan Serai sebut tadi tentang
substitution therapy tadi, tentang kebaikan ketum. Ketum memang lebih baik daripada
buprenorphine atau methadone kerana jika ia digunakan pada dos yang tinggi juga, tidak
berlaku yang disebut respiratory arrest ataupun gangguan pernafasan. Penagih morphine
kita bagi methadone, kita bagi buprenorphine untuk dia hilangkan ketagihan. Kalau diambil
overdose, dia dapat respiratory arrest atau gangguan pernafasan. Akan tetapi itu tidak
berlaku pada ketum dan itu benda yang cukup menarik. Akan tetapi begitu pun, perlu ada
kajian, perlu ada kawalan dan bukan bebas.
Itulah pandangan saya, kita kena pergi kepada root causenya tadi dan kita kena
kendalikan isu ini dengan baik. Menjenayahkan dia di bawah DDA pada saya ialah satu
yang amat malang sekali. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Beberapa Ahli: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ada enam orang
bangun. Bolehlah lebih kurang 20 minit seorang, Yang Berhormat ya. Maksimum 20 minit
lah, 10 minit pun boleh. Yang Berhormat Bagan Serai.
3.05 ptg.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Terima kasih kerana beri saya peluang untuk membahaskan rang undang-undang
bertujuan meminda Akta Dadah Berbahaya 1992.
Pertama sekali, ketum ini kita tengok ada banyak namalah. Saya dengar tadi
ketum, kratom, biak dan sebagainya. Di Thailand pun ada banyak lagi nama dia, tetapi…
[Disampuk] Ha, macam mana?... [Disampuk] Sini pun banyak. Akan tetapi perkara ini
sebenarnya sudah lama. Apa yang saya hendak gambarkan hari ini, benda ini sudah
macam sirih sebenarnya. Kalau di Utara itu memang ketum ini banyak. Di tempat saya pun
saya tengok dalam masa lautan banjir hari itu, saya tengok-tengok ada pokok ketum. Pokok
Ketum, bagi dia sudah biasa perkara ini. Dia kata, “Yang Berhormat tidak kenal pokok
ketum?”, sebab saya tidak pernah tengok dulu. Saya tidak pernah tengok pokok ketum. Jadi
saya tengok pokok ketum macam mana rupa daun dia, macam mana tinggi dia.
Ketum ini orang-orang tua dulu terus kata ini ubat. Dulu orang bagi untuk pulih
tenaga orang bersalin, buang angin, sakit belakang. Macam yang disebut oleh Yang
Berhormat Kuala Kedah tadi, management of pain, chronic pain. Akan tetapi sebenarnya
tidak ada kajian yang lengkap yang dibuat. Kalau orang tanya, hanya testimoni. Jadi kita
pun tidak tahu dan benda itu sudah lama berlaku.
Sehinggalah yang dikatakan ubat yang dikatakan bagus ini telah disalahgunakan
oleh orang. Mula-mulanya orang-orang, contohnya orang yang bawa bas, bawa lori dia
minum itu dia rasa dia kuat. Dia rasa dia kuat, diminum tiap-tiap hari. Jadi benda ini akan
menyebabkan dependency syndrome. Dia bergantung kepada kebergantungan itu.
Kebergantungan itulah yang bahaya, sebab dia menyebabkan addiction, ketagihan. Bila
ketagihan ini, dia tidak boleh tidak dapat. Kalau saya, saya tidak tahulah.
Saya pernah tengok kawan sayalah yang ketagih rokok. Rokok ini pun ketagih
jugakan? Saya pernah tengok orang, dia tidak boleh, selepas makan dia kena cari rokok.
Saya rasa itu ketagih. Kalau tidak ada dia jadi kelam kabut.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Minum kopi pun
boleh ketagih, Yang Berhormat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Ha, minum kopi pun boleh
ketagih. Jadi ada banyak. Rupa-rupanya Tuan Yang di-Pertua, dalam hidup ini ada banyak
| Di Kuala Kedah, yang berlaku penagihan itu ialah kerana orang bekerja tidak ada masa dan keluarganya telah pecah. Tidak ada lagi bentuk tradisional keluarga tadi. Segala unsur yang mengukuhkan keluarga tadi hilang. Itu kita kena sungguh-sungguh atasi. Bila kita kukuhkan institusi keluarga tadi, barulah benda ini boleh selesai. Akan tetapi, walaupun begitu, kita atasi penagihan tadi dengan mengukuhkan penguatkuasaan apa itu, saya setuju. Last point, saudara saya Yang Berhormat Bagan Serai sebut tadi tentang substitution therapy tadi, tentang kebaikan ketum. Ketum memang lebih baik daripada buprenorphine atau methadone kerana jika ia digunakan pada dos yang tinggi juga, tidak berlaku yang disebut respiratory arrest ataupun gangguan pernafasan. Penagih morphine kita bagi methadone, kita bagi buprenorphine untuk dia hilangkan ketagihan. Kalau diambil overdose, dia dapat respiratory arrest atau gangguan pernafasan. Akan tetapi itu tidak berlaku pada ketum dan itu benda yang cukup menarik. Akan tetapi begitu pun, perlu ada kajian, perlu ada kawalan dan bukan bebas. Itulah pandangan saya, kita kena pergi kepada root causenya tadi dan kita kena kendalikan isu ini dengan baik. Menjenayahkan dia di bawah DDA pada saya ialah satu yang amat malang sekali. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Beberapa Ahli: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ada enam orang bangun. Bolehlah lebih kurang 20 minit seorang, Yang Berhormat ya. Maksimum 20 minit lah, 10 minit pun boleh. Yang Berhormat Bagan Serai. 3.05 ptg. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih kerana beri saya peluang untuk membahaskan rang undang-undang bertujuan meminda Akta Dadah Berbahaya 1992. Pertama sekali, ketum ini kita tengok ada banyak namalah. Saya dengar tadi ketum, kratom, biak dan sebagainya. Di Thailand pun ada banyak lagi nama dia, tetapi... [Disampuk] Ha, macam mana?... [Disampuk] Sini pun banyak. Akan tetapi perkara ini sebenarnya sudah lama. Apa yang saya hendak gambarkan hari ini, benda ini sudah macam sirih sebenarnya. Kalau di Utara itu memang ketum ini banyak. Di tempat saya pun saya tengok dalam masa lautan banjir hari itu, saya tengok-tengok ada pokok ketum. Pokok Ketum, bagi dia sudah biasa perkara ini. Dia kata, "Yang Berhormat tidak kenal pokok ketum?", sebab saya tidak pernah tengok dulu. Saya tidak pernah tengok pokok ketum. Jadi saya tengok pokok ketum macam mana rupa daun dia, macam mana tinggi dia. Ketum ini orang-orang tua dulu terus kata ini ubat. Dulu orang bagi untuk pulih tenaga orang bersalin, buang angin, sakit belakang. Macam yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Kedah tadi, management of pain, chronic pain. Akan tetapi sebenarnya tidak ada kajian yang lengkap yang dibuat. Kalau orang tanya, hanya testimoni. Jadi kita pun tidak tahu dan benda itu sudah lama berlaku. Sehinggalah yang dikatakan ubat yang dikatakan bagus ini telah disalahgunakan oleh orang. Mula-mulanya orang-orang, contohnya orang yang bawa bas, bawa lori dia minum itu dia rasa dia kuat. Dia rasa dia kuat, diminum tiap-tiap hari. Jadi benda ini akan menyebabkan dependency syndrome. Dia bergantung kepada kebergantungan itu. Kebergantungan itulah yang bahaya, sebab dia menyebabkan addiction, ketagihan. Bila ketagihan ini, dia tidak boleh tidak dapat. Kalau saya, saya tidak tahulah. Saya pernah tengok kawan sayalah yang ketagih rokok. Rokok ini pun ketagih jugakan? Saya pernah tengok orang, dia tidak boleh, selepas makan dia kena cari rokok. Saya rasa itu ketagih. Kalau tidak ada dia jadi kelam kabut. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Minum kopi pun boleh ketagih, Yang Berhormat. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Ha, minum kopi pun boleh ketagih. Jadi ada banyak. Rupa-rupanya Tuan Yang di-Pertua, dalam hidup ini ada banyak. | 50 | 62 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 51
benda kalau ketagih, kalau overdose memang bahaya. Kecuali benda itu yang baik untuk
kita. Dan setelah disalahgunakan oleh- yang sekarang ini yang banyak terlibat anak-anak
muda. Orang-orang yang bakal jadi pemimpin negara telah jadi saintis tiba-tiba. Dia buat
testing campuran-campuran ini, dia minum dia rasa lebih tinggi dia boleh fight, lebih high
lagi dia rasa, lebih kick lagi dia rasa dan dia teruskan. Ini yang boleh menyebabkan bahaya.
Jadi kita lihat benda ini makin berleluasa. Saya kira untuk meminda akta…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat
Lenggong bangun Yang Berhormat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Silakan.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Hendak break Yang
Berhormat Bagan Serai sebab dia laju sangat tadi.
Tuan Yang di-Pertua, isunya sekarang ialah penyalahgunaan. Kita tidak nafi
sebahagian daripada rakan-rakan kita sebut ada kebaikan. Soalnya, daripada segi jumlah
yang menyalah guna dengan jumlah orang yang menggunakan kebaikannya, kecil orang
yang menggunakan kebaikan. Banyak yang menyalah guna. Oleh sebab yang menyalah
guna yang banyak ini menyebabkan kita terpaksa kuatkuasakan undang-undang. Kita telah
bercakap banyak mengenai perkara ini dalam Dewan sebelum ini.
Jadi saya juga hendak merujuk- tadi sebut berkaitan dengan minta yang pakar
bahagian agama untuk fatwakan apakah haram atau tidak. Saya hendak rujuk, malah
dibincangkan dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perlis baru-baru ini, merujuk
Jabatan Fatwa Kerajaan Negeri Perlis pun telah pun mengharamkan daun ketum ini. Jadi
saya ingat kalau ini sudah sampai ke peringkat ini, sudah pakai ke peringkat haram dan
sebagainya, saya ingat tidak timbul lagi isu lain. Soalnya sekarang ialah penyalahgunaan.
Dadah pun kalau guna memang ada kebaikan tetapi penyalahgunaan. So, dah
sampai ke peringkat ini, sebelum dia mudarat, dia lebih besar, saya ingat akta ini penting
dan perlu kita sama-sama pertahankan. Soal-soal lain nanti kita bincang kemudianlah,
Yang Berhormat.
Datuk Rozman bin Isli [Labuan]: Yang Berhormat, sikit sahaja Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat
Labuan bangun, Yang Berhormat.
Datuk Rozman bin Isli [Labuan]: Sikit sahaja. Saya rasa dia lebih kurang dengan
masalah ubat batuk dengan gam. Jadi apa penyelesaian kita mengenai penyalahgunaan
ubat batuk dengan gam ini mungkin boleh menjadi guide- ataupun belum ada penyelesaian
lagilah. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Bagan Serai? Terima kasih.
■1510
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Saya setuju dengan Yang
Berhormat Lenggong tadi. Ini kerana hukum agama itu sudah beritahu haram. Kalau sudah
haram, kenapakah ambil lagi? Itu masalahnya. Sudah ada keputusannya haram, tetapi
ambil lagi. Jadi yang tidak boleh ikut, yang kata haram halal tidak boleh ikut ini sebab
masalah keimanan. Kalau orang iman kuat, benda haram dia tidak ambil. Kalau orang iman
lemah, benda haram dia sapu semua. Jadi kalau dia buat hukum macam ini, itu masalah
lain. Makna umat Islam hari ini sebab itu hukum agama.
Akan tetapi yang saya hendak sebutkan sekali lagi ini, kalau yang biasa diambil
oleh pakcik-pakcik kita itu, ia tidak mendatangkan mudarat sebab dia ambil sekali-sekala,
diambil bila perlu. Akan tetapi yang jadi salahnya ialah ada kumpulan, ada orang sudah
mula ambil setiap hari dan benda ini sudah menjadi ketagihan. Bahan alkaloid mitragynine
di dalam ini, dikatakan inilah bahan yang menyebabkan ketagihan yang kuat. Kebimbangan
kita ialah addiction. Addiction ini mesti ada intervention. Kalau addiction, kalau dia tidak
dapat, dia jadi macam mana? Saya ingin hendak tahu, kalau orang yang sudah ambil lama,
| benda kalau ketagih, kalau overdose memang bahaya. Kecuali benda itu yang baik untuk kita. Dan setelah disalahgunakan oleh- yang sekarang ini yang banyak terlibat anak-anak muda. Orang-orang yang bakal jadi pemimpin negara telah jadi saintis tiba-tiba. Dia buat testing campuran-campuran ini, dia minum dia rasa lebih tinggi dia boleh fight, lebih high lagi dia rasa, lebih kick lagi dia rasa dan dia teruskan. Ini yang boleh menyebabkan bahaya. Jadi kita lihat benda ini makin berleluasa. Saya kira untuk meminda akta... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Lenggong bangun Yang Berhormat. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Silakan. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Hendak break Yang Berhormat Bagan Serai sebab dia laju sangat tadi. Tuan Yang di-Pertua, isunya sekarang ialah penyalahgunaan. Kita tidak nafi sebahagian daripada rakan-rakan kita sebut ada kebaikan. Soalnya, daripada segi jumlah yang menyalah guna dengan jumlah orang yang menggunakan kebaikannya, kecil orang yang menggunakan kebaikan. Banyak yang menyalah guna. Oleh sebab yang menyalah guna yang banyak ini menyebabkan kita terpaksa kuatkuasakan undang-undang. Kita telah bercakap banyak mengenai perkara ini dalam Dewan sebelum ini. Jadi saya juga hendak merujuk- tadi sebut berkaitan dengan minta yang pakar bahagian agama untuk fatwakan apakah haram atau tidak. Saya hendak rujuk, malah dibincangkan dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perlis baru-baru ini, merujuk Jabatan Fatwa Kerajaan Negeri Perlis pun telah pun mengharamkan daun ketum ini. Jadi saya ingat kalau ini sudah sampai ke peringkat ini, sudah pakai ke peringkat haram dan sebagainya, saya ingat tidak timbul lagi isu lain. Soalnya sekarang ialah penyalahgunaan. Dadah pun kalau guna memang ada kebaikan tetapi penyalahgunaan. So, dah sampai ke peringkat ini, sebelum dia mudarat, dia lebih besar, saya ingat akta ini penting dan perlu kita sama-sama pertahankan. Soal-soal lain nanti kita bincang kemudianlah, Yang Berhormat. Datuk Rozman bin Isli [Labuan]: Yang Berhormat, sikit sahaja Yang Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Labuan bangun, Yang Berhormat. Datuk Rozman bin Isli [Labuan]: Sikit sahaja. Saya rasa dia lebih kurang dengan masalah ubat batuk dengan gam. Jadi apa penyelesaian kita mengenai penyalahgunaan ubat batuk dengan gam ini mungkin boleh menjadi guide- ataupun belum ada penyelesaian lagilah. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Bagan Serai? Terima kasih. #1510. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Saya setuju dengan Yang Berhormat Lenggong tadi. Ini kerana hukum agama itu sudah beritahu haram. Kalau sudah haram, kenapakah ambil lagi? Itu masalahnya. Sudah ada keputusannya haram, tetapi ambil lagi. Jadi yang tidak boleh ikut, yang kata haram halal tidak boleh ikut ini sebab masalah keimanan. Kalau orang iman kuat, benda haram dia tidak ambil. Kalau orang iman lemah, benda haram dia sapu semua. Jadi kalau dia buat hukum macam ini, itu masalah lain. Makna umat Islam hari ini sebab itu hukum agama. Akan tetapi yang saya hendak sebutkan sekali lagi ini, kalau yang biasa diambil oleh pakcik-pakcik kita itu, ia tidak mendatangkan mudarat sebab dia ambil sekali-sekala, diambil bila perlu. Akan tetapi yang jadi salahnya ialah ada kumpulan, ada orang sudah mula ambil setiap hari dan benda ini sudah menjadi ketagihan. Bahan alkaloid mitragynine di dalam ini, dikatakan inilah bahan yang menyebabkan ketagihan yang kuat. Kebimbangan kita ialah addiction. Addiction ini mesti ada intervention. Kalau addiction, kalau dia tidak dapat, dia jadi macam mana? Saya ingin hendak tahu, kalau orang yang sudah ambil lama, | 51 | 63 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
52 DR.1.4.2015
tiba-tiba kita sekat, tidak dapat, jadi macam mana? Withdrawal symptom. Withdrawal
symptom, saya setuju dengan dengan Yang Berhormat Kuala Kedah. Akan tetapi kalau
sudah ramai dapat withdrawal symptom, tidak boleh hendak handle. Dia tidak boleh hendak
handle lagi.
Jadi sebab itu di sebalik benda ini bermasalah, kebimbangan kita ialah tentang
undang-undang yang akan dikenakan ini. Kita dengar ada orang buka kebun, ada orang
buka ladang, ada orang buat business, ada orang yang sudah jadi kaya-raya sebab benda
ini. Undang-undang yang ada memang tidak cukup.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti]: [Bangun]
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Akan tetapi kalau undang-undang
yang hendak diletakkan...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat
Sibuti bangun, Yang Berhormat.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin juga hendak tahu, saya pernah diberi oleh...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Di Sarawak ada
ketum Yang Berhormat?
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti]: Ketum, ya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Di Sarawak ada?
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti]: Tidak ada. Akan tetapi saya ada diberi
oleh kawan yang datang dari Semenanjung ini untuk... [Disampuk] Dengarlah dahulu. Dia
nasihatkan saya, kalau hendak memandu jauh dari Miri ke Bintulu dan Kuching, gunakanlah
air ketum, cium. Kalau kita mencium air ketum itu, lebih kurang sedut tiga kali...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Lain macam bunyinya.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Sibuti
buat atau tidak Yang Berhormat Sibuti?
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti]: Dengarlah dahulu. Sudah disedut tiga
kali, tarik nafas perlahan, lepas, kemudian itu driving. Betul, saya cuba [Ketawa] Akan tetapi
yang saya hendak katakan di sini Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ketagih. Hanya saya
gunakan untuk waktu memandu sebab perjalanan jauh, tidak mengantuk. Betul itu,
memang betul. Saya pergi Bintulu tidak mengantuk. Dari Bintulu terus pergi ke Mukah pun
tidak mengantuk. Bererti ini ada kebaikan. Saya sokong apa yang dikatakan oleh Yang
Berhormat Bagan Serai tadi supaya kita selidik perkara ini dengan baik supaya dapat
digunakan dengan betul untuk kebaikan masyarakat kita. Apakah pandangan Yang
Berhormat?
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Boleh sedikit?
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Yang Berhormat
Sibuti. Yang Berhormat Sibuti ada barang dalam beg? Tidak ada. [Ketawa] Jadi, berkisar
kepada...
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Yang Berhormat Bagan Serai, boleh
sedikit?
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Sila Yang Berhormat Kuala
Kedah.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya
hendak respon sedikit. Sebenarnya ada yang disebut Borneo Kratom. Borneo Sabah dan
Sarawak memang ada ketum. Saya ke Kuching tahun lepas, memang saya nampak pokok
ketum, memang ada di Kuching.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Yang Berhormat
Kuala Kedah. Jadi berkisar undang-undang yang kita hendak kenakan pada ketum ini.
Orang ramai sudah terlibat dan boleh menggugat macam-macam akan terjadi. Contohnya
di kawasan utara Malaysia.
| tiba-tiba kita sekat, tidak dapat, jadi macam mana? Withdrawal symptom. Withdrawal symptom, saya setuju dengan dengan Yang Berhormat Kuala Kedah. Akan tetapi kalau sudah ramai dapat withdrawal symptom, tidak boleh hendak handle. Dia tidak boleh hendak handle lagi. Jadi sebab itu di sebalik benda ini bermasalah, kebimbangan kita ialah tentang undang-undang yang akan dikenakan ini. Kita dengar ada orang buka kebun, ada orang buka ladang, ada orang buat business, ada orang yang sudah jadi kaya-raya sebab benda ini. Undang-undang yang ada memang tidak cukup. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti]: [Bangun]. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Akan tetapi kalau undang-undang yang hendak diletakkan... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sibuti bangun, Yang Berhormat. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin juga hendak tahu, saya pernah diberi oleh... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Di Sarawak ada ketum Yang Berhormat?. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti]: Ketum, ya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Di Sarawak ada?. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti]: Tidak ada. Akan tetapi saya ada diberi oleh kawan yang datang dari Semenanjung ini untuk... [Disampuk] Dengarlah dahulu. Dia nasihatkan saya, kalau hendak memandu jauh dari Miri ke Bintulu dan Kuching, gunakanlah air ketum, cium. Kalau kita mencium air ketum itu, lebih kurang sedut tiga kali... Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Lain macam bunyinya. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Sibuti buat atau tidak Yang Berhormat Sibuti?. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti]: Dengarlah dahulu. Sudah disedut tiga kali, tarik nafas perlahan, lepas, kemudian itu driving. Betul, saya cuba [Ketawa] Akan tetapi yang saya hendak katakan di sini Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ketagih. Hanya saya gunakan untuk waktu memandu sebab perjalanan jauh, tidak mengantuk. Betul itu, memang betul. Saya pergi Bintulu tidak mengantuk. Dari Bintulu terus pergi ke Mukah pun tidak mengantuk. Bererti ini ada kebaikan. Saya sokong apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bagan Serai tadi supaya kita selidik perkara ini dengan baik supaya dapat digunakan dengan betul untuk kebaikan masyarakat kita. Apakah pandangan Yang Berhormat?. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Boleh sedikit?. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Yang Berhormat Sibuti ada barang dalam beg? Tidak ada. [Ketawa] Jadi, berkisar kepada... Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Yang Berhormat Bagan Serai, boleh sedikit?. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Sila Yang Berhormat Kuala Kedah. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak respon sedikit. Sebenarnya ada yang disebut Borneo Kratom. Borneo Sabah dan Sarawak memang ada ketum. Saya ke Kuching tahun lepas, memang saya nampak pokok ketum, memang ada di Kuching. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Jadi berkisar undang-undang yang kita hendak kenakan pada ketum ini. Orang ramai sudah terlibat dan boleh menggugat macam-macam akan terjadi. Contohnya di kawasan utara Malaysia. | 52 | 64 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 53
Saya ibaratkan ini, undang-undang yang kita bincangkan hari ini, ibarat, ditelan
mati emak, diluah mati bapa, ataupun kalau kita hendak sebut, umpama tarik rambut dalam
tepung. Rambut jangan putus, tepung jangan berselerak. Kalau tidak, jadi susah. Jadi,
banyak mana yang kita hendak buat? Undang-undang yang ada sekarang ini sudah tentu
tidak cukup, sebab itu orang tidak takut. Kalau setakat hendak bayar itu tidak takut. Jadi,
undang-undang itu perlu ditingkatkan lagi. Akan tetapi yang membimbangkan saya Tuan
Yang di-Pertua, ialah akta ini akan memenjarakan orang. Akta ini akan menyebabkan ada
orang kena hukum gantung sebab ketum.
Tuan Nasrudin bin Hassan [Temerloh]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat
Temerloh bangun, Yang Berhormat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Satu lagi, ramai orang akan
mendapat banyak rekod jenayah. Rekod jenayah ini akan menyebabkan orang tidak dapat
kerja. Apabila orang tidak dapat kerja, maka orang akan buat lagi banyak jenayah. Jadi, kita
bimbang benda ini jadi vicious cycle, ia akan berpusing-pusing dan menyebabkan lagi
banyak masalah. Silakan.
Tuan Nasrudin bin Hassan [Temerloh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih sahabat saya dari Bagan Serai. Saya percaya, hasrat untuk pindaan rang
undang-undang ini adalah kerana berlakunya penyalahgunaan ketum. Akan tetapi dalam
menangani isu penyalahgunaan ini, saya kira ada beza ketum dengan dadah ini sebab
dadah itu merupakan bahan berbahaya pada asasnya. Lalu ia disebut sebagai dadah
berbahaya dan ia diambil tindakan juga atas salahguna dadah, tetapi asas dadah itu telah
berbahaya. Ia hanya tidak menjadi bahaya apabila diambil oleh pihak yang pakar pada dos
yang mungkin sesuai untuk membuat rawatan dan seumpamanya tetapi asasnya bahaya.
Berbeza dengan ketum. Ketum ini, bahan asasnya tidak berbahaya. Cuma apabila diambil
secara salah, baru ia menjadi bahaya.
Atas dua perkara ini, maka facts dia berbeza. Kaedah kita hendak meletakkan
hukum pada dua perkara ini berbeza. Ia tidak boleh masuk dalam satu clause begitu
sahaja.
Jadi saya kira, apabila dimasukkan dalam Akta Dadah Berbahaya ini, maka ia akan timbul
permasalahan sebagaimana Yang Berhormat timbulkan tadi iaitu soal bagaimana hukuman
itu setimpal ataupun tidak dengan kesan yang timbul daripada ketum itu. Adakah Yang
Berhormat setuju itu?
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Saya setuju dengan Yang
Berhormat Temerloh itu. Baguslah pada hari GST ini, banyak kita setuju satu perkara hari
ini [Ketawa]
Jadi saya hendak sambung Tuan Yang di-Pertua, tentang research and
development, kajian-kajian yang perlu dilakukan. Saya setuju dengan Yang Berhormat
Kuala Kedah sekali lagi tadi, tentang Opioid Substitution Therapy (OST). Sekarang ini kita
menggunakan methadone, malah ada mempertikaikan methadone. Saya lihat kalau
methadone tidaklah hangovernya macam morphine. Tadi Yang Berhormat Temerloh cakap
tentang adakah ia dadah yang macam heroin dan sebagainya, ketum ini ia punya bahan
mitragynine itu, bahan ketum ini dipanggil receptor agonistnya macam morphine. Akan
tetapi tidak sekuat dan tidak semerbahaya morphine. Oleh sebab itu benda yang ada
similarities, kesamaan, kita boleh gunakan untuk OST.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: [Bangun]
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Mungkin ini satu cadangan yang
baik sebab methadone, buprenorphine, subutex, semua ini mahal. Kalau ada kajian yang
betul, kenapa kerajaan tidak fikirkan supaya kita dapat alihkan untuk jadi kegunaan sebagai
OST, mungkin lebih baik dan tidak banyak side effects seperti produk yang lain?
| Saya ibaratkan ini, undang-undang yang kita bincangkan hari ini, ibarat, ditelan mati emak, diluah mati bapa, ataupun kalau kita hendak sebut, umpama tarik rambut dalam tepung. Rambut jangan putus, tepung jangan berselerak. Kalau tidak, jadi susah. Jadi, banyak mana yang kita hendak buat? Undang-undang yang ada sekarang ini sudah tentu tidak cukup, sebab itu orang tidak takut. Kalau setakat hendak bayar itu tidak takut. Jadi, undang-undang itu perlu ditingkatkan lagi. Akan tetapi yang membimbangkan saya Tuan Yang di-Pertua, ialah akta ini akan memenjarakan orang. Akta ini akan menyebabkan ada orang kena hukum gantung sebab ketum. Tuan Nasrudin bin Hassan [Temerloh]: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Temerloh bangun, Yang Berhormat. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Satu lagi, ramai orang akan mendapat banyak rekod jenayah. Rekod jenayah ini akan menyebabkan orang tidak dapat kerja. Apabila orang tidak dapat kerja, maka orang akan buat lagi banyak jenayah. Jadi, kita bimbang benda ini jadi vicious cycle, ia akan berpusing-pusing dan menyebabkan lagi banyak masalah. Silakan. Tuan Nasrudin bin Hassan [Temerloh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya dari Bagan Serai. Saya percaya, hasrat untuk pindaan rang undang-undang ini adalah kerana berlakunya penyalahgunaan ketum. Akan tetapi dalam menangani isu penyalahgunaan ini, saya kira ada beza ketum dengan dadah ini sebab dadah itu merupakan bahan berbahaya pada asasnya. Lalu ia disebut sebagai dadah berbahaya dan ia diambil tindakan juga atas salahguna dadah, tetapi asas dadah itu telah berbahaya. Ia hanya tidak menjadi bahaya apabila diambil oleh pihak yang pakar pada dos yang mungkin sesuai untuk membuat rawatan dan seumpamanya tetapi asasnya bahaya. Berbeza dengan ketum. Ketum ini, bahan asasnya tidak berbahaya. Cuma apabila diambil secara salah, baru ia menjadi bahaya. Atas dua perkara ini, maka facts dia berbeza. Kaedah kita hendak meletakkan hukum pada dua perkara ini berbeza. Ia tidak boleh masuk dalam satu clause begitu sahaja. Jadi saya kira, apabila dimasukkan dalam Akta Dadah Berbahaya ini, maka ia akan timbul permasalahan sebagaimana Yang Berhormat timbulkan tadi iaitu soal bagaimana hukuman itu setimpal ataupun tidak dengan kesan yang timbul daripada ketum itu. Adakah Yang Berhormat setuju itu?. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Saya setuju dengan Yang Berhormat Temerloh itu. Baguslah pada hari GST ini, banyak kita setuju satu perkara hari ini [Ketawa]. Jadi saya hendak sambung Tuan Yang di-Pertua, tentang research and development, kajian-kajian yang perlu dilakukan. Saya setuju dengan Yang Berhormat Kuala Kedah sekali lagi tadi, tentang Opioid Substitution Therapy (OST). Sekarang ini kita menggunakan methadone, malah ada mempertikaikan methadone. Saya lihat kalau methadone tidaklah hangovernya macam morphine. Tadi Yang Berhormat Temerloh cakap tentang adakah ia dadah yang macam heroin dan sebagainya, ketum ini ia punya bahan mitragynine itu, bahan ketum ini dipanggil receptor agonistnya macam morphine. Akan tetapi tidak sekuat dan tidak semerbahaya morphine. Oleh sebab itu benda yang ada similarities, kesamaan, kita boleh gunakan untuk OST. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: [Bangun]. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Mungkin ini satu cadangan yang baik sebab methadone, buprenorphine, subutex, semua ini mahal. Kalau ada kajian yang betul, kenapa kerajaan tidak fikirkan supaya kita dapat alihkan untuk jadi kegunaan sebagai OST, mungkin lebih baik dan tidak banyak side effects seperti produk yang lain?. | 53 | 65 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
54 DR.1.4.2015
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Boleh tambah sedikit?
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Sekali sahaja.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya
tambah sedikit. Heroin, morphine, methadone dan juga buprenorphine kalau overdose
boleh menyebabkan membawa maut. Akan tetapi, tidak ada laporan maut dengan ketum
atau mitragynine. Itu perlu dijelaskan. Tidak ada maut, cuma ketagihan. Terima kasih.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Minta laluan.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Saya setuju sebab kita tidak ada
respiratory problems, pernafasan itu. Itu tidak ada dengan ketum. Itu memang kajian telah
menunjukkan. Silakan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya Yang Berhormat
Lipis.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Serai yang membenarkan laluan.
Saya sebenarnya mendengar hujah-hujah rakan-rakan sebentar tadi, daripada Yang
Berhormat Kuala Kedah dan Yang Berhormat Bagan Serai sedang berhujah. Maknanya kita
melihat beberapa perkara, ada baik dan buruknya. Saya seronok dengar Yang Berhormat
Sibuti beritahu tadi, yang mana dia ada melakukan percubaan sendiri, betul. Saya tidak
tahulah Yang Berhormat Temerloh mungkin cuba juga.
Tuan Nasrudin bin Hassan [Temerloh]: [Menunjukkan isyarat tangan]
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Yang Berhormat Temerloh
angkat tangan, tidak dia kata.
Saya juga sebenarnya, tidaklah hebat di Lipis ini dengan ketum. Akan tetapi walau
bagaimanapun, ia tetap ada sebenarnya penggunaan di Lipis. Saya ada dua pengalaman
yang diceritakan oleh rakan saya. Pertamanya, dia seorang penagih dadah, penagih dadah
yang sangat tegar. Apabila beliau menggunakan air ketum, campuran ketum di dalam kopi
dia beritahu saya, saya tanya betul pada dia. Dia kata dia ambil sesudu serbuk ketum
diletakkan dalam kopi waktu pagi sebelum pergi kerja, maka penagihan dadah beliau telah
ditinggalkan. Tidak lagi menagih dadah, tetapi setiap pagi beliau kena minum air ketum
tersebut. Maknanya daripada segi penjimatan kewangan beliau, telah berlaku penjimatan
yang begitu ketara sekali. Ini kerana beliau mengambil morphine dan sekarang tidak lagi.
Dia hanya mengambil air ketum, dia mencampurkan air ketum yang diproseskan menjadi
serbuk, diletakkan di dalam kopi.
■1520
Maknanya saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Kedah. Ertinya satu
kajian perlu dilakukan dalam penggunaan daun ketum ini. Satu perkara lagi, dua
pengalaman yang saya katakan. Rakan-rakan yang bermain bola sepak, dia kata sebelum
bermain bola sepak kalau kena air ketum, stamina cukup sehinggalah boleh bermain
tambahan masa. Yang Berhormat Temerloh, boleh sehingga tambahan masa dia bermain
bola... [Disampuk]
Tuan Yang di-Pertua, dia orang tanya kalau main benda lain pula. Dia orang kata
cukup power juga Tuan Yang di-Pertua. Dia orang kata. Sebab saya tahu saya pernah
tengok rakan-rakan saya waktu bersembang malam mungkin untuk menahan daripada...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Speaker senja.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Tidak campur, tidak
campur Yang Berhormat.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Menahan daripada mengantuk
mungkin. Mereka juga membawa air ketum dalam botol gelen itu. Maknanya dia orang
boleh bersembang mungkin seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sibuti tadi, daya
tahan untuk memandu begitu jauh dan mereka boleh bersembang sehingga agak larut
malam sedikit. Itu mungkin saya bersetuju supaya kajian menyeluruh tentang daun ketum
ini perlu dilakukan. Kalau ia berguna untuk perubatan umpamanya, apakah salah kita
gunakan?
| Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Boleh tambah sedikit?. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Sekali sahaja. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tambah sedikit. Heroin, morphine, methadone dan juga buprenorphine kalau overdose boleh menyebabkan membawa maut. Akan tetapi, tidak ada laporan maut dengan ketum atau mitragynine. Itu perlu dijelaskan. Tidak ada maut, cuma ketagihan. Terima kasih. Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Minta laluan. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Saya setuju sebab kita tidak ada respiratory problems, pernafasan itu. Itu tidak ada dengan ketum. Itu memang kajian telah menunjukkan. Silakan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya Yang Berhormat Lipis. Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Serai yang membenarkan laluan. Saya sebenarnya mendengar hujah-hujah rakan-rakan sebentar tadi, daripada Yang Berhormat Kuala Kedah dan Yang Berhormat Bagan Serai sedang berhujah. Maknanya kita melihat beberapa perkara, ada baik dan buruknya. Saya seronok dengar Yang Berhormat Sibuti beritahu tadi, yang mana dia ada melakukan percubaan sendiri, betul. Saya tidak tahulah Yang Berhormat Temerloh mungkin cuba juga. Tuan Nasrudin bin Hassan [Temerloh]: [Menunjukkan isyarat tangan]. Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Yang Berhormat Temerloh angkat tangan, tidak dia kata. Saya juga sebenarnya, tidaklah hebat di Lipis ini dengan ketum. Akan tetapi walau bagaimanapun, ia tetap ada sebenarnya penggunaan di Lipis. Saya ada dua pengalaman yang diceritakan oleh rakan saya. Pertamanya, dia seorang penagih dadah, penagih dadah yang sangat tegar. Apabila beliau menggunakan air ketum, campuran ketum di dalam kopi dia beritahu saya, saya tanya betul pada dia. Dia kata dia ambil sesudu serbuk ketum diletakkan dalam kopi waktu pagi sebelum pergi kerja, maka penagihan dadah beliau telah ditinggalkan. Tidak lagi menagih dadah, tetapi setiap pagi beliau kena minum air ketum tersebut. Maknanya daripada segi penjimatan kewangan beliau, telah berlaku penjimatan yang begitu ketara sekali. Ini kerana beliau mengambil morphine dan sekarang tidak lagi. Dia hanya mengambil air ketum, dia mencampurkan air ketum yang diproseskan menjadi serbuk, diletakkan di dalam kopi. #1520. Maknanya saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Kedah. Ertinya satu kajian perlu dilakukan dalam penggunaan daun ketum ini. Satu perkara lagi, dua pengalaman yang saya katakan. Rakan-rakan yang bermain bola sepak, dia kata sebelum bermain bola sepak kalau kena air ketum, stamina cukup sehinggalah boleh bermain tambahan masa. Yang Berhormat Temerloh, boleh sehingga tambahan masa dia bermain bola... [Disampuk]. Tuan Yang di-Pertua, dia orang tanya kalau main benda lain pula. Dia orang kata cukup power juga Tuan Yang di-Pertua. Dia orang kata. Sebab saya tahu saya pernah tengok rakan-rakan saya waktu bersembang malam mungkin untuk menahan daripada... Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Speaker senja. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Tidak campur, tidak campur Yang Berhormat. Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Menahan daripada mengantuk mungkin. Mereka juga membawa air ketum dalam botol gelen itu. Maknanya dia orang boleh bersembang mungkin seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sibuti tadi, daya tahan untuk memandu begitu jauh dan mereka boleh bersembang sehingga agak larut malam sedikit. Itu mungkin saya bersetuju supaya kajian menyeluruh tentang daun ketum ini perlu dilakukan. Kalau ia berguna untuk perubatan umpamanya, apakah salah kita gunakan?. | 54 | 66 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 55
Kalau Yang Berhormat Kapar kata tadi arak lebih berbahaya, baik kita
mengharamkan arak ini. Kita mengharamkan arak ini. kita tangkap yang menjual arak ini.
Kita tutup kilang di Selangor itu. Kilang Carlsberg yang begitu besar. Baik- kita tahu siapa
yang menggunakan arak ini sama ada dalam bentuk yang jenis mahal kah atau yang jenis
murah kah, bawa kereta terhuyung hayang, boleh berlaku kemalangan dan sebagainya
yang boleh meragut nyawa lebih teruk daripada ketum ini, baik kita mengharamkan arak itu
dan kita jadikan hukuman yang lebih berat kepada arak tersebut. Minta pandangan Yang
Berhormat Bagan Serai.
Tuan Nasrudin bin Hassan [Temerloh]: Yang Berhormat Bagan Serai.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Yang Berhormat
Lipis, masukkan dalam perbahasan saya itu. Saya hendak cerita balik yang tadi saya
dengar daripada Yang Berhormat Jerlun. Ada cerita dahulu ada pokok kola. Pokok kola ini
ada bahan yang digunakan, bahan asas untuk digunakan CocaCola.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Coca..
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: CocaCola.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Coca...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Coca, bukan cola?
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Sekarang masih guna.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Pokok koka digunakan bahan
asas untuk membuat CocaCola tetapi didapati boleh menyebabkan ketagihan. Kajian telah
dilakukan di mana mereka eliminate, maknanya mengeluarkan bahan ini dan CocaCola dia
teruskan yang orang pun sedap minum CocaCola. Ada ketagihan kah CocaCola sekarang
ini?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat
Temerloh bangun, Yang Berhormat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Sedikit. Jadi saya terfikir Tuan
Yang di-Pertua, apa kata kalau ketum- satu kajian yang besar dilakukan untuk memikirkan
macam mana kita hendak mengurangkan atau menurunkan kadar mitragynine supaya dia
tidak jadi ketagihan ubat dan kita boleh buat jadi ketum cola. Pakat-pakat minumlah. Jadi
tidak adalah yang tidur dalam Dewan.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: [Bercakap tanpa
menggunakan pembesar suara]
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat
Temerloh bangun.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: ...Produk-produk yang ada
kebaikan perubatan contohnya dalam satu...
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: [Bercakap tanpa
menggunakan pembesar suara]
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: ...Baru-baru ini ada program
United Nations Commission on Narcotic Drugs in Vienna pada 9 hingga 20 Mac baru-baru
ini. Kebanyakannya peserta-peserta menggagalkan cadangan China untuk schedule
ketamine sebab dikatakan ketamine itu ada nilai-nilai perubatannya. Jadi mungkin kita
boleh buat begitu juga di sini sebab apa ia ada nilai-nilai perubatannya. Sila.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya.
| Kalau Yang Berhormat Kapar kata tadi arak lebih berbahaya, baik kita mengharamkan arak ini. Kita mengharamkan arak ini. kita tangkap yang menjual arak ini. Kita tutup kilang di Selangor itu. Kilang Carlsberg yang begitu besar. Baik- kita tahu siapa yang menggunakan arak ini sama ada dalam bentuk yang jenis mahal kah atau yang jenis murah kah, bawa kereta terhuyung hayang, boleh berlaku kemalangan dan sebagainya yang boleh meragut nyawa lebih teruk daripada ketum ini, baik kita mengharamkan arak itu dan kita jadikan hukuman yang lebih berat kepada arak tersebut. Minta pandangan Yang Berhormat Bagan Serai. Tuan Nasrudin bin Hassan [Temerloh]: Yang Berhormat Bagan Serai. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Yang Berhormat Lipis, masukkan dalam perbahasan saya itu. Saya hendak cerita balik yang tadi saya dengar daripada Yang Berhormat Jerlun. Ada cerita dahulu ada pokok kola. Pokok kola ini ada bahan yang digunakan, bahan asas untuk digunakan CocaCola. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Coca.. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: CocaCola. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Coca... Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Coca, bukan cola?. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Sekarang masih guna. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Pokok koka digunakan bahan asas untuk membuat CocaCola tetapi didapati boleh menyebabkan ketagihan. Kajian telah dilakukan di mana mereka eliminate, maknanya mengeluarkan bahan ini dan CocaCola dia teruskan yang orang pun sedap minum CocaCola. Ada ketagihan kah CocaCola sekarang ini?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Temerloh bangun, Yang Berhormat. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Sedikit. Jadi saya terfikir Tuan Yang di-Pertua, apa kata kalau ketum- satu kajian yang besar dilakukan untuk memikirkan macam mana kita hendak mengurangkan atau menurunkan kadar mitragynine supaya dia tidak jadi ketagihan ubat dan kita boleh buat jadi ketum cola. Pakat-pakat minumlah. Jadi tidak adalah yang tidur dalam Dewan. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Tuan Yang di-Pertua... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Temerloh bangun. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: ...Produk-produk yang ada kebaikan perubatan contohnya dalam satu... Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: ...Baru-baru ini ada program United Nations Commission on Narcotic Drugs in Vienna pada 9 hingga 20 Mac baru-baru ini. Kebanyakannya peserta-peserta menggagalkan cadangan China untuk schedule ketamine sebab dikatakan ketamine itu ada nilai-nilai perubatannya. Jadi mungkin kita boleh buat begitu juga di sini sebab apa ia ada nilai-nilai perubatannya. Sila. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya. | 55 | 67 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
56 DR.1.4.2015
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: Terima kasih Yang
Berhormat Bagan Serai. Saya pertama sekali bab ketum ini, saya bercakap selalu di
Parlimen ini. Daripada awal lagi. Saya bercakap ini kerana sebagai Yang Dipertua
PEMADAM Kebangsaan lah. Saya mewakili 160 lebih daerah-daerah di seluruh negara.
Kita sudah mengkaji berkali-kali, kita tengok kesan daripada- bukan masalah ketum. Ketum
ini kalau digunakan betul-betul, tidak ada masalah. Masalahnya sekarang disalahgunakan.
Salah guna ketum sehingga menyebabkan ketagihan dan sehingga menyebabkan-
contohnya di tempat sayalah di sebuah sekolah menengah.
Saya hadir di sebuah sekolah dia orang. Saya tahu doktor yang pakar-pakar
perubatan ini dia ada alasan-alasan daripada segi perubatan tetapi kesan yang dibawa oleh
ketum ini yang menyebabkan ketagihan yang later on dia akan terlibat dengan ketagihan
yang lebih teruk. Macam di sekolah, di kawasan saya. Kalau kawasan saya, Jerlun, Padang
Besar dan lain-lain ini tempat, Kuala Kedah pun sama kan. Akan tetapi saya tengok di
sebuah sekolah menengah. Saya pergi merasmikan mesyuarat PIBG. Guru besar beritahu
kepada saya tandas sekolah tersumbat. Tanah sekolah yang berkenaan tersumbat.
Tersumbat kerana plastik air ketum yang dibawa balik, yang dibawa oleh pelajar-pelajar
sekolah menengah yang berkenaan- selepas minum dibuang dalam lubang tandas
sehingga menyebabkan lubang tandas tersumbat.
Jadi sebagai wakil rakyat pada hari itu kena RM1,500 untuk membaiki tandas itu.
Selepas setahun kemudian, saya hadir semula ke sekolah berkenaan untuk merasmikan
mesyuarat PIBG. AADK beritahu kepada saya, mereka membuat saringan air urin. AADK
membuat urine test. Dia ambil sampel 30 orang. Daripada 30 orang, enam orang positif
syabu. Daripada ketum, dia ke syabu. Ini yang menyebabkan masalah. Saya tidak kisah,
kita akui daripada segi perubatan ada kebaikannya tetapi masalah yang kita cakap
sekarang ini salah gunanya. Kalau dia buat kajian yang diguna secara betul, no problem
tetapi masalahnya salah guna. Kalau kita tengok di kampung-kampung, di Kubang Pasu
dan sebagainya mereka ketagihan air ketum. Kalau tidak kena air ketum, budak-budak
sekolah tidak pergi ke sekolah. Tidak boleh bangun pergi ke sekolah. Ini yang menjadi
masalahnya.
Soal hendak berubat ini, sekali skala it is no problem. Kebanyakan kita bergurau di
sini tetapi kesan dia. Kesannya akan meninggalkan kesan yang cukup besar kepada
masyarakat yang akan datang. Dia punya kebaikan sedikit sangat. Kebaikan yang saya
tengok yang digunakan sekarang ini kebanyakannya daun ketum ini ditanam untuk
tujuannya menghilangkan ketagihan, bukan untuk berubat. Macam tok wan saya dahulu
kalau ke bendang, dia pekena air ketum, dia buat tetapi dia buat secara proper. Daun itu
dikeringkan, diproses selepas itu diminum. Minum pun bukanlah dicampurkan. Sekarang ini
dicampurkan dengan Redbull, ubat batuk, ubat nyamuk, gam, Fumakila dan kadang-kadang
viagra dia bubuh. Pada waktu itu viagra dia bubuh. Jadi inilah yang menyebabkan
kesannya. Apa yang kita cakap ini kesan kerana sekarang ini di Malaysia, penagihan dadah
kita 300,000 lebih, almost 400,000. Didarab dengan empat sudah 1.6 juta.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: 1.6 juta orang rakyat
Malaysia yang menjadi penagih dan penagih inilah yang menyebabkan jenayah. 46%
daripada banduan dalam penjara mereka yang terlibat dengan penagihan. Accident di jalan-
jalan raya terjadi kerana apa, kerana syabu dan sebagainya. Inilah punca yang saya kata
kesan daripada penyalahgunaan dadah.
Sebab itu PEMADAM- saya mewakili PEMADAM Kebangsaan, ahli-ahli yang kita
ada, dia orang kata inilah yang kita bimbang soal hendak membuat kajian, hendak buat itu,
hendak buat ini itu tidak ada masalah. Kalau kita buat secara- tetapi setakat ini tidak ada
usaha, belum ada usaha mana-mana pihak untuk kita hendak membuat kebaikan, kajian,
hendak buat ubat belum ada. Apabila kita membangkitkan usaha untuk mengambil tindakan
kepada salah guna dadah barulah hari ini kita, Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan
yang mulia ini...
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ini celahan kah, ucapan?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, mencelah.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: Masalah-masalah ini.
| Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya pertama sekali bab ketum ini, saya bercakap selalu di Parlimen ini. Daripada awal lagi. Saya bercakap ini kerana sebagai Yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan lah. Saya mewakili 160 lebih daerah-daerah di seluruh negara. Kita sudah mengkaji berkali-kali, kita tengok kesan daripada- bukan masalah ketum. Ketum ini kalau digunakan betul-betul, tidak ada masalah. Masalahnya sekarang disalahgunakan. Salah guna ketum sehingga menyebabkan ketagihan dan sehingga menyebabkan- contohnya di tempat sayalah di sebuah sekolah menengah. Saya hadir di sebuah sekolah dia orang. Saya tahu doktor yang pakar-pakar perubatan ini dia ada alasan-alasan daripada segi perubatan tetapi kesan yang dibawa oleh ketum ini yang menyebabkan ketagihan yang later on dia akan terlibat dengan ketagihan yang lebih teruk. Macam di sekolah, di kawasan saya. Kalau kawasan saya, Jerlun, Padang Besar dan lain-lain ini tempat, Kuala Kedah pun sama kan. Akan tetapi saya tengok di sebuah sekolah menengah. Saya pergi merasmikan mesyuarat PIBG. Guru besar beritahu kepada saya tandas sekolah tersumbat. Tanah sekolah yang berkenaan tersumbat. Tersumbat kerana plastik air ketum yang dibawa balik, yang dibawa oleh pelajar-pelajar sekolah menengah yang berkenaan- selepas minum dibuang dalam lubang tandas sehingga menyebabkan lubang tandas tersumbat. Jadi sebagai wakil rakyat pada hari itu kena RM1,500 untuk membaikitandas itu. Selepas setahun kemudian, saya hadir semula ke sekolah berkenaan untuk merasmikan mesyuarat PIBG. AADK beritahu kepada saya, mereka membuat saringan air urin. AADK membuat urine test. Dia ambil sampel 30 orang. Daripada 30 orang, enam orang positif syabu. Daripada ketum, dia ke syabu. Ini yang menyebabkan masalah. Saya tidak kisah, kita akui daripada segi perubatan ada kebaikannya tetapi masalah yang kita cakap sekarang ini salah gunanya. Kalau dia buat kajian yang diguna secara betul, no problem tetapi masalahnya salah guna. Kalau kita tengok di kampung-kampung, di Kubang Pasu dan sebagainya mereka ketagihan air ketum. Kalau tidak kena air ketum, budak-budak sekolah tidak pergi ke sekolah. Tidak boleh bangun pergi ke sekolah. Ini yang menjadi masalahnya. Soal hendak berubat ini, sekali skala it is no problem. Kebanyakan kita bergurau di sini tetapi kesan dia. Kesannya akan meninggalkan kesan yang cukup besar kepada masyarakat yang akan datang. Dia punya kebaikan sedikit sangat. Kebaikan yang saya tengok yang digunakan sekarang ini kebanyakannya daun ketum ini ditanam untuk tujuannya menghilangkan ketagihan, bukan untuk berubat. Macam tok wan saya dahulu kalau ke bendang, dia pekena air ketum, dia buat tetapi dia buat secara proper. Daun itu dikeringkan, diproses selepas itu diminum. Minum pun bukanlah dicampurkan. Sekarang ini dicampurkan dengan Redbull, ubat batuk, ubat nyamuk, gam, Fumakila dan kadang-kadang viagra dia bubuh. Pada waktu itu viagra dia bubuh. Jadi inilah yang menyebabkan kesannya. Apa yang kita cakap ini kesan kerana sekarang ini di Malaysia, penagihan dadah kita 300,000 lebih, almost 400,000. Didarab dengan empat sudah 1.6 juta. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya. Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: 1.6 juta orang rakyat Malaysia yang menjadi penagih dan penagih inilah yang menyebabkan jenayah. 46% daripada banduan dalam penjara mereka yang terlibat dengan penagihan. Accident di jalan- jalan raya terjadi kerana apa, kerana syabu dan sebagainya. Inilah punca yang saya kata kesan daripada penyalahgunaan dadah. Sebab itu PEMADAM- saya mewakili PEMADAM Kebangsaan, ahli-ahli yang kita ada, dia orang kata inilah yang kita bimbang soal hendak membuat kajian, hendak buat itu, hendak buat ini itu tidak ada masalah. Kalau kita buat secara- tetapi setakat ini tidak ada usaha, belum ada usaha mana-mana pihak untuk kita hendak membuat kebaikan, kajian, hendak buat ubat belum ada. Apabila kita membangkitkan usaha untuk mengambil tindakan kepada salah guna dadah barulah hari ini kita, Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini... Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ini celahan kah, ucapan?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, mencelah. Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: Masalah-masalah ini. | 56 | 68 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 57
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ini bukan pencelahan...
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: ...Kajian.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: ...Ucapan Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: Ini betul. Ini pasal apa
Yang Berhormat Shah Alam ini dia tidak tahu apa-apa. Kalau di Shah Alam tidak ada
ketum, dia tidak tahu. Dia kawan dengan ketum sahaja.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Menyampuk]
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: Ini saya cerita betul. Ini
cerita betul, bukan cerita lawak. Ini bukan soal politik...
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Kalau hendak berucap, biarlah
berucap.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat...
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Macam ini.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: ...Ini bukan mencelah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tak payahlah cakap macam ini. Ini
mencelah.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: Ini bukan berucap.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ringkaskanlah sedikit Tuan Yang di-
Pertua. Ini mencelah, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: Saya boleh berucap
panjang, saya mencelah sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya balik kepada
Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat.
Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: Ini yang saya ingin
menarik perhatian Dewan ini berkenaan dengan salah guna. Ini yang kita hendak tengok.
Salah guna yang menyebabkan kesannya. Sekarang ini 1.2 juta lebih rakyat di Malaysia ini
yang kena dadah. Daripada 27 juta orang rakyat kita, berapa percent daripada rakyat kita
yang ada...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: ...Sekarang ini.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: Yang hari ini tengok
punca kemasukan dadah, penggunaan dadah sama ada masuk ke negara kita. Bererti
bahawa supply banyak di negara kita ini, demand begitu banyak kesan daripada itu.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: Itu Yang Berhormat.
■1530
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Yang Berhormat
Kubang Pasu, masuk dalam perbahasan saya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang
Berhormat Bagan Serai, boleh gulung Yang Berhormat.
| Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ini bukan pencelahan... Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: ...Kajian. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: ...Ucapan Tuan Yang di-Pertua. Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: Ini betul. Ini pasal apa Yang Berhormat Shah Alam ini dia tidak tahu apa-apa. Kalau di Shah Alam tidak ada ketum, dia tidak tahu. Dia kawan dengan ketum sahaja. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Menyampuk]. Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: Ini saya cerita betul. Ini cerita betul, bukan cerita lawak. Ini bukan soal politik... Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Kalau hendak berucap, biarlah berucap. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat... Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Macam ini. Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: ...Ini bukan mencelah. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tak payahlah cakap macam ini. Ini mencelah. Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: Ini bukan berucap. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ringkaskanlah sedikit Tuan Yang di- Pertua. Ini mencelah, Tuan Yang di-Pertua. Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: Saya boleh berucap panjang, saya mencelah sedikit sahaja. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya balik kepada Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat. Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: Ini yang saya ingin menarik perhatian Dewan ini berkenaan dengan salah guna. Ini yang kita hendak tengok. Salah guna yang menyebabkan kesannya. Sekarang ini 1.2 juta lebih rakyat di Malaysia ini yang kena dadah. Daripada 27 juta orang rakyat kita, berapa percent daripada rakyat kita yang ada... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya. Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: ...Sekarang ini. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih. Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: Yang hari ini tengok punca kemasukan dadah, penggunaan dadah sama ada masuk ke negara kita. Bererti bahawa supply banyak di negara kita ini, demand begitu banyak kesan daripada itu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya. Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu]: Itu Yang Berhormat. #1530. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu, masuk dalam perbahasan saya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Bagan Serai, boleh gulung Yang Berhormat. | 57 | 69 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
58 DR.1.4.2015
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Bagan
Serai, sikit sahaja. Kita tadi sebenarnya banyak sangat bercakap aspek kebaikan sahaja.
Akan tetapi kesannya - saya setuju apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Pasu
tadi. Soal kalau kita kata bahawa bagaimana menanam sekarang. Saya rasa itu boleh
dibuat dengan langkah-langkah, minta kementerian untuk membantu supaya mereka
beralih kepada aspek lain.
Ada juga sebut tadi kata bahawa terlalu keras. Sebenarnya ini langkah baik kerana
kita lambat mengambil beberapa tindakan menyebabkan dadah akhirnya berleluasa. Ini
langkah awal, saya sokong langkah ini, kita segerakan lah supaya ia tidak melebar. Jadi,
kalau kita membuat tindakan yang flip flop, kadang-kadang hendak ambil, tidak ambil,
hendak luah mati mak, telan mati bapak, tidak boleh. Ini kita kena bertegas daripada awal,
kita kena konsisten baru kita boleh pastikan supaya perkara tidak menular. Apakah
pandangan Yang Berhormat Bagan Serai?
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Ringkas, ringkas, sikit sahaja.
Sekali dengan saya. Saya ada pendapat seorang doktor.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Yang Berhormat
Lenggong. Jadi Tuan Yang di-Pertua, untuk negara maju, negara hendak pergi pada
negara maju pada lima tahun lagi. Kita bukan sahaja hendak capai status ekonomi yang
terbaik tetapi kita mesti mencapai status kesihatan yang terbaik yang ada polisi-polisi yang
baik untuk kita laksanakan supaya kita jadi negara maju. Sebab contohnya, macam GST itu
satu polisi yang baik. Jadi, untuk polisi dadah ini sama juga. Cuma pemikiran saya adalah
sejauh manakah kita patut tingkatkan undang-undang ini supaya rakyat lebih selamat dari
pada penyalahgunaan ketum ini, yang mana anak-anak muda kita banyak terjebak. Seperti
kita katakan tadi, ketagihan ini lama-lama upgrade, dia naik makin tinggi pangkat, akhirnya
dia akan pergi pada morfin, syabu dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang
Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan
Yang di-Pertua, dalam rang undang-undang ini memang kalau kita lihat apa yang
dicadangkan adalah pindaan-pindaan yang cukup serius. Oleh sebab Tuan Yang di-Pertua,
ia memasukkan ke dalam takrifan trafficking a dangerous drug, ketum. Kami tahu Tuan
Yang di-Pertua, bahawa untuk satu kesalahan mengedar iaitu trafficking, hukuman yang
dikenakan adalah hukuman mandatori, mati. Ini satu perkara yang serius, saya setuju
dengan apa yang disebut tadi oleh rakan saya daripada Yang Berhormat Bagan Serai.
Perkara yang berbangkit adalah adakah ini dadah atau takrifannya benda yang
seharusnya dimasukkan ke dalam rang undang-undang yang membawa hukuman yang
serius ini. Itu satu, kalau kami ikutkan takrifan trafficking. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita
lihat pada seksyen 2, dalam rang undang-undang asal iaitu dalam Dangerous Drugs Act.
Dinyatakan di situ takrifan trafficking. Kalau kita lihat kepada apa yang terlibat, yang
termasuk dalam lingkungan skop trafficking yang saya baca, dengan izin Tuan Yang di-
Pertua, kerana ini penting.
Section 2 - definition diberikan, ini apa yang dinyatakan Tuan Yang di-Pertua.
Trafficking includes the doing of any of the following acts. Minta maaf, saya dalam bahasa
Inggeris. That is to say, manufacturing, importing, exporting dan perkataan yang digunakan,
keeping, Makna dia, dalam section 2 of Dangerous Drugs Act, dengan izin. Kalau kita
simpan, keeping a dangerous drug, ianya membawa kepada satu kesalahan yang boleh
dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Kalau kita lihat kepada seksyen 6, Tuan Yang di-Pertua. Kita lihat bahawa
undang-undang ini, rang undang-undang ini ada pindaan kepada seksyen 2 dan juga
kepada seksyen 6. Ini kerana dimasukkan ke dalam seksyen 6 juga, perkataan ketum.
Seksyen 6 bergantung atau berkisar kepada perkara milikan. Maknanya, dalam Dangerous
Drugs Act ada 2 perkara, 3 perkara yang sebenarnya.
Satu - trafficking, kedua - possession, milikan dan ketiga - self administration. Di
mana kita minum, dalam keadaan kes ketum, bila kita minum or administer to ourself
ketum.
| Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Bagan Serai, sikit sahaja. Kita tadi sebenarnya banyak sangat bercakap aspek kebaikan sahaja. Akan tetapi kesannya- saya setuju apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Pasu tadi. Soal kalau kita kata bahawa bagaimana menanam sekarang. Saya rasa itu boleh dibuat dengan langkah-langkah, minta kementerian untuk membantu supaya mereka beralih kepada aspek lain. Ada juga sebut tadi kata bahawa terlalu keras. Sebenarnya ini langkah baik kerana kita lambat mengambil beberapa tindakan menyebabkan dadah akhirnya berleluasa. Ini langkah awal, saya sokong langkah ini, kita segerakan lah supaya ia tidak melebar. Jadi, kalau kita membuat tindakan yang flip flop, kadang-kadang hendak ambil, tidak ambil, hendak luah mati mak, telan mati bapak, tidak boleh. Ini kita kena bertegas daripada awal, kita kena konsisten baru kita boleh pastikan supaya perkara tidak menular. Apakah pandangan Yang Berhormat Bagan Serai?. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Ringkas, ringkas, sikit sahaja. Sekali dengan saya. Saya ada pendapat seorang doktor. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Jadi Tuan Yang di-Pertua, untuk negara maju, negara hendak pergi pada negara maju pada lima tahun lagi. Kita bukan sahaja hendak capai status ekonomi yang terbaik tetapi kita mesti mencapai status kesihatan yang terbaik yang ada polisi-polisi yang baik untuk kita laksanakan supaya kita jadi negara maju. Sebab contohnya, macam GST itu satu polisi yang baik. Jadi, untuk polisi dadah ini sama juga. Cuma pemikiran saya adalah sejauh manakah kita patut tingkatkan undang-undang ini supaya rakyat lebih selamat dari pada penyalahgunaan ketum ini, yang mana anak-anak muda kita banyak terjebak. Seperti kita katakan tadi, ketagihan ini lama-lama upgrade, dia naik makin tinggi pangkat, akhirnya dia akan pergi pada morfin, syabu dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Puchong. Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, dalam rang undang-undang ini memang kalau kita lihat apa yang dicadangkan adalah pindaan-pindaan yang cukup serius. Oleh sebab Tuan Yang di-Pertua, ia memasukkan ke dalam takrifan trafficking a dangerous drug, ketum. Kami tahu Tuan Yang di-Pertua, bahawa untuk satu kesalahan mengedar iaitu trafficking, hukuman yang dikenakan adalah hukuman mandatori, mati. Ini satu perkara yang serius, saya setuju dengan apa yang disebut tadi oleh rakan saya daripada Yang Berhormat Bagan Serai. Perkara yang berbangkit adalah adakah ini dadah atau takrifannya benda yang seharusnya dimasukkan ke dalam rang undang-undang yang membawa hukuman yang serius ini. Itu satu, kalau kami ikutkan takrifan trafficking. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat pada seksyen 2, dalam rang undang-undang asal iaitu dalam Dangerous Drugs Act. Dinyatakan di situ takrifan trafficking. Kalau kita lihat kepada apa yang terlibat, yang termasuk dalam lingkungan skop trafficking yang saya baca, dengan izin Tuan Yang di- Pertua, kerana ini penting. Section 2- definition diberikan, ini apa yang dinyatakan Tuan Yang di-Pertua. Trafficking includes the doing of any of the following acts. Minta maaf, saya dalam bahasa Inggeris. That is to say, manufacturing, importing, exporting dan perkataan yang digunakan, keeping, Makna dia, dalam section 2 of Dangerous Drugs Act, dengan izin. Kalau kita simpan, keeping a dangerous drug, ianya membawa kepada satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. Kalau kita lihat kepada seksyen 6, Tuan Yang di-Pertua. Kita lihat bahawa undang-undang ini, rang undang-undang ini ada pindaan kepada seksyen 2 dan juga kepada seksyen 6. Ini kerana dimasukkan ke dalam seksyen 6 juga, perkataan ketum. Seksyen 6 bergantung atau berkisar kepada perkara milikan. Maknanya, dalam Dangerous Drugs Act ada 2 perkara, 3 perkara yang sebenarnya. Satu- trafficking, kedua- possession, milikan dan ketiga- self administration. Di mana kita minum, dalam keadaan kes ketum, bila kita minum or administer to ourself ketum. | 58 | 70 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 59
Tuan Yang di-Pertua, dalam seksyen 6, perkataan sama digunakan, “Any person
who keeps or has in his possession, custody or control…” ketum yang ingin dicadangkan.
Jadi, perkara yang berbangkit adalah ini. Saya minta maaf, Yang Berhormat Timbalan
Menteri setiap kali datang untuk rang undang-undang ini, tapi Menteri Kesihatan dia tidak
tahu law. Akan tapi saya harap dapat dijelaskan perkara ini. Jadi, kita ada dua yang sama.
Kalau simpan, satu kesalahan bawah seksyen 6. Satu kesalahan juga di bawah seksyen 2.
Masalahnya Yang Berhormat Timbalan Menteri, di bawah seksyen 2 hukumannya
mandatori, hukum gantung sampai mati. Akan tetapi dibawa seksyen 6, maksimum 5 tahun
penjara dan denda. Jadi, manakah seharusnya kesalahan ini berada? Apakah sebenarnya
niat kerajaan dalam perkara ini? Adakah kita sekarang hendak menghukum orang, gantung
sampai mati, orang yang simpan ketum ini di mana, adakah kita tahu?
Kalau kita lihat kepada apa yang disebut dalam hujahan semua wakil rakyat
terdahulu, memang ini menjadi satu perkara di mana orang ramai ada menggunakan
ketum. Soalan kami di sini ingin untuk mengenakan hukum mandatori gantung sampai mati
kepada mereka. Is that the niat kerajaan? Bagaimanakah dengan seksyen 6 di mana
hukumannya ringan? Kemudian kita seksyen 6B dan ini penting. Tuan Yang di-Pertua,
seksyen 6B adalah the fourth classification, di mana kita tanam pokok ketum. Tanam.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang
Berhormat Kuala Kedah bangun, Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Just one minute Yang Berhormat Kuala
Kedah. Kalau kita tanam pokok ketum, itu satu. Akan tetapi kalau orang tanam dalam tanah
kita, ketum. Kita juga bersalah untuk satu kesalahan. Yang Berhormat Timbalan Menteri,
kesalahan di situ hanya satu hukuman, life imprisonment, mandatori. Ia bermakna, bahawa
semua orang sekarang, yang mana dalam tanah mereka ada tanaman ketum ini. Walaupun
dia tidak tanam sendiri, hukuman yang dikenakan mandatori life. Di sini maknanya, bukan
30 tahun Tuan Yang di-Pertua, it means natural life, sampai mati. Adakah ini satu perkara
yang kita hendak masukkan dalam Dangerous Drugs Act? Tuan Yang di-Pertua, saya bagi
pada Yang Berhormat Kuala Kedah dahulu dan selepas itu kepada sahabat saya, Yang
Berhormat Sepang.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang
Berhormat Shah Alam tidak disebut. Yang Berhormat Kuala Kedah dan Yang Berhormat
Sepang.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Yang Berhormat Kuala Kedah dahulu.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan
terima kasih Yang Berhormat Puchong. Senario yang saya hendak minta Yang Berhormat
Puchong komen ialah begini. Ada banyak tanah terbiar di Kedah, misalnya di kawasan saya
Parlimen Kuala Kedah, yang tumbuh pokok ketum, mungkin ditanam, mungkin tidak
ditanam. Saya tidak bercakap tentang ladang ketum. Ladang ketum memang ditanam untuk
tujuan mengkomersialkan. Akan tetapi ini yang tumbuh pokok ketum, apakah yang akan
berlaku pada tuan tanah tadi? Yang kadang-kadang setahun, dua tahun, tiga tahun, tidak
pernah menjejakkan kaki pun ke tanahnya. Terima kasih.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah.
Jawapan kepada soalan itu, jangan takut Yang Berhormat Kuala Kedah. Walau apa jua
keadaan pun bukan Ahli Parlimen tempat itu yang dihukum atau disabitkan dengan
kesalahan. Akan tetapi jawapan itu Tuan Yang di-Pertua, ada dalam seksyen 6B sendiri. Ini
juga satu perkara yang menjadi masalah. Kalau saya bacakan seksyen 6B dan ini adalah
dalam (4), subseksyen 4, saya baca. Any person found on land or occupies land on which,
or any person found in possession of any receptacle in which any plant from… ada
dinyatakan ketum di situ, may be obtained either directly or indirectly, is planted or
cultivated shall be presumed, until contrary is proved, to be the person who planted or
cultivated such plant.
| Tuan Yang di-Pertua, dalam seksyen 6, perkataan sama digunakan, "Any person who keeps or has in his possession, custody or control..." ketum yang ingin dicadangkan. Jadi, perkara yang berbangkit adalah ini. Saya minta maaf, Yang Berhormat Timbalan Menteri setiap kali datang untuk rang undang-undang ini, tapi Menteri Kesihatan dia tidak tahu law. Akan tapi saya harap dapat dijelaskan perkara ini. Jadi, kita ada dua yang sama. Kalau simpan, satu kesalahan bawah seksyen 6. Satu kesalahan juga di bawah seksyen 2. Masalahnya Yang Berhormat Timbalan Menteri, di bawah seksyen 2 hukumannya mandatori, hukum gantung sampai mati. Akan tetapi dibawa seksyen 6, maksimum 5 tahun penjara dan denda. Jadi, manakah seharusnya kesalahan ini berada? Apakah sebenarnya niat kerajaan dalam perkara ini? Adakah kita sekarang hendak menghukum orang, gantung sampai mati, orang yang simpan ketum ini di mana, adakah kita tahu?. Kalau kita lihat kepada apa yang disebut dalam hujahan semua wakil rakyat terdahulu, memang ini menjadi satu perkara di mana orang ramai ada menggunakan ketum. Soalan kami di sini ingin untuk mengenakan hukum mandatori gantung sampai mati kepada mereka. Is that the niat kerajaan? Bagaimanakah dengan seksyen 6 di mana hukumannya ringan? Kemudian kita seksyen 6B dan ini penting. Tuan Yang di-Pertua, seksyen 6B adalah the fourth classification, di mana kita tanam pokok ketum. Tanam. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Kuala Kedah bangun, Yang Berhormat Puchong. Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Just one minute Yang Berhormat Kuala Kedah. Kalau kita tanam pokok ketum, itu satu. Akan tetapi kalau orang tanam dalam tanah kita, ketum. Kita juga bersalah untuk satu kesalahan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kesalahan di situ hanya satu hukuman, life imprisonment, mandatori. Ia bermakna, bahawa semua orang sekarang, yang mana dalam tanah mereka ada tanaman ketum ini. Walaupun dia tidak tanam sendiri, hukuman yang dikenakan mandatori life. Di sini maknanya, bukan 30 tahun Tuan Yang di-Pertua, it means natural life, sampai mati. Adakah ini satu perkara yang kita hendak masukkan dalam Dangerous Drugs Act? Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pada Yang Berhormat Kuala Kedah dahulu dan selepas itu kepada sahabat saya, Yang Berhormat Sepang. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Shah Alam tidak disebut. Yang Berhormat Kuala Kedah dan Yang Berhormat Sepang. Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Yang Berhormat Kuala Kedah dahulu. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Puchong. Senario yang saya hendak minta Yang Berhormat Puchong komen ialah begini. Ada banyak tanah terbiar di Kedah, misalnya di kawasan saya Parlimen Kuala Kedah, yang tumbuh pokok ketum, mungkin ditanam, mungkin tidak ditanam. Saya tidak bercakap tentang ladang ketum. Ladang ketum memang ditanam untuk tujuan mengkomersialkan. Akan tetapi ini yang tumbuh pokok ketum, apakah yang akan berlaku pada tuan tanah tadi? Yang kadang-kadang setahun, dua tahun, tiga tahun, tidak pernah menjejakkan kaki pun ke tanahnya. Terima kasih. Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Jawapan kepada soalan itu, jangan takut Yang Berhormat Kuala Kedah. Walau apa jua keadaan pun bukan Ahli Parlimen tempat itu yang dihukum atau disabitkan dengan kesalahan. Akan tetapi jawapan itu Tuan Yang di-Pertua, ada dalam seksyen 6B sendiri. Ini juga satu perkara yang menjadi masalah. Kalau saya bacakan seksyen 6B dan ini adalah dalam (4), subseksyen 4, saya baca. Any person found on land or occupies land on which, or any person found in possession of any receptacle in which any plant from... ada dinyatakan ketum di situ, may be obtained either directly or indirectly, is planted or cultivated shall be presumed, until contrary is proved, to be the person who planted or cultivated such plant. | 59 | 71 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
60 DR.1.4.2015
Jadi, ada di situ anggapan. Kalau ada pokok ketum di atas tanah saya dan saya di
situ, saya dianggap sebagai orang yang menanam ketum itu. Jadi, saya secara prima facie
pun telah melakukan kesalahan. Ini juga di bawah sub eksyen 2, di mana dinyatakan
berkenaan tuan punya tanah tersebut. Ini menjadi satu masalah juga. Kita berbalik kepada
apa yang saya sebut tadi. Adakah ini ketum, satu perkara ataupun satu drug yang kita
hendak samakan dengan misalnya, heroin ataupun disebut sebagai hard drugs, syabu dan
sebagainya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang
Berhormat Sepang, silakan.
■1540
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua, terima kasih rakan saya Yang Berhormat daripada Puchong. Seperti mana Yang
Berhormat Puchong, saya pun nanti risau juga apabila Timbalan Menteri Kesihatan yang
akan menjawab benda ini seperti mana double presumption hari itu, saya kesian melihat
beliau begitu struggle untuk jawab.
Kalau melibatkan perundangan, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh
arahkan Menteri bahagian perundangan, lebih mudah lagi untuk dia hendak menjawab.
Okey, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Puchong, seksyen 6 ini yang lebih
malang lagi, dia tidak meletakkan satu prasyarat, kalau kita hendak guna presumption,
kalau dalam undang-undang seksyen 37 itu, untuk cannabis memang ada presumption.
Trafficking itu kalau kita memiliki 200 gram. Dalam undang-undang ini, oleh sebab kita tidak
pinda seksyen 37 itu dengan meletakkan ketum itu sebagai bahan yang dilarang juga
bermakna any amount. Maknanya kecil, jadi kalau dalam bentuk air, macam mana kita
hendak presumption itu?
Keduanya, saya hendak tanya juga, apabila kita- walaupun dalam seksyen 6B itu
mengatakan cultivation planting tetapi dalam amalan yang ada sekarang dalam mahkamah
ini, dalam kes yang berlaku ini ialah kadang-kadang orang tanam satu pokok ganja sahaja
pun, dia akan didakwa. Jadi, kita risau nanti daripada segi amalannya apabila kita letak
undang-undang begitu general seperti itu, ada satu pokok daun ketum pun mungkin akan
didakwa. Akan tetapi bila didakwa pula seksyen 6B ini sampai ke peringkat tidak boleh
jamin, ‘unbailable’. Undang-undang ini kalau ‘non-bailable’ masih boleh jamin. ‘Unbailable’
tidak boleh jamin. Tidak boleh jamin maknanya kita kena kurung dia sampai bicara habis.
Kalau didapati bersalah, langsung tidak boleh keluar sudah. Life imprisonment, enam rotan
pula itu.
Jadi, saya hendak tanyalah kepada Yang Berhormat Kepong setuju kah bahawa
sebenarnya inilah masalah Barisan Nasional, mereka ini ketagih dengan undang-undang.
Sikit-sikit hendak buat undang-undang, sikit-sikit hendak pinda undang-undang sebab
mereka sudah ketagih untuk nanti buat pindaan ke Anti-Terrorism Act, ketagih dengan ISA,
seperti mana orang ketagih dengan ketum. Setuju atau tidak? Terima kasih [Tepuk]
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar]: Yang Berhormat Puchong
boleh sedikit?
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Yang di-Pertua, saya confined kepada
bill dulu. Selepas itu sedikit sebanyak berkenaan politik. Tuan Yang di-Pertua, masalah…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat
Sepang tidak boleh lari, dia memang tidak boleh pisahkanlah [Ketawa]
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tapi dia betul. Saya akan ulas nanti. Tuan
Yang di-Pertua, saya minta maaf tetapi bila saya lihat kepada bill yang ada di atas meja
saya, nampaknya bahawa terdapat dua versi. Satu bahasa Inggeris dan satu lagi Bahasa
Malaysia. Akan tetapi versi Bahasa Malaysia itu takrifan untuk kratom itu atau ketum dalam
bahasa Inggeris juga. Ia tidak dalam bahasa Malaysia. So, kalau kita boleh lihat, minta maaf
Tuan Yang di-Pertua, pindaan seksyen 2, it says “Akta Dadah Berbahaya dipinda” dan
sebagainya tetapi takrifan dalam bahasa Inggeris, tidak dalam bahasa Malaysia. I think itu
penting untuk kita kerana kita tahu bahawa dalam mahkamah versi Bahasa Malaysia yang
menjadi bahasa rasmi.
| Jadi, ada di situ anggapan. Kalau ada pokok ketum di atas tanah saya dan saya di situ, saya dianggap sebagai orang yang menanam ketum itu. Jadi, saya secara prima facie pun telah melakukan kesalahan. Ini juga di bawah sub eksyen 2, di mana dinyatakan berkenaan tuan punya tanah tersebut. Ini menjadi satu masalah juga. Kita berbalik kepada apa yang saya sebut tadi. Adakah ini ketum, satu perkara ataupun satu drug yang kita hendak samakan dengan misalnya, heroin ataupun disebut sebagai hard drugs, syabu dan sebagainya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Sepang, silakan. #1540. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih rakan saya Yang Berhormat daripada Puchong. Seperti mana Yang Berhormat Puchong, saya pun nanti risau juga apabila Timbalan Menteri Kesihatan yang akan menjawab benda ini seperti mana double presumption hari itu, saya kesian melihat beliau begitu struggle untuk jawab. Kalau melibatkan perundangan, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh arahkan Menteri bahagian perundangan, lebih mudah lagi untuk dia hendak menjawab. Okey, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Puchong, seksyen 6 ini yang lebih malang lagi, dia tidak meletakkan satu prasyarat, kalau kita hendak guna presumption, kalau dalam undang-undang seksyen 37 itu, untuk cannabis memang ada presumption. Trafficking itu kalau kita memiliki 200 gram. Dalam undang-undang ini, oleh sebab kita tidak pinda seksyen 37 itu dengan meletakkan ketum itu sebagai bahan yang dilarang juga bermakna any amount. Maknanya kecil, jadi kalau dalam bentuk air, macam mana kita hendak presumption itu?. Keduanya, saya hendak tanya juga, apabila kita- walaupun dalam seksyen 6B itu mengatakan cultivation planting tetapi dalam amalan yang ada sekarang dalam mahkamah ini, dalam kes yang berlaku ini ialah kadang-kadang orang tanam satu pokok ganja sahaja pun, dia akan didakwa. Jadi, kita risau nanti daripada segi amalannya apabila kita letak undang-undang begitu general seperti itu, ada satu pokok daun ketum pun mungkin akan didakwa. Akan tetapi bila didakwa pula seksyen 6B ini sampai ke peringkat tidak boleh jamin, 'unbailable'. Undang-undang ini kalau 'non-bailable' masih boleh jamin. 'Unbailable' tidak boleh jamin. Tidak boleh jamin maknanya kita kena kurung dia sampai bicara habis. Kalau didapati bersalah, langsung tidak boleh keluar sudah. Life imprisonment, enam rotan pula itu. Jadi, saya hendak tanyalah kepada Yang Berhormat Kepong setuju kah bahawa sebenarnya inilah masalah Barisan Nasional, mereka ini ketagih dengan undang-undang. Sikit-sikit hendak buat undang-undang, sikit-sikit hendak pinda undang-undang sebab mereka sudah ketagih untuk nanti buat pindaan ke Anti-Terrorism Act, ketagih dengan ISA, seperti mana orang ketagih dengan ketum. Setuju atau tidak? Terima kasih [Tepuk]. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar]: Yang Berhormat Puchong boleh sedikit?. Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Yang di-Pertua, saya confined kepada bill dulu. Selepas itu sedikit sebanyak berkenaan politik. Tuan Yang di-Pertua, masalah... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sepang tidak boleh lari, dia memang tidak boleh pisahkanlah [Ketawa]. Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tapi dia betul. Saya akan ulas nanti. Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf tetapi bila saya lihat kepada bill yang ada di atas meja saya, nampaknya bahawa terdapat dua versi. Satu bahasa Inggeris dan satu lagi Bahasa Malaysia. Akan tetapi versi Bahasa Malaysia itu takrifan untuk kratom itu atau ketum dalam bahasa Inggeris juga. Ia tidak dalam bahasa Malaysia. So, kalau kita boleh lihat, minta maaf Tuan Yang di-Pertua, pindaan seksyen 2, it says "Akta Dadah Berbahaya dipinda" dan sebagainya tetapi takrifan dalam bahasa Inggeris, tidak dalam bahasa Malaysia. I think itu penting untuk kita kerana kita tahu bahawa dalam mahkamah versi Bahasa Malaysia yang menjadi bahasa rasmi. | 60 | 72 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 61
So, untuk kepentingan semua Ahli Parlimen. Saya rasa ini adalah satu yang
pentinglah. Kalau boleh dicadangkan supaya dalam masa depan barangkali, dalam bahasa
Malaysia takrifan itu. Tuan Yang di-Pertua, ini penting kerana kalau kita lihat kepada
takrifan, saya pohon izin untuk baca dalam bahasa Inggeris. This is what it says Tuan Yang
di-Pertua, “kratom" means any part of any plant of the genus Mitragyna from which there is
found to be present mitragynine irrespective of its quantity, and by whatever name the plant
may be designated”.
Kalau kita lihat kepada definisi ini, “Any part of any plant”. Saya hendak tanya
kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau ketum itu dalam air, tetapi air itu ditapis
and there is no part of the plant there then bagaimana, macam mana, semua pindaan ini
untuk apa? Because it is not part of the plant. Understand Yang Berhormat Menteri? Faham
kan. Saya dengar jawapan nanti lah ya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Allowed…
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Boleh beri? Mesti pasti [Ketawa] Di
belakang ada yang gelak-gelak, boleh tanya mereka. Semua mereka tahu. Ya, Yang
Berhormat Sepang, you want to follow up? Jadi, itu masalahnya. So, what exactly- dan
kalau kita lihat kepada semua bahagian dalam rang ini, apakah yang digunakan adalah
perkataan kratom atau ketum, tidak ada takrifan yang lain. Saya hendak tahu apakah yang
kita bahas di sini? Adakah ia untuk seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat
Kubang Pasu tadi. Adakah ia untuk mengatasi semua masalah yang sedia ada seperti
mana disebut tadi, dalam sekolah dan sebagainya kita hendak control dan sebagainya.
Orang-orang bawa kereta dan sebagainya, kita hendak control, adakah bill ini sebenarnya
ditujukan kepada mereka. Kalau ia ditujukan kepada mereka this is all wrong dengan segala
hormatnya melainkan boleh diberikan satu penjelasan. Ya, jadi…
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Yang Berhormat Puchong, sedikit.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: …Sebentar Yang Berhormat Batu. Berbalik
kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sepang tadi. Sedikit berkenaan politik. Ya,
apabila kita buat cadangan untuk pindaan, Yang Berhormat Menteri, especially when it
comes to Dangerous Drug Act, saya ada sebut banyak kali dalam Dewan ini. Hukuman-
hukuman di bawah akta ini cukup berat. Kita kenal pasti apa yang kita hendak daripada
pindaan ini. Kalau kita sebut daripada plant, hanya plant, adakah ia bermaksud bahawa kita
ini tidak hendak mengatasi masalah yang sebenarnya. Semua Ahli Parlimen dalam Dewan
ini tadi berhujah. Itu perkara yang dibangkitkan. Saya rasa juga itu menjadi satu perkara
yang menjadi masalah kepada Yang Berhormat Sepang. Boleh Yang Berhormat Shah
Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat
Puchong, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak faham apa yang disampaikan
oleh Yang Berhormat Puchong. Lalu setakat mana yang saya faham apa yang diucap itu,
Yang Berhormat Puchong tidak menafikan segala masalah yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli
Parlimen yang sebelum ini ya iaitu masalah ketagihan, masalah budak-budak sekolah
baling plastik dalam jamban, jamban tersumbat. Sepatutnya diharamkan plastik bag itu.
Ketum itu tidak menyebabkan jamban itu tersumbat.
Akan tetapi kita tidak nafikan masalah-masalah ini. Hanya yang kita pertikaikan
ialah cara bagaimana ia ditangani. Di mana ia tidak disasarkan kepada masalah yang
sebenar. Menggunakan bagaikan satu pukat tunda, tangkap semua, boleh cover semua
sedangkan orang yang tidak salah pun akan terlibat juga dengan undang-undang yang
sebegitu rupa yang terus mendatangkan hukuman yang begitu berat. Saya rasa itulah
maksud Yang Berhormat Puchong ya. Dengan izin, we acknowledge the problem, we
understand the problem but we do not agree with the way it’s being handled by using the
Dangerous Drug Act, am I correct?
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: [Bangun]
| So, untuk kepentingan semua Ahli Parlimen. Saya rasa ini adalah satu yang pentinglah. Kalau boleh dicadangkan supaya dalam masa depan barangkali, dalam bahasa Malaysia takrifan itu. Tuan Yang di-Pertua, ini penting kerana kalau kita lihat kepada takrifan, saya pohon izin untuk baca dalam bahasa Inggeris. This is what it says Tuan Yang di-Pertua, "kratom" means any part of any plant of the genus Mitragyna from which there is found to be present mitragynine irrespective of its quantity, and by whatever name the plant may be designated". Kalau kita lihat kepada definisi ini, "Any part of any plant". Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau ketum itu dalam air, tetapi air itu ditapis and there is no part of the plant there then bagaimana, macam mana, semua pindaan ini untuk apa? Because it is not part of the plant. Understand Yang Berhormat Menteri? Faham kan. Saya dengar jawapan nanti lah ya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Allowed... Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Boleh beri? Mesti pasti [Ketawa] Di belakang ada yang gelak-gelak, boleh tanya mereka. Semua mereka tahu. Ya, Yang Berhormat Sepang, you want to follow up? Jadi, itu masalahnya. So, what exactly- dan kalau kita lihat kepada semua bahagian dalam rang ini, apakah yang digunakan adalah perkataan kratom atau ketum, tidak ada takrifan yang lain. Saya hendak tahu apakah yang kita bahas di sini? Adakah ia untuk seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Pasu tadi. Adakah ia untuk mengatasi semua masalah yang sedia ada seperti mana disebut tadi, dalam sekolah dan sebagainya kita hendak control dan sebagainya. Orang-orang bawa kereta dan sebagainya, kita hendak control, adakah bill ini sebenarnya ditujukan kepada mereka. Kalau ia ditujukan kepada mereka this is all wrong dengan segala hormatnya melainkan boleh diberikan satu penjelasan. Ya, jadi... Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Yang Berhormat Puchong, sedikit. Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: ...Sebentar Yang Berhormat Batu. Berbalik kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sepang tadi. Sedikit berkenaan politik. Ya, apabila kita buat cadangan untuk pindaan, Yang Berhormat Menteri, especially when it comes to Dangerous Drug Act, saya ada sebut banyak kali dalam Dewan ini. Hukuman- hukuman di bawah akta ini cukup berat. Kita kenal pasti apa yang kita hendak daripada pindaan ini. Kalau kita sebut daripada plant, hanya plant, adakah ia bermaksud bahawa kita ini tidak hendak mengatasi masalah yang sebenarnya. Semua Ahli Parlimen dalam Dewan ini tadi berhujah. Itu perkara yang dibangkitkan. Saya rasa juga itu menjadi satu perkara yang menjadi masalah kepada Yang Berhormat Sepang. Boleh Yang Berhormat Shah Alam. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat Puchong, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak faham apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat Puchong. Lalu setakat mana yang saya faham apa yang diucap itu, Yang Berhormat Puchong tidak menafikan segala masalah yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Parlimen yang sebelum ini ya iaitu masalah ketagihan, masalah budak-budak sekolah baling plastik dalam jamban, jamban tersumbat. Sepatutnya diharamkan plastik bag itu. Ketum itu tidak menyebabkan jamban itu tersumbat. Akan tetapi kita tidak nafikan masalah-masalah ini. Hanya yang kita pertikaikan ialah cara bagaimana ia ditangani. Di mana ia tidak disasarkan kepada masalah yang sebenar. Menggunakan bagaikan satu pukat tunda, tangkap semua, boleh cover semua sedangkan orang yang tidak salah pun akan terlibat juga dengan undang-undang yang sebegitu rupa yang terus mendatangkan hukuman yang begitu berat. Saya rasa itulah maksud Yang Berhormat Puchong ya. Dengan izin, we acknowledge the problem, we understand the problem but we do not agree with the way it's being handled by using the Dangerous Drug Act, am I correct?. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: [Bangun]. | 61 | 73 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
62 DR.1.4.2015
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: So, I would say that would be- saya
nampak Yang Berhormat Puchong mengangguk, maknanya dia bersetuju. Di sinilah yang
kita kena ada sedikit keterbukaan dalam kita hendak membahas masalah ini. Bukan
sekadar kita hendak bahas tentang soal bahawa ia masalah. Akan tetapi juga bagaimana
kita hendak tangani ini. Saya rasa bahawa dalam soal ini ia tidak dibahas dan dikaji dengan
penuh teliti oleh pihak kerajaan.
Implikasi daripada apa yang disebut tadi. Saya pun tidak boleh gambarkan lah
orang tua-tua yang sudah biasa menggunakan ketum ini sebagai perubatan dan
sebagainya, dipenjarakan seumur hidup. Seolah-olah merupakan seorang penjenayah yang
besar. Sedangkan dia tidak terlibat dalam usaha untuk mengedar dadah ataupun as a drug
lah kan, yang ganja, morfin dan sebagainya. Maka saya mengharapkan bahawa persoalan
ini boleh ditangani.
Kedua, saya hendak juga sebutlah tadi ada saya dengar disebut bahawa Majlis
Fatwa sudah kata ketum ini haram. Maka apabila dikatakan ia haram maka macam kita
seolah-olah kita tidak ambil kiralah implikasi hukuman ini. Saya hendak beritahu kepada
Yang Berhormat, Majlis Fatwa kata merokok pun haram, yang timbulkan isu kata Majlis
Fatwa kata haram pun merokok. Kalau tidak silap saya. Tidak ada pula kita mengatakan
bahawa…
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar]: Yang Berhormat, satu saja,
Majlis Fatwa Perlis sahaja tadi yang dibangkitkan oleh... bukan semua.
■1550
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya hendak bagi contoh hujah.
Walaupun ia dikatakan haram tetapi daripada segi pelaksanaan undang-undang bagaimana
kita hendak tangani itu, kita kena bincanglah dengan serius. Tak boleh kita gunakan itu
sebagai satu hujah untuk menutup segala-galanya. Yang budak-budak sekolah yang
terlibat, kena rotan kah, kena hantar untuk, seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat
Kuala Kedah, dia punya treatment hanya dua hari, yang withdrawal symptom yang mudah
untuk ditangani, banyak cara. Tak boleh kita dengan menggunakan satu pukat tunda,
tangkap semua, semua life imprisonment ataupun dengan hukuman-hukuman yang
sebegitu berat untuk masalah ini. Apakah pandangan Yang Berhormat Puchong?
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar]: Sedikit sahaja Yang Berhormat
Puchong, sedikit sahaja.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: I’ll come to you next. Saya akan bagi pada
Yang Berhormat Padang Serai. Saya sangat setuju, itu maksud saya. Akan tetapi saya
bukan Menteri. Apa yang kita perlu untuk dengar daripada Yang Berhormat Menteri ialah
apakah dia bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Shah Alam. Jadi
saya masukkannya dalam sebahagian daripada ucapan saya dan saya harap bahawa
Menteri dapat menjelaskan. Sila Yang Berhormat Padang Besar.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar]: Yang Berhormat Puchong, kita
dengar perbahasan tadi, kita bersetuju bahawa penyalahgunaan ketum ini, kita setuju. Akan
tetapi daripada segi prinsip keadilannya, sekarang ini saya tengok Yang Berhormat
Puchong, kita rasa keadilan ini tidak kena, sebab kratom daripada Akta Racun Berbahaya,
kita pindah sama dengan cannabis. Bermaknanya ia tidak adil. Itu sahaja yang saya minta
Yang Berhormat Puchong, setuju kah tidak? Kita samakan dengan cannabis, hukumannya
berat. Kalau kita tingkatkan hukuman daripada Akta Racun kepada jumlah beberapa ribu
dan kawalan, kita bersetuju. Akan tetapi kalau sama dengan cannabis- saya tengok di sini
semuanya, “or and cannabis”. Tidak adil. Tidak sama. Kratom dengan cannabis tidak sama.
Di sini kalau kita hendak mengundi, tak sama.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Yang Berhormat Puchong...
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: I will give it to you after this. Saya setuju
dengan apa yang disebut oleh sahabat saya Yang Berhormat Padang Besar. Sebenarnya
itu juga menjadi apa yang saya sebut. Saya rasa kita semua setuju bahawa kalau perlu
ditangani masalah ini, kita perlu ada strategi. Maknanya ia perlu bermula daripada titik
permulaan. Tidak apabila kita rasa ia merupakan satu masalah, terus kita bawa kepada
akta yang paling berat daripada segi hukuman dia.
| Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: So, I would say that would be- saya nampak Yang Berhormat Puchong mengangguk, maknanya dia bersetuju. Di sinilah yang kita kena ada sedikit keterbukaan dalam kita hendak membahas masalah ini. Bukan sekadar kita hendak bahas tentang soal bahawa ia masalah. Akan tetapi juga bagaimana kita hendak tangani ini. Saya rasa bahawa dalam soal ini ia tidak dibahas dan dikaji dengan penuh teliti oleh pihak kerajaan. Implikasi daripada apa yang disebut tadi. Saya pun tidak boleh gambarkan lah orang tua-tua yang sudah biasa menggunakan ketum ini sebagai perubatan dan sebagainya, dipenjarakan seumur hidup. Seolah-olah merupakan seorang penjenayah yang besar. Sedangkan dia tidak terlibat dalam usaha untuk mengedar dadah ataupun as a drug lah kan, yang ganja, morfin dan sebagainya. Maka saya mengharapkan bahawa persoalan ini boleh ditangani. Kedua, saya hendak juga sebutlah tadi ada saya dengar disebut bahawa Majlis Fatwa sudah kata ketum ini haram. Maka apabila dikatakan ia haram maka macam kita seolah-olah kita tidak ambil kiralah implikasi hukuman ini. Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat, Majlis Fatwa kata merokok pun haram, yang timbulkan isu kata Majlis Fatwa kata haram pun merokok. Kalau tidak silap saya. Tidak ada pula kita mengatakan bahawa... Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar]: Yang Berhormat, satu saja, Majlis Fatwa Perlis sahaja tadi yang dibangkitkan oleh... bukan semua. #1550. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya hendak bagi contoh hujah. Walaupun ia dikatakan haram tetapi daripada segi pelaksanaan undang-undang bagaimana kita hendak tangani itu, kita kena bincanglah dengan serius. Tak boleh kita gunakan itu sebagai satu hujah untuk menutup segala-galanya. Yang budak-budak sekolah yang terlibat, kena rotan kah, kena hantar untuk, seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Kedah, dia punya treatment hanya dua hari, yang withdrawal symptom yang mudah untuk ditangani, banyak cara. Tak boleh kita dengan menggunakan satu pukat tunda, tangkap semua, semua life imprisonment ataupun dengan hukuman-hukuman yang sebegitu berat untuk masalah ini. Apakah pandangan Yang Berhormat Puchong?. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar]: Sedikit sahaja Yang Berhormat Puchong, sedikit sahaja. Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: I'll come to you next. Saya akan bagi pada Yang Berhormat Padang Serai. Saya sangat setuju, itu maksud saya. Akan tetapi saya bukan Menteri. Apa yang kita perlu untuk dengar daripada Yang Berhormat Menteri ialah apakah dia bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Shah Alam. Jadi saya masukkannya dalam sebahagian daripada ucapan saya dan saya harap bahawa Menteri dapat menjelaskan. Sila Yang Berhormat Padang Besar. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar]: Yang Berhormat Puchong, kita dengar perbahasan tadi, kita bersetuju bahawa penyalahgunaan ketum ini, kita setuju. Akan tetapi daripada segi prinsip keadilannya, sekarang ini saya tengok Yang Berhormat Puchong, kita rasa keadilan ini tidak kena, sebab kratom daripada Akta Racun Berbahaya, kita pindah sama dengan cannabis. Bermaknanya ia tidak adil. Itu sahaja yang saya minta Yang Berhormat Puchong, setuju kah tidak? Kita samakan dengan cannabis, hukumannya berat. Kalau kita tingkatkan hukuman daripada Akta Racun kepada jumlah beberapa ribu dan kawalan, kita bersetuju. Akan tetapi kalau sama dengan cannabis- saya tengok di sini semuanya, "or and cannabis". Tidak adil. Tidak sama. Kratom dengan cannabis tidak sama. Di sini kalau kita hendak mengundi, tak sama. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Yang Berhormat Puchong... Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: I will give it to you after this. Saya setuju dengan apa yang disebut oleh sahabat saya Yang Berhormat Padang Besar. Sebenarnya itu juga menjadi apa yang saya sebut. Saya rasa kita semua setuju bahawa kalau perlu ditangani masalah ini, kita perlu ada strategi. Maknanya ia perlu bermula daripada titik permulaan. Tidak apabila kita rasa ia merupakan satu masalah, terus kita bawa kepada akta yang paling berat daripada segi hukuman dia. | 62 | 74 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 63
Jadi kita perlu lihat- saya rasa ia berbalik pada drafting. Kita sebagai Ahli Parlimen
kita kena lihat, kita kena tanya sama ada drafting ini membawa maksud yang sebenar yang
diinginkan oleh Dewan ini. Apabila kita ke mahkamah, apabila undang-undang ini diguna
pakai kemudian, mahkamah akan tanya balik apakah niat Parlimen apabila kita menggubal.
Di sini juga saya ingin bawa kepada poin kedua dan saya ingin minta juga
pandangan daripada Yang Berhormat Sepang. Kalau kita lihat kepada akta ini, pindaan ini,
sepertimana yang saya sebut tadi, ada tiga bahagian iaitu trafficking, milikan iaitu
possession dan apabila kita cultivate, kita tanam pokok. Itu satu. Itu seksyen 2, seksyen 6
dan seksyen 6B. Saya sudah sebut, sudah habis dengan perkara itu.
Kita sekarang berbalik kepada seksyen 15. Tuan Yang di-Pertua, dalam seksyen
15, ia melibatkan administering. Maknanya kalau ia daripada segi suntikan, kita suntik
dadah itu ke dalam badan kita. Kalau ia sebagai air, kita minum. Akan tetapi masalahnya
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada definition, disebut administering kratom into
our body. Kalau kita balik pada kepada definition, “kratom” means plant. So bagaimana kita
administer plant ke dalam badan kita? [Ketawa] Saya minta Yang Berhormat Sepang, you
better check this. Kita Ahli Parlimen, tahu? Kita pergi mahkamah, hakim itu gelak. “What are
you all doing in Parliament?” Itu penting. Yang Berhormat Menteri, I want to find out why
your Ministry thinks that we can administer a plant into our body. Mungkin ini idea Yang
Berhormat Arau, saya rasa [Ketawa]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: [Bangun]
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Sila, Yang Berhormat Batu dahulu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Mengikut tafsiran itu, saya amat
khuatir kerana tadi saya dengar dari Yang Berhormat Titiwangsa, ada sebuah syarikat luar
negeri akan melancarkan produk dari daun ketum ini. Ini juga bermaksud apa undang-
undang ini- saya hendak mendapatkan pandangan. Kita tidak haramkan substance itu,
mitragynine, iaitu substance yang memberi stimulant dan menyebabkan yang kita sebut
effect kick itu. Maksudnya, kalau syarikat di luar negara mereka produce dalam bentuk pil
dan dibawa masuk ke Malaysia dan tanpa associate dengan kratom, itu boleh dijual secara
meluas. Ini juga sedikit sebanyak sama dengan rokok. Rokok mempunyai pelbagai racun,
tetapi oleh sebab syarikat ada patent rights semua ini, kita membenarkan.
So, apa pandangan Yang Berhormat Puchong, adakah ini tidak adil apabila
sebuah syarikat boleh menggunakan hak dia untuk memperoleh patent right, memperoleh
itu, selepas itu dibenarkan bebas untuk mengedar kerana undang-undang kita tidak lengkap
untuk menahan pengedaran substance yang beracun ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, boleh gulung
Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Ya, saya setuju dengan apa yang disebut
oleh Yang Berhormat Batu. Memang satu pandangan yang baik. Saya masukkan dalam
ucapan saya dan mungkin saya harap Timbalan Menteri boleh bantu kita dalam
jawapannya nanti. Last daripada Yang Berhormat Kapar sebelum saya gulung.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Terima kasih Yang Berhormat
Puchong. Yang Berhormat Puchong, saya arif Yang Berhormat banyak juga buat kes-kes
yang melibatkan dengan penagih-penagih dadah ini. Saya berpendapat penagih ini- I am
focusing on penagih, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Penagih ini dia perlukan bantuan
kesihatan dan bukan hukuman berat. Setiap kali ada isu penagih dadah ini, kita ibaratkan
dia sebagai seorang penjenayah. Kita tangkap dia, kita bawa dia dekat lokap, kita gari
tangan dia, simpan dua tiga hari. Kecenderungan untuk dia menagih itu bertambah-tambah.
Saya selalu ibaratkan penagih dadah ini seperti orang kurang siuman. Dia perlukan
penglibatan kesihatan pada masa itu juga secara mendadak dan secara terbuka. Daripada
kita ibaratkan dia sebagai mangsa, kita datang dengan undang-undang ini, ibaratkan dia
| Jadi kita perlu lihat- saya rasa ia berbalik pada drafting. Kita sebagai Ahli Parlimen kita kena lihat, kita kena tanya sama ada drafting ini membawa maksud yang sebenar yang diinginkan oleh Dewan ini. Apabila kita ke mahkamah, apabila undang-undang ini diguna pakai kemudian, mahkamah akan tanya balik apakah niat Parlimen apabila kita menggubal. Di sini juga saya ingin bawa kepada poin kedua dan saya ingin minta juga pandangan daripada Yang Berhormat Sepang. Kalau kita lihat kepada akta ini, pindaan ini, sepertimana yang saya sebut tadi, ada tiga bahagian iaitu trafficking, milikan iaitu possession dan apabila kita cultivate, kita tanam pokok. Itu satu. Itu seksyen 2, seksyen 6 dan seksyen 6B. Saya sudah sebut, sudah habis dengan perkara itu. Kita sekarang berbalik kepada seksyen 15. Tuan Yang di-Pertua, dalam seksyen 15, ia melibatkan administering. Maknanya kalau ia daripada segi suntikan, kita suntik dadah itu ke dalam badan kita. Kalau ia sebagai air, kita minum. Akan tetapi masalahnya Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada definition, disebut administering kratom into our body. Kalau kita balik pada kepada definition, "kratom" means plant. So bagaimana kita administer plant ke dalam badan kita? [Ketawa] Saya minta Yang Berhormat Sepang, you better check this. Kita Ahli Parlimen, tahu? Kita pergi mahkamah, hakim itu gelak. "What are you all doing in Parliament?" Itu penting. Yang Berhormat Menteri, I want to find out why your Ministry thinks that we can administer a plant into our body. Mungkin ini idea Yang Berhormat Arau, saya rasa [Ketawa]. Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: [Bangun]. Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Sila, Yang Berhormat Batu dahulu. Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Mengikut tafsiran itu, saya amat khuatir kerana tadi saya dengar dari Yang Berhormat Titiwangsa, ada sebuah syarikat luar negeri akan melancarkan produk dari daun ketum ini. Ini juga bermaksud apa undang- undang ini- saya hendak mendapatkan pandangan. Kita tidak haramkan substance itu, mitragynine, iaitu substance yang memberi stimulant dan menyebabkan yang kita sebut effect kick itu. Maksudnya, kalau syarikat di luar negara mereka produce dalam bentuk pil dan dibawa masuk ke Malaysia dan tanpa associate dengan kratom, itu boleh dijual secara meluas. Ini juga sedikit sebanyak sama dengan rokok. Rokok mempunyai pelbagai racun, tetapi oleh sebab syarikat ada patent rights semua ini, kita membenarkan. So, apa pandangan Yang Berhormat Puchong, adakah ini tidak adil apabila sebuah syarikat boleh menggunakan hak dia untuk memperoleh patent right, memperoleh itu, selepas itu dibenarkan bebas untuk mengedar kerana undang-undang kita tidak lengkap untuk menahan pengedaran substance yang beracun ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, boleh gulung Yang Berhormat Puchong. Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Ya, saya setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Batu. Memang satu pandangan yang baik. Saya masukkan dalam ucapan saya dan mungkin saya harap Timbalan Menteri boleh bantu kita dalam jawapannya nanti. Last daripada Yang Berhormat Kapar sebelum saya gulung. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat Puchong, saya arif Yang Berhormat banyak juga buat kes-kes yang melibatkan dengan penagih-penagih dadah ini. Saya berpendapat penagih ini- I am focusing on penagih, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Penagih ini dia perlukan bantuan kesihatan dan bukan hukuman berat. Setiap kali ada isu penagih dadah ini, kita ibaratkan dia sebagai seorang penjenayah. Kita tangkap dia, kita bawa dia dekat lokap, kita gari tangan dia, simpan dua tiga hari. Kecenderungan untuk dia menagih itu bertambah-tambah. Saya selalu ibaratkan penagih dadah ini seperti orang kurang siuman. Dia perlukan penglibatan kesihatan pada masa itu juga secara mendadak dan secara terbuka. Daripada kita ibaratkan dia sebagai mangsa, kita datang dengan undang-undang ini, ibaratkan dia. | 63 | 75 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
64 DR.1.4.2015
sebagai seorang penjenayah. Saya rasa fokus Kerajaan Persekutuan untuk membantu,
menolong penagih ini terkeluar sasar. Apakah pendapat Yang Berhormat? Terima kasih.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Terima kasih Yang Berhormat Kapar.
Sebenarnya itu topik akhir saya Tuan Yang di-Pertua sebelum saya duduk. Perkara yang
berbangkit adalah ini.
Kita tahu bahawa dalam 10 tahun yang lalu ada banyak kajian yang dibuat, Yang
Berhormat Kapar, di mana disebut bahawa memang hukuman yang berat seperti death
penalty dan sebagainya, ia tidak membantu. Ia tidak membantu membanteras masalah
pengedaran dadah. Itu untuk pengedaran. Akan tetapi kalau kita lihat kepada structure bill
ini, nampaknya juga penagih dadah pun boleh dibawa ke muka keadilan untuk kesalahan
pengedaran. Itu menjadi masalah dia. Jadi kita kena split. Apabila kita lihat kepada masalah
pengagihan, kalau kita hendak charge seseorang...
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya terus terang kepada Yang Berhormat
Timbalan Menteri, bukankah Kementerian Kesihatan tidak tahu sebenarnya ada atau tidak
bekalan dadah ini datangnya dari mana? Kalau orang itu ditahan, orang itu disimpan dalam
penjara, orang itu dilokap di pusat pemulihan dan sebagainya, bukankah aduan didapati
berkenaan dengan mereka ini? Apakah yang berlaku apabila mereka dimasukkan ke dalam
penjara? Adakah mereka ini dijadikan ataupun – are they cured of this problem? Apakah
yang kita niatkan sebagai kerajaan?
Adakah kita hendak untuk satu keadaan di mana kita lihat orang itu seorang
penagih, terus kita bawa hukuman kepada dia sehinggakan dia dimasukkan ke dalam
penjara dan menjadi lebih teruk ataupun adakah kita sedar bahawa ini satu masalah
kesihatan, masalah yang juga perlu ditangani dari segi kesihatan dan kenapa tidak ada
sebarang cadangan yang dibawa oleh kementerian supaya perkara ini dapat dilihat dari
segi itu supaya mereka-mereka yang mengalami masalah ini dapat diselesaikan masalah
itu supaya mereka boleh kembali kepada masyarakat sebagai rakyat yang berguna. Itu
saya rasa lebih penting. Kalau kita fokus sebegini...
Yang Berhormat Menteri, saya minta Yang Berhormat Menteri kalau boleh datang
ke mahkamah. Hari-hari you go on remand. Berapa ratus kes urin dia orang tangkap,
beratus-ratus dilonggokkan dibawa masuk ke penjara. Itu doesn’t help. It makes it worse.
Jadi apa yang kita cadangkan di sini? Apakah tujuan pindaan ini? Adakah kita
hendak selamatkan ataupun bantu mereka yang ada masalah ini ataupun adakah kita di
sini hanya hendak menunjukkan bahawa kita ada undang-undang yang cukup berat tetapi
sebenarnya undang-undang itu tidak tepat pada tempatnya, tidak menyelesaikan masalah
yang seharusnya kita lihat dan seharusnya kita tangani?
Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih.
■1600
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Terima kasih Yang
Berhormat. Yang Berhormat Setiu.
4.00 ptg.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Apa yang telah dibincangkan dari pagi tadi, pada asalnya daun ketum ini memang
telah digunakan secara tradisional seperti mana yang kita tahu. Banyaklah yang telah
disebut, cuma ada yang tidak sebut untuk mengeluarkan angin daripada badan. Itu satu
sebab lagi dan juga untuk meningkatkan tenaga untuk melakukan kerja berat. Jadi rata-rata
saya lihat, banyak yang memberi kelebihan daripada penagihan. Bermakna, yang baik lebih
daripada yang buruk. Banyak lagilah yang kalau hendak kata disebut juga sakit belakang
tadi, demam, batuk, cacing, penawar kepada diabetes, kepada darah tinggi dan lain-lain.
Maknanya sebagai sejenis ubat.
Jadi, sebenarnya benda ini sudah dimasukkan sebenarnya. Kalau kita hendak
beritahu contohlah, kalau kita ambil panadol itu sendiri, panadol itu ubat. Akan tetapi kalau
dicampurkan dengan ubat batuk dan sebagainya, ia boleh menjadi dadah yang agak
berbahaya. Boleh bawa kereta dengan tidak mengantuknya dan macam-macam lagi. Jadi
| sebagai seorang penjenayah. Saya rasa fokus Kerajaan Persekutuan untuk membantu, menolong penagih ini terkeluar sasar. Apakah pendapat Yang Berhormat? Terima kasih. Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Sebenarnya itu topik akhir saya Tuan Yang di-Pertua sebelum saya duduk. Perkara yang berbangkit adalah ini. Kita tahu bahawa dalam 10 tahun yang lalu ada banyak kajian yang dibuat, Yang Berhormat Kapar, di mana disebut bahawa memang hukuman yang berat seperti death penalty dan sebagainya, ia tidak membantu. Ia tidak membantu membanteras masalah pengedaran dadah. Itu untuk pengedaran. Akan tetapi kalau kita lihat kepada structure bill ini, nampaknya juga penagih dadah pun boleh dibawa ke muka keadilan untuk kesalahan pengedaran. Itu menjadi masalah dia. Jadi kita kena split. Apabila kita lihat kepada masalah pengagihan, kalau kita hendak charge seseorang... Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya terus terang kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bukankah Kementerian Kesihatan tidak tahu sebenarnya ada atau tidak bekalan dadah ini datangnya dari mana? Kalau orang itu ditahan, orang itu disimpan dalam penjara, orang itu dilokap di pusat pemulihan dan sebagainya, bukankah aduan didapati berkenaan dengan mereka ini? Apakah yang berlaku apabila mereka dimasukkan ke dalam penjara? Adakah mereka ini dijadikan ataupun- are they cured of this problem? Apakah yang kita niatkan sebagai kerajaan? Adakah kita hendak untuk satu keadaan di mana kita lihat orang itu seorang penagih, terus kita bawa hukuman kepada dia sehinggakan dia dimasukkan ke dalam penjara dan menjadi lebih teruk ataupun adakah kita sedar bahawa ini satu masalah kesihatan, masalah yang juga perlu ditangani dari segi kesihatan dan kenapa tidak ada sebarang cadangan yang dibawa oleh kementerian supaya perkara ini dapat dilihat dari segi itu supaya mereka-mereka yang mengalami masalah ini dapat diselesaikan masalah itu supaya mereka boleh kembali kepada masyarakat sebagai rakyat yang berguna. Itu saya rasa lebih penting. Kalau kita fokus sebegini... Yang Berhormat Menteri, saya minta Yang Berhormat Menteri kalau boleh datang ke mahkamah. Hari-hari you go on remand. Berapa ratus kes urin dia orang tangkap, beratus-ratus dilonggokkan dibawa masuk ke penjara. Itu doesn't help. It makes it worse. Jadi apa yang kita cadangkan di sini? Apakah tujuan pindaan ini? Adakah kita hendak selamatkan ataupun bantu mereka yang ada masalah ini ataupun adakah kita di sini hanya hendak menunjukkan bahawa kita ada undang-undang yang cukup berat tetapi sebenarnya undang-undang itu tidak tepat pada tempatnya, tidak menyelesaikan masalah yang seharusnya kita lihat dan seharusnya kita tangani? Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih. #1600 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Setiu. 4.00 ptg. Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Apa yang telah dibincangkan dari pagi tadi, pada asalnya daun ketum ini memang telah digunakan secara tradisional seperti mana yang kita tahu. Banyaklah yang telah disebut, cuma ada yang tidak sebut untuk mengeluarkan angin daripada badan. Itu satu sebab lagi dan juga untuk meningkatkan tenaga untuk melakukan kerja berat. Jadi rata-rata saya lihat, banyak yang memberi kelebihan daripada penagihan. Bermakna, yang baik lebih daripada yang buruk. Banyak lagilah yang kalau hendak kata disebut juga sakit belakang tadi, demam, batuk, cacing, penawar kepada diabetes, kepada darah tinggi dan lain-lain. Maknanya sebagai sejenis ubat. Jadi, sebenarnya benda ini sudah dimasukkan sebenarnya. Kalau kita hendak beritahu contohlah, kalau kita ambil panadol itu sendiri, panadol itu ubat. Akan tetapi kalau dicampurkan dengan ubat batuk dan sebagainya, ia boleh menjadi dadah yang agak berbahaya. Boleh bawa kereta dengan tidak mengantuknya dan macam-macam lagi. Jadi. | 64 | 76 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 65
maknanya kalau perkara macam itu berlaku, takkanlah kita hendak haramkan pengilang,
penjual dan sebagainya.
Pada sayalah sekarang ini, berkenaan dengan pemilikan daun ketum ini semua
telah dinyatakan dalam Akta Racun 1952, disebut pemilikan, pengilangan, eksport, import.
Jadi maknanya benda ini sudah dinyatakan dengan jelas. Apa yang kita cuba atasi
sekarang ini, kita cuba banteras ialah penyalahgunaan. Jadi kalau penyalahgunaan, saya
cadangkanlah maknanya kita tidak boleh ambil semua pindaan ini sehingga kepada
hukuman mati. Mungkin kita boleh limit setakat macam yang disebut oleh Yang Berhormat
Puchong tadi, setakat seksyen 15. Kalau ikutkan pindaan ini, seksyen 2 itu any part of the
plant. Is not it? Any part of the plant itu maknanya daunnya kah, bermakna kalau kita ambil,
setakat kita tumpukan kepada penagih daun ketum itu sendiri. Jadi maknanya kita pinda
setakat itu, kita jangan pinda habis. Maknanya kalau kita boleh buat, kalau kita tidak dapat
hendak buat sekarang, kita rasa kita tangguhkan.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Yang Berhormat Setiu.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat
Puchong bangun, ya.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: [Bangun]
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Saya cadang kita tangguhkan.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Yang Berhormat Setiu, boleh saya hanya
hendak tambah di situ? Just for completion di bawah seksyen 15 itu yang perlu mungkin
diubahsuai ataupun digubal semula cara ia disebut kerana administering of plant itu yang
menjadi masalahnya. So mungkin to administer the part of it. Saya rasa ada disebut dalam
seksyen 7 tetapi kita kena lihat semula. Itu sahaja, tetapi saya setuju dengan apa Yang
Berhormat Setiu sebut tadi.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Pindaan kepada kratom ini-
sebab dia sebut any part of the plant, maknanya memang kita kena ubahsuailah. Ini
disebabkan kalau kita hendak tumpukan kepada penagih, jadi maknanya kalau penagih itu
memiliki, dia kena. Sebab itulah banyak yang kita kena ubah daripada segi takrifannya
sebagaimana penagih dan sebagainya. Jadi makna kalau yang kita syak dia itu penagih
dan dia memiliki dan sebagainya, kita mungkin boleh teruskan dengan hukuman-hukuman
yang berat.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: [Bangun]
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Sekarang kita tidak boleh
hendak buat apa sebab takkanlah makcik-makcik yang tanam pokok banyak di Kedah, di
Pantai Timur semua kita hendak samakan. Kasihan dengan mereka nanti, yang tidak tahu
apa-apa dengan undang-undang dan kita laksanakan undang-undang ini, jadi apa
kesannya kepada mereka?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat
Kuala Kedah bangun, Yang Berhormat. Hendak bagi Yang Berhormat Kuala Kedah?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Oh! Ada juga.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih Yang Berhormat Setiu. Saya hendak ringkaskan bahawa kita hari ini berbahas isu
ketum kerana kegagalan kita mengatasi masalah penagihan dadah dan substance abuse
atau penyalahgunaan substance. Ia tidak akan selesai dengan kita menjenayahkan
penanaman ataupun pemilikan ketum kerana orang akan beralih kepada substance yang
lain, bahan yang lain. Jadi itu pokoknya dan apakah komen Yang Berhormat Setiu?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Ia tidak timbul masalah beralih
atau tidak beralih. Kalau apa pun keadaannya, dia kalau penagih ini dia akan cuba dengan
apa cara sekalipun.
| maknanya kalau perkara macam itu berlaku, takkanlah kita hendak haramkan pengilang, penjual dan sebagainya. Pada sayalah sekarang ini, berkenaan dengan pemilikan daun ketum ini semua telah dinyatakan dalam Akta Racun 1952, disebut pemilikan, pengilangan, eksport, import. Jadi maknanya benda ini sudah dinyatakan dengan jelas. Apa yang kita cuba atasi sekarang ini, kita cuba banteras ialah penyalahgunaan. Jadi kalau penyalahgunaan, saya cadangkanlah maknanya kita tidak boleh ambil semua pindaan ini sehingga kepada hukuman mati. Mungkin kita boleh limit setakat macam yang disebut oleh Yang Berhormat Puchong tadi, setakat seksyen 15. Kalau ikutkan pindaan ini, seksyen 2 itu any part of the plant. Is not it? Any part of the plant itu maknanya daunnya kah, bermakna kalau kita ambil, setakat kita tumpukan kepada penagih daun ketum itu sendiri. Jadi maknanya kita pinda setakat itu, kita jangan pinda habis. Maknanya kalau kita boleh buat, kalau kita tidak dapat hendak buat sekarang, kita rasa kita tangguhkan. Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Yang Berhormat Setiu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Puchong bangun, ya. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: [Bangun]. Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Saya cadang kita tangguhkan. Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Yang Berhormat Setiu, boleh saya hanya hendak tambah di situ? Just for completion di bawah seksyen 15 itu yang perlu mungkin diubahsuai ataupun digubal semula cara ia disebut kerana administering of plant itu yang menjadi masalahnya. So mungkin to administer the part of it. Saya rasa ada disebut dalam seksyen 7 tetapi kita kena lihat semula. Itu sahaja, tetapi saya setuju dengan apa Yang Berhormat Setiu sebut tadi. Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Pindaan kepada kratom ini- sebab dia sebut any part of the plant, maknanya memang kita kena ubahsuailah. Ini disebabkan kalau kita hendak tumpukan kepada penagih, jadi maknanya kalau penagih itu memiliki, dia kena. Sebab itulah banyak yang kita kena ubah daripada segi takrifannya sebagaimana penagih dan sebagainya. Jadi makna kalau yang kita syak dia itu penagih dan dia memiliki dan sebagainya, kita mungkin boleh teruskan dengan hukuman-hukuman yang berat. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: [Bangun]. Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Sekarang kita tidak boleh hendak buat apa sebab takkanlah makcik-makcik yang tanam pokok banyak di Kedah, di Pantai Timur semua kita hendak samakan. Kasihan dengan mereka nanti, yang tidak tahu apa-apa dengan undang-undang dan kita laksanakan undang-undang ini, jadi apa kesannya kepada mereka?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kuala Kedah bangun, Yang Berhormat. Hendak bagi Yang Berhormat Kuala Kedah?. Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Oh! Ada juga. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya hendak ringkaskan bahawa kita hari ini berbahas isu ketum kerana kegagalan kita mengatasi masalah penagihan dadah dan substance abuse atau penyalahgunaan substance. Ia tidak akan selesai dengan kita menjenayahkan penanaman ataupun pemilikan ketum kerana orang akan beralih kepada substance yang lain, bahan yang lain. Jadi itu pokoknya dan apakah komen Yang Berhormat Setiu?. Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Ia tidak timbul masalah beralih atau tidak beralih. Kalau apa pun keadaannya, dia kalau penagih ini dia akan cuba dengan apa cara sekalipun. | 65 | 77 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
66 DR.1.4.2015
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat
Shah Alam bangun.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Belum habis lagi.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Jangan risau, saya tidak pukul. Saya
hanya hendak minta pandangan Yang Berhormat Setiu tentang pindaan seksyen 2 ini, ia
punya takrifnya. Saya baca sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Puchong, ia
dalam bahasa Inggeris ya. “ ‘Kratom’ means any part of any plant of the genus Mitragyna
from which there is found to be present mitragynine irrespective of its quantity and by
whatever name the plant maybe designated”.
Definisi ini bagi sayalah, begitu luas dan tidak adil bagi orang di kampung yang bila
dibaca ini, dia pun tidak tahu genus Mitragyna, pokok apa yang lain yang merupakan
katakan daripada keluarga yang samalah dan mengandungi mitragynine ini. So takut pokok
dokonglah, pokok mempelamlah. Manalah orang hendak tahu? Sepatutnya kalau hendak
haramkan sesuatu jenis pokok, dia kena senaraikan. Jangan mengharapkan orang
kampung pula pergi check pokok ini ada atau tidak mitragynine dan sebagainya. Apakah
pandangan Yang Berhormat Setiu? Kalau tidak, it will be very, very unfair. You can
beholding something which is wrong you do not even know it, bukan?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Okey, terima kasih Yang
Berhormat Shah Alam. Itu yang saya cakap tadi. Maknanya kalau kita hendak gunakan
dengan pindaan yang ada sekarang, kita merangkumi kepada orang kampung yang tidak
tahu mengenai undang-undang ini. Itu masalah yang timbul. Jadi, kepada soalan daripada
Yang Berhormat Shah Alam tadi, memang betullah. Jadi ia akan memberi kesan kepada
orang kampung yang memang sudah sedia tanam daripada awal lagi, bukan baru tanam
kerana hendak meniaga, kerana hendak jual kepada penagih-penagih. Jadi kalau kita
tumpukan betul-betul kepada penagih itu sendiri yang biasanya penagih beli ini air daun itu,
bukan daun itu. Daun ini orang tidak beli biasanya sebab yang dijual dalam plastic bag tadi
pun air rebusan tadi. Air rebusan itu yang menjadi ubat kepada sesetengahnya menjadi
ubat dan sesetengahnya sebagai penagihan.
Jadi maknanya secara keseluruhannya, saya cadangkan supaya bill ini
ditangguhkan kepada satu masa... [Tepuk] Ini supaya tidak memberi penganiayaan kepada
mana-mana pihak sebab kita hendak kena jaga yang betul-betullah. Kalau yang baik itu kita
cuba jaga mereka, yang tidak baik itulah yang sebenarnya kita hendak perangi. Jadi itu
sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
■1610
Tuan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat
Sepang.
4.10 ptg.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin juga mengambil
bahagian ini sebenarnya seperti mana yang telah saya celah tadi dalam peringkat apabila
Yang Berhormat Puchong berbahas tadi saya tidak tahulah sama ada ini satu yang
disengajakan atau tidak. Saya mengakui kalau setakat pindaan ini berkaitan dengan unsur-
unsur drugs sahaja yang tidak melibatkan pelaksanaan hukum dan sebagainya mungkin
sesuai Menteri Kesihatan.
Akan tetapi sebagaimana pengalaman di Dewan ini pada bulan Disember 2013,
saya masih ingat lagi saya bersama-sama dengan Yang Berhormat Puchong. Kami
membangkitkan satu pindaan yang bukan sahaja satu pindaan yang berbentuk drakonian
sebab kita memperkenalkan presumption ke atas presumption. Double presumption orang
kata. Sekarang ini kalau hasil kita pinda ini memang pihak polis dia lebih senang kerja.
Jadi mereka kalau boleh hendak mati, hukum mati, hukum gantung. Ini kesannya.
Tanyalah kepada mana-mana pengamal undang-undang sebagai contoh Hisham Teh Poh
Teik seorang peguam yang boleh dikatakan semua kesnya adalah melibatkan drug. Dia
| Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Shah Alam bangun. Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Belum habis lagi. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Jangan risau, saya tidak pukul. Saya hanya hendak minta pandangan Yang Berhormat Setiu tentang pindaan seksyen 2 ini, ia punya takrifnya. Saya baca sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Puchong, ia dalam bahasa Inggeris ya. " 'Kratom' means any part of any plant of the genus Mitragyna from which there is found to be present mitragynine irrespective of its quantity and by whatever name the plant maybe designated". Definisi ini bagi sayalah, begitu luas dan tidak adil bagi orang di kampung yang bila dibaca ini, dia pun tidak tahu genus Mitragyna, pokok apa yang lain yang merupakan katakan daripada keluarga yang samalah dan mengandungi mitragynine ini. So takut pokok dokonglah, pokok mempelamlah. Manalah orang hendak tahu? Sepatutnya kalau hendak haramkan sesuatu jenis pokok, dia kena senaraikan. Jangan mengharapkan orang kampung pula pergi check pokok ini ada atau tidak mitragynine dan sebagainya. Apakah pandangan Yang Berhormat Setiu? Kalau tidak, it will be very, very unfair. You can beholding something which is wrong you do not even know it, bukan? Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Okey, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Itu yang saya cakap tadi. Maknanya kalau kita hendak gunakan dengan pindaan yang ada sekarang, kita merangkumi kepada orang kampung yang tidak tahu mengenai undang-undang ini. Itu masalah yang timbul. Jadi, kepada soalan daripada Yang Berhormat Shah Alam tadi, memang betullah. Jadi ia akan memberi kesan kepada orang kampung yang memang sudah sedia tanam daripada awal lagi, bukan baru tanam kerana hendak meniaga, kerana hendak jual kepada penagih-penagih. Jadi kalau kita tumpukan betul-betul kepada penagih itu sendiri yang biasanya penagih beli ini air daun itu, bukan daun itu. Daun ini orang tidak beli biasanya sebab yang dijual dalam plastic bag tadi pun air rebusan tadi. Air rebusan itu yang menjadi ubat kepada sesetengahnya menjadi ubat dan sesetengahnya sebagai penagihan. Jadi maknanya secara keseluruhannya, saya cadangkan supaya bill ini ditangguhkan kepada satu masa... [Tepuk] Ini supaya tidak memberi penganiayaan kepada mana-mana pihak sebab kita hendak kena jaga yang betul-betullah. Kalau yang baik itu kita cuba jaga mereka, yang tidak baik itulah yang sebenarnya kita hendak perangi. Jadi itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. #1610 Tuan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sepang. 4.10 ptg. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin juga mengambil bahagian ini sebenarnya seperti mana yang telah saya celah tadi dalam peringkat apabila Yang Berhormat Puchong berbahas tadi saya tidak tahulah sama ada ini satu yang disengajakan atau tidak. Saya mengakui kalau setakat pindaan ini berkaitan dengan unsur- unsur drugs sahaja yang tidak melibatkan pelaksanaan hukum dan sebagainya mungkin sesuai Menteri Kesihatan. Akan tetapi sebagaimana pengalaman di Dewan ini pada bulan Disember 2013, saya masih ingat lagi saya bersama-sama dengan Yang Berhormat Puchong. Kami membangkitkan satu pindaan yang bukan sahaja satu pindaan yang berbentuk drakonian sebab kita memperkenalkan presumption ke atas presumption. Double presumption orang kata. Sekarang ini kalau hasil kita pinda ini memang pihak polis dia lebih senang kerja. Jadi mereka kalau boleh hendak mati, hukum mati, hukum gantung. Ini kesannya. Tanyalah kepada mana-mana pengamal undang-undang sebagai contoh Hisham Teh Poh Teik seorang peguam yang boleh dikatakan semua kesnya adalah melibatkan drug. Dia. | 66 | 78 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 67
pun tulis buku fasal drug. Dia beritahu maknanya polis lebih relax sedangkan kita
sepatutnya bila masalah dadah ini kita bukan setakat hendak berdiri menolong polis tetapi
juga dalam masa yang sama beri keadilan kepada pihak yang kena tuduh. Apalagi setiap
pindaan yang melibatkan kesan daripada hukuman dia berat iaitu hukuman mati.
Apabila saya dengan Yang Berhormat Puchong khususnya masa itu berbahas,
kita menyatakan bahawa even the wording dalam pindaan itu sampai tulis rule of law. Rule
of law ini satu konsep tidak boleh masuk dalam perundangan tetapi ini malangnya saya
hendak beritahu kepada Yang Berhormat Setiu. Hari ini Yang Berhormat Setiu kata minta
tarik balik. Saya ragulah, saya ragu. Tangguh itu maknanya tarik baliklah. Kita pinda hari
lainlah. Saya harap pihak Barisan Nasional ini supaya dalam hal seperti ini jangan
tergopoh-gopoh, satu. Keduanya jangan takut mengaku kesilapan. Mengaku kesilapan
lebih baik daripada kita terus dalam kesilapan.
Kami ini- usaha saya dengan Yang Berhormat Puchong khususnya lah memang
kami membuat kes-kes melibatkan dadah ini. Sebab itu saya kata kami berbahas ini untuk
menyumbangkan pengalaman kami supaya diambil kira. Sekarang ini kalau kita pergi
mahkamah seperti mana oleh Yang Berhormat Puchong tadi bila undang-undang was
poorly drafted, mahkamah kata you dengan Parlimen buat apa. Saya hendak beri contoh
baru-baru ini bila kita luluskan Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan. Seksyen 6 kita
pinda, yang kita meletakkan satu hukuman mandatori ke atas mereka yang memiliki
dipanggil offensive weapon.
Seperti baru-baru ini ketika berada di Pulau Pinang. Hakim Mahkamah Sesyen
berjumpa dengan kami dalam mahkamah, dia beritahu saya pening dengan seksyen ini
sebab seksyen ini telah menyebabkan budi bicara hakim ini telah terikat, telah disekat. Dia
berhadapan dengan satu kes di mana seorang penjual air batu gunakan alat ice breaker itu.
Balik daripada jual air batu itu letak dalam motor ditangkap kerana memiliki offensive
weapon, didakwa di mahkamah. Dia hendak mengaku salah. Hakim kata kalau awak
mengaku salah, hukuman penjara. Dia tidak tahu. Bagi dia apa yang dia buat tidak salah
sebab dia penjual air batu.
Jadi undang-undang ini bila kita letakkan mandatory sentence itu menyebabkan
hakim menghadapi masalah. Tanyalah Yang Berhormat Setiu dia bekas hakim Mahkamah
Sesyen dia tahu. Saya sudah tegur dahulu dalam perbahasan ini jangan sedikit-sedikit buat
mandatory sentence. Akan tetapi kerajaan ini tidak mahu dengar, sombong, bongkak,
takbur. Rasa dia seorang sahaja yang betul.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar
suara]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Memang takbur. Kalau tidak
takbur, mesti tarik balik. Hendak bangun-bangun. Sila Yang Berhormat Arau.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Tidak payah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Kalau hendak tanya sila bangun.
Kalau hendak membebel-bebel itu, pergi kedai kopi sahaja, kafeteria [Ketawa]
Dato' Seri Shahidan bin Kassim: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar
suara]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Apa lagi, apa lagi. Yang
Berhormat Arau benda ini Yang Berhormat Arau pun setuju. Tadi saya kata berkaitan
dengan ini saya kata tadi apabila kita letakkan, kita tadi kita bahas penyalahgunaan semua
setuju memang ini masalah tetapi kenapa kita masukkan pindaan yang massive sebegini.
Pindaan yang kita letak dalam satu ibarat kita ada mata kalau nyamuk seekor masuk dalam
kelambu kita bakar kelambu itu, sedangkan kita boleh pakai Ridsect sahaja boleh
selesaikan masalah itu.
| pun tulis buku fasal drug. Dia beritahu maknanya polis lebih relax sedangkan kita sepatutnya bila masalah dadah ini kita bukan setakat hendak berdiri menolong polis tetapi juga dalam masa yang sama beri keadilan kepada pihak yang kena tuduh. Apalagi setiap pindaan yang melibatkan kesan daripada hukuman dia berat iaitu hukuman mati. Apabila saya dengan Yang Berhormat Puchong khususnya masa itu berbahas, kita menyatakan bahawa even the wording dalam pindaan itu sampai tulis rule of law. Rule of law ini satu konsep tidak boleh masuk dalam perundangan tetapi ini malangnya saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Setiu. Hari ini Yang Berhormat Setiu kata minta tarik balik. Saya ragulah, saya ragu. Tangguh itu maknanya tarik baliklah. Kita pinda hari lainlah. Saya harap pihak Barisan Nasional ini supaya dalam hal seperti ini jangan tergopoh-gopoh, satu. Keduanya jangan takut mengaku kesilapan. Mengaku kesilapan lebih baik daripada kita terus dalam kesilapan. Kami ini- usaha saya dengan Yang Berhormat Puchong khususnya lah memang kami membuat kes-kes melibatkan dadah ini. Sebab itu saya kata kami berbahas ini untuk menyumbangkan pengalaman kami supaya diambil kira. Sekarang ini kalau kita pergi mahkamah seperti mana oleh Yang Berhormat Puchong tadi bila undang-undang was poorly drafted, mahkamah kata you dengan Parlimen buat apa. Saya hendak beri contoh baru-baru ini bila kita luluskan Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan. Seksyen 6 kita pinda, yang kita meletakkan satu hukuman mandatori ke atas mereka yang memiliki dipanggil offensive weapon. Seperti baru-baru ini ketika berada di Pulau Pinang. Hakim Mahkamah Sesyen berjumpa dengan kami dalam mahkamah, dia beritahu saya pening dengan seksyen ini sebab seksyen ini telah menyebabkan budi bicara hakim ini telah terikat, telah disekat. Dia berhadapan dengan satu kes di mana seorang penjual air batu gunakan alat ice breaker itu. Balik daripada jual air batu itu letak dalam motor ditangkap kerana memiliki offensive weapon, didakwa di mahkamah. Dia hendak mengaku salah. Hakim kata kalau awak mengaku salah, hukuman penjara. Dia tidak tahu. Bagi dia apa yang dia buat tidak salah sebab dia penjual air batu. Jadi undang-undang ini bila kita letakkan mandatory sentence itu menyebabkan hakim menghadapi masalah. Tanyalah Yang Berhormat Setiu dia bekas hakim Mahkamah Sesyen dia tahu. Saya sudah tegur dahulu dalam perbahasan ini jangan sedikit-sedikit buat mandatory sentence. Akan tetapi kerajaan ini tidak mahu dengar, sombong, bongkak, takbur. Rasa dia seorang sahaja yang betul. Dato' Seri Shahidan bin Kassim: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Memang takbur. Kalau tidak takbur, mesti tarik balik. Hendak bangun-bangun. Sila Yang Berhormat Arau. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Tidak payah. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Kalau hendak tanya sila bangun. Kalau hendak membebel-bebel itu, pergi kedai kopi sahaja, kafeteria [Ketawa]. Dato' Seri Shahidan bin Kassim: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Apa lagi, apa lagi. Yang Berhormat Arau benda ini Yang Berhormat Arau pun setuju. Tadi saya kata berkaitan dengan ini saya kata tadi apabila kita letakkan, kita tadi kita bahas penyalahgunaan semua setuju memang ini masalah tetapi kenapa kita masukkan pindaan yang massive sebegini. Pindaan yang kita letak dalam satu ibarat kita ada mata kalau nyamuk seekor masuk dalam kelambu kita bakar kelambu itu, sedangkan kita boleh pakai Ridsect sahaja boleh selesaikan masalah itu. | 67 | 79 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
68 DR.1.4.2015
Jadi inilah masalahnya. Saya lihat apabila kita hanya meletakkan ketum.
Bagaimana pula dengan penyalahgunaan gam, penyalahgunaan benda-benda lain. Tadi
dikatakan arak, dikatakan oleh dari Pahang tadi, daripada Yang Berhormat Lipis. Dia kata
arak ini haram tetapi kita kena lihat dalam Islam pula arak ini walaupun dia haram dalam
undang-undang Al-Amwal Islam, mengenai harta orang Islam, dia kata untuk orang Islam
haram. Kita tidak boleh haramkan benda yang bagi orang bukan Islam itu haram. Tidak
boleh. Kita dalam Islam ini kita lihatnya dahulu. Kalau dalam agama kamu boleh, kita orang
Islam tidak boleh haramkan ke atas orang bukan Islam. Bagi orang bukan Islam itu mungkin
dibenarkan. Berbeza dengan judilah. Judi ini mungkin lain.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat
Batu Gajah, Yang Berhormat.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Tadi Yang Berhormat Sepang
ada menyentuh tentang arak tetapi bagi orang-orang bukan Islam pun pada pandangan
saya, arak murah yang sekarang berleluasa dijual di kedai-kedai secara terbuka saya rasa
perkara ini pun harus diberi pertimbangan yang sewajarnya. Perlu ada satu undang-
undang. Kalau kita lihat di antara ketum dengan arak murah ini, kalau ketum saya dengar
perbahasan daripada ramai Ahli-ahli Yang Berhormat ada yang sebut okey, ada baiknya.
Ada yang sebut buruknya.
Akan tetapi kalau arak murah itu apa baiknya. Semuanya buruk tetapi tiada apa-
apa tindakan diambil setakat ini untuk mengatasi masalah arak murah ataupun samsu
haram ini. Apakah pandangan Yang Berhormat Sepang berkaitan perkara ini?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih Yang Berhormat
Batu Gajah. Kalau itu masalahnya, kita patut memberikan treatment yang sama. Kita
jangan membeza-bezakan. Kalau ketum ini satu masalah penyalahgunaan, saya rasa
dalam benda yang lain pun, menyalah guna. Begitu juga kita tidak suka penyalahgunaan
kuasa. Kita bagi sedikit kuasa, sedikit-sedikit tangkap orang. Ini pun tidak boleh juga.
Biasalah Barisan Nasional kena fahamlah itu.
Saya ingat tadi berkaitan dengan seksyen 6 dan seksyen 6B ini. Ini satu seksyen
yang memang saya rasa kalau kita hendak pinda pun biarlah setelah kita betul-betul ada
satu penyelidikan yang muktamad bahawa ketum ini adalah memang benda yang langsung
ada kebaikan. Sebab itu kita dalam Islam kita tidak letak arak itu bukan kita tentukan. It is
divine punya standard.
Oleh sebab itu dalam Islam penentuan darar dengan manfaat ini bukan melibatkan
manusia, dia melibatkan campur tangan Tuhan. For us kita mungkin nampak arak itu.
Dalam Islam mengatakan... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Kau tanya kepada manusia
apa hukum arak dan juga judi. Allah juga mengaku, ada manfaat tetapi dia punya mudarat
dia lebih besar. Bukan kita cakap tetapi ini Allah cakap. Kalau orang tanya mengapa
manfaat,memang ada manfaat daripada segi ekonomi sebagaimana yang dikatakan oleh
Yang Berhormat Kuala Kedah tadi.
Antara sebab kerana apa kerajaan Thailand tidak benarkan ketum ini sebab cukai.
Sekarang ini memang mereka dalam proses saya setuju dengan Yang Berhormat Kuala
Kedah, memang Thailand dalam proses legalizing ketum ini. Menurut satu kajian yang saya
baca dalam satu artikel yang ditulis oleh seorang profesor di US. Mereka mengatakan
memang ada research yang mengatakan bahawa ketum ini mempunyai berpotensi untuk
membantu daripada segi menawarkan perubatan kepada penyakit-penyakit tertentu.
Sebab itu dia kata, saya bacakan dia kata, “Fears of a drug…” Ini, “…don’t stop discovery
process because of that fear”. Maknanya oleh sebab ada fear itu terus menutup segala
proses discovery itu.
■1620
Jadi, saya hendak katakan bahawa kalau sekiranya kita merasakan
penyalahgunaan ini memang satu yang kritikal dan Akta Racun itu tidak berupaya untuk
menawarkan satu penyelesaian. Oleh sebab mungkin hukumannya terlalu ringan.
Kenapakah kita tidak pergi balik pada Akta Racun itu? Kenapa kita tidak boleh letakkan.
Kita meminda akta itu untuk membolehkan hukuman yang setimpal? Kita hanya
memfokuskan kepada soal penyalahgunaan seperti mana yang dikatakan oleh Yang
| Jadi inilah masalahnya. Saya lihat apabila kita hanya meletakkan ketum. Bagaimana pula dengan penyalahgunaan gam, penyalahgunaan benda-benda lain. Tadi dikatakan arak, dikatakan oleh dari Pahang tadi, daripada Yang Berhormat Lipis. Dia kata arak ini haram tetapi kita kena lihat dalam Islam pula arak ini walaupun dia haram dalam undang-undang Al-Amwal Islam, mengenai harta orang Islam, dia kata untuk orang Islam haram. Kita tidak boleh haramkan benda yang bagi orang bukan Islam itu haram. Tidak boleh. Kita dalam Islam ini kita lihatnya dahulu. Kalau dalam agama kamu boleh, kita orang Islam tidak boleh haramkan ke atas orang bukan Islam. Bagi orang bukan Islam itu mungkin dibenarkan. Berbeza dengan judilah. Judi ini mungkin lain. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Tadi Yang Berhormat Sepang ada menyentuh tentang arak tetapi bagi orang-orang bukan Islam pun pada pandangan saya, arak murah yang sekarang berleluasa dijual di kedai-kedai secara terbuka saya rasa perkara ini pun harus diberi pertimbangan yang sewajarnya. Perlu ada satu undang- undang. Kalau kita lihat di antara ketum dengan arak murah ini, kalau ketum saya dengar perbahasan daripada ramai Ahli-ahli Yang Berhormat ada yang sebut okey, ada baiknya. Ada yang sebut buruknya. Akan tetapi kalau arak murah itu apa baiknya. Semuanya buruk tetapi tiada apa- apa tindakan diambil setakat ini untuk mengatasi masalah arak murah ataupun samsu haram ini. Apakah pandangan Yang Berhormat Sepang berkaitan perkara ini?. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Kalau itu masalahnya, kita patut memberikan treatment yang sama. Kita jangan membeza-bezakan. Kalau ketum ini satu masalah penyalahgunaan, saya rasa dalam benda yang lain pun, menyalah guna. Begitu juga kita tidak suka penyalahgunaan kuasa. Kita bagi sedikit kuasa, sedikit-sedikit tangkap orang. Ini pun tidak boleh juga. Biasalah Barisan Nasional kena fahamlah itu. Saya ingat tadi berkaitan dengan seksyen 6 dan seksyen 6B ini. Ini satu seksyen yang memang saya rasa kalau kita hendak pinda pun biarlah setelah kita betul-betul ada satu penyelidikan yang muktamad bahawa ketum ini adalah memang benda yang langsung ada kebaikan. Sebab itu kita dalam Islam kita tidak letak arak itu bukan kita tentukan. It is divine punya standard. Oleh sebab itu dalam Islam penentuan darar dengan manfaat ini bukan melibatkan manusia, dia melibatkan campur tangan Tuhan. For us kita mungkin nampak arak itu. Dalam Islam mengatakan... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Kau tanya kepada manusia apa hukum arak dan juga judi. Allah juga mengaku, ada manfaat tetapi dia punya mudarat dia lebih besar. Bukan kita cakap tetapi ini Allah cakap. Kalau orang tanya mengapa manfaat,memang ada manfaat daripada segi ekonomi sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah tadi. Antara sebab kerana apa kerajaan Thailand tidak benarkan ketum ini sebab cukai. Sekarang ini memang mereka dalam proses saya setuju dengan Yang Berhormat Kuala Kedah, memang Thailand dalam proses legalizing ketum ini. Menurut satu kajian yang saya baca dalam satu artikel yang ditulis oleh seorang profesor di US. Mereka mengatakan memang ada research yang mengatakan bahawa ketum ini mempunyai berpotensi untuk membantu daripada segi menawarkan perubatan kepada penyakit-penyakit tertentu. Sebab itu dia kata, saya bacakan dia kata, "Fears of a drug..." Ini, "...don't stop discovery process because of that fear". Maknanya oleh sebab ada fear itu terus menutup segala proses discovery itu. #1620. Jadi, saya hendak katakan bahawa kalau sekiranya kita merasakan penyalahgunaan ini memang satu yang kritikal dan Akta Racun itu tidak berupaya untuk menawarkan satu penyelesaian. Oleh sebab mungkin hukumannya terlalu ringan. Kenapakah kita tidak pergi balik pada Akta Racun itu? Kenapa kita tidak boleh letakkan. Kita meminda akta itu untuk membolehkan hukuman yang setimpal? Kita hanya memfokuskan kepada soal penyalahgunaan seperti mana yang dikatakan oleh Yang. | 68 | 80 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 69
Berhormat Setiu dan sahabat saya dari Puchong. The only section yang kita boleh pakai
ialah seksyen 15. Akan tetapi saya melihat pindaan ini, saya mungkin berbeza pendapat
sedikit dengan Yang Berhormat Puchong.
Saya lihat seksyen 15 ini mungkin tidak terguna untuk daun ketum ini. Oleh sebab
ia sebut pasal satu drug yang disebut di bawah part 3 and part. Sedangkan yang kita pinda
ini semua berkaitan dengan part 2. Akan tetapi sekiranya kita merasakan ia terpakai, sudah
tentu kita fokus pada seksyen 15 sahaja, kita pinda seksyen 15. Akan tetapi dalam ini pun,
seksyen 15 pun tidak dipinda secara spesifik. Jadi, saya minta supaya seksyen 6B,
khususnya...
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat
Kuala Kedah bangun Yang Berhormat.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih Yang Berhormat Sepang. Saya ingin menambah sedikit. Pada saya, pengharaman
ketum ini tidak tepat kerana memang dadah yang telah diharamkan dan hukumannya yang
sangat berat seperti heroine, morfin, ganja dan juga syabu. Saya tidak melihat sebarang
pengurangan pada jumlah penagihnya. Sedangkan itu memang sudah ada undang-undang.
Apa yang berlaku sekarang ialah apabila mereka ini, keputusan dadah tadi, mereka
mengambil ketum sebagai pengganti, sebagai satu alternatif yang lebih murah, lebih mudah
didapati, itu yang berlaku.
Ketum tidak pada saya dan juga ada orang lain, kalau kita Google, ia berkeadaan
demikian. Bahawa ketum tidak bermula sebagai dadah mula, rokok sebagai pemula untuk
penagihan dadah. Akan tetapi seorang tidak bermula dengan ketum dan terus naik tinggi,
tidak. Ketum itu diambil apabila dadah yang lebih kuat tidak didapati. Itu dia punya
relationship penagihan dan ketum. Jadi, pada saya bukan masalahnya ketum sangat.
Walaupun tidak bolehlah kita biarkan freely available, dengan izin.
Akan tetapi bukan masalahnya dari ketum, masalah adalah pada kegagalan kita
mengatasi punca-punca, the root causes, dengan izin, penagihan. Itu yang perlu kita
address. Dalam masa yang sama saya sangat bersetuju kalau kita kembali pada Akta
Racun, kenakan hukuman yang lebih berat. Itu sahaja, terima kasih.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih Yang Berhormat
Kuala Kedah. Itu yang dimaksudkan. Bagi saya apa yang dinyatakan ialah masalah
‘rampancy’, masalah benda ini terlampau terlalu biasa. Jadi, ketika itu, kalau itu
masalahnya, bukan masalah undang-undang, ini masalah penguatkuasaan. Apabila
masalah penguatkuasaan ada masalah, kita pinda undang-undang pun tidak akan
menyelesaikan masalah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Yang Berhormat Shah Alam
bangun.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat
Sepang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada ucapan Yang Berhormat
Kuala Kedah. Saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Sepang faham apa yang
disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah seperti mana yang saya faham. Yang
Berhormat Kuala Kedah sebut, orang pergi ke ketum oleh sebab dia sudah ketagih dengan
morfin dan heroine. Selepas itu dia pergi ke ketum, maka morfin dan heroine sudah tidak
lagi menjadi satu keperluan bagi dia.
Kalau kita haramkan ketum juga dan ketum ini menjadi satu masalah untuk
diperolehi walaupun dalam bentuk treatment, tidakkah kemungkinan mereka akan kembali
kepada morfin dan heroine yang pada asalnya merupakan masalah ketagihan yang mereka
perlukan? Maknanya, kalau kita bertindak seperti mana yang kita inginkan melalui undang-
| Berhormat Setiu dan sahabat saya dari Puchong. The only section yang kita boleh pakai ialah seksyen 15. Akan tetapi saya melihat pindaan ini, saya mungkin berbeza pendapat sedikit dengan Yang Berhormat Puchong. Saya lihat seksyen 15 ini mungkin tidak terguna untuk daun ketum ini. Oleh sebab ia sebut pasal satu drug yang disebut di bawah part 3 and part. Sedangkan yang kita pinda ini semua berkaitan dengan part 2. Akan tetapi sekiranya kita merasakan ia terpakai, sudah tentu kita fokus pada seksyen 15 sahaja, kita pinda seksyen 15. Akan tetapi dalam ini pun, seksyen 15 pun tidak dipinda secara spesifik. Jadi, saya minta supaya seksyen 6B, khususnya... Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kuala Kedah bangun Yang Berhormat. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya ingin menambah sedikit. Pada saya, pengharaman ketum ini tidak tepat kerana memang dadah yang telah diharamkan dan hukumannya yang sangat berat seperti heroine, morfin, ganja dan juga syabu. Saya tidak melihat sebarang pengurangan pada jumlah penagihnya. Sedangkan itu memang sudah ada undang-undang. Apa yang berlaku sekarang ialah apabila mereka ini, keputusan dadah tadi, mereka mengambil ketum sebagai pengganti, sebagai satu alternatif yang lebih murah, lebih mudah didapati, itu yang berlaku. Ketum tidak pada saya dan juga ada orang lain, kalau kita Google, ia berkeadaan demikian. Bahawa ketum tidak bermula sebagai dadah mula, rokok sebagai pemula untuk penagihan dadah. Akan tetapi seorang tidak bermula dengan ketum dan terus naik tinggi, tidak. Ketum itu diambil apabila dadah yang lebih kuat tidak didapati. Itu dia punya relationship penagihan dan ketum. Jadi, pada saya bukan masalahnya ketum sangat. Walaupun tidak bolehlah kita biarkan freely available, dengan izin. Akan tetapi bukan masalahnya dari ketum, masalah adalah pada kegagalan kita mengatasi punca-punca, the root causes, dengan izin, penagihan. Itu yang perlu kita address. Dalam masa yang sama saya sangat bersetuju kalau kita kembali pada Akta Racun, kenakan hukuman yang lebih berat. Itu sahaja, terima kasih. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Itu yang dimaksudkan. Bagi saya apa yang dinyatakan ialah masalah 'rampancy', masalah benda ini terlampau terlalu biasa. Jadi, ketika itu, kalau itu masalahnya, bukan masalah undang-undang, ini masalah penguatkuasaan. Apabila masalah penguatkuasaan ada masalah, kita pinda undang-undang pun tidak akan menyelesaikan masalah. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Yang Berhormat Shah Alam bangun. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat Sepang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada ucapan Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Sepang faham apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah seperti mana yang saya faham. Yang Berhormat Kuala Kedah sebut, orang pergi ke ketum oleh sebab dia sudah ketagih dengan morfin dan heroine. Selepas itu dia pergi ke ketum, maka morfin dan heroine sudah tidak lagi menjadi satu keperluan bagi dia. Kalau kita haramkan ketum juga dan ketum ini menjadi satu masalah untuk diperolehi walaupun dalam bentuk treatment, tidakkah kemungkinan mereka akan kembali kepada morfin dan heroine yang pada asalnya merupakan masalah ketagihan yang mereka perlukan? Maknanya, kalau kita bertindak seperti mana yang kita inginkan melalui undang-. | 69 | 81 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
70 DR.1.4.2015
undang ini, maka daripada segi dia punya reaksinya ialah ada kemungkinan orang yang
sekarang ini sudah tinggalkan morfin dan heroine kerana pergi ketum, akhirnya dia balik
pada morfin dan heroine. Adakah itu yang mungkin dimaksudkan?
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Can I explain, boleh saya jelaskan? Itu
memang observation, pemerhatian saya. Itu juga pemerhatian semua orang yang pernah
merawat penagih dadah di utara Semenanjung terutamanya. Mereka meninggalkan heroine
dan morfin, mengambil ketum kerana side effectnya kurang, penagihannya kurang, berat
simptomnya kurang, harganya juga kurang. Itu yang berlaku, terima kasih.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Itu yang saya cakap tadi. Unless
kita ada satu keputusan yang muktamad. Bagi sayalah, mungkin cannabis dan dadah-
dadah lain ini, morfin semua ini, jelas dia punya kesan buruk. Sebab itu kita rasa tidak ada
orang yang berbahas ataupun minta dipinda jangan anukan - walaupun ada juga yang saya
dengar orang kata ganja ini kalau kita gunakan sedikit pun tidak menjejaskan dan
sebagainya. Akan tetapi secara umumnya, boleh katakan daripada segi ganja ini tidak
seperti ketum. Orang Utara kata, ketum ini menjadi satu minuman macam- semalam di
Thailand, dia kata, dicampur dengan ubat batuk, jadi satu jenama minuman pula- 4x100.
Satu minuman yang ada kandungan herba ketum itu.
Jadi, sebab itulah sekarang ini, ini masalah yang berlaku apabila kita pun tidak
diterangkan secara saintifik, adakah ketum ini betul-betul memudaratkan. Kalau sekiranya
yang bercampur-campur dengan benda lain, ubat nyamuk dan sebagainya, saya rasa itu
satu persoalan lain. Akan tetapi yang ketum itu diminum secara ketum sahaja, mungkin
juga apabila undang-undang dibuat, dia bukan fikir pasal minum dan campur yang lain.
Minum ketum itu pun dah salah. Makna, kalau kita tanam pokok ketum pun salah.
Walaupun hendak guna untuk tujuan kesihatan dan sebagainya, sampai boleh kena hukum
penjara seumur hidup.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Saya ada pandangan yang sedikit
berbeza sebab kalau bill ini, rang undang-undang ini dibawa daripada Kementerian
Kesihatan, sepatutnya Kementerian Kesihatan akan memahami fenomena ketagihan ini
lebih mendalam. Kalau dikatakan yang campur-campur itu, ubat batuk juga merupakan
bahan yang boleh menjadi ketagihan. Seperti yang disebut dengan gam tetapi tobacco
secara umumnya, semua kajian saintifik telah menunjukkan tobacco mempunyai unsur
yang lebih merbahaya daripada ketum dan banyak bahan lain. Kalau kita ikut cara yang
simplicity, dengan hukuman sahaja kita boleh mengatasi masalah ketagihan dan masalah
sosial. Kita akan mengharamkan banyak barang dan kita dengan simple sahaja senaraikan
semua barang-barang ini dalam Dangerous Drugs Act. Jadi, adakah ini akan
menyelesaikan masalah? Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okey, terima kasih Yang
Berhormat Batu. Saya pengalaman di sini sudah dua tahun, saya dapati apabila adanya
outcry, adanya teriakan-teriakan daripada pihak luar ini, kita kadang-kadang terlalu tertekan
dengan pressure itu, maka kita ambil jalan singkat. Ini saya melihat apa yang berlaku dalam
Parlimen ini, sudah banyak kali. Kita tidak tahan dengan pressure itu, kita ambil jalan
singkat. Ini yang saya kata dalam perundangan tidak boleh ambil jalan singkat. Kalau kita
hendak selesaikan masalah dengan perundangan sahaja, ia tidak akan selesai. Sebab
perundangan ini biasannya mekanisme terakhir, the last resort. Kalau sekiranya dari mula-
mula sudah kita rasa hendak tunjuk kepada orang kita serius dengan ketum ini, maka kita
buat undang-undang. Buat undang-undang pula, kita terus masukkan semua. Kita tidak
fokus apa yang sebenarnya kita hendak capai.
Jadi, cara kita react tidak proportionate, tidak sepadan dengan masalah yang kita
hendak cuba selesaikan. Inilah masalah yang paling besar dalam Parlimen ini, saya lihat
apabila kita buat undang-undang. Jadi, seperti mana yang saya katakan tadi oleh Yang
Berhormat Batu, sepatutnya pihak Kementerian Kesihatan ini sudah betul-betul pasti dan
yakin dengan kita ini dan terangkan kenapa ketum ini perlu kita pinda seperti ini.
Walaupun saya faham dalam explanation ini, tidak perlulah kita hendak
meletakkan justifikasi seperti itu. Akan tetapi paling kurang, kalau hendak meyakinkan kita
ini, boleh kepilkan bersama kajian yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan. Saya
hendak tanyalah, apakah kajian yang telah dibuat tentang daun ketum ini? Adakah kajian
| undang ini, maka daripada segi dia punya reaksinya ialah ada kemungkinan orang yang sekarang ini sudah tinggalkan morfin dan heroine kerana pergi ketum, akhirnya dia balik pada morfin dan heroine. Adakah itu yang mungkin dimaksudkan?. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Can I explain, boleh saya jelaskan? Itu memang observation, pemerhatian saya. Itu juga pemerhatian semua orang yang pernah merawat penagih dadah di utara Semenanjung terutamanya. Mereka meninggalkan heroine dan morfin, mengambil ketum kerana side effectnya kurang, penagihannya kurang, berat simptomnya kurang, harganya juga kurang. Itu yang berlaku, terima kasih. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Itu yang saya cakap tadi. Unless kita ada satu keputusan yang muktamad. Bagi sayalah, mungkin cannabis dan dadah- dadah lain ini, morfin semua ini, jelas dia punya kesan buruk. Sebab itu kita rasa tidak ada orang yang berbahas ataupun minta dipinda jangan anukan- walaupun ada juga yang saya dengar orang kata ganja ini kalau kita gunakan sedikit pun tidak menjejaskan dan sebagainya. Akan tetapi secara umumnya, boleh katakan daripada segi ganja ini tidak seperti ketum. Orang Utara kata, ketum ini menjadi satu minuman macam- semalam di Thailand, dia kata, dicampur dengan ubat batuk, jadi satu jenama minuman pula- 4x100. Satu minuman yang ada kandungan herba ketum itu. Jadi, sebab itulah sekarang ini, ini masalah yang berlaku apabila kita pun tidak diterangkan secara saintifik, adakah ketum ini betul-betul memudaratkan. Kalau sekiranya yang bercampur-campur dengan benda lain, ubat nyamuk dan sebagainya, saya rasa itu satu persoalan lain. Akan tetapi yang ketum itu diminum secara ketum sahaja, mungkin juga apabila undang-undang dibuat, dia bukan fikir pasal minum dan campur yang lain. Minum ketum itu pun dah salah. Makna, kalau kita tanam pokok ketum pun salah. Walaupun hendak guna untuk tujuan kesihatan dan sebagainya, sampai boleh kena hukum penjara seumur hidup. Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Saya ada pandangan yang sedikit berbeza sebab kalau bill ini, rang undang-undang ini dibawa daripada Kementerian Kesihatan, sepatutnya Kementerian Kesihatan akan memahami fenomena ketagihan ini lebih mendalam. Kalau dikatakan yang campur-campur itu, ubat batuk juga merupakan bahan yang boleh menjadi ketagihan. Seperti yang disebut dengan gam tetapi tobacco secara umumnya, semua kajian saintifik telah menunjukkan tobacco mempunyai unsur yang lebih merbahaya daripada ketum dan banyak bahan lain. Kalau kita ikut cara yang simplicity, dengan hukuman sahaja kita boleh mengatasi masalah ketagihan dan masalah sosial. Kita akan mengharamkan banyak barang dan kita dengan simple sahaja senaraikan semua barang-barang ini dalam Dangerous Drugs Act. Jadi, adakah ini akan menyelesaikan masalah? Yang Berhormat Sepang. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okey, terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya pengalaman di sini sudah dua tahun, saya dapati apabila adanya outcry, adanya teriakan-teriakan daripada pihak luar ini, kita kadang-kadang terlalu tertekan dengan pressure itu, maka kita ambil jalan singkat. Ini saya melihat apa yang berlaku dalam Parlimen ini, sudah banyak kali. Kita tidak tahan dengan pressure itu, kita ambil jalan singkat. Ini yang saya kata dalam perundangan tidak boleh ambil jalan singkat. Kalau kita hendak selesaikan masalah dengan perundangan sahaja, ia tidak akan selesai. Sebab perundangan ini biasannya mekanisme terakhir, the last resort. Kalau sekiranya dari mula- mula sudah kita rasa hendak tunjuk kepada orang kita serius dengan ketum ini, maka kita buat undang-undang. Buat undang-undang pula, kita terus masukkan semua. Kita tidak fokus apa yang sebenarnya kita hendak capai. Jadi, cara kita react tidak proportionate, tidak sepadan dengan masalah yang kita hendak cuba selesaikan. Inilah masalah yang paling besar dalam Parlimen ini, saya lihat apabila kita buat undang-undang. Jadi, seperti mana yang saya katakan tadi oleh Yang Berhormat Batu, sepatutnya pihak Kementerian Kesihatan ini sudah betul-betul pasti dan yakin dengan kita ini dan terangkan kenapa ketum ini perlu kita pinda seperti ini. Walaupun saya faham dalam explanation ini, tidak perlulah kita hendak meletakkan justifikasi seperti itu. Akan tetapi paling kurang, kalau hendak meyakinkan kita ini, boleh kepilkan bersama kajian yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan. Saya hendak tanyalah, apakah kajian yang telah dibuat tentang daun ketum ini? Adakah kajian. | 70 | 82 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 71
itu telah betul-betul dijadikan sebagai findings yang muktamad? Inilah hasilnya dan tidak
boleh dipertikaikan? Jadi, saya...
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat
Kuala Krai.
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Satu belah Dewan... [Ketawa]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sepang.
■1630
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Kacau daun!
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Saya bersetuju dengan pandangan
Yang Berhormat Sepang supaya kementerian mengambil inisiatif awal untuk mendidik
sebelum membawa satu undang-undang yang dianggap agak keras. Sejauh mana agaknya
Kementerian Kesihatan telah melaksanakan tanggungjawab mengenai masalah ketum. Apa
yang kita dengar ketum ini laporan-laporan akhbar yang sesensasi, yang tidak akademik,
yang tidak menjelaskan fakta-fakta tentang kesan sampingannya sama ada teruk ataupun
tidak, statistik-statistik yang boleh meyakinkan kita bahawa ketum ini sangat berbahaya
sehingga boleh dikategorikan sebagai dadah berbahaya kerana sebagai Ahli Parlimen kita
sendiri pun bertemu suatu kajian yang dihebahkan. Kalau kita hendak harapkan orang
kampung, pelajar-pelajar kita menyelidik, melihat literature dan sebagainya. Itu satu perkara
yang kita jarang buatlah.
Akan tetapi sepatutnya kementerian sudah mendedahkan. Sebagai contoh, kita
baca, sedikit pun kita sudah tahu bahawa ketum ini tidak berbahaya. Side effect nya ringan.
Malah side effect nya boleh ditundukkan dengan hanya disebut di situ dadah, dadah
hydrocodone. Dadah hydrocodone Tuan Yang di-Pertua, biasa. Tuan Yang di-Pertua biasa
minum ubat ini. Ubat batuk ya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Kadang-kadang,
bukan biasa.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Ini baru ubat biasa lagipun.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Masa sakit minum
ya.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Bukan hydrocodone pun boleh. Simple.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Saya juga ingin tahu dan
diperjelaskan kepada rakyat sama ada kesan penggantungan…
Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: Saya hendak minta
penjelasan sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Sebentar Yang
Berhormat, tengah mencelah ini. Kenapa mencelah tetapi macam berucap.
Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: Oh! Mencelah. Saya
ingat dia sudah berucap.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Bukan, bukan.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Saya bertanya.
Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: Mencelah lama
sangat macam berucap.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, lama sangat ya.
| itu telah betul-betul dijadikan sebagai findings yang muktamad? Inilah hasilnya dan tidak boleh dipertikaikan? Jadi, saya... Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kuala Krai. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Satu belah Dewan... [Ketawa]. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sepang. #1630. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Kacau daun!. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Sepang supaya kementerian mengambil inisiatif awal untuk mendidik sebelum membawa satu undang-undang yang dianggap agak keras. Sejauh mana agaknya Kementerian Kesihatan telah melaksanakan tanggungjawab mengenai masalah ketum. Apa yang kita dengar ketum ini laporan-laporan akhbar yang sesensasi, yang tidak akademik, yang tidak menjelaskan fakta-fakta tentang kesan sampingannya sama ada teruk ataupun tidak, statistik-statistik yang boleh meyakinkan kita bahawa ketum ini sangat berbahaya sehingga boleh dikategorikan sebagai dadah berbahaya kerana sebagai Ahli Parlimen kita sendiri pun bertemu suatu kajian yang dihebahkan. Kalau kita hendak harapkan orang kampung, pelajar-pelajar kita menyelidik, melihat literature dan sebagainya. Itu satu perkara yang kita jarang buatlah. Akan tetapi sepatutnya kementerian sudah mendedahkan. Sebagai contoh, kita baca, sedikit pun kita sudah tahu bahawa ketum ini tidak berbahaya. Side effect nya ringan. Malah side effect nya boleh ditundukkan dengan hanya disebut di situ dadah, dadah hydrocodone. Dadah hydrocodone Tuan Yang di-Pertua, biasa. Tuan Yang di-Pertua biasa minum ubat ini. Ubat batuk ya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Kadang-kadang, bukan biasa. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Ini baru ubat biasa lagipun. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Masa sakit minum ya. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Bukan hydrocodone pun boleh. Simple. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Saya juga ingin tahu dan diperjelaskan kepada rakyat sama ada kesan penggantungan... Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: Saya hendak minta penjelasan sedikit. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Sebentar Yang Berhormat, tengah mencelah ini. Kenapa mencelah tetapi macam berucap. Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: Oh! Mencelah. Saya ingat dia sudah berucap. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Bukan, bukan. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Saya bertanya. Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: Mencelah lama sangat macam berucap. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, lama sangat ya. | 71 | 83 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
72 DR.1.4.2015
Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: Macam mana ini?
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Yang Berhormat Rompin tengah
tidur tadi. Dia tidak perasan... [Dewan riuh]
Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: Yang ini Yang
Berhormat Shah Alam, dia geng, satu geng. Dia satu geng- tolong sama geng. Ini semua
geng tidak sokong Presiden PAS... [Dewan riuh] Geng PASMA. Ini geng semua ini.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Saya hendak tanya dengan Yang
Berhormat Sepang, sama ada Yang Berhormat Sepang tahu kah sama ada mitragynine
ataupun ketum ini mempunyai kesan penggantungan psychological kah ataupun fizikal ya?
Dia ada beza itu. Kalau setakat psychological, kita boleh rawat dengan mudah tetapi kalau
fizikal, itu macam kadar heroin…
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Soalan, saya kuis nanti kepada
dia. Macam P. Ramlee kan. Dia ada kuis kan. Saya kuis pada Yang Berhormat Kesihatan,
dia jawablah sebab itu bukan bidang saya dalam bidang perubatan itu. Akan tetapi saya
hendak katakan, sebagaimana yang dikatakan Yang Berhormat Kuala Krai tadi ialah
patutnya diberikanlah finding itu supaya kita jelas. Jadi saya juga minta supaya Yang
Berhormat Menteri juga, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, okey
sekarang katakan akta ini akan diluluskan dan saya nampak macam nampak gaya akan
diluluskan. Dia akan menyebabkan pendakwaan akan berlaku. Bila pendakwaan berlaku ini,
dulu bawah Akta Racun mungkin lawyer charge tidak tinggi sangatlah. Akan tetapi sekarang
kalau charge bawah seksyen 6B sudah tentulah apabila melibatkan hukuman sampai
penjara seumur hidup, tidak boleh bail, lawyer akan charge lebih tinggi sedikit. Lepas itu
kena GST lagi pula. Sudah lah orang itu dulu minum ketum tidak kena dakwa. Sekarang ini
kena dakwa, pakai lawyer, kena GST lagi, bertambah-tambah lagi masalah. Ya, Yang
Berhormat Rompin.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
mempengerusikan Mesyuarat]
Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: Saya...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ini bukan isu lain ya. Ini isu
Mahkamah Sivil, bukan isu Mahkamah Syariah.
Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: Saya hendak
bertanya tentang ancaman kepada penagih dadah seperti sekarang kita hendak takrifkan
ketum sebagai juga penagih. Saya hargai Dewan berbincang tentang ancaman penagih.
Saya hendak bertanya juga kerana Yang Berhormat Kuala Krai bertanya soalan tadi.
Penagih-penagih dadah ini, seperti ketum ini ialah dia boleh membuat sesuatu di luar
pertimbangan yang biasa. Adakah Yang Berhormat setuju atau tidak? Yang membakar
kereta Yang Berhormat Kuala Krai mungkin penagih dadah ketum sebab itu elok kita awasi
penagih dadah ketum ini.
Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: Saya tanya Yang
Berhormat Sepang, yang Yang Berhormat Kuala Krai bangun buat apa? Kalau Yang
Berhormat Kuala Krai berucap saya tanya ini. Saya hendak melahirkan simpati saya, kereta
Yang Berhormat Kuala Krai dibakar. Saya hendak bertanya Yang Berhormat Sepang
adakah kerana kemungkinan ancaman daripada penagih dadah ataupun penagih politik
yang songsang? Itu saja.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tidak apalah. Tidak apa. Saya
bayangkan apabila orang yang pernah jadi duta di Amerika ini, soalan itu macam begini
saya bayangkan... [Menunjuk ke atas] Saya pun takut menggigil-gigil. Tengok-tengok
macam budak PASTI saja. Budak Tadika KEMAS. Ya Allah, malu betul saya... [Dewan riuh]
Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara][Ketawa]
| Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: Macam mana ini? Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Yang Berhormat Rompin tengah tidur tadi. Dia tidak perasan... [Dewan riuh] Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: Yang ini Yang Berhormat Shah Alam, dia geng, satu geng. Dia satu geng- tolong sama geng. Ini semua geng tidak sokong Presiden PAS... [Dewan riuh] Geng PASMA. Ini geng semua ini. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Sepang, sama ada Yang Berhormat Sepang tahu kah sama ada mitragynine ataupun ketum ini mempunyai kesan penggantungan psychological kah ataupun fizikal ya? Dia ada beza itu. Kalau setakat psychological, kita boleh rawat dengan mudah tetapi kalau fizikal, itu macam kadar heroin... Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Soalan, saya kuis nanti kepada dia. Macam P. Ramlee kan. Dia ada kuis kan. Saya kuis pada Yang Berhormat Kesihatan, dia jawablah sebab itu bukan bidang saya dalam bidang perubatan itu. Akan tetapi saya hendak katakan, sebagaimana yang dikatakan Yang Berhormat Kuala Krai tadi ialah patutnya diberikanlah finding itu supaya kita jelas. Jadi saya juga minta supaya Yang Berhormat Menteri juga, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, okey sekarang katakan akta ini akan diluluskan dan saya nampak macam nampak gaya akan diluluskan. Dia akan menyebabkan pendakwaan akan berlaku. Bila pendakwaan berlaku ini, dulu bawah Akta Racun mungkin lawyer charge tidak tinggi sangatlah. Akan tetapi sekarang kalau charge bawah seksyen 6B sudah tentulah apabila melibatkan hukuman sampai penjara seumur hidup, tidak boleh bail, lawyer akan charge lebih tinggi sedikit. Lepas itu kena GST lagi pula. Sudah lah orang itu dulu minum ketum tidak kena dakwa. Sekarang ini kena dakwa, pakai lawyer, kena GST lagi, bertambah-tambah lagi masalah. Ya, Yang Berhormat Rompin. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]. Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: Saya... Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ini bukan isu lain ya. Ini isu Mahkamah Sivil, bukan isu Mahkamah Syariah. Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: Saya hendak bertanya tentang ancaman kepada penagih dadah seperti sekarang kita hendak takrifkan ketum sebagai juga penagih. Saya hargai Dewan berbincang tentang ancaman penagih. Saya hendak bertanya juga kerana Yang Berhormat Kuala Krai bertanya soalan tadi. Penagih-penagih dadah ini, seperti ketum ini ialah dia boleh membuat sesuatu di luar pertimbangan yang biasa. Adakah Yang Berhormat setuju atau tidak? Yang membakar kereta Yang Berhormat Kuala Krai mungkin penagih dadah ketum sebab itu elok kita awasi penagih dadah ketum ini. Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: Saya tanya Yang Berhormat Sepang, yang Yang Berhormat Kuala Krai bangun buat apa? Kalau Yang Berhormat Kuala Krai berucap saya tanya ini. Saya hendak melahirkan simpati saya, kereta Yang Berhormat Kuala Krai dibakar. Saya hendak bertanya Yang Berhormat Sepang adakah kerana kemungkinan ancaman daripada penagih dadah ataupun penagih politik yang songsang? Itu saja. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tidak apalah. Tidak apa. Saya bayangkan apabila orang yang pernah jadi duta di Amerika ini, soalan itu macam begini saya bayangkan... [Menunjuk ke atas] Saya pun takut menggigil-gigil. Tengok-tengok macam budak PASTI saja. Budak Tadika KEMAS. Ya Allah, malu betul saya... [Dewan riuh] Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara][Ketawa]. | 72 | 84 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 73
Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: Ini 36(6), tuduhan liar
ini... [Dewan riuh]
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Budak Tadika KEMAS.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua, takkan
hendak jawab budak tadika? Malulah saya.
Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: Saya tanya tentang-
dia jawab pergi ke Amerika pula.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: You pun pergi kereta terbakar,
apakah kaitan dengan ketum ini?
Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: Saya boleh jemput
Yang Berhormat Sepang ke Amerika sekali tetapi kena menang dulu calon Presiden PAS.
Yang mana menang itu baru pergi Amerika.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Kita ingat dari balik Amerika
sudah pulih sudah. Rupanya macam minum ketum. Kepala otak pun sudah tidak betul...
[Dewan Riuh] Patutlah tidak jadi Menteri, jadi dekat situ saja. Kasihan betul ya. Okey ya,
puas hati ya?
Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: [Bercakap tanpa
menggunakan pembesar suara]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Saya kasihan, betul-betul dengan
Yang Berhormat Rompin ini, Allah. Tidak apalah.
Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: [Bercakap tanpa
menggunakan pembesar suara]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tidak, lagi satu, yang ini mungkin
terakhirlah. Apabila kita hendak mengendalikan kes ini, kita ada perlu pembelaan. Jadi
saya pun kalau bayangkan, kalau kes seperti ini, cultivation. Memang kalau ikut falsafah
undang-undang itu untuk tanam pokok ganja, pokok ketum yang untuk tujuan eksport dan
sebagainya memang besarlah. Memang perladangan sebagai contoh tetapi dalam
pelaksanaan yang ada sekarang ini, dia tidak fikir begitu. Polis-polis ini mereka akan dakwa
juga kalau kes yang melibatkan mungkin belum perladangan pun. Ada satu pokok pun dia
akan dakwa. Ini yang masalah ini. Penyalahgunaan ini bila kita bagi...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: [Bangun]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sekejap ya Yang Berhormat Batu.
Kita undang-undang ini ibarat pisaulah, ada masa dia boleh menjadi protector, jadi shield.
Akan tetapi ada masa juga kalau disalahgunakan, dia jadi ancaman. Jadi, kalau kita bagi
undang-undang ini kepada orang yang overzealous ini, khususnya mereka yang mungkin
ada sebab-sebab tertentu, ini akan jadi satu penganiayaan kepada orang-orang kampung
dan sebagainya.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Ya, saya sedikit saja sebab saya
tidak berucap.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila
Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Hanya bezanya ketum saya
hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Sepang, keberkesanan untuk
menghapuskan ketum ini sebagai satu jenis spesies. Bezanya ialah ketum adalah seperti
pokok kopi. Dia adalah sama famili dan ketum juga adalah native pada Malaysia, Myanmar
dan Thailand. Kalau kita hendak hapuskan heroin atau ganja, yang bukan native daripada
tanaman kita, senang, kita tahu siapa ada di rumah dia, di tanah dia itu ditanam. Akan
| Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: Ini 36(6), tuduhan liar ini... [Dewan riuh]. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Budak Tadika KEMAS. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua, takkan hendak jawab budak tadika? Malulah saya. Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: Saya tanya tentang- dia jawab pergi ke Amerika pula. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: You pun pergi kereta terbakar, apakah kaitan dengan ketum ini?. Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: Saya boleh jemput Yang Berhormat Sepang ke Amerika sekali tetapi kena menang dulu calon Presiden PAS. Yang mana menang itu baru pergi Amerika. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Kita ingat dari balik Amerika sudah pulih sudah. Rupanya macam minum ketum. Kepala otak pun sudah tidak betul... [Dewan Riuh] Patutlah tidak jadi Menteri, jadi dekat situ saja. Kasihan betul ya. Okey ya, puas hati ya?. Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Saya kasihan, betul-betul dengan Yang Berhormat Rompin ini, Allah. Tidak apalah. Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tidak, lagi satu, yang ini mungkin terakhirlah. Apabila kita hendak mengendalikan kes ini, kita ada perlu pembelaan. Jadi saya pun kalau bayangkan, kalau kes seperti ini, cultivation. Memang kalau ikut falsafah undang-undang itu untuk tanam pokok ganja, pokok ketum yang untuk tujuan eksport dan sebagainya memang besarlah. Memang perladangan sebagai contoh tetapi dalam pelaksanaan yang ada sekarang ini, dia tidak fikir begitu. Polis-polis ini mereka akan dakwa juga kalau kes yang melibatkan mungkin belum perladangan pun. Ada satu pokok pun dia akan dakwa. Ini yang masalah ini. Penyalahgunaan ini bila kita bagi... Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: [Bangun]. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sekejap ya Yang Berhormat Batu. Kita undang-undang ini ibarat pisaulah, ada masa dia boleh menjadi protector, jadi shield. Akan tetapi ada masa juga kalau disalahgunakan, dia jadi ancaman. Jadi, kalau kita bagi undang-undang ini kepada orang yang overzealous ini, khususnya mereka yang mungkin ada sebab-sebab tertentu, ini akan jadi satu penganiayaan kepada orang-orang kampung dan sebagainya. Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Ya, saya sedikit saja sebab saya tidak berucap. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila Yang Berhormat Batu. Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Hanya bezanya ketum saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Sepang, keberkesanan untuk menghapuskan ketum ini sebagai satu jenis spesies. Bezanya ialah ketum adalah seperti pokok kopi. Dia adalah sama famili dan ketum juga adalah native pada Malaysia, Myanmar dan Thailand. Kalau kita hendak hapuskan heroin atau ganja, yang bukan native daripada tanaman kita, senang, kita tahu siapa ada di rumah dia, di tanah dia itu ditanam. Akan. | 73 | 85 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
74 DR.1.4.2015
tetapi kalau native itu adakah dengan akta ini kita kena hapuskan secara keseluruhan
spesies ini di dalam tanah air kita?
Ini satu tugas yang sangat sukar dan pada pandangan Yang Berhormat Sepang
kerana ini adalah native plant, senang kita dapat. Selagi kita luluskan undang-undang ini,
harga barang ini akan jadi sangat lucrative untuk siapa-siapa yang menjual. Ia akan
menggalakkan lebih banyak orang traffic dan juga menjalankan aktiviti yang illegal ini.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih kepada Yang
Berhormat Batu, saya setuju dan saya minta Yang Berhormat Menteri memberi jawapan
Yang Berhormat Batu. Jadi yang saya katakan tadi, contohnya bila seseorang didakwa di
bawah seksyen 6, menyimpan atau in possession ketum ini sedangkan selama ini memang
dia- sebelum kita masuk dalam Akta Dadah ini memang dia telah menggunakan, simpan ini
perkara biasa. Sekarang ini apabila kita dakwa di bawah seksyen 6 ini, kalau dia kata saya
minum ini- sebagai contoh, saya pernah berbual dengan dari Bagan Serai, dia kata
kebanyakan driver lori, pemandu lori di utara ini memang biasa guna daun ketum ini.
Sekarang ini kalau sekiranya mereka didakwa seperti ini, didakwa di bawah
seksyen 6, di bawah Akta Dadah Berbahaya ini, bukankah ini menyebabkan kalau dalam
undang-undanglah kita buat benda ini, kita kata bagus untuk saya. Saya tidak sakit apa-
apa, saya sihat, saya makin boleh kerja dengan mudah. Adakah itu sebagai pembelaan
dalam perundangan? Ini masalah apabila kita letak ketum ini, kalau kanabis dengan itu
sekurang-kurangnya jelas. Kalau katakan saya minum ganja ini sebab saya, mungkin tetapi
ketum ini boleh dikatakan tidak ada satu kajian yang muktamad.
■1640
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang
Berhormat Baling bangun. Ya, rakan sekapal bangun.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Bagi laluan sedikit, Yang
Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Boleh, boleh!
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Terima kasih Yang Berhormat
Sepang. Saya ini khusyuk dengar perbahasan Yang Berhormat Sepang. Saya tengok
pembelaan ini khususnya pada orang salah ini, saya tengok Yang Berhormat Sepang ini
bagus dalam konteks pembelaan. Akan tetapi di sini saya hendak tanya. Apa yang
dihujahkan Yang Berhormat Sepang tadi adalah berkaitan dengan undang-undang. Okey,
bagus. Saya tengok Yang Berhormat Puchong tadi pun bagus yang cakap dengan begitu...
[Disampuk] Tak, apa yang dicakap betul, betul.
Akan tetapi saya hendak tanya pada Yang Berhormat Sepang berkaitan dengan
teori dan praktikal dalam konteks pembelaan. Saya pembelaan masyarakat dalam konteks
UMNO di mana anak-anak muda, mat rempit yang naik motor semua kita bela mereka
selama ini. Saya juga tahu kes daun ketum ini juga menjadi masalah khususnya di kawasan
luar bandar di mana ia disalahgunakan sehingga memungkinkan ada kes-kes telah
sembelih kepala ibu dan ayah mereka kerana ketagihan daun ketum ini.
Jadi, saya melihat dari sudut undang-undang, betul, di mana daripada seksyen 6
tadi yang mana Yang Berhormat Sepang sebut mahu membela, tidak mahu mereka
sehingga ke hukuman gantung, tetapi bagaimana Yang Berhormat Sepang hendak
menyelesaikan masalah salah guna daun ketum ini? Apakah kaedah dia Yang Berhormat
Sepang hendak sarankan kepada kerajaan bagaimana kita hendak laksanakan? Ini saya
tanya ini bukan main politik. Saya tanya yang betul atas nama pembelaan. Sana bela
daripada segi undang-undang, sini pembelaan masyarakat membuat pendekatan secara
holistik dan praktikal terhadap anak-anak muda ini. Terima kasih Yang Berhormat Sepang.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang
Berhormat Sepang panjang lagi?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Hendak habis dah.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Yang Berhormat Sepang, boleh saya
sedikit?
| tetapi kalau native itu adakah dengan akta ini kita kena hapuskan secara keseluruhan spesies ini di dalam tanah air kita?. Ini satu tugas yang sangat sukar dan pada pandangan Yang Berhormat Sepang kerana ini adalah native plant, senang kita dapat. Selagi kita luluskan undang-undang ini, harga barang ini akan jadi sangat lucrative untuk siapa-siapa yang menjual. Ia akan menggalakkan lebih banyak orang traffic dan juga menjalankan aktiviti yang illegal ini. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu, saya setuju dan saya minta Yang Berhormat Menteri memberi jawapan Yang Berhormat Batu. Jadi yang saya katakan tadi, contohnya bila seseorang didakwa di bawah seksyen 6, menyimpan atau in possession ketum ini sedangkan selama ini memang dia- sebelum kita masuk dalam Akta Dadah ini memang dia telah menggunakan, simpan ini perkara biasa. Sekarang ini apabila kita dakwa di bawah seksyen 6 ini, kalau dia kata saya minum ini- sebagai contoh, saya pernah berbual dengan dari Bagan Serai, dia kata kebanyakan driver lori, pemandu lori di utara ini memang biasa guna daun ketum ini. Sekarang ini kalau sekiranya mereka didakwa seperti ini, didakwa di bawah seksyen 6, di bawah Akta Dadah Berbahaya ini, bukankah ini menyebabkan kalau dalam undang-undanglah kita buat benda ini, kita kata bagus untuk saya. Saya tidak sakit apa- apa, saya sihat, saya makin boleh kerja dengan mudah. Adakah itu sebagai pembelaan dalam perundangan? Ini masalah apabila kita letak ketum ini, kalau kanabis dengan itu sekurang-kurangnya jelas. Kalau katakan saya minum ganja ini sebab saya, mungkin tetapi ketum ini boleh dikatakan tidak ada satu kajian yang muktamad. #1640. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Baling bangun. Ya, rakan sekapal bangun. Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Bagi laluan sedikit, Yang Berhormat Sepang. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Boleh, boleh!. Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya ini khusyuk dengar perbahasan Yang Berhormat Sepang. Saya tengok pembelaan ini khususnya pada orang salah ini, saya tengok Yang Berhormat Sepang ini bagus dalam konteks pembelaan. Akan tetapi di sini saya hendak tanya. Apa yang dihujahkan Yang Berhormat Sepang tadi adalah berkaitan dengan undang-undang. Okey, bagus. Saya tengok Yang Berhormat Puchong tadi pun bagus yang cakap dengan begitu... [Disampuk] Tak, apa yang dicakap betul, betul. Akan tetapi saya hendak tanya pada Yang Berhormat Sepang berkaitan dengan teori dan praktikal dalam konteks pembelaan. Saya pembelaan masyarakat dalam konteks UMNO di mana anak-anak muda, mat rempit yang naik motor semua kita bela mereka selama ini. Saya juga tahu kes daun ketum ini juga menjadi masalah khususnya di kawasan luar bandar di mana ia disalahgunakan sehingga memungkinkan ada kes-kes telah sembelih kepala ibu dan ayah mereka kerana ketagihan daun ketum ini. Jadi, saya melihat dari sudut undang-undang, betul, di mana daripada seksyen 6 tadi yang mana Yang Berhormat Sepang sebut mahu membela, tidak mahu mereka sehingga ke hukuman gantung, tetapi bagaimana Yang Berhormat Sepang hendak menyelesaikan masalah salah guna daun ketum ini? Apakah kaedah dia Yang Berhormat Sepang hendak sarankan kepada kerajaan bagaimana kita hendak laksanakan? Ini saya tanya ini bukan main politik. Saya tanya yang betul atas nama pembelaan. Sana bela daripada segi undang-undang, sini pembelaan masyarakat membuat pendekatan secara holistik dan praktikal terhadap anak-anak muda ini. Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Sepang panjang lagi?. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Hendak habis dah. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Yang Berhormat Sepang, boleh saya sedikit?. | 74 | 86 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 75
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okey.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya
ingin respons kepada Yang Berhormat Baling. Setahu saya, tidak ada kes withdrawal ketum
sampai menyembelih tetapi heroin dan morfin ada. Ketum, maaf ya, it is much milder, tidak
sampai peringkat itulah. Itu pengalaman saya di Kuala Kedah.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Saya ada pembetulan. Di
kawasan saya sudah berlaku. Saya sudah study kes. Di Kuala Ketil ya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Tidak
boleh macam ini.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okeylah, terima kasih. Saya sudah
hendak habis dah. Terima kasih kepada Yang Berhormat Baling, terima kasih kepada Yang
Berhormat Kedah.
Kita bersangka baiklah, apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Baling itu
berlaku. Ini bukan perkara luar biasa. Dalam mana-mana undang-undang pun memang ada
kejadian-kejadian ekstrem itu. Kita ada undang-undang best macam mana pun, tetap ada.
Akan tetapi adakah kejadian isolated itu, kita terus react kita pinda Akta Dadah Berbahaya?
Itu bukan caranya, Yang Berhormat Baling.
Tadi Yang Berhormat Baling kata macam mana hendak selesaikan. Oleh sebab
itulah Yang Berhormat Baling- saya tidak tahulah, saya, Yang Berhormat Kepong, ramai
sudah bercakap. Rupanya Yang Berhormat Baling tidak faham. Kalau Yang Berhormat
Baling faham, Yang Berhormat Baling tidak akan tanya apa yang kita telah menawarkan
penyelesaian itu. Antaranya kita kata cara hendak selesaikan masalah ini bukan dengan
pinda borong macam ini. Kalau ada kelemahan di bawah Akta Racun, kita pinda Akta
Racun. Jangan masukkan semua ini dalam satu pakej.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Jadi setujulah? Cuma hendak
pindalah? Yang Berhormat Sepang setujulah kita adakan...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sejak dari awal.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Itulah maksud
Yang Berhormat Sepang tadi.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Saya hendak tanya dengan Yang
Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling, dengar tidak ucapan Yang Berhormat Setiu tadi,
dengar? Kenapakah sudah dengar tidak faham-faham? Daripada kawan sendiri pun tidak
faham. Macam mana ini?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang
Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tadi Yang Berhormat Setiu kata
kalau kita hendak buat terus pun, pinda seksyen 15 sahaja iaitu yang berkaitan dengan
administration of the material itu. Jangan masukkan seksyen 6.
Saya hendak tanya Yang Berhormat Baling lah. Katakanlah seorang keluarga
dekat Baling ini dia tanam pokok ataupun ada orang tanam pokok dalam tanah dia, dia tidak
tahu, tiba-tiba didakwa di bawah seksyen 6B ini. Pertama, tidak boleh dijamin, unavailable,
Yang Berhormat Baling. Maknanya kita guna hujah apa pun tidak boleh. Keduanya, kalau
didapati bersalah, kena hukuman penjara seumur hidup. Lepas itu kena enam kali sebatan.
Adakah Yang Berhormat Baling setuju? Setuju tidak setuju Yang Berhormat Baling?
Bangun Yang Berhormat Baling.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Tak
payahlah macam ini, Yang Berhormat. Dia bukan Menteri, Yang Berhormat.
| Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okey. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin respons kepada Yang Berhormat Baling. Setahu saya, tidak ada kes withdrawal ketum sampai menyembelih tetapi heroin dan morfin ada. Ketum, maaf ya, it is much milder, tidak sampai peringkat itulah. Itu pengalaman saya di Kuala Kedah. Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Saya ada pembetulan. Di kawasan saya sudah berlaku. Saya sudah study kes. Di Kuala Ketil ya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Tidak boleh macam ini. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okeylah, terima kasih. Saya sudah hendak habis dah. Terima kasih kepada Yang Berhormat Baling, terima kasih kepada Yang Berhormat Kedah. Kita bersangka baiklah, apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Baling itu berlaku. Ini bukan perkara luar biasa. Dalam mana-mana undang-undang pun memang ada kejadian-kejadian ekstrem itu. Kita ada undang-undang best macam mana pun, tetap ada. Akan tetapi adakah kejadian isolated itu, kita terus react kita pinda Akta Dadah Berbahaya? Itu bukan caranya, Yang Berhormat Baling. Tadi Yang Berhormat Baling kata macam mana hendak selesaikan. Oleh sebab itulah Yang Berhormat Baling- saya tidak tahulah, saya, Yang Berhormat Kepong, ramai sudah bercakap. Rupanya Yang Berhormat Baling tidak faham. Kalau Yang Berhormat Baling faham, Yang Berhormat Baling tidak akan tanya apa yang kita telah menawarkan penyelesaian itu. Antaranya kita kata cara hendak selesaikan masalah ini bukan dengan pinda borong macam ini. Kalau ada kelemahan di bawah Akta Racun, kita pinda Akta Racun. Jangan masukkan semua ini dalam satu pakej. Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Jadi setujulah? Cuma hendak pindalah? Yang Berhormat Sepang setujulah kita adakan... Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sejak dari awal. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Itulah maksud Yang Berhormat Sepang tadi. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling, dengar tidak ucapan Yang Berhormat Setiu tadi, dengar? Kenapakah sudah dengar tidak faham-faham? Daripada kawan sendiri pun tidak faham. Macam mana ini?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Sepang. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tadi Yang Berhormat Setiu kata kalau kita hendak buat terus pun, pinda seksyen 15 sahaja iaitu yang berkaitan dengan administration of the material itu. Jangan masukkan seksyen 6. Saya hendak tanya Yang Berhormat Baling lah. Katakanlah seorang keluarga dekat Baling ini dia tanam pokok ataupun ada orang tanam pokok dalam tanah dia, dia tidak tahu, tiba-tiba didakwa di bawah seksyen 6B ini. Pertama, tidak boleh dijamin, unavailable, Yang Berhormat Baling. Maknanya kita guna hujah apa pun tidak boleh. Keduanya, kalau didapati bersalah, kena hukuman penjara seumur hidup. Lepas itu kena enam kali sebatan. Adakah Yang Berhormat Baling setuju? Setuju tidak setuju Yang Berhormat Baling? Bangun Yang Berhormat Baling. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Tak payahlah macam ini, Yang Berhormat. Dia bukan Menteri, Yang Berhormat. | 75 | 87 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
76 DR.1.4.2015
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Dia tidak faham. Dia tanya tadi
saya pun pelik. Kita sudah cakap banyak dah tadi. Jadi, itulah maksudnya, Yang Berhormat
Baling. Maknanya jangan...
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Tadi Yang Berhormat Sepang
yang cakap jangan angkuh tetapi nampaknya Yang Berhormat Sepang angkuh. Saya tanya
cara baik tetapi Yang Berhormat Sepang angkuh cara jawabnya. Mentang-mentang Yang
Berhormat Sepang pengamal undang-undang, janganlah angkuh. Saya pembela
masyarakat. Saya datang cakap dari sudut pembelaan. Kalau perlu refine perkara tersebut,
seksyen 6B, okey, kita boleh bincang, tetapi janganlah angkuh.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Saya ini Yang Berhormat Baling,
dahulu saya cakap supaya Yang Berhormat Pekan saman New York Times, dia kata
angkuh juga. Yang ini dia kata saya angkuh. Yang Berhormat Baling pula asyik kerja
membodek sahaja itu dia tidak kisah pula. Itu kita pun sakit telinga dengar. Pantang
sedikit...
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Yang Berhormat Sepang, jangan
saya start Sungai Buloh. Saya sebut Yang Berhormat Permatang Pauh, Sungai Buloh,
Yang Berhormat Sepang marah. Jadi, tolong jangan hendak sebut ayat bodek. Yang
Berhormat Sepang bodek Yang Berhormat Permatang Pauh itu kalau boleh Yang
Berhormat Sepang hendak duduk dalam Sungai Buloh, keluarkan dia. Itulah perangai Yang
Berhormat Sepang ini... [Disampuk] Tengok, baru cakap Sungai Buloh, Yang Berhormat
Permatang Pauh, dia sudah mengamuk. Tengok. Ha, jangan double standard.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Okey,
okey.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okeylah. Yang Berhormat
Permatang Pauh ini kita react itu kerana benda itu salah. Saya cakap pasal Yang
Berhormat Pekan itu saya kata kalau hendak jaga nama, reputasi, integriti, apa salah
saman juga New York Times. Itu angkuh juga kah? Kalau itu pun angkuh, saya tidak
tahulah ...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang
Berhormat Sepang, di luar tajuk ini.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Memang. Dia yang mulakan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Okey,
cukup ya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Jadi, saya haraplah Yang
Berhormat Menteri berlaku jujur. Macam hari itu, memang ada masalah, hari ini lagi banyak
masalah sebab banyak soalan ini. Saya minta tolong, stop sekejap, jumpa, telefon sesiapa
pun, tarik balik. Lepas itu kita pinda kemudian. Setuju?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Terima
kasih. Ya, saya jemput Yang Berhormat Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 62. Sila.
| Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Dia tidak faham. Dia tanya tadi saya pun pelik. Kita sudah cakap banyak dah tadi. Jadi, itulah maksudnya, Yang Berhormat Baling. Maknanya jangan... Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Tadi Yang Berhormat Sepang yang cakap jangan angkuh tetapi nampaknya Yang Berhormat Sepang angkuh. Saya tanya cara baik tetapi Yang Berhormat Sepang angkuh cara jawabnya. Mentang-mentang Yang Berhormat Sepang pengamal undang-undang, janganlah angkuh. Saya pembela masyarakat. Saya datang cakap dari sudut pembelaan. Kalau perlu refine perkara tersebut, seksyen 6B, okey, kita boleh bincang, tetapi janganlah angkuh. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Saya ini Yang Berhormat Baling, dahulu saya cakap supaya Yang Berhormat Pekan saman New York Times, dia kata angkuh juga. Yang ini dia kata saya angkuh. Yang Berhormat Baling pula asyik kerja membodek sahaja itu dia tidak kisah pula. Itu kita pun sakit telinga dengar. Pantang sedikit... Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Yang Berhormat Sepang, jangan saya start Sungai Buloh. Saya sebut Yang Berhormat Permatang Pauh, Sungai Buloh, Yang Berhormat Sepang marah. Jadi, tolong jangan hendak sebut ayat bodek. Yang Berhormat Sepang bodek Yang Berhormat Permatang Pauh itu kalau boleh Yang Berhormat Sepang hendak duduk dalam Sungai Buloh, keluarkan dia. Itulah perangai Yang Berhormat Sepang ini... [Disampuk] Tengok, baru cakap Sungai Buloh, Yang Berhormat Permatang Pauh, dia sudah mengamuk. Tengok. Ha, jangan double standard. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Okey, okey. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okeylah. Yang Berhormat Permatang Pauh ini kita react itu kerana benda itu salah. Saya cakap pasal Yang Berhormat Pekan itu saya kata kalau hendak jaga nama, reputasi, integriti, apa salah saman juga New York Times. Itu angkuh juga kah? Kalau itu pun angkuh, saya tidak tahulah ... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Sepang, di luar tajuk ini. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Memang. Dia yang mulakan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Okey, cukup ya. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Jadi, saya haraplah Yang Berhormat Menteri berlaku jujur. Macam hari itu, memang ada masalah, hari ini lagi banyak masalah sebab banyak soalan ini. Saya minta tolong, stop sekejap, jumpa, telefon sesiapa pun, tarik balik. Lepas itu kita pinda kemudian. Setuju?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Terima kasih. Ya, saya jemput Yang Berhormat Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 62. Sila. | 76 | 88 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 77
USUL
MENANGGUHKAN BACAAN KALI YANG KEDUA DAN KETIGA
RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH P.M. 62
4.46 ptg.
Timbalan Menteri Kesihatan [Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-
Pertua, saya sebelum itu mengucapkan terima kasih banyaklah kepada semua Wakil
Rakyat, Ahli Parlimen yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, Rang Undang-
undang Dadah Berbahaya (Pindaan) (No.2) 2014 (DR. 24/2014) seperti
yang tertera di No.1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini
ditangguhkan Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga dan dibawa ke
mesyuarat akan datang.”... [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya,
baiklah.
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN (PINDAAN) 2014
Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila
Yang Berhormat Menteri Pendidikan.
4.47 ptg.
Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin]:
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu
akta untuk meminda Akta Pendidikan 1996 dibaca kali kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha melahirkan modal insan berkemahiran tinggi
selaras dengan Wawasan 2020, satu anjakan baru amat perlu dilakukan dalam sistem
pendidikan negara. Sehubungan itu, langkah kerajaan mentransformasikan pendidikan
vokasional merupakan satu langkah yang tepat dan kena pada masanya bagi mengangkat
martabat pendidikan vokasional sebagai aliran perdana.
Penambahbaikan kepada sistem pendidikan vokasional ini akan menyediakan
ruang dan peluang yang lebih luas kepada rakyat seiring dengan anjakan satu iaitu
menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa di
bawah PPPM 2013 hingga 2025 dan Bidang Ekonomi Utama Negara atau NKEA.
| USUL. MENANGGUHKAN BACAAN KALI YANG KEDUA DAN KETIGA RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH P.M. 62. 4.46 ptg. Timbalan Menteri Kesihatan [Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di- Pertua, saya sebelum itu mengucapkan terima kasih banyaklah kepada semua Wakil Rakyat, Ahli Parlimen yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: "Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, Rang Undang- undang Dadah Berbahaya (Pindaan) (No.2) 2014 (DR. 24/2014) seperti yang tertera di No.1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga dan dibawa ke mesyuarat akan datang."... [Tepuk]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, baiklah. RANG UNDANG-UNDANG. RANG UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN (PINDAAN) 2014. Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila Yang Berhormat Menteri Pendidikan. 4.47 ptg. Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin]: Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pendidikan 1996 dibaca kali kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha melahirkan modal insan berkemahiran tinggi selaras dengan Wawasan 2020, satu anjakan baru amat perlu dilakukan dalam sistem pendidikan negara. Sehubungan itu, langkah kerajaan mentransformasikan pendidikan vokasional merupakan satu langkah yang tepat dan kena pada masanya bagi mengangkat martabat pendidikan vokasional sebagai aliran perdana. Penambahbaikan kepada sistem pendidikan vokasional ini akan menyediakan ruang dan peluang yang lebih luas kepada rakyat seiring dengan anjakan satu iaitu menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa di bawah PPPM 2013 hingga 2025 dan Bidang Ekonomi Utama Negara atau NKEA. | 77 | 89 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
78 DR.1.4.2015
Transformasi ini adalah untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam memenuhi
keperluan tenaga mahir negara bagi mencapai hasrat dan aspirasi negara sebagai sebuah
negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Tuan Yang di-Pertua, persepsi umum terhadap pendidikan vokasional sebelum ini
menganggap aliran vokasional dikategorikan hanya pada tahap kelas kedua. Maka,
transformasi yang dilaksanakan ini bukan sahaja telah mengubah stigma masyarakat,
malah ketika ini ia merupakan pilihan ramai murid. Ini terbukti apabila bilangan permohonan
untuk mengikuti program Kolej Vokasional dari tahun 2012 hingga 2014 selepas
transformasi ini dilaksanakan melonjak ke jumlah 311,837 permohonan berbanding
sebelum transformasi dilakukan.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kedudukan penyertaan murid peringkat
menengah dalam bidang vokasional di negara ini yang masih rendah iaitu kira-kira lima
peratus jika dibandingkan dengan negara maju yang telah melebihi 50%, transformasi ini
amat wajar dilaksanakan bagi memastikan keperluan tenaga mahir negara yang berjumlah
sekurang-kurangnya 3.3 juta orang pekerja mahir menjelang tahun 2020 dapat
direalisasikan.
■1650
Ingin dikongsi di sini kedudukan negara serantau seperti Indonesia dan Thailand
dalam bidang kemahiran yang mana jumlah peratusan yang berada di bidang berkenaan
menjangkau 40% hingga 60%. Manakala di negara Jerman, penyertaan dalam aliran teknik
dan vokasional telah mencapai hampir 60% hingga 70% yang sekali gus berjaya
mengurangkan kadar pengangguran kepada 3%. Di Australia pula, 78% orang murid
memasuki bidang vokasional dan hampir 60% rakyat Australia yang bekerja mendapat
pendedahan dalam bidang tersebut. Oleh yang demikian, transformasi ini merupakan satu
langkah tepat yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan sumber manusia
berkemahiran tinggi mampu dijana untuk memenuhi keperluan negara.
Tuan Yang di-Pertua, kemajuan pesat dalam sektor industri negara sudah pasti
akan tergugat sekiranya tenaga mahir tidak dapat disediakan secukupnya. Justeru, langkah
kerajaan mengarusperdanakan pendidikan vokasional seperti yang terkandung di bawah
Rancangan Malaysia Kesepuluh akan dapat menyediakan ruang dan peluang kepada
modal insan negara untuk memiliki keupayaan dan tahap kemahiran tinggi serta memenuhi
permintaan pasaran.
Justeru, bagi memastikan modal insan yang dijana dalam bidang ini mempunyai
tahap kemahiran yang tinggi dan memenuhi kehendak industri, maka kualiti pendidikan
vokasional perlu dipertingkatkan dan disesuaikan dengan perkembangan dan kehendak
semasa. Ini bertujuan untuk memastikan kualiti tenaga mahir yang dihasilkan bukan sahaja
boleh memenuhi keperluan industri, malah dilengkapi dengan elemen kreatif dan inovatif
yang mampu menyumbang kepada penjanaan kekayaan baru bagi negara.
Dalam konteks ini, Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) yang telah
diperkenalkan ini membabitkan dua aspek penting iaitu program Pendidikan Asas
Vokasional (PAV) dan Kolej Vokasional (KV) sebagai laluan dalam usaha mencapai
matlamat berkenaan. Sehubungan itu, bagi memantapkan dan melestarikan penerimaan
keseluruhannya serta kurikulum di bawah PTV, maka melalui sesi persekolahan tahun
2012, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek rintis PAV di 15 buah
sekolah menengah kebangsaan (SMK) di samping menaiktarafkan 15 buah sekolah
menengah vokasional menjadi kolej vokasional (KV).
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga kini terdapat sejumlah 80 KV
di seluruh negara yang sedang giat melaksanakan TPV. Lepasan Penilaian Menengah
Rendah (PMR) dan kini Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang memohon dan memenuhi
syarat yang ditetapkan akan mengikuti pengajian sepanjang tempoh empat tahun tiga bulan
di KV di peringkat pradiploma dan peringkat diploma dengan mengguna pakai sistem
semester dengan kurikulum berasaskan kemahiran tertentu. Kurikulum Standard Kolej
Vokasional (KSKV) yang diubah terdiri daripada dua buah komponen yang masing-masing
membabitkan 70% buah komponen kemahiran dan 30% buah komponen akademik di
peringkat pradiploma. Manakala 80% buah komponen kemahiran dan 20% buah komponen
insaniah atau soft skill, dengan izin, dilaksanakan di peringkat diploma bagi memenuhi
hasrat yang terkandung di bawah Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
| Transformasi ini adalah untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam memenuhi keperluan tenaga mahir negara bagi mencapai hasrat dan aspirasi negara sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Tuan Yang di-Pertua, persepsi umum terhadap pendidikan vokasional sebelum ini menganggap aliran vokasional dikategorikan hanya pada tahap kelas kedua. Maka, transformasi yang dilaksanakan ini bukan sahaja telah mengubah stigma masyarakat, malah ketika ini ia merupakan pilihan ramai murid. Ini terbukti apabila bilangan permohonan untuk mengikuti program Kolej Vokasional dari tahun 2012 hingga 2014 selepas transformasi ini dilaksanakan melonjak ke jumlah 311,837 permohonan berbanding sebelum transformasi dilakukan. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kedudukan penyertaan murid peringkat menengah dalam bidang vokasional di negara ini yang masih rendah iaitu kira-kira lima peratus jika dibandingkan dengan negara maju yang telah melebihi 50%, transformasi ini amat wajar dilaksanakan bagi memastikan keperluan tenaga mahir negara yang berjumlah sekurang-kurangnya 3.3 juta orang pekerja mahir menjelang tahun 2020 dapat direalisasikan. #1650. Ingin dikongsi di sini kedudukan negara serantau seperti Indonesia dan Thailand dalam bidang kemahiran yang mana jumlah peratusan yang berada di bidang berkenaan menjangkau 40% hingga 60%. Manakala di negara Jerman, penyertaan dalam aliran teknik dan vokasional telah mencapai hampir 60% hingga 70% yang sekali gus berjaya mengurangkan kadar pengangguran kepada 3%. Di Australia pula, 78% orang murid memasuki bidang vokasional dan hampir 60% rakyat Australia yang bekerja mendapat pendedahan dalam bidang tersebut. Oleh yang demikian, transformasi ini merupakan satu langkah tepat yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan sumber manusia berkemahiran tinggi mampu dijana untuk memenuhi keperluan negara. Tuan Yang di-Pertua, kemajuan pesat dalam sektor industri negara sudah pasti akan tergugat sekiranya tenaga mahir tidak dapat disediakan secukupnya. Justeru, langkah kerajaan mengarusperdanakan pendidikan vokasional seperti yang terkandung di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh akan dapat menyediakan ruang dan peluang kepada modal insan negara untuk memiliki keupayaan dan tahap kemahiran tinggi serta memenuhi permintaan pasaran. Justeru, bagi memastikan modal insan yang dijana dalam bidang ini mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dan memenuhi kehendak industri, maka kualiti pendidikan vokasional perlu dipertingkatkan dan disesuaikan dengan perkembangan dan kehendak semasa. Ini bertujuan untuk memastikan kualiti tenaga mahir yang dihasilkan bukan sahaja boleh memenuhi keperluan industri, malah dilengkapi dengan elemen kreatif dan inovatif yang mampu menyumbang kepada penjanaan kekayaan baru bagi negara. Dalam konteks ini, Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) yang telah diperkenalkan ini membabitkan dua aspek penting iaitu program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan Kolej Vokasional (KV) sebagai laluan dalam usaha mencapai matlamat berkenaan. Sehubungan itu, bagi memantapkan dan melestarikan penerimaan keseluruhannya serta kurikulum di bawah PTV, maka melalui sesi persekolahan tahun 2012, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek rintis PAV di 15 buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di samping menaiktarafkan 15 buah sekolah menengah vokasional menjadi kolej vokasional (KV). Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga kini terdapat sejumlah 80 KV di seluruh negara yang sedang giat melaksanakan TPV. Lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan kini Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang memohon dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan mengikuti pengajian sepanjang tempoh empat tahun tiga bulan di KV di peringkat pradiploma dan peringkat diploma dengan mengguna pakai sistem semester dengan kurikulum berasaskan kemahiran tertentu. Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang diubah terdiri daripada dua buah komponen yang masing-masing membabitkan 70% buah komponen kemahiran dan 30% buah komponen akademik di peringkat pradiploma. Manakala 80% buah komponen kemahiran dan 20% buah komponen insaniah atau soft skill, dengan izin, dilaksanakan di peringkat diploma bagi memenuhi hasrat yang terkandung di bawah Falsafah Pendidikan Kebangsaan. | 78 | 90 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 79
Di akhir pengajian, murid yang lulus dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia akan dianugerahi Diploma Vokasional Malaysia (DVM).
KSKV telah rangka dan digubal dengan mematuhi keperluan Standard Kemahiran
Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan
2006 [Akta 652], dan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 [Akta 679]. Ini ialah bagi
memastikan sijil atau diploma yang dianugerahkan adalah setaraf dengan sijil atau diploma
yang dianugerahkan oleh pemberi pendidikan vokasional yang lain serta diiktiraf oleh
industri.
Untuk makluman Dewan yang mulia, program DVM yang sedang dilaksanakan ini
telah pun memperolehi perakuan akreditasi sementara atau provisional accreditation,
dengan izin, dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 15 Januari 2015 yang lalu.
Usaha-usaha kini sedang giat dilaksanakan ke arah mendapat perakuan akreditasi penuh
ke atas program DVM daripada agensi tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, dalam memastikan TPV ini mencapai matlamatnya, sektor
industri awam dan swasta turut dilibatkan dari awal pelaksanaan transformasi ini. Peranan
dan tanggungjawab kedua-dua sektor industri awam dan swasta tersebut ialah
menyediakan tenaga pakar industri sebagai tenaga pengajar jemputan di KV. Selain
daripada itu, kedua-dua sektor tersebut diharap dapat membantu menyediakan prasarana
yang diperlukan khususnya yang melibatkan industri berteknologi tinggi melalui kerjasama
strategik seperti yang digariskan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Menerusi kaedah ini, keperluan dan maklumat industri semasa dapat didedahkan
secara terus kepada murid. Selain daripada itu, Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
dan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) juga dilibatkan untuk melaksanakan
transformasi ini dengan mengguna pakai KSKV bagi menampung penyertaan murid yang
berpotensi yang tidak dapat ditampung oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan telah menjalinkan kerjasama dengan ILKS bagi
melaksanakan TPV dalam bidang kemahiran berimpak tinggi.
■1700
Sehingga ini sejumlah 10 LIKS telah terlibat dalam pelaksanaan TPV melalui
inisiatif buying places, dengan izin. Antaranya meliputi bidang seperti kejuruteraan
penerbangan, teknologi marin, kejuruteraan kapal, mekatronik dan kimpalan dasar laut.
Selain daripada itu bagi menampung permintaan permohonan yang tinggi dalam
kalangan murid lepasan PMR dan PT3. Kementerian Pendidikan turut melibatkan LKIA
seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan GiatMara bagi melaksanakan PTV melalui
inisiatif kolaboratif yang menjurus kepada bidang berteknologi tinggi. Antaranya teknologi
pemesinan industri, fabrikasi, aplikasi logam, pembuatan, perkakasan seramik dan
perkayuan.
Menyedari akan potensi minat kecenderungan dan kebolehan Murid Berkeperluan
Khas (MBK) dalam bidang kemahiran, Kementerian Pendidikan turut menjalinkan
kerjasama secara buying seats, dengan izin dengan ILKS untuk melaksanakan transformasi
pendidikan vokasional dalam bidang kemahiran seperti kulinari, penyediaan makanan,
pengkomputeran, multimedia dan automatif. Sehingga ini terdapat sejumlah 1,210 orang
murid berkeperluan khas yang sedang mengikuti pendidikan dan latihan vokasional di enam
buah ILKS.
Sukacita saya memaklumkan di Dewan yang mulia ini bagi melaksanakan
transformasi pendidikan vokasional, perjanjian-perjanjian kerjasama telah dimeterai dengan
pihak industri yang berkaitan. Kerjasama ini dijalinkan berteraskan pendekatan National
Blue Ocean Strategy, dengan izin, atau NBOS yang dijalankan oleh kerajaan bagi
mengoptimumkan kepakaran dan kemudahan yang dimiliki oleh agensi dan industri
tempatan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, hasil kerjasama dengan pihak
industri tersebut telah berjaya meningkatkan kadar enrolmen murid yang mengikuti
| Di akhir pengajian, murid yang lulus dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia akan dianugerahi Diploma Vokasional Malaysia (DVM). KSKV telah rangka dan digubal dengan mematuhi keperluan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652], dan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 [Akta 679]. Ini ialah bagi memastikan sijil atau diploma yang dianugerahkan adalah setaraf dengan sijil atau diploma yang dianugerahkan oleh pemberi pendidikan vokasional yang lain serta diiktiraf oleh industri. Untuk makluman Dewan yang mulia, program DVM yang sedang dilaksanakan ini telah pun memperolehi perakuan akreditasi sementara atau provisional accreditation, dengan izin, dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 15 Januari 2015 yang lalu. Usaha-usaha kini sedang giat dilaksanakan ke arah mendapat perakuan akreditasi penuh ke atas program DVM daripada agensi tersebut. Tuan Yang di-Pertua, dalam memastikan TPV ini mencapai matlamatnya, sektor industri awam dan swasta turut dilibatkan dari awal pelaksanaan transformasi ini. Peranan dan tanggungjawab kedua-dua sektor industri awam dan swasta tersebut ialah menyediakan tenaga pakar industri sebagai tenaga pengajar jemputan di KV. Selain daripada itu, kedua-dua sektor tersebut diharap dapat membantu menyediakan prasarana yang diperlukan khususnya yang melibatkan industri berteknologi tinggi melalui kerjasama strategik seperti yang digariskan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Menerusi kaedah ini, keperluan dan maklumat industri semasa dapat didedahkan secara terus kepada murid. Selain daripada itu, Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) juga dilibatkan untuk melaksanakan transformasi ini dengan mengguna pakai KSKV bagi menampung penyertaan murid yang berpotensi yang tidak dapat ditampung oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan telah menjalinkan kerjasama dengan ILKS bagi melaksanakan TPV dalam bidang kemahiran berimpak tinggi. #1700. Sehingga ini sejumlah 10 LIKS telah terlibat dalam pelaksanaan TPV melalui inisiatif buying places, dengan izin. Antaranya meliputi bidang seperti kejuruteraan penerbangan, teknologi marin, kejuruteraan kapal, mekatronik dan kimpalan dasar laut. Selain daripada itu bagi menampung permintaan permohonan yang tinggi dalam kalangan murid lepasan PMR dan PT3. Kementerian Pendidikan turut melibatkan LKIA seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan GiatMara bagi melaksanakan PTV melalui inisiatif kolaboratif yang menjurus kepada bidang berteknologi tinggi. Antaranya teknologi pemesinan industri, fabrikasi, aplikasi logam, pembuatan, perkakasan seramik dan perkayuan. Menyedari akan potensi minat kecenderungan dan kebolehan Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam bidang kemahiran, Kementerian Pendidikan turut menjalinkan kerjasama secara buying seats, dengan izin dengan ILKS untuk melaksanakan transformasi pendidikan vokasional dalam bidang kemahiran seperti kulinari, penyediaan makanan, pengkomputeran, multimedia dan automatif. Sehingga ini terdapat sejumlah 1,210 orang murid berkeperluan khas yang sedang mengikuti pendidikan dan latihan vokasional di enam buah ILKS. Sukacita saya memaklumkan di Dewan yang mulia ini bagi melaksanakan transformasi pendidikan vokasional, perjanjian-perjanjian kerjasama telah dimeterai dengan pihak industri yang berkaitan. Kerjasama ini dijalinkan berteraskan pendekatan National Blue Ocean Strategy, dengan izin, atau NBOS yang dijalankan oleh kerajaan bagi mengoptimumkan kepakaran dan kemudahan yang dimiliki oleh agensi dan industri tempatan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, hasil kerjasama dengan pihak industri tersebut telah berjaya meningkatkan kadar enrolmen murid yang mengikuti. | 79 | 91 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
80 DR.1.4.2015
pendidikan vokasional di KV, ILKA dan ILKS bermula dari tahun 2012 hingga kini yang telah
mencapai angka seramai 57,788 orang murid.
Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya memaklumkan di Dewan yang mulia ini
bahawa semenjak transformasi ini dilaksanakan, beberapa pencapaian cemerlang telah
dicapai oleh guru dan murid KV khususnya dalam pertandingan yang melibatkan kemahiran
yang telah dianjurkan sama ada dalam atau luar negara. Kejayaan murid dari Kolej
Vokasional Arau yang telah merangkul pingat gangsa dalam ASEAN Youth Skill
Competition 2014, dengan izin, di Hanoi dalam bidang automotif secara langsung
menyerlahkan keupayaan murid KV dan merupakan suatu pencapaian yang seharusnya
dibanggakan. Begitulah juga dengan pencapaian pasukan KV Slim River yang telah
berjaya menjadi johan dalam pertandingan Asia-Pacific Regional Space Agency Forum,
dengan izin, dalam Water Rocket Event yang berlangsung di Tokyo, Jepun pada bulan
November tahun 2014.
Kehebatan dan kebolehan guru-guru KV juga seharusnya menjadi contoh dan
kebanggaan kita semua. Sebagai bukti Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) kumpulan
Master-H yang terdiri daripada guru-guru KV telah berjaya meraih pingat emas di
International Conference on Quality 2014 yang telah diadakan di Tokyo. Sebagai maklumat
pertandingan ini ditaja oleh pelbagai agensi menetapkan kualiti dari Amerika Syarikat,
negara-negara Eropah dan Jepun.
Tuan Yang di-Pertua, seiring dengan perubahan struktur pendidikan di KV
Kementerian Pendidikan telah mengkaji dan mengenal pasti terdapatnya keperluan untuk
mengadakan peruntukan khusus di bawah Akta Pendidikan 1996, Akta 550 bagi tujuan
mengoperasikan KV di bawah bidang kuasa Menteri Pendidikan. Pindaan kepada Akta 550
ini memperincikan pelaksanaan dan pengurusan KV sebagai institusi pendidikan yang
menyediakan pendidikan dan latihan teknik dan vokasional selepas pendidikan menengah
rendah yang merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.
Pindaan kepada Akta 550 ini juga menetapkan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang seharusnya diperoleh oleh murid KV melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Kolej
Vokasional atau KSKV pada akhir tempoh pendidikan vokasional. Pindaan ini juga
menetapkan mana-mana institusi lain yang menjalinkan kerjasama melaksanakan program
atau latihan dengan KV hendaklah menggunakan KSKV.
Tuan Yang di-Pertua, fasal 1 di bawah rang undang-undang ini mengandungi tajuk
ringkas dan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2, Akta 550 untuk memasukkan takrif
kolej vokasional dan kurikulum standard kolej vokasional.
Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan bab baru 5A ke dalam Akta 550. Seksyen
33A bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk menubuhkan dan menggerakkan
sepenuhnya kolej vokasional. Seksyen 33B memperuntukkan bahawa semua kolej
vokasional hendaklah
menggunakan kurikulum standard kolej vokasional.
Seksyen 33C membenarkan kolej vokasional untuk bekerjasama dengan mana-
mana institut, pertubuhan atau organisasi perindustrian bagi maksud antara lain
melaksanakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional dan meningkatkan kemahiran
pendidikan dan latihan teknik dan vokasional murid. Mana-mana program atau latihan yang
dijalankan dengan kerjasama institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian itu
hendaklah menggunakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional. Seksyen 33D bertujuan
untuk memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan.
Fasal 5 bertujuan untuk memasukkan perenggan baru ke dalam seksyen 130(2)
Akta 550, untuk memberi Menteri kuasa untuk menubuhkan, menyusun, mengurus,
mengawal dan membubarkan apa-apa majlis, badan atau jawatankuasa bagi pendidikan
dan latihan teknik dan vokasional.
■1710
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2014 ini akan
melibatkan perbelanjaan tambahan kepada kerajaan. Dalam hal ini, sebarang perubahan
| pendidikan vokasional di KV, ILKA dan ILKS bermula dari tahun 2012 hingga kini yang telah mencapai angka seramai 57,788 orang murid. Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa semenjak transformasi ini dilaksanakan, beberapa pencapaian cemerlang telah dicapai oleh guru dan murid KV khususnya dalam pertandingan yang melibatkan kemahiran yang telah dianjurkan sama ada dalam atau luar negara. Kejayaan murid dari Kolej Vokasional Arau yang telah merangkul pingat gangsa dalam ASEAN Youth Skill Competition 2014, dengan izin, di Hanoi dalam bidang automotif secara langsung menyerlahkan keupayaan murid KV dan merupakan suatu pencapaian yang seharusnya dibanggakan. Begitulah juga dengan pencapaian pasukan KV Slim River yang telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Asia-Pacific Regional Space Agency Forum, dengan izin, dalam Water Rocket Event yang berlangsung di Tokyo, Jepun pada bulan November tahun 2014. Kehebatan dan kebolehan guru-guru KV juga seharusnya menjadi contoh dan kebanggaan kita semua. Sebagai bukti Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) kumpulan Master-H yang terdiri daripada guru-guru KV telah berjaya meraih pingat emas di International Conference on Quality 2014 yang telah diadakan di Tokyo. Sebagai maklumat pertandingan ini ditaja oleh pelbagai agensi menetapkan kualiti dari Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan Jepun. Tuan Yang di-Pertua, seiring dengan perubahan struktur pendidikan di KV Kementerian Pendidikan telah mengkaji dan mengenal pasti terdapatnya keperluan untuk mengadakan peruntukan khusus di bawah Akta Pendidikan 1996, Akta 550 bagi tujuan mengoperasikan KV di bawah bidang kuasa Menteri Pendidikan. Pindaan kepada Akta 550 ini memperincikan pelaksanaan dan pengurusan KV sebagai institusi pendidikan yang menyediakan pendidikan dan latihan teknik dan vokasional selepas pendidikan menengah rendah yang merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Pindaan kepada Akta 550 ini juga menetapkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang seharusnya diperoleh oleh murid KV melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Kolej Vokasional atau KSKV pada akhir tempoh pendidikan vokasional. Pindaan ini juga menetapkan mana-mana institusi lain yang menjalinkan kerjasama melaksanakan program atau latihan dengan KV hendaklah menggunakan KSKV. Tuan Yang di-Pertua, fasal 1 di bawah rang undang-undang ini mengandungi tajuk ringkas dan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2, Akta 550 untuk memasukkan takrif kolej vokasional dan kurikulum standard kolej vokasional. Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan bab baru 5A ke dalam Akta 550. Seksyen 33A bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk menubuhkan dan menggerakkan sepenuhnya kolej vokasional. Seksyen 33B memperuntukkan bahawa semua kolej vokasional hendaklah. menggunakan kurikulum standard kolej vokasional. Seksyen 33C membenarkan kolej vokasional untuk bekerjasama dengan mana- mana institut, pertubuhan atau organisasi perindustrian bagi maksud antara lain melaksanakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional dan meningkatkan kemahiran pendidikan dan latihan teknik dan vokasional murid. Mana-mana program atau latihan yang dijalankan dengan kerjasama institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian itu hendaklah menggunakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional. Seksyen 33D bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan. Fasal 5 bertujuan untuk memasukkan perenggan baru ke dalam seksyen 130(2) Akta 550, untuk memberi Menteri kuasa untuk menubuhkan, menyusun, mengurus, mengawal dan membubarkan apa-apa majlis, badan atau jawatankuasa bagi pendidikan dan latihan teknik dan vokasional. #1710. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2014 ini akan melibatkan perbelanjaan tambahan kepada kerajaan. Dalam hal ini, sebarang perubahan. | 80 | 92 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 81
yang melibatkan tambahan kepada peruntukan perbelanjaan akan dibincangkan secara
berasingan dengan Kementerian Kewangan.
Rang undang-undang ini juga melibatkan kuasa yang diperuntukkan kepada
Menteri Pendidikan dalam melaksanakan KV sebagai institusi pendidikan yang
menyediakan pendidikan latihan teknik dan vokasional selepas pendidikan menengah
rendah. Rang undang-undang ini juga akan membolehkan kerajaan, khususnya
Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan dasar pendidikan dan latihan teknik dan
vokasional di KV secara berstruktur dan bersistematik.
Pindaan ini juga bertujuan untuk mengemas kini peruntukan undang-undang sedia
ada supaya selaras dengan pindaan yang dicadangkan serta bersesuaian dengan
perubahan dan perkembangan semasa dalam sistem pendidikan kebangsaan yang
dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan.
Dengan termaktubnya pindaan ini sebagai undang-undang, tanggungjawab
Kementerian Pendidikan Malaysia akan menjadi lebih jelas, kemas kini dan dasar
Kementerian Pendidikan Malaysia, khususnya berkaitan dengan KV akan dapat
dilaksanakan dengan lebih cekap dan lancar. Pindaan-pindaan lain yang tidak sebut secara
khusus adalah pindaan-pindaan kecil atau yang berbangkit.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga ini telah
melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif bagi memperkasa pendidikan teknik dan
vokasional dan akan terus komited meneruskan usaha murni ini. Justeru, Rang Undang-
undang Pendidikan (Pindaan) 2014 ini diharap mampu melancarkan pelaksanaan
transformasi pendidikan vokasional dan meningkatkan peratusan murid aliran berkenaan
kepada 20% menjelang tahun 2020.
Apa yang jelas, transformasi pendidikan vokasional ini bukan sekadar memberikan
satu alternatif kepada sistem pendidikan negara tetapi antara pendekatan untuk
merealisasikan hasrat kerajaan dalam mengisi perancangan dan memenuhi keperluan
tenaga mahir negara ke arah mencapai hasrat dan aspirasi negara sebagai sebuah negara
maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, ada
sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Datuk Ir. Haji
Hamim bin Samuri]: Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya,
terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-
undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pendidikan 1996 dibacakan kali yang
kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Beberapa Ahli: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang
Berhormat Tenom mengangguk, sila Yang Berhormat Tenom.
5.13 ptg.
Datuk Raime Unggi [Tenom]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana
memberi ruang kepada saya juga untuk membahaskan Rang Undang-undang Pendidikan
(Pindaan) 2014 dalam Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, saya turut mengalu-
alukan rang undang-undang ini yang bertujuan menjenamakan semula pendidikan teknikal
dan vokasional, termasuklah meningkatkan taraf kolej vokasional ke peringkat lebih tinggi
lagi.
| yang melibatkan tambahan kepada peruntukan perbelanjaan akan dibincangkan secara berasingan dengan Kementerian Kewangan. Rang undang-undang ini juga melibatkan kuasa yang diperuntukkan kepada Menteri Pendidikan dalam melaksanakan KV sebagai institusi pendidikan yang menyediakan pendidikan latihan teknik dan vokasional selepas pendidikan menengah rendah. Rang undang-undang ini juga akan membolehkan kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan dasar pendidikan dan latihan teknik dan vokasional di KV secara berstruktur dan bersistematik. Pindaan ini juga bertujuan untuk mengemas kini peruntukan undang-undang sedia ada supaya selaras dengan pindaan yang dicadangkan serta bersesuaian dengan perubahan dan perkembangan semasa dalam sistem pendidikan kebangsaan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan. Dengan termaktubnya pindaan ini sebagai undang-undang, tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia akan menjadi lebih jelas, kemas kini dan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia, khususnya berkaitan dengan KV akan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan lancar. Pindaan-pindaan lain yang tidak sebut secara khusus adalah pindaan-pindaan kecil atau yang berbangkit. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga ini telah melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif bagi memperkasa pendidikan teknik dan vokasional dan akan terus komited meneruskan usaha murni ini. Justeru, Rang Undang- undang Pendidikan (Pindaan) 2014 ini diharap mampu melancarkan pelaksanaan transformasi pendidikan vokasional dan meningkatkan peratusan murid aliran berkenaan kepada 20% menjelang tahun 2020. Apa yang jelas, transformasi pendidikan vokasional ini bukan sekadar memberikan satu alternatif kepada sistem pendidikan negara tetapi antara pendekatan untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam mengisi perancangan dan memenuhi keperluan tenaga mahir negara ke arah mencapai hasrat dan aspirasi negara sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, ada sesiapa yang menyokong? Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri]: Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang- undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pendidikan 1996 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Beberapa Ahli: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Tenom mengangguk, sila Yang Berhormat Tenom. 5.13 ptg. Datuk Raime Unggi [Tenom]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya juga untuk membahaskan Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2014 dalam Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, saya turut mengalu- alukan rang undang-undang ini yang bertujuan menjenamakan semula pendidikan teknikal dan vokasional, termasuklah meningkatkan taraf kolej vokasional ke peringkat lebih tinggi lagi. | 81 | 93 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
82 DR.1.4.2015
Memang sudah sampai masanya persepsi ibu bapa dan masyarakat perlu juga
diubah. Kita boleh bayangkan jenama “Made in Malaysia" dengan izin, menguasai pasaran
global secara holistik dalam tempoh 20 tahun akan datang. Ketika itu hampir semua negara
tertumpu di Malaysia, bersandarkan produk dan perkhidmatan yang disediakan begitu
berkualiti, diiktiraf, memiliki lanjutan teknologi tinggi yang pesat, inovatif, kreatif dan
memberi manfaat kepada konsumerisme sejagat.
Tuan Yang di-Pertua, boleh diandaikan menjelang tahun 2035 itu, Malaysia akan
mencapai tahap puncak sebagai sebuah negara maju berteraskan vokasional dan juga
teknikal. Waktu itu negara kita sebagai pengeluar enjin berteknologi tinggi menggunakan
kuasa elektrik atau solar sebagai pengganti kepada sumber petroleum. Malah, negara
mempunyai pakar autotronik bagi kenderaan berteknologi tinggi dan canggih di samping
pada waktu itu kita sudah mempunyai pembekal produk inovatif penyejukan penyaman
udara, pembekal perkhidmatan katering yang diiktiraf di dunia di samping sebagai hab
dunia bagi fesyen dan seni kecantikan, selain pakar rujuk dalam seni bina kapal dan marin
penyelenggaraan kapal.
Dunia juga tertumpu di negara ini kerana mempunyai modal insan dalam
kepakaran industri pertukangan kayu, fotostat dan menjilid, pengendalian mesin cetak,
pembersihan kenderaan dan bangunan, dobi pakaian, mengecat kenderaan dan bangunan,
kemahiran inovatif dalam teknologi tayar dan sebagai hab jahitan langsir, gunting rambut
dan membaiki kasut peringkat antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, inilah bayangan visi dan misi modal insan negara
berteraskan vokasional pada waktu itu. Pastinya tidak mustahil untuk dicapai. Transformasi
pendidikan vokasional yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan sejak 2012, saya
melihat sudah mula diperkemas dan kurikulum standard kolej vokasional mula di susun
semula dengan mengandungi 70% latihan kemahiran dan 30% akademik umum. Saya
harap Tuan Yang di-Pertua, ini bukan omong-omong kosong.
Saya berharap di bawah fasal 33C(1) hendaklah memastikan kolej vokasional ini
perlu mengadakan pendidikan dan latihan teknik dan vokasional mengikut kebolehpasaran,
meningkatkan kemahiran pembelajaran dalam bidang berkenaan dan melaksanakan
pemindahan teknologi pada masa kini. Kalau dulu saya sendiri merasai perubahan itu yang
mana sewaktu itu pada awal lewat 70-an dan 80-an, sebahagian besar masyarakat
memandang sebelah mata kepada mereka yang berkecimpung dan mempunyai pendidikan
dalam vokasional.
Akan tetapi pada era ini rasanya tidak. Apatah lagi kolej vokasional (KV)
menawarkan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan termasuklah taraf DVM diiktiraf dan diakreditasi Malaysia Accreditation
Qualification (MQA). Lebih-lebih lagi saya dimaklumkan bahawa kurikulum asas kolej
vokasional berlandaskan National Occupational Skills Standard (NOSS) ditambah dengan
pelbagai kemahiran mengikut keperluan industri seperti implementability skills, production-
based education, school enterprise dan on the job training.
Cuma persoalannya sekarang Tuan Yang di-Pertua, bagi saya ialah setakat mana
pula syarat-syarat kelayakan bagi kursus diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda di
politeknik, universiti awam dan swasta menerima pakai kelayakan pelajar yang mempunyai
DVM ini. Perkara-perkara sebegini boleh dilihat secara serius dan segera dalam
memastikan misi dan visi kementerian mempunyai kesinambungan kepada pelajar DVM
untuk melanjutkan pendidikan lebih tinggi selain mempunyai kemahiran yang tinggi.
Saya juga mendapat maklum daripada data menunjukkan 80% graduan lepasan
vokasional di institusi latihan perindustrian (ILP) memperoleh pekerjaan, manakala ujian
rintis Kementerian Pendidikan tahap graduan vokasional dan kemahiran, menunjukkan 95%
mendapat pekerjaan dengan gaji asas yang tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil satu negara. Negara Jerman sebagai
contoh, dalam memberi tumpuan utama kepada rakyat dalam aspek pendidikan vokasional
dan teknikal yang sudah memulakan sejak abad lalu dan bangkit semula selepas Perang
Dunia Kedua. Di Jerman, 60% hingga 70% pelajar di peringkat menengah memasuki
sekolah aliran vokasional dan teknikal. Pelajar dilatih dalam 340 bidang pekerjaan dan
pemerintah Jerman berjaya mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan
pendapatan rakyat.
| Memang sudah sampai masanya persepsi ibu bapa dan masyarakat perlu juga diubah. Kita boleh bayangkan jenama "Made in Malaysia" dengan izin, menguasai pasaran global secara holistik dalam tempoh 20 tahun akan datang. Ketika itu hampir semua negara tertumpu di Malaysia, bersandarkan produk dan perkhidmatan yang disediakan begitu berkualiti, diiktiraf, memiliki lanjutan teknologi tinggi yang pesat, inovatif, kreatif dan memberi manfaat kepada konsumerisme sejagat. Tuan Yang di-Pertua, boleh diandaikan menjelang tahun 2035 itu, Malaysia akan mencapai tahap puncak sebagai sebuah negara maju berteraskan vokasional dan juga teknikal. Waktu itu negara kita sebagai pengeluar enjin berteknologi tinggi menggunakan kuasa elektrik atau solar sebagai pengganti kepada sumber petroleum. Malah, negara mempunyai pakar autotronik bagi kenderaan berteknologi tinggi dan canggih di samping pada waktu itu kita sudah mempunyai pembekal produk inovatif penyejukan penyaman udara, pembekal perkhidmatan katering yang diiktiraf di dunia di samping sebagai hab dunia bagi fesyen dan seni kecantikan, selain pakar rujuk dalam seni bina kapal dan marin penyelenggaraan kapal. Dunia juga tertumpu di negara ini kerana mempunyai modal insan dalam kepakaran industri pertukangan kayu, fotostat dan menjilid, pengendalian mesin cetak, pembersihan kenderaan dan bangunan, dobi pakaian, mengecat kenderaan dan bangunan, kemahiran inovatif dalam teknologi tayar dan sebagai hab jahitan langsir, gunting rambut dan membaiki kasut peringkat antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, inilah bayangan visi dan misi modal insan negara berteraskan vokasional pada waktu itu. Pastinya tidak mustahil untuk dicapai. Transformasi pendidikan vokasional yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan sejak 2012, saya melihat sudah mula diperkemas dan kurikulum standard kolej vokasional mula di susun semula dengan mengandungi 70% latihan kemahiran dan 30% akademik umum. Saya harap Tuan Yang di-Pertua, ini bukan omong-omong kosong. Saya berharap di bawah fasal 33C(1) hendaklah memastikan kolej vokasional ini perlu mengadakan pendidikan dan latihan teknik dan vokasional mengikut kebolehpasaran, meningkatkan kemahiran pembelajaran dalam bidang berkenaan dan melaksanakan pemindahan teknologi pada masa kini. Kalau dulu saya sendiri merasai perubahan itu yang mana sewaktu itu pada awal lewat 70-an dan 80-an, sebahagian besar masyarakat memandang sebelah mata kepada mereka yang berkecimpung dan mempunyai pendidikan dalam vokasional. Akan tetapi pada era ini rasanya tidak. Apatah lagi kolej vokasional (KV) menawarkan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan termasuklah taraf DVM diiktiraf dan diakreditasi Malaysia Accreditation Qualification (MQA). Lebih-lebih lagi saya dimaklumkan bahawa kurikulum asas kolej vokasional berlandaskan National Occupational Skills Standard (NOSS) ditambah dengan pelbagai kemahiran mengikut keperluan industri seperti implementability skills, production- based education, school enterprise dan on the job training. Cuma persoalannya sekarang Tuan Yang di-Pertua, bagi saya ialah setakat mana pula syarat-syarat kelayakan bagi kursus diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda di politeknik, universiti awam dan swasta menerima pakai kelayakan pelajar yang mempunyai DVM ini. Perkara-perkara sebegini boleh dilihat secara serius dan segera dalam memastikan misi dan visi kementerian mempunyai kesinambungan kepada pelajar DVM untuk melanjutkan pendidikan lebih tinggi selain mempunyai kemahiran yang tinggi. Saya juga mendapat maklum daripada data menunjukkan 80% graduan lepasan vokasional di institusi latihan perindustrian (ILP) memperoleh pekerjaan, manakala ujian rintis Kementerian Pendidikan tahap graduan vokasional dan kemahiran, menunjukkan 95% mendapat pekerjaan dengan gaji asas yang tinggi. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil satu negara. Negara Jerman sebagai contoh, dalam memberi tumpuan utama kepada rakyat dalam aspek pendidikan vokasional dan teknikal yang sudah memulakan sejak abad lalu dan bangkit semula selepas Perang Dunia Kedua. Di Jerman, 60% hingga 70% pelajar di peringkat menengah memasuki sekolah aliran vokasional dan teknikal. Pelajar dilatih dalam 340 bidang pekerjaan dan pemerintah Jerman berjaya mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan pendapatan rakyat. | 82 | 94 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 83
■1720
Malah, sekitar 100,000 jurutera dan scientist baru dilahirkan menerusi 200 sekolah
dan fakulti kejuruteraan dan teknikal saban tahun bagi memenuhi pasaran kerjaya di negara
mereka. Berdasarkan kepada pengalaman yang lalu, di sebuah kawasan yang dikenali
sebagai Papenburg, German. Sebuah kawasan industri membina perkapalan pada
pertengahan 1990-an, rakyat German yang tidak mempunyai pendidikan tinggi sekalipun,
tetap mempunyai kemahiran tinggi dalam menyumbang kepada pengeluaran tinggi negara
mereka.
Ini terhasil dengan sistem pendidikan di Jerman. Pada seusia menengah rendah,
umur antara 12 tahun hingga 15 tahun diberikan ruang untuk mengikuti bidang vokasional
dan teknikal yang bersesuaian dengan minat masing-masing. Mereka didedahkan dengan
keperluan industri di negara mereka seperti di negara kita, kolej vokasional pada masa ini
mempunyai tawaran kursus sekurang-kurangnya 20 hingga 30 bidang kursus mengikut
industri pekerjaan. Kalau kita melihat ekonomi Jerman yang dilambakkan dengan pekerja
mahir yang dipercayai rahsia sebenarnya negara itu berpaksikan kepada kelompok
masyarakat dikenali sebagai Mittelstand, sebagai tulang belakang ekonomi Jerman selama
ini. Kelompok ini diasuh dan diajar mengikut generasi ke generasi yang mana 99%
merangkumi 3 juta syarikat yang mempunyai pekerja tidak lebih 500 orang di Jerman
adalah milik syarikat keluarga.
Cologne Institute for Economic Research (IW) dalam kajian mereka berpendapat
bahawa industri pemilikan keluarga yang menekankan pekerja berkemahiran tinggi
menyumbang kira-kira 26% kepada ekonomi Jerman selama ini. Saya sendiri juga adalah
antara peminat jenama sukan terkenal Jerman Tuan Yang di-Pertua, iaitu Adidas. Melalui
jenama Adidas yang merupakan peralatan dan pakaian sukan turut memastikan Jerman
model ini mempunyai keupayaan teknologi lanjutan yang pesat berkembang. Inilah antara
sebab didikan vokasional berjaya membentuk aliran ekonomi yang utuh dan menjadikan
Jerman sebagai sebuah negara yang maju dan juga konsisten. Tidak hairan sebanyak 11%
pekerja Jerman bekerja dalam industri high-tech, suatu perangkaan lebih tinggi yang
ditetapkan dalam pasaran kerjaya Kesatuan Eropah (EU).
Tidak dinafikan tumpuan Malaysia masa ini dalam memperkasakan latihan
kemahiran bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi berada di landasan yang
tepat. Cabaran pertama ialah supaya bidang kemahiran vokasional dan teknikal sedia ada
ditambah lagi kepada 100 bidang bagi tahun 2015. Bidang-bidang kemahiran vokasional
dan teknikal amat penting bagi mengisi pasaran pekerjaan sedia ada.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah fasal atau seksyen 33B dan juga 33C, yang mana
membenarkan kolej vokasional bekerjasama dengan institusi kehendak pasaran luar
mengikut kurikulum standard kolej vokasional. Saya yakin bidang-bidang kemahiran ini
amat berkait rapat dengan dunia keusahawanan dan dengan itu, subjek ini perlu diajar
serentak dalam bidang kemahiran berkenaan. Di samping itu, saya juga ingin
mengesyorkan kepada pihak kerajaan supaya pendidikan vokasional dan teknikal ini kalau
boleh, kita mulakan dari Tingkatan 1 sebagai satu ruang dan peluang untuk menjana
elemen kemahiran tinggi.
Sistem persekolahan di peringkat rendah sepatutnya mengenal potensi pelajar
sama ada perlu disalurkan ke bidang akademik dan juga profesional ataupun ke bidang
vokasional dan juga teknikal. Dengan itu, kita tidak perlu lagi memaksa pelajar yang tidak
sesuai di bidang akademik belajar perkara-perkara yang tidak diminati. Sebaliknya, mereka
terus disalurkan ke bidang kemahiran yang sesuai dengan potensi dan minat mereka.
Saya juga ingin mengesyorkan supaya menukar 50% sekolah menengah harian
biasa menjadi sekolah vokasional dan teknikal walaupun bunyinya itu sukar tetapi setiap
kejayaan itu pasti ada pengorbanannya. Pastinya juga tenaga pengajar hendaklah
dimantapkan dan dipertingkatkan. Kalau di Jerman, profesion perguruan vokasional ini
menerima imbuhan tinggi kerana untuk seseorang itu diterima sebagai pendidik, mereka
| #1720. Malah, sekitar 100,000 jurutera dan scientist baru dilahirkan menerusi 200 sekolah dan fakulti kejuruteraan dan teknikal saban tahun bagi memenuhi pasaran kerjaya di negara mereka. Berdasarkan kepada pengalaman yang lalu, di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Papenburg, German. Sebuah kawasan industri membina perkapalan pada pertengahan 1990-an, rakyat German yang tidak mempunyai pendidikan tinggi sekalipun, tetap mempunyai kemahiran tinggi dalam menyumbang kepada pengeluaran tinggi negara mereka. Ini terhasil dengan sistem pendidikan di Jerman. Pada seusia menengah rendah, umur antara 12 tahun hingga 15 tahun diberikan ruang untuk mengikuti bidang vokasional dan teknikal yang bersesuaian dengan minat masing-masing. Mereka didedahkan dengan keperluan industri di negara mereka seperti di negara kita, kolej vokasional pada masa ini mempunyai tawaran kursus sekurang-kurangnya 20 hingga 30 bidang kursus mengikut industri pekerjaan. Kalau kita melihat ekonomi Jerman yang dilambakkan dengan pekerja mahir yang dipercayai rahsia sebenarnya negara itu berpaksikan kepada kelompok masyarakat dikenali sebagai Mittelstand, sebagai tulang belakang ekonomi Jerman selama ini. Kelompok ini diasuh dan diajar mengikut generasi ke generasi yang mana 99% merangkumi 3 juta syarikat yang mempunyai pekerja tidak lebih 500 orang di Jerman adalah milik syarikat keluarga. Cologne Institute for Economic Research (IW) dalam kajian mereka berpendapat bahawa industri pemilikan keluarga yang menekankan pekerja berkemahiran tinggi menyumbang kira-kira 26% kepada ekonomi Jerman selama ini. Saya sendiri juga adalah antara peminat jenama sukan terkenal Jerman Tuan Yang di-Pertua, iaitu Adidas. Melalui jenama Adidas yang merupakan peralatan dan pakaian sukan turut memastikan Jerman model ini mempunyai keupayaan teknologi lanjutan yang pesat berkembang. Inilah antara sebab didikan vokasional berjaya membentuk aliran ekonomi yang utuh dan menjadikan Jerman sebagai sebuah negara yang maju dan juga konsisten. Tidak hairan sebanyak 11% pekerja Jerman bekerja dalam industri high-tech, suatu perangkaan lebih tinggi yang ditetapkan dalam pasaran kerjaya Kesatuan Eropah (EU). Tidak dinafikan tumpuan Malaysia masa ini dalam memperkasakan latihan kemahiran bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi berada di landasan yang tepat. Cabaran pertama ialah supaya bidang kemahiran vokasional dan teknikal sedia ada ditambah lagi kepada 100 bidang bagi tahun 2015. Bidang-bidang kemahiran vokasional dan teknikal amat penting bagi mengisi pasaran pekerjaan sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, di bawah fasal atau seksyen 33B dan juga 33C, yang mana membenarkan kolej vokasional bekerjasama dengan institusi kehendak pasaran luar mengikut kurikulum standard kolej vokasional. Saya yakin bidang-bidang kemahiran ini amat berkait rapat dengan dunia keusahawanan dan dengan itu, subjek ini perlu diajar serentak dalam bidang kemahiran berkenaan. Di samping itu, saya juga ingin mengesyorkan kepada pihak kerajaan supaya pendidikan vokasional dan teknikal ini kalau boleh, kita mulakan dari Tingkatan 1 sebagai satu ruang dan peluang untuk menjana elemen kemahiran tinggi. Sistem persekolahan di peringkat rendah sepatutnya mengenal potensi pelajar sama ada perlu disalurkan ke bidang akademik dan juga profesional ataupun ke bidang vokasional dan juga teknikal. Dengan itu, kita tidak perlu lagi memaksa pelajar yang tidak sesuai di bidang akademik belajar perkara-perkara yang tidak diminati. Sebaliknya, mereka terus disalurkan ke bidang kemahiran yang sesuai dengan potensi dan minat mereka. Saya juga ingin mengesyorkan supaya menukar 50% sekolah menengah harian biasa menjadi sekolah vokasional dan teknikal walaupun bunyinya itu sukar tetapi setiap kejayaan itu pasti ada pengorbanannya. Pastinya juga tenaga pengajar hendaklah dimantapkan dan dipertingkatkan. Kalau di Jerman, profesion perguruan vokasional ini menerima imbuhan tinggi kerana untuk seseorang itu diterima sebagai pendidik, mereka. | 83 | 95 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
84 DR.1.4.2015
terpaksa menjalankan latihan yang panjang dan juga rapi. Keadaan inilah yang memberikan
Jerman dapat dikenali sebagai sebuah negara yang menjadi peneraju kepada
perkembangan teknologi terkini, khasnya di dalam bidang automatif, kejuruteraan berat dan
juga ketenteraan.
Soalnya sekarang, negara German sudah bermula 100 tahun yang lalu dan kita
sudah mempunyai laluan ajaib, fast track Tuan Yang di-Pertua, dalam menjadikan
pendidikan vokasional berperanan sebagai sistem alternatif bagi menjadikan Malaysia
bukan sahaja sebagai sebuah negara maju, malah sebagai sebuah negara yang dirujuk.
Dengan itu, saya mohon menyokong rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua. Terima
kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang
Berhormat Bukit Gantang.
5.26 ptg.
Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang]: Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih. Kolej vokasional ini telah menjadi projek
rintis bermula pada tahun 2012 dengan pengambilan pertama pelajarnya di kolej vokasional
yang melibatkan lima buah sekolah. Pada tahun 2012, sekolah vokasional ini dinaiktarafkan
ke kolej vokasional di seluruh Malaysia, kecuali ada beberapa buah sekolah menengah
teknik. Isunya ialah berkenaan dengan peralatan kolej vokasional. Walaupun sudah hampir
empat tahun kolej vokasional ini diperkenalkan tetapi peralatannya masih digunakan
dengan peralatan yang ketinggalan. Ada yang sesetengahnya mesin telah rosak sejak
tahun 1989, masih lagi diguna pakai.
Kalau mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Tenom tadi, satu harapan
yang cukup tinggi kepada pelajar-pelajar yang berkelulusan vokasional yang kita tahu
negara German adalah merupakan negara yang menjadi rujukan kepada kita dalam soal
sekolah vokasional ini. Akan tetapi kalau keadaan peralatan yang digunakan ini peralatan
yang tidak selari dengan perkembangan zaman, bagaimana mungkin untuk melahirkan
tenaga mahir yang selari dengan keadaan semasa? Malahan juga, apa yang malang sekali
ada yang P&P nya terpaksa bergantung dengan pusat bertauliah yang lain, yang
mempunyai alat yang ingin digunakan.
Walaupun tempat yang digunakan ialah tempat masih lagi institusi kerajaan g-to-g
tetapi bayarannya tetap dikenakan kepada setiap pelajar. Apabila melibatkan kewangan,
ada sesetengah dari kalangannya pengarah kolej bising. Ia menyukarkan guru untuk
menyiapkan modul yang tiada peralatan di sekolah.
Oleh yang demikian, diharapkan pihak yang bertanggungjawab supaya
memberikan perhatian kepada permasalahan yang dihadapi dan memberikan alternatif
serta memberikan cara penyelesaian terbaik supaya projek kolej vokasional ini tidak gagal,
supaya ia dapat mencapai cita-cita yang diharapkan. Sekarang isu yang timbul di kalangan
para waris ialah berkenaan dengan hala tuju pelajar sekolah vokasional. Ini kerana
kebanyakan mereka ini tidak mengambil SPM dan adakah diploma yang dianugerahkan
oleh kolej vokasional ini sah dan boleh digunakan untuk mencari pekerjaan, terutama di
sektor kerajaan? Ini saya minta pengesahan ya.
Sejauh manakah pula kelulusan yang telah diterima daripada pihak MQA,
berkenaan dengan diploma kolej vokasional ini dianggap sebagai sijil institusi pengajian
tinggi. Seperti yang kita sedia maklum, MQA ini ialah merupakan entiti yang terdapat dalam
negara kita ini untuk recognize dengan izin, setiap sijil ataupun ijazah yang ditawarkan.
■1730
Maka dengan sebab itu, di sana ada dengar bunyi – ini pun saya hendak minta
pengesahan, adakah wujud istilah pensijilan sementara iaitu pengiktirafan sementara
daripada MQA untuk Diploma Vokasional Malaysia? Kenapakah situasi ini berlaku?
Kenapakah pihak MQA tidak mengiktiraf sepenuhnya Diploma Vokasional Malaysia
tersebut dan apakah masalah yang dihadapi oleh pihak kementerian?
| terpaksa menjalankan latihan yang panjang dan juga rapi. Keadaan inilah yang memberikan Jerman dapat dikenali sebagai sebuah negara yang menjadi peneraju kepada perkembangan teknologi terkini, khasnya di dalam bidang automatif, kejuruteraan berat dan juga ketenteraan. Soalnya sekarang, negara German sudah bermula 100 tahun yang lalu dan kita sudah mempunyai laluan ajaib, fast track Tuan Yang di-Pertua, dalam menjadikan pendidikan vokasional berperanan sebagai sistem alternatif bagi menjadikan Malaysia bukan sahaja sebagai sebuah negara maju, malah sebagai sebuah negara yang dirujuk. Dengan itu, saya mohon menyokong rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Bukit Gantang. 5.26 ptg. Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih. Kolej vokasional ini telah menjadi projek rintis bermula pada tahun 2012 dengan pengambilan pertama pelajarnya di kolej vokasional yang melibatkan lima buah sekolah. Pada tahun 2012, sekolah vokasional ini dinaiktarafkan ke kolej vokasional di seluruh Malaysia, kecuali ada beberapa buah sekolah menengah teknik. Isunya ialah berkenaan dengan peralatan kolej vokasional. Walaupun sudah hampir empat tahun kolej vokasional ini diperkenalkan tetapi peralatannya masih digunakan dengan peralatan yang ketinggalan. Ada yang sesetengahnya mesin telah rosak sejak tahun 1989, masih lagi diguna pakai. Kalau mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Tenom tadi, satu harapan yang cukup tinggi kepada pelajar-pelajar yang berkelulusan vokasional yang kita tahu negara German adalah merupakan negara yang menjadi rujukan kepada kita dalam soal sekolah vokasional ini. Akan tetapi kalau keadaan peralatan yang digunakan ini peralatan yang tidak selari dengan perkembangan zaman, bagaimana mungkin untuk melahirkan tenaga mahir yang selari dengan keadaan semasa? Malahan juga, apa yang malang sekali ada yang P&P nya terpaksa bergantung dengan pusat bertauliah yang lain, yang mempunyai alat yang ingin digunakan. Walaupun tempat yang digunakan ialah tempat masih lagi institusi kerajaan g-to-g tetapi bayarannya tetap dikenakan kepada setiap pelajar. Apabila melibatkan kewangan, ada sesetengah dari kalangannya pengarah kolej bising. Ia menyukarkan guru untuk menyiapkan modul yang tiada peralatan di sekolah. Oleh yang demikian, diharapkan pihak yang bertanggungjawab supaya memberikan perhatian kepada permasalahan yang dihadapi dan memberikan alternatif serta memberikan cara penyelesaian terbaik supaya projek kolej vokasional ini tidak gagal, supaya ia dapat mencapai cita-cita yang diharapkan. Sekarang isu yang timbul di kalangan para waris ialah berkenaan dengan hala tuju pelajar sekolah vokasional. Ini kerana kebanyakan mereka ini tidak mengambil SPM dan adakah diploma yang dianugerahkan oleh kolej vokasional ini sah dan boleh digunakan untuk mencari pekerjaan, terutama di sektor kerajaan? Ini saya minta pengesahan ya. Sejauh manakah pula kelulusan yang telah diterima daripada pihak MQA, berkenaan dengan diploma kolej vokasional ini dianggap sebagai sijil institusi pengajian tinggi. Seperti yang kita sedia maklum, MQA ini ialah merupakan entiti yang terdapat dalam negara kita ini untuk recognize dengan izin, setiap sijil ataupun ijazah yang ditawarkan. #1730 Maka dengan sebab itu, di sana ada dengar bunyi- ini pun saya hendak minta pengesahan, adakah wujud istilah pensijilan sementara iaitu pengiktirafan sementara daripada MQA untuk Diploma Vokasional Malaysia? Kenapakah situasi ini berlaku? Kenapakah pihak MQA tidak mengiktiraf sepenuhnya Diploma Vokasional Malaysia tersebut dan apakah masalah yang dihadapi oleh pihak kementerian?. | 84 | 96 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 85
Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini aliran Sijil Kemahiran Malaysia yang ditawarkan
Sekolah Menengah Vokasional telah menjadi mangsa kerana tahun 2015 digantikan
dengan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Mulai tahun 2016, yang dimaklumkan,
kursus SKM ini tidak akan ditawarkan lagi di kolej vokasional sehingga timbul kecelaruan
kerana umum maklum bahawa pengambilan pelajar untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
ini adalah di kalangan pelajar yang tercicir dalam bidang akademik. Inilah yang kita tengok
pada permulaannya untuk kita perkenalkan. kerana ada di kalangan manusia ini Allah Taala
jadi bukan semua sama. Ada otak kiri, ada otak kanan.
Oleh sebab itu yang mahir, kemahiran dalam bidang vokasional – malahan ada
saya jumpa sekali dalam flight, pelajar vokasional sekarang ini sudah menjadi seorang
pensyarah pun di sebuah universiti walaupun dianya daripada sekolah vokasional. Allah
Taala berikan anugerah kepada dia untuk meningkatkan kemahiran. Walau bagaimanapun,
matlamat kita ialah untuk memastikan supaya mereka yang tercicir dalam bidang akademik
ini diberikan melalui Sijil Kemahiran Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, penubuhan kolej vokasional ini pada awalnya mempunyai
matlamat iaitu memberi peluang kedua kepada pelajar yang tercicir dalam akademik.
Kemahiran diberikan kepada mereka untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dan separuh
mahir dalam sektor swasta. Dalam masa yang sama, kita hendak mengurangkan Malaysia
ini terlalu bergantung dengan pekerja asing. Jadi, kenapakah SKM tidak lagi ditawarkan
kepada golongan pelajar tersebut? Ini saya hendak minta kepastian.
Tuan Yang di-Pertua, cadangan daripada pihak yang tertentu untuk menampung
keperluan berkaitan tenaga pengajar di kolej vokasional yang ada cadangan antaranya,
sumber guru daripada pasaran terbuka iaitu seni kulinari, cadangan sumber gurunya
daripada UPSI, KLMU, Kolej PTPL dan Food Institute Malaysia. Kursus teknologi automatif
pula, cadangan sumber gurunya daripada Proton, Toyota Motor, Naza, Perodua dan UMW
dan CIAST. Manakala teknologi marin dan seni bina kapal, cadangan sumber gurunya
daripada UniKL, ALAM, RANACO, MISC dan CIAST. Kursus teknologi pembuatan pula
daripada UniKL, GMTI, TATI, UTHM, UniMAP dan UTEM. Kursus agro industri tanaman
daripada UPM, NATC, CIAST, MARDI dan FAMA. Kursus pengurusan hotel daripada UiTM,
Twintech, KLMU, MSU dan Kolej PTPL. Soalannya ialah apakah nasib masa depan tenaga
pengajar yang sedang mengajar di kolej vokasional tiba-tiba kita hendak pergi ambil
outsource daripada kolej vokasional ini?
Tuan Yang di-Pertua, matlamat kolej vokasional untuk melahirkan tenaga mahir
dan juga separa mahir seperti mana disebut tadi. Pecahan keluaran vokasional, ini harapan
kita, 70% dalam bidang industri, 20% untuk melanjutkan pelajaran dan 10% untuk menjadi
usahawan. Dengan situasi semasa, kerana ada daripada kalangan pelajar yang mencatat
CGPA nya lebih daripada 3.0, adakah mereka yang mendapat CGPA 3.0 ini hendak pergi
ke industri untuk menjadi pekerja mahir ataupun mereka akan menyambung pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi?
Persoalan saya ialah adakah institusi pengajian tinggi yang telah bersedia untuk
menerima pelajar yang telah mempunyai kelulusan CGPA 3.0 ini? Kalau ada, tolong
senaraikan kepada saya mana institusi IPTA yang telah bersedia untuk menerima keluaran
daripada kolej vokasional yang mendapat CGPA 3.0. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang
Berhormat Parit Sulong.
5.36 ptg.
Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya pun bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain hendak cakap sikit mengenai rang
undang-undang suatu akta untuk meminda Akta Pendidikan 1996. Ada beberapa perkara
yang saya hendak bangkitkan.
| Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini aliran Sijil Kemahiran Malaysia yang ditawarkan Sekolah Menengah Vokasional telah menjadi mangsa kerana tahun 2015 digantikan dengan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Mulai tahun 2016, yang dimaklumkan, kursus SKM ini tidak akan ditawarkan lagi di kolej vokasional sehingga timbul kecelaruan kerana umum maklum bahawa pengambilan pelajar untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ini adalah di kalangan pelajar yang tercicir dalam bidang akademik. Inilah yang kita tengok pada permulaannya untuk kita perkenalkan. kerana ada di kalangan manusia ini Allah Taala jadi bukan semua sama. Ada otak kiri, ada otak kanan. Oleh sebab itu yang mahir, kemahiran dalam bidang vokasional- malahan ada saya jumpa sekali dalam flight, pelajar vokasional sekarang ini sudah menjadi seorang pensyarah pun di sebuah universiti walaupun dianya daripada sekolah vokasional. Allah Taala berikan anugerah kepada dia untuk meningkatkan kemahiran. Walau bagaimanapun, matlamat kita ialah untuk memastikan supaya mereka yang tercicir dalam bidang akademik ini diberikan melalui Sijil Kemahiran Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, penubuhan kolej vokasional ini pada awalnya mempunyai matlamat iaitu memberi peluang kedua kepada pelajar yang tercicir dalam akademik. Kemahiran diberikan kepada mereka untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dan separuh mahir dalam sektor swasta. Dalam masa yang sama, kita hendak mengurangkan Malaysia ini terlalu bergantung dengan pekerja asing. Jadi, kenapakah SKM tidak lagi ditawarkan kepada golongan pelajar tersebut? Ini saya hendak minta kepastian. Tuan Yang di-Pertua, cadangan daripada pihak yang tertentu untuk menampung keperluan berkaitan tenaga pengajar di kolej vokasional yang ada cadangan antaranya, sumber guru daripada pasaran terbuka iaitu seni kulinari, cadangan sumber gurunya daripada UPSI, KLMU, Kolej PTPL dan Food Institute Malaysia. Kursus teknologi automatif pula, cadangan sumber gurunya daripada Proton, Toyota Motor, Naza, Perodua dan UMW dan CIAST. Manakala teknologi marin dan seni bina kapal, cadangan sumber gurunya daripada UniKL, ALAM, RANACO, MISC dan CIAST. Kursus teknologi pembuatan pula daripada UniKL, GMTI, TATI, UTHM, UniMAP dan UTEM. Kursus agro industri tanaman daripada UPM, NATC, CIAST, MARDI dan FAMA. Kursus pengurusan hotel daripada UiTM, Twintech, KLMU, MSU dan Kolej PTPL. Soalannya ialah apakah nasib masa depan tenaga pengajar yang sedang mengajar di kolej vokasional tiba-tiba kita hendak pergi ambil outsource daripada kolej vokasional ini? Tuan Yang di-Pertua, matlamat kolej vokasional untuk melahirkan tenaga mahir dan juga separa mahir seperti mana disebut tadi. Pecahan keluaran vokasional, ini harapan kita, 70% dalam bidang industri, 20% untuk melanjutkan pelajaran dan 10% untuk menjadi usahawan. Dengan situasi semasa, kerana ada daripada kalangan pelajar yang mencatat CGPA nya lebih daripada 3.0, adakah mereka yang mendapat CGPA 3.0 ini hendak pergi ke industri untuk menjadi pekerja mahir ataupun mereka akan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi? Persoalan saya ialah adakah institusi pengajian tinggi yang telah bersedia untuk menerima pelajar yang telah mempunyai kelulusan CGPA 3.0 ini? Kalau ada, tolong senaraikan kepada saya mana institusi IPTA yang telah bersedia untuk menerima keluaran daripada kolej vokasional yang mendapat CGPA 3.0. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Parit Sulong. 5.36 ptg. Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pun bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain hendak cakap sikit mengenai rang undang-undang suatu akta untuk meminda Akta Pendidikan 1996. Ada beberapa perkara yang saya hendak bangkitkan. | 85 | 97 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
86 DR.1.4.2015
Pertamanya adalah mengenai penggunaan kurikulum standard kolej vokasional
yang merupakan salah satu daripada komponen penting dalam penubuhan sebuah institusi
pendidikan. Konsep kurikulum memainkan peranan penting terutamanya dalam bentuk
insan yang dilahirkan oleh institusi pendidikan tersebut selaras dengan matlamat institusi itu
diwujudkan. Jadinya apabila kokurikulum standard kolej vokasional ini nanti perlu dipakai
oleh semua kolej vokasional, jadi secara tidak langsung dan sebab itulah saya hendak
bertanya kepada pihak Menteri kalau boleh jelaskan dalam Dewan ini, tentang konsep
kurikulum yang akan diguna pakai di kolej vokasional bagi melahirkan tenaga mahir yang
diperlukan oleh industri.
Dalam kita membina kurikulum ini, adakah kementerian membuat satu analisa di
mana kurikulum ini nanti akan memenuhi kehendak industri tempatan dan juga
antarabangsa kerana itu yang sangat pentingnya sekali. Ini kerana, kurikulum standard
kolej vokasional ini dikatakan hendaklah termasuk pengetahuan kemahiran dan nilai yang
dijangka akan diperolehi oleh murid pada akhir tempoh pendidikan vokasional tersebut.
Jadi soalannya pula, adakah kurikulum yang dibina ini juga dapat memenuhi, tadi
saya sudah tanya mengenai industri tempatan dan juga antarabangsa, dan saya harapkan
juga kementerian dapat memberi keutamaan kepada kurikulum yang menepati keperluan
dan juga pasaran. Apa juga pembinaan kurikulum, yang pentingnya nanti apabila habisnya
saja dari tempoh pendidikan, pekerjaan itu adalah yang paling utama.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, mengenai perkembangan teknologi masa kini
yang dilihat begitu pantas dan juga pesat. Negara kita ini sudah jadi macam negara maju di
mana teknologi ini memang terlampau pantas. Dalam waktu yang sama, kita hendak
pastikan juga guru dan juga murid itu didedahkan kepada perkembangan terkini teknologi
dalam pelbagai kemahiran seperti tenaga mahir yang dilahirkan yang perlu seiring dengan
keperluan tenaga kerja industri.
Jadinya saya hendak mohon daripada pihak kementerian, sama ada boleh atau
tidak menjelaskan kepada kita mengenai kaedah yang akan diguna pakai nanti dalam
usaha untuk kita memastikan bahawa pemindahan teknologi ini ataupun transfer of
technology di kolej vokasional ini dapat dilaksanakan dan kita juga perlu memastikan sama
ada transfer of technology ini sesuai dan juga memberi manfaat kepada pelajar-pelajar dan
juga kolej vokasional itu sendiri.
■1740
Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha kita hendak mencapai negara maju ini juga,
penambahan bilangan modal insan yang berkemahiran tinggi, berdaya saing ini dan juga
mempunyai elemen kreatif dan inovasi menjadikan adalah satu teras kepada kepesatan
industri. Oleh sebab itulah Kementerian Pendidikan sudah buat satu inisiatif melaksanakan
Transformasi Pendidikan Vokasional dalam usaha untuk memartabatkan pendidikan
vokasional ini. Cuma ada sedikit yang mungkin boleh dijelaskan di sini sebab sebelum ini, ia
ada kenaikan taraf antara sekolah menengah vokasional kepada kolej vokasional.
Cuma saya hendak tahu, bagaimanakah penubuhan kolej vokasional ini dan
apakah tujuan penubuhan kolej vokasional ini dan memandangkan sekolah menengah
vokasional pun telah lama beroperasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia? Saya
percaya ia telah beri banyak manfaat kepada masyarakat setempat. Jadinya, boleh atau
tidak Yang Berhormat Menteri menjelaskan perbezaan antara sekolah menengah
vokasional yang terlah dilaksanakan perbezaannya dengan kolej vokasional dengan itu
sendiri? Terima kasih banyak, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang
Berhormat Bayan Baru.
5.41 ptg.
Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima
kasih kerana memberi peluang untuk berbahas tentang rang undang-undang Akta
Pendidikan 1996. Secara dasarnya ini adalah satu pendekatan yang baik untuk reform
sekolah menengah teknik kepada kolej vokasional. Saya rasa ini adalah sesuatu yang baik.
Walau bagaimanapun, kita kena lihat selalunya kita ada banyak rancangan daripada
| Pertamanya adalah mengenai penggunaan kurikulum standard kolej vokasional yang merupakan salah satu daripada komponen penting dalam penubuhan sebuah institusi pendidikan. Konsep kurikulum memainkan peranan penting terutamanya dalam bentuk insan yang dilahirkan oleh institusi pendidikan tersebut selaras dengan matlamat institusi itu diwujudkan. Jadinya apabila kokurikulum standard kolej vokasional ini nanti perlu dipakai oleh semua kolej vokasional, jadi secara tidak langsung dan sebab itulah saya hendak bertanya kepada pihak Menteri kalau boleh jelaskan dalam Dewan ini, tentang konsep kurikulum yang akan diguna pakai di kolej vokasional bagi melahirkan tenaga mahir yang diperlukan oleh industri. Dalam kita membina kurikulum ini, adakah kementerian membuat satu analisa di mana kurikulum ini nanti akan memenuhi kehendak industri tempatan dan juga antarabangsa kerana itu yang sangat pentingnya sekali. Ini kerana, kurikulum standard kolej vokasional ini dikatakan hendaklah termasuk pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid pada akhir tempoh pendidikan vokasional tersebut. Jadi soalannya pula, adakah kurikulum yang dibina ini juga dapat memenuhi, tadi saya sudah tanya mengenai industri tempatan dan juga antarabangsa, dan saya harapkan juga kementerian dapat memberi keutamaan kepada kurikulum yang menepati keperluan dan juga pasaran. Apa juga pembinaan kurikulum, yang pentingnya nanti apabila habisnya saja dari tempoh pendidikan, pekerjaan itu adalah yang paling utama. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, mengenai perkembangan teknologi masa kini yang dilihat begitu pantas dan juga pesat. Negara kita ini sudah jadi macam negara maju di mana teknologi ini memang terlampau pantas. Dalam waktu yang sama, kita hendak pastikan juga guru dan juga murid itu didedahkan kepada perkembangan terkini teknologi dalam pelbagai kemahiran seperti tenaga mahir yang dilahirkan yang perlu seiring dengan keperluan tenaga kerja industri. Jadinya saya hendak mohon daripada pihak kementerian, sama ada boleh atau tidak menjelaskan kepada kita mengenai kaedah yang akan diguna pakai nanti dalam usaha untuk kita memastikan bahawa pemindahan teknologi ini ataupun transfer of technology di kolej vokasional ini dapat dilaksanakan dan kita juga perlu memastikan sama ada transfer of technology ini sesuai dan juga memberi manfaat kepada pelajar-pelajar dan juga kolej vokasional itu sendiri. #1740 Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha kita hendak mencapai negara maju ini juga, penambahan bilangan modal insan yang berkemahiran tinggi, berdaya saing ini dan juga mempunyai elemen kreatif dan inovasi menjadikan adalah satu teras kepada kepesatan industri. Oleh sebab itulah Kementerian Pendidikan sudah buat satu inisiatif melaksanakan Transformasi Pendidikan Vokasional dalam usaha untuk memartabatkan pendidikan vokasional ini. Cuma ada sedikit yang mungkin boleh dijelaskan di sini sebab sebelum ini, ia ada kenaikan taraf antara sekolah menengah vokasional kepada kolej vokasional. Cuma saya hendak tahu, bagaimanakah penubuhan kolej vokasional ini dan apakah tujuan penubuhan kolej vokasional ini dan memandangkan sekolah menengah vokasional pun telah lama beroperasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia? Saya percaya ia telah beri banyak manfaat kepada masyarakat setempat. Jadinya, boleh atau tidak Yang Berhormat Menteri menjelaskan perbezaan antara sekolah menengah vokasional yang terlah dilaksanakan perbezaannya dengan kolej vokasional dengan itu sendiri? Terima kasih banyak, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Bayan Baru. 5.41 ptg. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi peluang untuk berbahas tentang rang undang-undang Akta Pendidikan 1996. Secara dasarnya ini adalah satu pendekatan yang baik untuk reform sekolah menengah teknik kepada kolej vokasional. Saya rasa ini adalah sesuatu yang baik. Walau bagaimanapun, kita kena lihat selalunya kita ada banyak rancangan daripada. | 86 | 98 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 87
Kementerian Pendidikan - kita ada banyak penjenamaan. Apa yang penting adalah
substancenya. Kita tidak boleh membuat penjenamaan tanpa perubahan yang mendalam
daripada segi transformation of mentality dan sebagainya.
Ini saya rasa kementerian perlu titik beratkan. Kenapa kita selalunya ada satu
stigma bahawa sekolah menengah teknik, sekolah menengah vokasional ini adalah
substandard disebabkan oleh mentaliti masyarakat? Mentaliti masyarakat adalah supaya
kanak-kanak kita masuk universiti dan sebenarnya ini bukan sahaja berlaku di Malaysia. Di
serata dunia juga macam itu. Dalam The Economist terbaru ia kata, ia membuat laporan
yang mendalam tentang university application yang mana semua rakyat di seluruh dunia,
dari negara maju sampai ke negara China dan Asia dan South East Asia semuanya ibu
bapa mahu anak mereka masuk ke universiti melalui academic route.
Daripada segi alternative route yang dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan,
ini adalah the road less traveled dan bukannya semua negara di seluruh dunia boleh
berjaya. Hanya yang agak menonjol ialah Jerman. Kita kena faham asas-asas di negara
Jerman mengapa mereka berjaya. Sebenarnya saya difahamkan bahawa – dan semua Ahli
Parlimen quote hanya Jerman sahaja. Selain daripada Jerman, tidak ada negara lain yang
lebih berjaya. Saya bukan mempertikaikan, kita harus - this is a right thing to do tetapi kita
kena faham supaya asas tersebut membuatkan kita prepared to do more .
Asasnya adalah negara Jerman - ibu bapa mereka, mentaliti mereka bukan
semuanya hendak masuk universiti walaupun anaknya cerdik, dia pun kata – “Okey, you
boleh...” - anaknya boleh dimasukkan ke sekolah menengah vokasional. Akan tetapi di
Malaysia, anak yang kurang berjaya dalam akademik dimasukkan ke dalam ke sekolah
vokasional. Ini menyebabkan kualiti pelajar-pelajar kita tidak mempunyai competitiveness
daripada segi pelajar-pelajar dan mereka dilihat sebagai pelajar-pelajar yang kurang
berjaya dalam akademik mereka, maka dimasukkan ke vokasional.
Satu lagi yang di negara Jerman pula, kalau mereka masuk ke vokasional, mereka
akan menjadi technician dan sebagainya, mereka boleh mendapat high income, it ties to
career. Kalau mereka berjaya dalam kolej vokasional, dapat diploma dan sebagainya,
selepas dia keluar, selepas beberapa tahun dia dalam pekerjaan, dia boleh hendak sampai
70,000 Euro per year. Ini daripada statistik yang kita dapat. Jadi, kalau mereka menjadi
doktor, dia pun lebih kurang sama iaitu 60,000 Euro atau 70,000 Euro satu tahun. Jadi
technician pun boleh dapat gaji yang lebih kurang sama. Itu sebab ramai di antara ibu bapa,
mereka mahu anak mereka ke vokasional sebab it guarantees a middle class income. Jadi,
ini adalah cabaran-cabaran yang college vocational, kita kena make sure pekerjaan yang
bakal ditawarkan kepada graduan-graduan daripada kolej vokasional, mereka mempunyai
pekerjaan yang lebih baik dan menjamin pendapatan yang lebih tinggi.
Jadi setakat ini, saya rasa kita kena - we have a very low base. Kita masuk ke
penjenamaan ini pada masa yang kira agak lambat tetapi walau bagaimanapun, itu perlu
dijalankan. Saya hendak tanya kementerian, setakat ini, bagaimana kejayaan untuk sekolah
menengah teknik, sekolah menengah vokasional? Bagaimana pencapaian pelajar-pelajar
kita? Selepas SPM, berapa peratus yang berjaya masuk ke kolej-kolej, dapat diploma atau
dapat degree? Kita hendak tahu setakat berjayakah mereka. Okey selepas itu, berapa di
antara mereka yang berjaya masuk jadi technician atau dapat karier yang bagus? Jadi kita
hendak tahu, setakat berjayakah atau apa tahap mereka.
Saya rasa sebarang penjenamaan atau reform atau transformasi apa yang you
kata, ia perlukan decentralization. Daripada segi kolej vokasional pun, kuasa kena diberikan
kepada sekolah atau colleges tersebut kerana di setiap tempat ada perbezaannya. Saya
ambil contoh di Pulau Pinang kita ada sekolah menengah teknik. Mungkin you akan
upgrade kepada kolej vokasional. Di Pulau Pinang, industrinya banyak. Ada industri high-
tech, ada industri pelancongan, hotelier, ada industri business, F&B, ada industri
pelbagailah. Jadi, dia perlu ada kuasa untuk mereka adapt to the local context. Kalau high-
tech, diperlukan - dia tidak boleh one size fits all. Kurikulumnya yang dicadangkan oleh
kementerian iaitu KSKV, ia tidak boleh one size fits all, dia kena adapt.
| Kementerian Pendidikan- kita ada banyak penjenamaan. Apa yang penting adalah substancenya. Kita tidak boleh membuat penjenamaan tanpa perubahan yang mendalam daripada segi transformation of mentality dan sebagainya. Ini saya rasa kementerian perlu titik beratkan. Kenapa kita selalunya ada satu stigma bahawa sekolah menengah teknik, sekolah menengah vokasional ini adalah substandard disebabkan oleh mentaliti masyarakat? Mentaliti masyarakat adalah supaya kanak-kanak kita masuk universiti dan sebenarnya ini bukan sahaja berlaku di Malaysia. Di serata dunia juga macam itu. Dalam The Economist terbaru ia kata, ia membuat laporan yang mendalam tentang university application yang mana semua rakyat di seluruh dunia, dari negara maju sampai ke negara China dan Asia dan South East Asia semuanya ibu bapa mahu anak mereka masuk ke universiti melalui academic route. Daripada segi alternative route yang dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan, ini adalah the road less traveled dan bukannya semua negara di seluruh dunia boleh berjaya. Hanya yang agak menonjol ialah Jerman. Kita kena faham asas-asas di negara Jerman mengapa mereka berjaya. Sebenarnya saya difahamkan bahawa- dan semua Ahli Parlimen quote hanya Jerman sahaja. Selain daripada Jerman, tidak ada negara lain yang lebih berjaya. Saya bukan mempertikaikan, kita harus- this is a right thing to do tetapi kita kena faham supaya asas tersebut membuatkan kita prepared to do more . Asasnya adalah negara Jerman- ibu bapa mereka, mentaliti mereka bukan semuanya hendak masuk universiti walaupun anaknya cerdik, dia pun kata- "Okey, you boleh..."- anaknya boleh dimasukkan ke sekolah menengah vokasional. Akan tetapi di Malaysia, anak yang kurang berjaya dalam akademik dimasukkan ke dalam ke sekolah vokasional. Ini menyebabkan kualiti pelajar-pelajar kita tidak mempunyai competitiveness daripada segi pelajar-pelajar dan mereka dilihat sebagai pelajar-pelajar yang kurang berjaya dalam akademik mereka, maka dimasukkan ke vokasional. Satu lagi yang di negara Jerman pula, kalau mereka masuk ke vokasional, mereka akan menjadi technician dan sebagainya, mereka boleh mendapat high income, it ties to career. Kalau mereka berjaya dalam kolej vokasional, dapat diploma dan sebagainya, selepas dia keluar, selepas beberapa tahun dia dalam pekerjaan, dia boleh hendak sampai 70,000 Euro per year. Ini daripada statistik yang kita dapat. Jadi, kalau mereka menjadi doktor, dia pun lebih kurang sama iaitu 60,000 Euro atau 70,000 Euro satu tahun. Jadi technician pun boleh dapat gaji yang lebih kurang sama. Itu sebab ramai di antara ibu bapa, mereka mahu anak mereka ke vokasional sebab it guarantees a middle class income. Jadi, ini adalah cabaran-cabaran yang college vocational, kita kena make sure pekerjaan yang bakal ditawarkan kepada graduan-graduan daripada kolej vokasional, mereka mempunyai pekerjaan yang lebih baik dan menjamin pendapatan yang lebih tinggi. Jadi setakat ini, saya rasa kita kena- we have a very low base. Kita masuk ke penjenamaan ini pada masa yang kira agak lambat tetapi walau bagaimanapun, itu perlu dijalankan. Saya hendak tanya kementerian, setakat ini, bagaimana kejayaan untuk sekolah menengah teknik, sekolah menengah vokasional? Bagaimana pencapaian pelajar-pelajar kita? Selepas SPM, berapa peratus yang berjaya masuk ke kolej-kolej, dapat diploma atau dapat degree? Kita hendak tahu setakat berjayakah mereka. Okey selepas itu, berapa di antara mereka yang berjaya masuk jadi technician atau dapat karier yang bagus? Jadi kita hendak tahu, setakat berjayakah atau apa tahap mereka. Saya rasa sebarang penjenamaan atau reform atau transformasi apa yang you kata, ia perlukan decentralization. Daripada segi kolej vokasional pun, kuasa kena diberikan kepada sekolah atau colleges tersebut kerana di setiap tempat ada perbezaannya. Saya ambil contoh di Pulau Pinang kita ada sekolah menengah teknik. Mungkin you akan upgrade kepada kolej vokasional. Di Pulau Pinang, industrinya banyak. Ada industri high- tech, ada industri pelancongan, hotelier, ada industri business, F&B, ada industri pelbagailah. Jadi, dia perlu ada kuasa untuk mereka adapt to the local context. Kalau high- tech, diperlukan- dia tidak boleh one size fits all. Kurikulumnya yang dicadangkan oleh kementerian iaitu KSKV, ia tidak boleh one size fits all, dia kena adapt. | 87 | 99 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
88 DR.1.4.2015
Tadi Timbalan Menteri kata, di Jerman ada 530 program. Saya hendak tahu di
Malaysia berapa program yang dicadangkan oleh kementerian? Jadi kita mahu bagi
decentralization, beri kuasa lebih kepada sekolah dan kolej untuk menentukan program dan
bekerjasama dengan local institusi, dengan kilang-kilang, dengan hotel, dengan F&B dan
sebagainya. Kuasa kena dibahagikan kepada kolej vokasional. Saya rasa kita perlu juga
ada elemen-elemen entrepreneurship ke dalam vokasional sebab at the end of the day,
adalah bagaimana mereka boleh menjadi seorang entrepreneur yang boleh membina
negara kita.
■1750
Kalau setakat cari kerja sahaja, ia tidak mencukupi. So, entrepreneurship training
kena ada, leadership training pun kena ada juga sebab dalam negara kita masalahnya
sekarang adalah kekurangan pakar kepimpinan. So we have failed in every industry of
every sector because we don’t have leaders yang beretika, leaders yang komited kepada
pekerjaan mereka, leader yang boleh memimpin perubahan dan juga kreativiti dalam – saya
rasa kreativiti memang ada dalam kurikulum tetapi saya rasa leadership dalam
entrepreneurship itu penting.
Saya juga minta kalau boleh kolej vokasional juga menumpukan kepada service
industry kerana setakat ini kita nampak bahawa masa depan adalah service industry. Di
Malaysia service industry cukup teruk. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat pergi ke restoran
mana-mana pun dan kita compare dengan service industry di negara jiran, kita sudah tahu
perbezaannya. Tidak payahlah pergi jauh ke Europe atau Amerika Syarikat. You tahu
bahawa service industry Malaysia teruk dengan pekerja-pekerja asing yang tidak boleh
berbahasa Malaysia atau bahasa Inggeris. Apa yang kita order salah. Selepas itu panggil
dia punya kapten juga Bangla. Jadi ini adalah...
Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Kena GST lagi.
Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: GST kena lagi. GST. Service tax 10%. Apa
servis yang kita dapat kena bagi 10%. Let me get this lousy service. Why should we pay
10% service tax.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang
Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Minta...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]:
Pendidikan.
Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Jadi pendidikan...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sila
gulung.
Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Okey. Jadi saya hendak minta kalau boleh kita
tumpukan kepada service industry yang membawa – saya minta kementerian juga kena
bincang dalam Kabinet bahawa kalau kita tidak menyelesaikan masalah struktur pekerja
asing yang terlalu banyak, ia tidak akan meningkatkan gaji untuk graduan-graduan dari
kolej vokasional. Ini kerana kalau forever kita menggunakan cheap labor model, gaji mereka
tidak akan naik dan mereka tidak akan mempunyai satu kerjaya. Tidak akan masuk high
income or middle class income dan akan menyebabkan kolej vokasional ini gagal kerana ia
tidak dapat menentukan kerjaya atau income mereka pada masa akan datang. Ini adalah
structural problem yang kita kena tangani. Kita tidak perlu terlalu ramai pekerja asing. Kita
memerlukan automation yang lebih tinggi. Kita perlu hadkan pekerja asing supaya
warganegara Malaysia mempunyai pendapatan yang lebih tinggi termasuk technician dan
sebagainya. Itu adalah cadangan saya kepada kementerian. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang
Berhormat Gerik.
| Tadi Timbalan Menteri kata, di Jerman ada 530 program. Saya hendak tahu di Malaysia berapa program yang dicadangkan oleh kementerian? Jadi kita mahu bagi decentralization, beri kuasa lebih kepada sekolah dan kolej untuk menentukan program dan bekerjasama dengan local institusi, dengan kilang-kilang, dengan hotel, dengan F&B dan sebagainya. Kuasa kena dibahagikan kepada kolej vokasional. Saya rasa kita perlu juga ada elemen-elemen entrepreneurship ke dalam vokasional sebab at the end of the day, adalah bagaimana mereka boleh menjadi seorang entrepreneur yang boleh membina negara kita. #1750. Kalau setakat cari kerja sahaja, ia tidak mencukupi. So, entrepreneurship training kena ada, leadership training pun kena ada juga sebab dalam negara kita masalahnya sekarang adalah kekurangan pakar kepimpinan. So we have failed in every industry of every sector because we don't have leaders yang beretika, leaders yang komited kepada pekerjaan mereka, leader yang boleh memimpin perubahan dan juga kreativiti dalam- saya rasa kreativiti memang ada dalam kurikulum tetapi saya rasa leadership dalam entrepreneurship itu penting. Saya juga minta kalau boleh kolej vokasional juga menumpukan kepada service industry kerana setakat ini kita nampak bahawa masa depan adalah service industry. Di Malaysia service industry cukup teruk. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat pergi ke restoran mana-mana pun dan kita compare dengan service industry di negara jiran, kita sudah tahu perbezaannya. Tidak payahlah pergi jauh ke Europe atau Amerika Syarikat. You tahu bahawa service industry Malaysia teruk dengan pekerja-pekerja asing yang tidak boleh berbahasa Malaysia atau bahasa Inggeris. Apa yang kita order salah. Selepas itu panggil dia punya kapten juga Bangla. Jadi ini adalah... Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Kena GST lagi. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: GST kena lagi. GST. Service tax 10%. Apa servis yang kita dapat kena bagi 10%. Let me get this lousy service. Why should we pay 10% service tax. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Bayan Baru. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Minta... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Pendidikan. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Jadi pendidikan... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sila gulung. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Okey. Jadi saya hendak minta kalau boleh kita tumpukan kepada service industry yang membawa- saya minta kementerian juga kena bincang dalam Kabinet bahawa kalau kita tidak menyelesaikan masalah struktur pekerja asing yang terlalu banyak, ia tidak akan meningkatkan gaji untuk graduan-graduan dari kolej vokasional. Ini kerana kalau forever kita menggunakan cheap labor model, gaji mereka tidak akan naik dan mereka tidak akan mempunyai satu kerjaya. Tidak akan masuk high income or middle class income dan akan menyebabkan kolej vokasional ini gagal kerana ia tidak dapat menentukan kerjaya atau income mereka pada masa akan datang. Ini adalah structural problem yang kita kena tangani. Kita tidak perlu terlalu ramai pekerja asing. Kita memerlukan automation yang lebih tinggi. Kita perlu hadkan pekerja asing supaya warganegara Malaysia mempunyai pendapatan yang lebih tinggi termasuk technician dan sebagainya. Itu adalah cadangan saya kepada kementerian. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Gerik. | 88 | 100 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 89
5.53 ptg.
Dato’ Hasbullah bin Osman [Gerik]: Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak
membahaskan tentang Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2014 dengan melihat
Dasar Pendidikan Nasional, kita tengok apa perubahan yang telah dibuat. Kalau kita
perhatikan dari tahun satu sehingga ke tahun enam, satu perubahan yang dibuat iaitu
UPSR nya mulai tahun hadapan akan berasaskan kepada PBS di mana semasa ujian tidak
diambil markah penuh 100%, cuma 60% dan 40% akan dinilai dari Tahun 1 sehingga
Tahun 6 dengan mengambil kira bakat, penglibatan kokurikulum, penglibatan sukan dan
pelbagai lagi. Itu kita tengok semasa sekolah rendah. Ini Dasar Pendidikan Nasional.
Kemudian apabila pergi ke sekolah menengah, Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3
masih memakai kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana guru-guru akan
menilai daripada Tingkatan 1 sehingga ke Tingkatan 3 sama kaedah, ujian yang akan
dibuat pada PT3 tadi bertulis 60% difahamkan, kalau salah tolong betulkan dan 40% sama
juga macam di sekolah rendah iaitu kehadiran, kokurikulum dan segala-gala inovasi dan
pelbagai lagi akan dilihat.
Dalam Dasar Pendidikan Nasional juga selepas PT3, pelajar-pelajar kita boleh
memilih untuk masuk ke Tingkatan 4, Tingkatan 5 di mana mereka akan mengambi SPM.
Ini masih kaedah lama iaitu SPM 100% ambil ujian yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia. Kalau pelajar tadi terus hendak menyambung daripada Tingkatan 5
ke Tingkatan 6, sekarang ini Tingkatan 6 sudah tidak ada Tingkatan 6 bawah dan Tingkatan
6 atas, menggunakan kaedah Tingkatan 6 dipecahkan kepada tiga semester. Semester
satu, dua dan tiga. Di mana kelonggaran telah diberikan sekiranya mengambil subjek di
semester satu keputusan kurang memuaskan, maka pelajar-pelajar tadi diberikan peluang
untuk mengambil semasa semester dua dan tiga.
Kalau sistem lama, selepas PMR pelajar boleh terus naik ke Tingkatan 4 atau
memilih masuk ke aliran vokasional dengan dua buah sekolah iaitu sekolah vokasional atau
sekolah menengah teknik. Sama dengan Tingkatan 4 di mana vokasional ataupun teknik
ada Tingkatan 4 dan ada Tingkatan 5. Akan tetapi dalam Dasar Pendidikan Nasional,
kedua-dua sekolah tadi telah dimansuhkan menjadi kolej vokasional. Maknanya kolej
vokasional, pelajar-pelajar kita di peringkat Tingkatan 4 apabila memilih kolej vokasional,
mereka akan belajar empat tahun dan apabila lulus insya-Allah akan dapat diploma
vokasional.
Di sinilah kita bermula hendak membincangkan rang undang-undang yang
dibentangkan dalam Parlimen pada hari ini, di mana kolej vokasional satu yang baru dalam
Kementerian Pelajaran di mana beberapa peruntukan perlu kita luluskan dalam Dewan ini.
Di mana kita memberikan kuasa kepada Menteri, kita membina kokurikulum untuk kolej
vokasional, lupakan sekolah menengah vokasional, sekolah menengah teknik sudah tidak
ada. Sekarang kita tengok kepada kolej vokasional. Di sinilah kita hendak tengok peraturan-
peraturan, seksyen-seksyen yang ada dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi dan
pada pandangan saya kesemua seksyen yang ada ini perlu Parlimen, kita Ahli-ahli Parlimen
tidak kira di sebelah kerajaan atau pembangkang, memberi dukungan yang padu untuk
memastikan kolej vokasional tadi dapat berjalan dengan baik.
Cuma tadi Yang Berhormat Bukit Gantang beritahu, kalau tidak silap saya,
permulaan kolej vokasional yang mula menumpang di sekolah menengah vokasional atau
sekolah menengah teknik, kalau tidak silap saya 2013, menggunakan kelulusan PMR. Akan
tetapi pada tahun sudah, sudah mula 2014 PMR sudah tidak ada. Kita menggunakan PT3.
Maknanya pada tahun ini, kelulusan untuk masuk ke kolej vokasional menggunakan PT3
yang mana peperiksaan PT3 bermula tahun sudah yang berasaskan PBS – ini yang ada
sesetengah orang complain kenapa anak dia dapat 9A, oh anak dia anak cikgu dan
pelbagai lagi yang ada timbul persoalan.
Sebenarnya kalau kita tengok hasrat Kementerian Pendidikan amat baik kerana
sebenarnya dari Darjah 1 sehingga Darjah 6, Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3 mereka
| 5.53 ptg. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik]: Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak membahaskan tentang Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2014 dengan melihat Dasar Pendidikan Nasional, kita tengok apa perubahan yang telah dibuat. Kalau kita perhatikan dari tahun satu sehingga ke tahun enam, satu perubahan yang dibuat iaitu UPSR nya mulai tahun hadapan akan berasaskan kepada PBS di mana semasa ujian tidak diambil markah penuh 100%, cuma 60% dan 40% akan dinilai dari Tahun 1 sehingga Tahun 6 dengan mengambil kira bakat, penglibatan kokurikulum, penglibatan sukan dan pelbagai lagi. Itu kita tengok semasa sekolah rendah. Ini Dasar Pendidikan Nasional. Kemudian apabila pergi ke sekolah menengah, Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3 masih memakai kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana guru-guru akan menilai daripada Tingkatan 1 sehingga ke Tingkatan 3 sama kaedah, ujian yang akan dibuat pada PT3 tadi bertulis 60% difahamkan, kalau salah tolong betulkan dan 40% sama juga macam di sekolah rendah iaitu kehadiran, kokurikulum dan segala-gala inovasi dan pelbagai lagi akan dilihat. Dalam Dasar Pendidikan Nasional juga selepas PT3, pelajar-pelajar kita boleh memilih untuk masuk ke Tingkatan 4, Tingkatan 5 di mana mereka akan mengambi SPM. Ini masih kaedah lama iaitu SPM 100% ambil ujian yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kalau pelajar tadi terus hendak menyambung daripada Tingkatan 5 ke Tingkatan 6, sekarang ini Tingkatan 6 sudah tidak ada Tingkatan 6 bawah dan Tingkatan 6 atas, menggunakan kaedah Tingkatan 6 dipecahkan kepada tiga semester. Semester satu, dua dan tiga. Di mana kelonggaran telah diberikan sekiranya mengambil subjek di semester satu keputusan kurang memuaskan, maka pelajar-pelajar tadi diberikan peluang untuk mengambil semasa semester dua dan tiga. Kalau sistem lama, selepas PMR pelajar boleh terus naik ke Tingkatan 4 atau memilih masuk ke aliran vokasional dengan dua buah sekolah iaitu sekolah vokasional atau sekolah menengah teknik. Sama dengan Tingkatan 4 di mana vokasional ataupun teknik ada Tingkatan 4 dan ada Tingkatan 5. Akan tetapi dalam Dasar Pendidikan Nasional, kedua-dua sekolah tadi telah dimansuhkan menjadi kolej vokasional. Maknanya kolej vokasional, pelajar-pelajar kita di peringkat Tingkatan 4 apabila memilih kolej vokasional, mereka akan belajar empat tahun dan apabila lulus insya-Allah akan dapat diploma vokasional. Di sinilah kita bermula hendak membincangkan rang undang-undang yang dibentangkan dalam Parlimen pada hari ini, di mana kolej vokasional satu yang baru dalam Kementerian Pelajaran di mana beberapa peruntukan perlu kita luluskan dalam Dewan ini. Di mana kita memberikan kuasa kepada Menteri, kita membina kokurikulum untuk kolej vokasional, lupakan sekolah menengah vokasional, sekolah menengah teknik sudah tidak ada. Sekarang kita tengok kepada kolej vokasional. Di sinilah kita hendak tengok peraturan- peraturan, seksyen-seksyen yang ada dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi dan pada pandangan saya kesemua seksyen yang ada ini perlu Parlimen, kita Ahli-ahli Parlimen tidak kira di sebelah kerajaan atau pembangkang, memberi dukungan yang padu untuk memastikan kolej vokasional tadi dapat berjalan dengan baik. Cuma tadi Yang Berhormat Bukit Gantang beritahu, kalau tidak silap saya, permulaan kolej vokasional yang mula menumpang di sekolah menengah vokasional atau sekolah menengah teknik, kalau tidak silap saya 2013, menggunakan kelulusan PMR. Akan tetapi pada tahun sudah, sudah mula 2014 PMR sudah tidak ada. Kita menggunakan PT3. Maknanya pada tahun ini, kelulusan untuk masuk ke kolej vokasional menggunakan PT3 yang mana peperiksaan PT3 bermula tahun sudah yang berasaskan PBS- ini yang ada sesetengah orang complain kenapa anak dia dapat 9A, oh anak dia anak cikgu dan pelbagai lagi yang ada timbul persoalan. Sebenarnya kalau kita tengok hasrat Kementerian Pendidikan amat baik kerana sebenarnya dari Darjah 1 sehingga Darjah 6, Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3 mereka. | 89 | 101 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
90 DR.1.4.2015
telah menunjukkan bakat di mana setiap guru telah mencatat kebolehan mereka kerana
buku bermula dari Tahun 1 dibawa ke Tingkatan 3, kalau mereka buat keputusan hendak
masuk kolej vokasional, segala keupayaan dan penglibatan mereka dengan kokurikulum
dan sebagainya telah dinilai. Itu pemahaman saya.
Kemudian, apabila kita membincangkan kolej vokasional adalah persoalan-
persoalan yang berbangkit. Saya melihat pada tahun 2013 ramai di kalangan pelajar-pelajar
yang mendapat 9A, 8A minat hendak masuk ke kolej vokasional.
■1800
Saya ingat, akhir kita melihat ketika itu macam ada satu dasar yang tidak disedari.
Hendak masuk kolej vokasional mesti dapat 8A straight ketika itu. Bila mana ada tawaran-
tawaran ke asrama penuh dan lain-lain, kita nampak yang dapat 9A, 7A, 8A tarik diri.
Selepas itu baru kita nampak ia berbalik macam asal. Di mana Pengarah Kolej Vokasional
berkuasa memilih yang layak untuk masuk ke kolej-kolej vokasional. Akan tetapi pada hari
ini semua sekolah menengah teknik dan semua sekolah menengah vokasional telah
ditukarkan nama kepada kolej vokasional. Apa yang paling penting, kita ibu bapa, rakyat
dalam Malaysia ini kena memahami. Sebenarnya kalau anak kita memilih masuk kolej
vokasional, maknanya mereka tidak masuk ke Tingkatan Empat. Sebenarnya, daripada
PT3, taraf kolej vokasional sudah sama level IPTA, IPTS dan kolej vokasional. Maknanya,
umur di tingkatan empat, mereka sudah belajar empat tahun nanti akan dapat diploma
vokasional.
Persoalan saya, saya melihat di dalam ini, kuasa diberi kepada Menteri untuk
memberi sijil dan juga diploma. Apakah yang gagal dalam akademik, kita akan bagi sijil
sahaja? Pada pandangan saya, kerana mereka telah belajar empat tahun di kolej
vokasional, seharusnya kesemua pelajar tadi diberi diploma. Tidak kisahlah macam mana
kaedah untuk mereka dapatkan diploma. Dalam masa yang sama, bila undang-undang
rang undang-undang ini dibuat, kita berharap pihak Yang Berhormat Menteri melihat seperti
mana rakan-rakan saya sebut tadi, supaya keluaran kolej vokasional ini akan memenuhi
pasaran dalam negara.
Maka, tidak hairanlah kita kalau dia hendak ambil guru dari Petronas, dari mana-
mana institusi yang berada dalam pasaran di mana mereka boleh melatih kemahiran
vokasional kepada pelajar-pelajar yang telah memilih kolej vokasional. Cuma saya terfikir
supaya pihak kementerian menilai semula, banyak kementerian menyediakan institut
latihan seperti ILP, Pusat Giat Mara dan macam-macam lagilah. Kalau di RISDA, ada
Institut RISDA, supaya kementerian melihat semula semua yang ada dalam negara ini
jangan dibazirkan. Jangan masing-masing kementerian hendak buat pusat latihan
mengeluarkan tenaga mahir tetapi biarlah di centralkan di bawah Kementerian Pendidikan
supaya semua tadi mendapat syllabus yang baik yang tidak menipu kepada mereka yang
telah memilih jurusan tadi.
Saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan kerjasama, kolaborasi Kementerian
Pendidikan dengan pihak swasta. Pada 6 Januari 2012, Yang Amat Berhormat Timbalan
Perdana Menteri telah melancarkan Transformasi Pendidikan Vokasional. Sebagaimana
yang kita sedia maklum, Transformasi Pendidikan Vokasional ini bertujuan untuk
melahirkan murid-murid lebih ramai tenaga kerja berpendapatan tinggi. Bagi melahirkan
murid-murid kolej vokasional yang berkualiti serta diperlukan oleh industri, kokurikulum
pendidikan vokasional telah dibina berasaskan keperluan industri seperti mana yang
berlaku di negara-negara seperti Finland, Jerman, Korea dan lain-lain. Justeru, apa yang
saya faham, penubuhan kolej vokasional telah melibatkan kolaborasi dengan pihak industri
dan swasta agar kualiti pendidikan sejajar dengan standard industri.
Soalan saya ialah bagaimana Kementerian Pendidikan Malaysia memastikan kualiti
pendidikan vokasional ini apabila bekerjasama dengan pihak swasta dan industri?
Seterusnya, untuk melahirkan rakyat berpendapatan tinggi, kerjasama dengan pihak swasta
dan industri amat penting. Pihak swasta dan industri perlu memainkan peranan mereka
untuk mempercepatkan proses tersebut. Salah satu kaedah untuk pihak swasta dan
industri membantu kerajaan bagi mencapai visi ialah melalui bidang pendidikan vokasional
atau kemahiran. Apabila berlaku transformasi pendidikan vokasional dengan promosinya
yang begitu banyak, saya dapati banyak pihak swasta berminat untuk membantu.
| telah menunjukkan bakat di mana setiap guru telah mencatat kebolehan mereka kerana buku bermula dari Tahun 1 dibawa ke Tingkatan 3, kalau mereka buat keputusan hendak masuk kolej vokasional, segala keupayaan dan penglibatan mereka dengan kokurikulum dan sebagainya telah dinilai. Itu pemahaman saya. Kemudian, apabila kita membincangkan kolej vokasional adalah persoalan- persoalan yang berbangkit. Saya melihat pada tahun 2013 ramai di kalangan pelajar-pelajar yang mendapat 9A, 8A minat hendak masuk ke kolej vokasional. #1800. Saya ingat, akhir kita melihat ketika itu macam ada satu dasar yang tidak disedari. Hendak masuk kolej vokasional mesti dapat 8A straight ketika itu. Bila mana ada tawaran- tawaran ke asrama penuh dan lain-lain, kita nampak yang dapat 9A, 7A, 8A tarik diri. Selepas itu baru kita nampak ia berbalik macam asal. Di mana Pengarah Kolej Vokasional berkuasa memilih yang layak untuk masuk ke kolej-kolej vokasional. Akan tetapi pada hari ini semua sekolah menengah teknik dan semua sekolah menengah vokasional telah ditukarkan nama kepada kolej vokasional. Apa yang paling penting, kita ibu bapa, rakyat dalam Malaysia ini kena memahami. Sebenarnya kalau anak kita memilih masuk kolej vokasional, maknanya mereka tidak masuk ke Tingkatan Empat. Sebenarnya, daripada PT3, taraf kolej vokasional sudah sama level IPTA, IPTS dan kolej vokasional. Maknanya, umur di tingkatan empat, mereka sudah belajar empat tahun nanti akan dapat diploma vokasional. Persoalan saya, saya melihat di dalam ini, kuasa diberi kepada Menteri untuk memberi sijil dan juga diploma. Apakah yang gagal dalam akademik, kita akan bagi sijil sahaja? Pada pandangan saya, kerana mereka telah belajar empat tahun di kolej vokasional, seharusnya kesemua pelajar tadi diberi diploma. Tidak kisahlah macam mana kaedah untuk mereka dapatkan diploma. Dalam masa yang sama, bila undang-undang rang undang-undang ini dibuat, kita berharap pihak Yang Berhormat Menteri melihat seperti mana rakan-rakan saya sebut tadi, supaya keluaran kolej vokasional ini akan memenuhi pasaran dalam negara. Maka, tidak hairanlah kita kalau dia hendak ambil guru dari Petronas, dari mana- mana institusi yang berada dalam pasaran di mana mereka boleh melatih kemahiran vokasional kepada pelajar-pelajar yang telah memilih kolej vokasional. Cuma saya terfikir supaya pihak kementerian menilai semula, banyak kementerian menyediakan institut latihan seperti ILP, Pusat Giat Mara dan macam-macam lagilah. Kalau di RISDA, ada Institut RISDA, supaya kementerian melihat semula semua yang ada dalam negara ini jangan dibazirkan. Jangan masing-masing kementerian hendak buat pusat latihan mengeluarkan tenaga mahir tetapi biarlah di centralkan di bawah Kementerian Pendidikan supaya semua tadi mendapat syllabus yang baik yang tidak menipu kepada mereka yang telah memilih jurusan tadi. Saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan kerjasama, kolaborasi Kementerian Pendidikan dengan pihak swasta. Pada 6 Januari 2012, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah melancarkan Transformasi Pendidikan Vokasional. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Transformasi Pendidikan Vokasional ini bertujuan untuk melahirkan murid-murid lebih ramai tenaga kerja berpendapatan tinggi. Bagi melahirkan murid-murid kolej vokasional yang berkualiti serta diperlukan oleh industri, kokurikulum pendidikan vokasional telah dibina berasaskan keperluan industri seperti mana yang berlaku di negara-negara seperti Finland, Jerman, Korea dan lain-lain. Justeru, apa yang saya faham, penubuhan kolej vokasional telah melibatkan kolaborasi dengan pihak industri dan swasta agar kualiti pendidikan sejajar dengan standard industri. Soalan saya ialah bagaimana Kementerian Pendidikan Malaysia memastikan kualiti pendidikan vokasional ini apabila bekerjasama dengan pihak swasta dan industri? Seterusnya, untuk melahirkan rakyat berpendapatan tinggi, kerjasama dengan pihak swasta dan industri amat penting. Pihak swasta dan industri perlu memainkan peranan mereka untuk mempercepatkan proses tersebut. Salah satu kaedah untuk pihak swasta dan industri membantu kerajaan bagi mencapai visi ialah melalui bidang pendidikan vokasional atau kemahiran. Apabila berlaku transformasi pendidikan vokasional dengan promosinya yang begitu banyak, saya dapati banyak pihak swasta berminat untuk membantu. | 90 | 102 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 91
Pertanyaan saya ialah bolehkah kolej vokasional swasta ditubuhkan bagi
memastikan lebih ramai murid berpeluang mengikut pendidikan vokasional? Selain itu,
terdapat banyak institut latihan kemahiran awam dan institut latihan kemahiran swasta yang
beroperasi di bawah Akta NASDA 652, berkaitan dengan latihan kemahiran. Latihan
kemahiran yang dijalankan terdiri daripada pelbagai bidang. Justeru, dengan berlakunya
transformasi pendidikan vokasional, keperluan kerjasama dalam bidang-bidang kritikal
dengan ILKA dan ILKS dilihat amat significant bagi memenuhi keperluan industri. Peluang
kerjasama ini dilihat akan membuka peluang kepada lebih ramai murid untuk menjadi
tenaga mahir. Tambahan lagi, kurikulum yang dibina bagi kolej vokasional ini berdasarkan
keperluan industri dan swasta. Apa yang saya lihat, penglibatan industri dan swasta telah
menampakkan suatu yang positif. Oleh itu...
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti]: Yang Berhormat, Sibuti.
Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik]: Yang Berhormat Sibuti.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang
Berhormat Sibuti.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
terima kasih Yang Berhormat Gerik. Saya mahu bertanya, di Sarawak adalah kuasa
minyak dan gas, begitu juga di Sabah dan juga di Terengganu. Adakah Yang Berhormat
bersetuju kalau boleh diberi peluang kepada belia-belia ataupun anak-anak Sarawak,
Terengganu dan juga Sabah ditempatkan di kolej vokasional ini lebih ramai daripada yang
tidak mempunyai kemahiran dalam minyak dan gas ini? Terima kasih.
Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik]: Yang Berhormat Sibuti, saya amat bersetuju.
Pada saya, pihak Kementerian Pendidikan tengok semula kolej komuniti yang nilainya
berjuta-juta, pelajar kadang-kadang 100 orang, 50 orang. Jadi akhirnya, kita belanja duit
yang tidak banyak, di mana di sinilah kita tengok kalau hendak memperkasakan kolej
vokasional. Oleh sebab kolej komuniti juga di bawah Kementerian Pendidikan. Saya ambil
contoh, kolej komuniti di Gerik ada asrama Sepatutnya boleh memuatkan pelajar lebih
daripada 700 orang. Akan tetapi kerana kita buat kursus jangka pendek, tidak ada kursus
yang menarik, mungkin keyakinan orang tempatan tidak ada, maka pelajar yang ada dalam
kolej komuniti tinggallah tidak sampai 200 orang. Di sinilah kita tengok kalau tidak
diuruskan dengan baik, seolah-olah pembaziran yang dibuat oleh kerajaan.
Saya hendak sambung balik yang tadi...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Panjang
lagi Yang Berhormat Gerik?
Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik]: Sedikit sahaja. Lepas ini saya hendak
gulung, tidak panjang. Oleh itu, persoalan saya berkait dengan perkara yang ketiga tadi
yang saya sebut. Bagaimanakah institut latihan kemahiran swasta boleh terlibat
melaksanakan pendidikan dan latihan teknikal dan juga vokasional? Itu persoalan yang
ketiga saya hendak tanya.
Akhir kata, saya hendak gulung. Sekali lagi saya berharap di Dewan yang mulia ini
bersama-samalah kita hendak mencapai dasar pendidikan nasional dan terutamanya kolej
vokasional ini satu yang baru, kita luluskan rang undang-undang ini.
■1810
Kita harap diploma yang keluar dari kolej vokasional ini akan diiktiraf oleh semua
pihak dalam negara, luar negara dan yang paling penting ada keyakinan daripada ibu bapa
untuk memastikan anak-anak dapat masuk ke kolej vokasional di mana kita tahu paling
istimewa. Start daripada selepas Tingkatan 3 atau PT3, sebenarnya anak-anak kita sudah
berada di institusi pengajian tinggi yang boleh belajar empat tahun dapat diploma. Dengan
ini, saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.
| Pertanyaan saya ialah bolehkah kolej vokasional swasta ditubuhkan bagi memastikan lebih ramai murid berpeluang mengikut pendidikan vokasional? Selain itu, terdapat banyak institut latihan kemahiran awam dan institut latihan kemahiran swasta yang beroperasi di bawah Akta NASDA 652, berkaitan dengan latihan kemahiran. Latihan kemahiran yang dijalankan terdiri daripada pelbagai bidang. Justeru, dengan berlakunya transformasi pendidikan vokasional, keperluan kerjasama dalam bidang-bidang kritikal dengan ILKA dan ILKS dilihat amat significant bagi memenuhi keperluan industri. Peluang kerjasama ini dilihat akan membuka peluang kepada lebih ramai murid untuk menjadi tenaga mahir. Tambahan lagi, kurikulum yang dibina bagi kolej vokasional ini berdasarkan keperluan industri dan swasta. Apa yang saya lihat, penglibatan industri dan swasta telah menampakkan suatu yang positif. Oleh itu... Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti]: Yang Berhormat, Sibuti. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik]: Yang Berhormat Sibuti. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Sibuti. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Gerik. Saya mahu bertanya, di Sarawak adalah kuasa minyak dan gas, begitu juga di Sabah dan juga di Terengganu. Adakah Yang Berhormat bersetuju kalau boleh diberi peluang kepada belia-belia ataupun anak-anak Sarawak, Terengganu dan juga Sabah ditempatkan di kolej vokasional ini lebih ramai daripada yang tidak mempunyai kemahiran dalam minyak dan gas ini? Terima kasih. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik]: Yang Berhormat Sibuti, saya amat bersetuju. Pada saya, pihak Kementerian Pendidikan tengok semula kolej komuniti yang nilainya berjuta-juta, pelajar kadang-kadang 100 orang, 50 orang. Jadi akhirnya, kita belanja duit yang tidak banyak, di mana di sinilah kita tengok kalau hendak memperkasakan kolej vokasional. Oleh sebab kolej komuniti juga di bawah Kementerian Pendidikan. Saya ambil contoh, kolej komuniti di Gerik ada asrama Sepatutnya boleh memuatkan pelajar lebih daripada 700 orang. Akan tetapi kerana kita buat kursus jangka pendek, tidak ada kursus yang menarik, mungkin keyakinan orang tempatan tidak ada, maka pelajar yang ada dalam kolej komuniti tinggallah tidak sampai 200 orang. Di sinilah kita tengok kalau tidak diuruskan dengan baik, seolah-olah pembaziran yang dibuat oleh kerajaan. Saya hendak sambung balik yang tadi... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Panjang lagi Yang Berhormat Gerik?. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik]: Sedikit sahaja. Lepas ini saya hendak gulung, tidak panjang. Oleh itu, persoalan saya berkait dengan perkara yang ketiga tadi yang saya sebut. Bagaimanakah institut latihan kemahiran swasta boleh terlibat melaksanakan pendidikan dan latihan teknikal dan juga vokasional? Itu persoalan yang ketiga saya hendak tanya. Akhir kata, saya hendak gulung. Sekali lagi saya berharap di Dewan yang mulia ini bersama-samalah kita hendak mencapai dasar pendidikan nasional dan terutamanya kolej vokasional ini satu yang baru, kita luluskan rang undang-undang ini. #1810. Kita harap diploma yang keluar dari kolej vokasional ini akan diiktiraf oleh semua pihak dalam negara, luar negara dan yang paling penting ada keyakinan daripada ibu bapa untuk memastikan anak-anak dapat masuk ke kolej vokasional di mana kita tahu paling istimewa. Start daripada selepas Tingkatan 3 atau PT3, sebenarnya anak-anak kita sudah berada di institusi pengajian tinggi yang boleh belajar empat tahun dapat diploma. Dengan ini, saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih. | 91 | 103 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
92 DR.1.4.2015
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang
Berhormat Serdang.
6.10 ptg.
Dr. Ong Kian Ming [Serdang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana beri
peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan tentang pindaan Akta Pendidikan 1996.
Saya ada beberapa soalan yang saya hendak kemukakan kepada pihak kementerian. Saya
mengucapkan tahniahlah kepada pihak kementerian atas inisiatif ini sebagai satu langkah
untuk menyelaraskan undang-undang negara mengikut rancangan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Saya nak dapatkan kepastian dan conformation dengan
izin, daripada pihak kementerian bahawa inisiatif sebenarnya telah bermula sejak tahun
2013 di mana lebih daripada 80 buah sekolah menengah teknikal dan vokasional telah
ditukarkan kepada Kolej Vokasional KPM ataupun KV.
Saya nak bangkitkan beberapa soalan mengenai rancangan kementerian ini untuk
menaiktarafkan SMKT dan juga SMKV kepada kolej vokasional. Pertama ialah saya nak
tanya kepada Menteri, apa yang pihak kementerian akan buat untuk menggalakkan lebih
ramai pelajar untuk mengambil laluan sekolah vokasional ataupun vocational pathway
terutamanya mereka dalam kumpulan yang berisiko tinggi iaitu kumpulan yang
berkemungkinan besar akan keluar sekolah ataupun drop out of school selepas ujian
tingkatan tiga oleh kerana mereka tidak minat terhadap arus akademik. Buat masa
sekarang, pandangan saya ialah bahawa pihak kementerian terlalu pasif daripada segi
marketing ataupun pemasaran untuk menggalakkan lebih banyak pelajar melalui laluan
vokasional terutamanya terhadap kumpulan sasaran.
Saya rasa untuk menarik kumpulan ini, strategi yang baru mesti digunakan dengan
izin, vocational education must be seen to be cool. Gambaran KV sekarang adalah satu
tempat di mana semua pelajar yang tidak ada pilihan lain disalurkan. Gambaran ini mesti
diubah. Saya harap Menteri boleh memberi sedikit penjelasan tentang strategi yang telah
dan akan diambil untuk menangani cabaran ini.
Soalan yang seterusnya ialah apakah proses yang kementerian gunakan untuk
mengenal pasti mana sekolah-sekolah menengah biasa ataupun sekolah menengah
teknikal yang akan ditukarkan kepada KV ataupun kolej vokasional. Saya faham bahawa
tanah dan juga dana untuk membina kolej vokasional baru terhad. Sebagaimana yang saya
tahu ada beberapa sekolah menengah biasa di beberapa tempat telah ditukar kepada
SMKT ataupun SMKV dan seterusnya ditukarkan kepada KV.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang
Berhormat Serdang. Saya nak pasti, Yang Berhormat Serdang pakai pakaian lounge suits
ya? Ada tie kah?
Dr. Ong Kian Ming [Serdang]: Ada, ada. Ini semua hitam punya. Hari ini pakai
hitam kerana nak...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Macam
berkabung ya?
Dr. Ong Kian Ming [Serdang]: Ya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Saya tak
nampak daripada tempat saya. Ya, sila-sila.
Dr. Ong Kian Ming [Serdang]: Ada tie. Confirm, confirm ada tie. [Disampuk]
Okey, soalan kedua ialah tentang proses dan juga pemikiran yang digunakan oleh pihak
kementerian untuk menentukan mana-mana sekolah yang ditukarkan kepada KV.
Soalan yang ketiga ialah, apakah langkah yang digunakan oleh pihak kementerian
untuk memastikan bahawa KSKV ini yang digunakan di semua kolej vokasional tidak terlalu
rigid dan tidak terlalu inflexible, dengan izin. Dalam akta, penjelasan telah diberikan di mana
and I quote “Seksyen 33C membenarkan kolej vokasional untuk bekerjasama dengan
mana-mana institusi, pertubuhan ataupun organisasi perindustrian bagi maksud antara lain
melaksanakan KSKV dan meningkatkan kemahiran pendidikan dan latihan teknikal dan
| Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Serdang. 6.10 ptg. Dr. Ong Kian Ming [Serdang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana beri peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan tentang pindaan Akta Pendidikan 1996. Saya ada beberapa soalan yang saya hendak kemukakan kepada pihak kementerian. Saya mengucapkan tahniahlah kepada pihak kementerian atas inisiatif ini sebagai satu langkah untuk menyelaraskan undang-undang negara mengikut rancangan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025. Saya nak dapatkan kepastian dan conformation dengan izin, daripada pihak kementerian bahawa inisiatif sebenarnya telah bermula sejak tahun 2013 di mana lebih daripada 80 buah sekolah menengah teknikal dan vokasional telah ditukarkan kepada Kolej Vokasional KPM ataupun KV. Saya nak bangkitkan beberapa soalan mengenai rancangan kementerian ini untuk menaiktarafkan SMKT dan juga SMKV kepada kolej vokasional. Pertama ialah saya nak tanya kepada Menteri, apa yang pihak kementerian akan buat untuk menggalakkan lebih ramai pelajar untuk mengambil laluan sekolah vokasional ataupun vocational pathway terutamanya mereka dalam kumpulan yang berisiko tinggi iaitu kumpulan yang berkemungkinan besar akan keluar sekolah ataupun drop out of school selepas ujian tingkatan tiga oleh kerana mereka tidak minat terhadap arus akademik. Buat masa sekarang, pandangan saya ialah bahawa pihak kementerian terlalu pasif daripada segi marketing ataupun pemasaran untuk menggalakkan lebih banyak pelajar melalui laluan vokasional terutamanya terhadap kumpulan sasaran. Saya rasa untuk menarik kumpulan ini, strategi yang baru mesti digunakan dengan izin, vocational education must be seen to be cool. Gambaran KV sekarang adalah satu tempat di mana semua pelajar yang tidak ada pilihan lain disalurkan. Gambaran ini mesti diubah. Saya harap Menteri boleh memberi sedikit penjelasan tentang strategi yang telah dan akan diambil untuk menangani cabaran ini. Soalan yang seterusnya ialah apakah proses yang kementerian gunakan untuk mengenal pasti mana sekolah-sekolah menengah biasa ataupun sekolah menengah teknikal yang akan ditukarkan kepada KV ataupun kolej vokasional. Saya faham bahawa tanah dan juga dana untuk membina kolej vokasional baru terhad. Sebagaimana yang saya tahu ada beberapa sekolah menengah biasa di beberapa tempat telah ditukar kepada SMKT ataupun SMKV dan seterusnya ditukarkan kepada KV. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Serdang. Saya nak pasti, Yang Berhormat Serdang pakai pakaian lounge suits ya? Ada tie kah? Dr. Ong Kian Ming [Serdang]: Ada, ada. Ini semua hitam punya. Hari ini pakai hitam kerana nak... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Macam berkabung ya? Dr. Ong Kian Ming [Serdang]: Ya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Saya tak nampak daripada tempat saya. Ya, sila-sila. Dr. Ong Kian Ming [Serdang]: Ada tie. Confirm, confirm ada tie. [Disampuk] Okey, soalan kedua ialah tentang proses dan juga pemikiran yang digunakan oleh pihak kementerian untuk menentukan mana-mana sekolah yang ditukarkan kepada KV. Soalan yang ketiga ialah, apakah langkah yang digunakan oleh pihak kementerian untuk memastikan bahawa KSKV ini yang digunakan di semua kolej vokasional tidak terlalu rigid dan tidak terlalu inflexible, dengan izin. Dalam akta, penjelasan telah diberikan di mana and I quote "Seksyen 33C membenarkan kolej vokasional untuk bekerjasama dengan mana-mana institusi, pertubuhan ataupun organisasi perindustrian bagi maksud antara lain melaksanakan KSKV dan meningkatkan kemahiran pendidikan dan latihan teknikal dan. | 92 | 104 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 93
vokasional murid. Mana-mana program atau latihan yang dijalankan dengan kerjasama
institusi, perbadanan ataupun organisasi perindustrian itu hendaklah menggunakan KSKV”.
Saya rasa syarat ini terlalu rigid. Saya sokong apa yang dikatakan oleh Yang
Berhormat Bayan Baru tadi, mesti ada lebih desentralisasi kuasa kepada KV di tempat-
tempat yang boleh mengubahsuaikan kurikulum mereka untuk local context. Seperti satu
contoh, mungkin satu persatuan perkilangan yang terletak berhampiran dengan KV mahu
bekerjasama dengan KV ini untuk mengajar kemahiran dalam bidang-bidang tertentu tetapi
disekat daripada berbuat demikian akibat daripada pengaturan ataupun syarat KSKV ini. Ini
mungkin akan mengurangkan peluang untuk bekerjasama dengan pihak luar dan
menjejaskan peluang pelajar untuk mendapatkan pendedahan kepada industry knowledge
and experience, dengan izin. Saya harap pihak kementerian boleh menimbangkan semula
dan memasukkan elemen fleksibiliti dan desentralisasi dalam sistem pendidikan KV.
Soalan keempat ialah apa rancangan kementerian untuk melatih guru-guru yang
mempunyai kemahiran yang khusus kepada kursus teknikal dan vokasional? Sekarang
saya rasa kebanyakan guru-guru di sekolah menengah dilatih untuk mengajar pelajar dalam
arus akademik. Kalau bilangan KV hendak ditambah, apa rancangan yang telah disediakan
oleh pihak kementerian untuk melatih lebih banyak guru yang berkemampuan dan juga
mempunyai kemahiran untuk mengajar pelajar di KV.
Saya juga nak mendapatkan pengesahan daripada pihak kementerian bahawa
dalam pengubahsuaian ataupun penaik taraf SMKT dan SMKV kepada KV, salah satu
perubahan ialah kurikulum akan diajar dalam bahasa Malaysia dan juga bahasa Inggeris.
Saya rasa ini adalah satu perkara yang baik kerana ada banyak aduan ataupun kompelin
daripada pihak employer di mana mereka kata penguasaan bahasa Inggeris oleh pelajar
yang keluar daripada kolej teknikal ataupun sekolah menengah teknikal itu tidak berapa
memuaskan.
Soalan yang terakhir ialah apakah tindakan yang telah dan sedang diambil oleh
pihak kementerian supaya overlap dengan program-program lain di Kementerian
Pendidikan dan juga di kementerian yang lain boleh dikurangkan ataupun diminimumkan.
Saya mendapat maklumat tadi bahawa pihak kementerian ada rancangan untuk lease
space ataupun membeli tempat daripada ILKS. Akan tetapi saya rasa pihak kementerian
juga mesti memberi penjelasan kerana di bawah Kementerian Pendidikan terdapat 32
politeknik dan 84 kolej komuniti mengikut statistik daripada tahun 2013. Saya rasa ada
banyak kursus di politeknik dan juga kolej komuniti yang bersifat teknikal dan juga
vokasional yang saya rasa sama dengan KV juga. Di bawah KBS ada 20 buah IKBN. Di
bawah MOHE, human resource terdapat 23 buah ILP, lapan buah ADTEC dan juga sebuah
GMTI. Di bawah MARA ada 13 buah IKM, 10 buah KKTM, 231 buah GIATMARA dan
sembilan buah KPTM.
Jadi, saya rasa dengan begitu banyak pilihan yang sedia ada sekarang, saya rasa
sedikit penyelarasan perlu dibuat oleh pihak kementerian supaya overlap ini dapat
dikurangkan. Last sekali, saya nak gulung daripada segi latihan kemahiran dan termasuk
latihan vokasional dan teknikal. Ada banyak agensi dan kementerian yang terlibat. Saya
rasa ini perlu dilihat semula. Akhir sekali, saya rasa pindaan ini adalah pindaan yang wajar
dan sesuai tetapi saya harap Menteri boleh memberi penjelasan kepada Dewan yang mulia
ini supaya kita semua boleh mendapat pengetahuan yang lebih tentang rancangan KV yang
sedang dilaksanakan oleh pihak kementerian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, ramai
lagi ya? Ada lapan orang lagi. Ya, Yang Berhormat Jerantut, 10 minit ya.
■1820
6.20 ptg.
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan tahniah kepada warga Kementerian
| vokasional murid. Mana-mana program atau latihan yang dijalankan dengan kerjasama institusi, perbadanan ataupun organisasi perindustrian itu hendaklah menggunakan KSKV". Saya rasa syarat ini terlalu rigid. Saya sokong apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bayan Baru tadi, mesti ada lebih desentralisasi kuasa kepada KV di tempat- tempat yang boleh mengubahsuaikan kurikulum mereka untuk local context. Seperti satu contoh, mungkin satu persatuan perkilangan yang terletak berhampiran dengan KV mahu bekerjasama dengan KV ini untuk mengajar kemahiran dalam bidang-bidang tertentu tetapi disekat daripada berbuat demikian akibat daripada pengaturan ataupun syarat KSKV ini. Ini mungkin akan mengurangkan peluang untuk bekerjasama dengan pihak luar dan menjejaskan peluang pelajar untuk mendapatkan pendedahan kepada industry knowledge and experience, dengan izin. Saya harap pihak kementerian boleh menimbangkan semula dan memasukkan elemen fleksibiliti dan desentralisasi dalam sistem pendidikan KV. Soalan keempat ialah apa rancangan kementerian untuk melatih guru-guru yang mempunyai kemahiran yang khusus kepada kursus teknikal dan vokasional? Sekarang saya rasa kebanyakan guru-guru di sekolah menengah dilatih untuk mengajar pelajar dalam arus akademik. Kalau bilangan KV hendak ditambah, apa rancangan yang telah disediakan oleh pihak kementerian untuk melatih lebih banyak guru yang berkemampuan dan juga mempunyai kemahiran untuk mengajar pelajar di KV. Saya juga nak mendapatkan pengesahan daripada pihak kementerian bahawa dalam pengubahsuaian ataupun penaik taraf SMKT dan SMKV kepada KV, salah satu perubahan ialah kurikulum akan diajar dalam bahasa Malaysia dan juga bahasa Inggeris. Saya rasa ini adalah satu perkara yang baik kerana ada banyak aduan ataupun kompelin daripada pihak employer di mana mereka kata penguasaan bahasa Inggeris oleh pelajar yang keluar daripada kolej teknikal ataupun sekolah menengah teknikal itu tidak berapa memuaskan. Soalan yang terakhir ialah apakah tindakan yang telah dan sedang diambil oleh pihak kementerian supaya overlap dengan program-program lain di Kementerian Pendidikan dan juga di kementerian yang lain boleh dikurangkan ataupun diminimumkan. Saya mendapat maklumat tadi bahawa pihak kementerian ada rancangan untuk lease space ataupun membeli tempat daripada ILKS. Akan tetapi saya rasa pihak kementerian juga mesti memberi penjelasan kerana di bawah Kementerian Pendidikan terdapat 32 politeknik dan 84 kolej komuniti mengikut statistik daripada tahun 2013. Saya rasa ada banyak kursus di politeknik dan juga kolej komuniti yang bersifat teknikal dan juga vokasional yang saya rasa sama dengan KV juga. Di bawah KBS ada 20 buah IKBN. Di bawah MOHE, human resource terdapat 23 buah ILP, lapan buah ADTEC dan juga sebuah GMTI. Di bawah MARA ada 13 buah IKM, 10 buah KKTM, 231 buah GIATMARA dan sembilan buah KPTM. Jadi, saya rasa dengan begitu banyak pilihan yang sedia ada sekarang, saya rasa sedikit penyelarasan perlu dibuat oleh pihak kementerian supaya overlap ini dapat dikurangkan. Last sekali, saya nak gulung daripada segi latihan kemahiran dan termasuk latihan vokasional dan teknikal. Ada banyak agensi dan kementerian yang terlibat. Saya rasa ini perlu dilihat semula. Akhir sekali, saya rasa pindaan ini adalah pindaan yang wajar dan sesuai tetapi saya harap Menteri boleh memberi penjelasan kepada Dewan yang mulia ini supaya kita semua boleh mendapat pengetahuan yang lebih tentang rancangan KV yang sedang dilaksanakan oleh pihak kementerian. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, ramai lagi ya? Ada lapan orang lagi. Ya, Yang Berhormat Jerantut, 10 minit ya. #1820. 6.20 ptg. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan tahniah kepada warga Kementerian. | 93 | 105 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
94 DR.1.4.2015
Pendidikan kerana telah melakukan transformasi dalam pendidikan khususnya dalam
pendidikan teknik dan vokasional yang mana tadi dibentangkan oleh Yang Berhormat
Timbalan Menteri, negara kita hanya terlibat sekitar 10% sahaja yang terlibat dalam
pendidikan vokasional dan teknik ini berbanding dengan negara-negara lain yang lebih
maju seperti Jerman, lebih kurang 59%, negara jiran kita Indonesia 51%, Thailand sendiri
41%. Jadi mudah-mudahan dengan berlakunya transformasi dalam bidang teknik dan
vokasional ini sudah pastilah akan mewujudkan pelbagai peluang kerjaya baru di negara
kita.
Melihat kepada negara-negara yang telah maju berbanding negara kita seperti
negara Jerman yang disebutkan oleh rakan-rakan tadi, sudah pastilah usaha yang dibuat
oleh Kementerian Pendidikan ini, insya-Allah, akhirnya akan membuahkan hasil yang baik.
Penambahbaikan sudah pastilah mendapat sambutan daripada para ibu bapa dan seluruh
masyarakat Malaysia kerana kita dapati dalam aliran teknik dan vokasional ini, aliran
teknikal, aliran vokasional, aliran kemahiran dan berakhir dengan kolej vokasional.
Penambahbaikan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri,
misalnya para pelajar ini akan mengikuti kursus pra-diploma selama dua tahun dan selepas
itu diikuti pula dengan kursus peringkat diploma. Cuma, saya ingin bertanya Yang
Berhormat Timbalan Menteri, bagaimanakah laluan kerjaya lepasan kolej ini?
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melihat kepada laluan akademik biasa, para
pelajar lepasan SPM ada laluannya sama ada bekerja ataupun universiti. Berbanding
dengan laluan vokasional ini, adakah ia hampir sama dengan lepasan akademik biasa?
Dan yang lebih penting lagi, adakah lepasan sijil vokasional ini diiktiraf oleh JPA untuk
membolehkan lepasan kolej ini memasuki skim perkhidmatan awam? Juga saya ingin
bertanya, apakah lepasan vokasional ini nanti akan mudah ataupun akan berpeluang untuk
melanjutkan pelajaran mereka ke universiti dalam negara serta juga ke universiti di luar
negara?
Seterusnya saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri,
bagaimanakah penaksiran yang dilaksanakan terhadap murid yang mengikuti pendidikan di
peringkat teknik dan vokasional ini? Adakah sama penilaian yang dibuat di peringkat
sekolah akademik biasa? Contohnya, PBS di peringkat sekolah biasa. Bagaimanakah
penilaian yang kita buat kepada para pelajar yang mengikuti sekolah vokasional dan kolej
vokasional ini?
Juga, apakah jaminan lepasan Diploma Vokasional Malaysia ini benar-benar
mempunyai kemahiran dan ianya boleh diterima di pasaran kerja kita? Kita bimbang, jika
tidak berlaku padanan kursus dengan peluang pekerjaan, ianya akan mewujudkan lepasan
yang tidak diterima di pasaran, lebih-lebih lagi kalau sekiranya lepasan yang kita hasilkan
nanti tidak mempunyai kualiti sepertimana yang diperlukan di pasaran. Ini juga akan
menambahkan lagi lambakan keluaran vokasional tetapi tidak ada kualiti.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian kementerian, apakah
kelulusan vokasional nanti diberi pertimbangan yang lebih baik daripada lulusan akademik
atau sama dengan lulusan akademik atau ianya diberikan pengiktirafan yang lebih rendah
berbanding dengan sektor akademik biasa?
Bagaimanakah prasarana yang sedia ada setakat hari ini? Apakah Kementerian
Pendidikan telah bersedia dengan, seperti kata rakan kita tadi, dengan tenaga pengajarnya,
kemudahan-kemudahan yang telah disediakan di sekolah dan juga di kolej-kolej
memandangkan...
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [Limbang]: Yang Berhormat Jerantut, di
sini Limbang.
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Ya, Yang Berhormat Limbang.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [Limbang]: Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila
Yang Berhormat Limbang.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [Limbang]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerantut.
| Pendidikan kerana telah melakukan transformasi dalam pendidikan khususnya dalam pendidikan teknik dan vokasional yang mana tadi dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, negara kita hanya terlibat sekitar 10% sahaja yang terlibat dalam pendidikan vokasional dan teknik ini berbanding dengan negara-negara lain yang lebih maju seperti Jerman, lebih kurang 59%, negara jiran kita Indonesia 51%, Thailand sendiri 41%. Jadi mudah-mudahan dengan berlakunya transformasi dalam bidang teknik dan vokasional ini sudah pastilah akan mewujudkan pelbagai peluang kerjaya baru di negara kita. Melihat kepada negara-negara yang telah maju berbanding negara kita seperti negara Jerman yang disebutkan oleh rakan-rakan tadi, sudah pastilah usaha yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan ini, insya-Allah, akhirnya akan membuahkan hasil yang baik. Penambahbaikan sudah pastilah mendapat sambutan daripada para ibu bapa dan seluruh masyarakat Malaysia kerana kita dapati dalam aliran teknik dan vokasional ini, aliran teknikal, aliran vokasional, aliran kemahiran dan berakhir dengan kolej vokasional. Penambahbaikan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, misalnya para pelajar ini akan mengikuti kursus pra-diploma selama dua tahun dan selepas itu diikuti pula dengan kursus peringkat diploma. Cuma, saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimanakah laluan kerjaya lepasan kolej ini?. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melihat kepada laluan akademik biasa, para pelajar lepasan SPM ada laluannya sama ada bekerja ataupun universiti. Berbanding dengan laluan vokasional ini, adakah ia hampir sama dengan lepasan akademik biasa? Dan yang lebih penting lagi, adakah lepasan sijil vokasional ini diiktiraf oleh JPA untuk membolehkan lepasan kolej ini memasuki skim perkhidmatan awam? Juga saya ingin bertanya, apakah lepasan vokasional ini nanti akan mudah ataupun akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran mereka ke universiti dalam negara serta juga ke universiti di luar negara?. Seterusnya saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimanakah penaksiran yang dilaksanakan terhadap murid yang mengikuti pendidikan di peringkat teknik dan vokasional ini? Adakah sama penilaian yang dibuat di peringkat sekolah akademik biasa? Contohnya, PBS di peringkat sekolah biasa. Bagaimanakah penilaian yang kita buat kepada para pelajar yang mengikuti sekolah vokasional dan kolej vokasional ini?. Juga, apakah jaminan lepasan Diploma Vokasional Malaysia ini benar-benar mempunyai kemahiran dan ianya boleh diterima di pasaran kerja kita? Kita bimbang, jika tidak berlaku padanan kursus dengan peluang pekerjaan, ianya akan mewujudkan lepasan yang tidak diterima di pasaran, lebih-lebih lagi kalau sekiranya lepasan yang kita hasilkan nanti tidak mempunyai kualiti sepertimana yang diperlukan di pasaran. Ini juga akan menambahkan lagi lambakan keluaran vokasional tetapi tidak ada kualiti. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian kementerian, apakah kelulusan vokasional nanti diberi pertimbangan yang lebih baik daripada lulusan akademik atau sama dengan lulusan akademik atau ianya diberikan pengiktirafan yang lebih rendah berbanding dengan sektor akademik biasa?. Bagaimanakah prasarana yang sedia ada setakat hari ini? Apakah Kementerian Pendidikan telah bersedia dengan, seperti kata rakan kita tadi, dengan tenaga pengajarnya, kemudahan-kemudahan yang telah disediakan di sekolah dan juga di kolej-kolej memandangkan... Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [Limbang]: Yang Berhormat Jerantut, di sini Limbang. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Ya, Yang Berhormat Limbang. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [Limbang]: Tuan Yang di-Pertua?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila Yang Berhormat Limbang. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [Limbang]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerantut. | 94 | 106 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 95
Saya ingin berkongsi dengan Yang Berhormat Jerantut. Apakah pendapat Yang
Berhormat Jerantut dan mungkin juga Kementerian Pendidikan sebab kita tahu selepas kita
membentangkan Rang Undang-undang Pendidikan kolej vokasional ini, kita akan
membentangkan rang undang-undang tentang MBOT, penubuhan Lembaga Teknologis
negara kita.
Tadi Yang Berhormat Jerantut ada menyebut tentang kemanakah path atau laluan
kepada mereka ini yang keluaran kolej vokasional ini. Apakah pendapat Yang Berhormat
Jerantut, mungkin Kementerian Pendidikan membuat persediaan supaya segala kurikulum
dalam kolej vokasional ini nanti akan dapat menjurus kepada mereka pergi ke tahap yang
lebih tinggi melalui boleh diiktiraf menjadi Lembaga Teknologis dan sebagainya yang akan
ditubuhkan di negara kita ini. Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Terima kasih sahabat saya dari
Limbang. Itulah antara persoalan saya tadi. Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan
oleh Yang Berhormat Limbang, bagaimana laluan kerjaya lepasan sekolah menengah
teknik dan vokasional ini serta kolej vokasional ini. Saya minta masukkan sebahagian
daripada ucapan saya.
Bagaimana dengan prasarana yang ada di sekolah dan juga kolej yang akan kita
bina nanti serta tenaga pengajarnya? Sepertimana kita tahu, kita bimbang selepas ini ada
pula dasar lain kerana sebelum ini aliran vokasional dan teknik ini dipentingkan oleh
kementerian, kemudian satu ketika ia senyap begitu sahaja hinggakan Maktab Teknik yang
dahulunya kita kenali dengan nama Maktab Teknik, sebahagian daripada kursusnya kita
hentikan dan peralatannya terbiar begitu sahaja. Kita haraplah kali ini kementerian benar-
benar serius dan tidak akan berlaku lagi, tidak berulang lagi sejarah seperti sebelum ini.
Saya juga ingin menarik perhatian kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri
seperti mana yang disebutkan oleh rakan-rakan saya tadi. Setakat ini kita lihat banyak
agensi yang telah pun terlibat dengan sektor teknik dan vokasional ini seperti lain-lain
kementerian, misalnya Kementerian Sumber Manusia dengan ILP, Kementerian Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah dengan Institut Kemahiran MARA, Giat MARA. Tak cukup dengan
itu, kita ada juga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, kita ada Kolej Pertanian. Di
bawah Kementerian Belia sendiri kita ada IKBN. Semuanya ini menjurus ke arah kemahiran
teknik dan vokasional. Jadi apakah nanti akan wujud persaingan dengan institusi yang
sedia ada ini apabila kita memperkasakan teknik dan vokasional ini?
Kalau boleh, saranan saya, sama ada seperti mana rakan tadi, kita selaraskan
ataupun semua institusi ini kita letakkan di bawah satu bumbung agar jenama teknik dan
vokasional ini lebih diperkasakan lagi. Kalau tidak, dia ada persaingan, seolah-olah ada
persaingan dan pemilihan terbuka kepada pelajar-pelajar dan ia mewujudkan persaingan
yang tidak sihat dibimbangkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa di situlah...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang
Berhormat Kuala Selangor bangun.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Saya tertarik dengan cadangan
Yang Berhormat Jerantut untuk meletakkan semua institusi teknikal ini di bawah satu
pengawasan. Saya hendak mohon pandangan Yang Berhormat Jerantut, sekiranya bila
diletakkan di bawah satu bumbung ataupun satu lembaga ataupun satu pengawasan,
secara tidak langsung adakah ini juga akan mewujudkan satu elemen untuk mengurangkan
mismatch khususnya dalam memberikan peluang-peluang pekerjaan serta juga mendapat
maklum balas daripada majikan untuk mengambil seseorang individu itu bekerja? Terima
kasih.
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Terima kasih Yang Berhormat
Kuala Selangor. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor kerana
| Saya ingin berkongsi dengan Yang Berhormat Jerantut. Apakah pendapat Yang Berhormat Jerantut dan mungkin juga Kementerian Pendidikan sebab kita tahu selepas kita membentangkan Rang Undang-undang Pendidikan kolej vokasional ini, kita akan membentangkan rang undang-undang tentang MBOT, penubuhan Lembaga Teknologis negara kita. Tadi Yang Berhormat Jerantut ada menyebut tentang kemanakah path atau laluan kepada mereka ini yang keluaran kolej vokasional ini. Apakah pendapat Yang Berhormat Jerantut, mungkin Kementerian Pendidikan membuat persediaan supaya segala kurikulum dalam kolej vokasional ini nanti akan dapat menjurus kepada mereka pergi ke tahap yang lebih tinggi melalui boleh diiktiraf menjadi Lembaga Teknologis dan sebagainya yang akan ditubuhkan di negara kita ini. Terima kasih. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Terima kasih sahabat saya dari Limbang. Itulah antara persoalan saya tadi. Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Limbang, bagaimana laluan kerjaya lepasan sekolah menengah teknik dan vokasional ini serta kolej vokasional ini. Saya minta masukkan sebahagian daripada ucapan saya. Bagaimana dengan prasarana yang ada di sekolah dan juga kolej yang akan kita bina nanti serta tenaga pengajarnya? Sepertimana kita tahu, kita bimbang selepas ini ada pula dasar lain kerana sebelum ini aliran vokasional dan teknik ini dipentingkan oleh kementerian, kemudian satu ketika ia senyap begitu sahaja hinggakan Maktab Teknik yang dahulunya kita kenali dengan nama Maktab Teknik, sebahagian daripada kursusnya kita hentikan dan peralatannya terbiar begitu sahaja. Kita haraplah kali ini kementerian benar- benar serius dan tidak akan berlaku lagi, tidak berulang lagi sejarah seperti sebelum ini. Saya juga ingin menarik perhatian kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri seperti mana yang disebutkan oleh rakan-rakan saya tadi. Setakat ini kita lihat banyak agensi yang telah pun terlibat dengan sektor teknik dan vokasional ini seperti lain-lain kementerian, misalnya Kementerian Sumber Manusia dengan ILP, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan Institut Kemahiran MARA, Giat MARA. Tak cukup dengan itu, kita ada juga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, kita ada Kolej Pertanian. Di bawah Kementerian Belia sendiri kita ada IKBN. Semuanya ini menjurus ke arah kemahiran teknik dan vokasional. Jadi apakah nanti akan wujud persaingan dengan institusi yang sedia ada ini apabila kita memperkasakan teknik dan vokasional ini?. Kalau boleh, saranan saya, sama ada seperti mana rakan tadi, kita selaraskan ataupun semua institusi ini kita letakkan di bawah satu bumbung agar jenama teknik dan vokasional ini lebih diperkasakan lagi. Kalau tidak, dia ada persaingan, seolah-olah ada persaingan dan pemilihan terbuka kepada pelajar-pelajar dan ia mewujudkan persaingan yang tidak sihat dibimbangkan. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa di situlah... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Kuala Selangor bangun. Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Saya tertarik dengan cadangan Yang Berhormat Jerantut untuk meletakkan semua institusi teknikal ini di bawah satu pengawasan. Saya hendak mohon pandangan Yang Berhormat Jerantut, sekiranya bila diletakkan di bawah satu bumbung ataupun satu lembaga ataupun satu pengawasan, secara tidak langsung adakah ini juga akan mewujudkan satu elemen untuk mengurangkan mismatch khususnya dalam memberikan peluang-peluang pekerjaan serta juga mendapat maklum balas daripada majikan untuk mengambil seseorang individu itu bekerja? Terima kasih. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor kerana. | 95 | 107 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
96 DR.1.4.2015
apabila kita meletakkan di bawah satu institusi, sekali gus kita dapat memperkasakan
bidang teknik dan vokasional itu sendiri apabila kita letakkan di bawah satu pengurusan dan
ini juga akan menambahkan lagi keyakinan kepada masyarakat seluruhnya dan juga
masyarakat di luar daripada negara kita. Saya sangat bersetuju dengan pandangan Yang
Berhormat Kuala Selangor tadi.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya,
Yang Berhormat Temerloh.
6.29 ptg.
Tuan Nasrudin bin Hassan [Temerloh]: Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk berpartisipasi dalam
perbahasan pindaan rang undang-undang Akta Pendidikan ini.
Pertamanya, kita semua faham bahawa ilmu adalah suatu yang sangat bernilai
dan nilainya ternyata mengatasi harta yang kita cari, yang kita miliki.
■1830
Malah ia menjadi kunci kepada perbendaharaan dunia dan juga akhirat. Sebab itulah
Nabi kita Muhammad SAW pernah bersabda [Membaca sepotong hadis] Dalam hadis ini,
Nabi sebut “Barang siapa yang mahukan dunia, maka dia mestilah memiliki ilmu. Barang
siapa yang mahu memiliki akhirat, maka dia juga mesti memiliki ilmu dan barang siapa yang
ingin mendapatkan kedua-duanya dunia dan juga akhirat, maka dia mestilah memiliki ilmu”.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pindaan akta yang kita bincang pada hari
ini yang bertujuan untuk menjenamakan kolej vokasional dan turut memperkenalkan
kurikulum baru yang dinamakan sebagai Kurikulum Standard Kolej Vokasional, saya sangat
berharap bahawa ia bukan sahaja sekadar untuk memulihkan keyakinan rakyat ataupun
keyakinan masyarakat terhadap aliran teknik dan vokasional serta bukan sekadar untuk
memenuhi pasaran semasa industri pada hari ini, tetapi lebih jauh daripada itu, ia juga
adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai pakej yang unik,
memenuhi ciri-ciri insan yang terbaik dalam diri mereka. Mempunyai kecerdikan akademik
dalam masa yang sama juga mempunyai satu keperibadian akhlak, moral yang sangat
tinggi untuk menjadi generasi yang akan datang menguasai teknikal, menguasai teknologi.
Dalam masa yang sama, sangat berguna kepada tamadun dan juga peradaban yang akan
kita hadapi pada masa-masa yang akan datang.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua, dalam sebuah buku yang bertajuk Isu Pendidikan di Malaysia:
Sorotan dan Cabaran yang diterbitkan pada tahun 1999, yang mana penulis ini telah
menggariskan garis masa perkembangan pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia. Di
mana disebut dari awal abad ke-19, Kerajaan Inggeris telah menubuhkan satu
jawatankuasa yang disebut sebagai Jawatankuasa Lemon 1918 yang bertujuan untuk
menggubal pendidikan teknik dan juga perindustrian bagi Negara-negara Selat yang
akhirnya lahirlah Sekolah Teknik Treacher di Kuala Lumpur pada tahun 1906. Kemudian
disusuli dengan Maktab Teknik pada tahun 1942 dan akhirnya tersergamlah Universiti
Teknologi Malaysia.
Evolusi ini terus berlaku sehingga menampakkan kecenderungan para pelajar untuk
memilih aliran teknik vokasional ini yang telah dianggap lebih sesuai dan mempunyai
tawaran peluang pekerjaan yang lebih luas kepada mereka. Walaupun begitu Tuan Yang
di-Pertua, saya lihat sebenarnya kita masih lagi dibelenggu dengan beberapa masalah
utama dalam sistem pendidikan ini. Masalah yang saya maksudkan itu yang rata-rata
disebut oleh pengamat isu ini ialah yang pertama soal kekurangan dana. Kedua,
| apabila kita meletakkan di bawah satu institusi, sekali gus kita dapat memperkasakan bidang teknik dan vokasional itu sendiri apabila kita letakkan di bawah satu pengurusan dan ini juga akan menambahkan lagi keyakinan kepada masyarakat seluruhnya dan juga masyarakat di luar daripada negara kita. Saya sangat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor tadi. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Temerloh. 6.29 ptg. Tuan Nasrudin bin Hassan [Temerloh]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk berpartisipasi dalam perbahasan pindaan rang undang-undang Akta Pendidikan ini. Pertamanya, kita semua faham bahawa ilmu adalah suatu yang sangat bernilai dan nilainya ternyata mengatasi harta yang kita cari, yang kita miliki. #1830 Malah ia menjadi kunci kepada perbendaharaan dunia dan juga akhirat. Sebab itulah Nabi kita Muhammad SAW pernah bersabda [Membaca sepotong hadis] Dalam hadis ini, Nabi sebut "Barang siapa yang mahukan dunia, maka dia mestilah memiliki ilmu. Barang siapa yang mahu memiliki akhirat, maka dia juga mesti memiliki ilmu dan barang siapa yang ingin mendapatkan kedua-duanya dunia dan juga akhirat, maka dia mestilah memiliki ilmu". Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pindaan akta yang kita bincang pada hari ini yang bertujuan untuk menjenamakan kolej vokasional dan turut memperkenalkan kurikulum baru yang dinamakan sebagai Kurikulum Standard Kolej Vokasional, saya sangat berharap bahawa ia bukan sahaja sekadar untuk memulihkan keyakinan rakyat ataupun keyakinan masyarakat terhadap aliran teknik dan vokasional serta bukan sekadar untuk memenuhi pasaran semasa industri pada hari ini, tetapi lebih jauh daripada itu, ia juga adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai pakej yang unik, memenuhi ciri-ciri insan yang terbaik dalam diri mereka. Mempunyai kecerdikan akademik dalam masa yang sama juga mempunyai satu keperibadian akhlak, moral yang sangat tinggi untuk menjadi generasi yang akan datang menguasai teknikal, menguasai teknologi. Dalam masa yang sama, sangat berguna kepada tamadun dan juga peradaban yang akan kita hadapi pada masa-masa yang akan datang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]. Tuan Yang di-Pertua, dalam sebuah buku yang bertajuk Isu Pendidikan di Malaysia: Sorotan dan Cabaran yang diterbitkan pada tahun 1999, yang mana penulis ini telah menggariskan garis masa perkembangan pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia. Di mana disebut dari awal abad ke-19, Kerajaan Inggeris telah menubuhkan satu jawatankuasa yang disebut sebagai Jawatankuasa Lemon 1918 yang bertujuan untuk menggubal pendidikan teknik dan juga perindustrian bagi Negara-negara Selat yang akhirnya lahirlah Sekolah Teknik Treacher di Kuala Lumpur pada tahun 1906. Kemudian disusuli dengan Maktab Teknik pada tahun 1942 dan akhirnya tersergamlah Universiti Teknologi Malaysia. Evolusi ini terus berlaku sehingga menampakkan kecenderungan para pelajar untuk memilih aliran teknik vokasional ini yang telah dianggap lebih sesuai dan mempunyai tawaran peluang pekerjaan yang lebih luas kepada mereka. Walaupun begitu Tuan Yang di-Pertua, saya lihat sebenarnya kita masih lagi dibelenggu dengan beberapa masalah utama dalam sistem pendidikan ini. Masalah yang saya maksudkan itu yang rata-rata disebut oleh pengamat isu ini ialah yang pertama soal kekurangan dana. Kedua, | 96 | 108 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 97
kekurangan tenaga pengajar yang pakar dan berkemahiran dan yang ketiga ialah
kekurangan penglibatan bersama dengan penggerak industri hasil ataupun pelajar-pelajar
daripada teknik ini. Jadi permasalahan ini saya kira perlu ditangani terlebih dahulu sebelum
kurikulum baru yang diterapkan dalam kolej vokasional ini dapat diimplementasikan dengan
secara lebih berkesan selepas daripada ini.
Tuan Yang di-Pertua, sememangnya dari awal, gambaran persepsi masyarakat
terhadap aliran teknikal dan vokasional ini umumnya meletakkan bahawa ia hanyalah untuk
pelajar-pelajar yang rendah pencapaian akademiknya. Itu secara umum. Walaupun saya
tidak nafi ada mereka yang cemerlang tetapi masih memilih aliran ini tetapi secara
umumnya. Oleh kerana itu, tidak hairanlah kalau kita lihat dahulunya pernah ditubuhkan
satu jawatankuasa pada tahun 1925 lama dahulu iaitu The Winsted Committee on Industrial
and Technical Education. Itu nama jawatankuasa ini yang bertanggungjawab untuk
menyediakan kurikulum khas untuk para pelajar aliran ini sebelum ia dipasarkan kepada
pasaran pekerjaan. Di mana walaupun jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk
menyediakan kurikulum itu, jawatankuasa ini tidak mendapat respons yang menarik
daripada masyarakat walaupun ia bertujuan untuk menggubal kurikulum khas untuk aliran
ini. Dalam satu kertas kerja yang dibentangkan oleh seorang pensyarah Universiti Tunku
Abdul Rahman, kebanyakan para pelajar yang memasuki sekolah menengah teknik ini
disebut di situ tidak mampu untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik, menguasai
Matematik dengan baik dan termasuk juga bahasa Inggeris.
Jadi persoalan saya di sini ialah, adakah kriteria yang ditetapkan oleh institusi-
institusi yang berada di bawah Technical & Vocational Education Training (TVET) ini
dengan izin, adakah kriteria yang ditetapkan sekarang ini selari dengan kelayakan yang ada
pada mereka sewaktu mereka memasuki aliran teknik ataupun vokasional ini? Ini
disebabkan saya tengok contohnya syarat pengambilan selepas daripada itu untuk
mengambil diploma di politeknik mestilah lulus Bahasa Malaysia, lulus Bahasa Inggeris
dengan kepujian dalam lima subjek termasuklah Matematik dan juga Matematik Tambahan.
Jadi, waktu mereka masuk, mereka mempunyai tahap akademik yang rendah tetapi untuk
peralihan pergi mengambil diploma, mereka perlu mempunyai satu tahap kelulusan yang
tinggi. Jadi saya mempersoalkan, apakah selari dengan kelayakan mereka sewaktu
meletakkan kriteria ini dalam institusi di bawah TVET ini.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun begitu, secara asasnya saya sokong setelah
beberapa perubahan dibuat supaya kolej vokasional ini digalakkan untuk terus mempunyai
kesinambungan pendidikan ke tahap yang lebih tinggi sehinggalah ke tahap pasca
siswazah umpamanya. Itu adalah satu perkara yang baik. Ia juga adalah merupakan satu
trend yang selaras dengan sistem European Qualifications Framework, dengan izin yang
lebih banyak memberikan peluang lebih terbuka kepada para pelajar dalam aliran ini.
Seterusnya menyumbang kepada tenaga utama sektor pekerjaan dan pertumbuhan
ekonomi Eropah yang kalau kita lihat di peringkat luar dari negara kita. Ini termasuklah
inisiatif-inisiatif untuk memperkasakan badan-badan profesional dalam aliran ini.
Jadi sehubungan dengan itu, kebimbangan kita juga ialah terhadap komponen
kurikulum kolej vokasional yang ditawarkan kepada para pelajar sebab setakat ini Tuan
Yang di-Pertua, 70% ialah kemahiran vokasional dan selebihnya ialah akademik. Jadi kita
mesti memahami perlunya keseimbangan sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Kita tidak mahu hanya sekadar untuk melahirkan pelajar-pelajar
yang sebagaimana saya sebutkan tadi, hanya mampu menguasai satu bahagian tetapi
tidak dalam bahagian yang lain.
Satu lagi saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Yang Berhormat
Menteri, sebab saya kurang pasti. Satu lagi yang saya lihat, ada dua subjek iaitu subjek
Bahasa Mandarin dan juga Bahasa Arab Komunikasi yang telah dilaksanakan di bawah
program Transformasi Pendidikan Vokasional untuk meningkatkan kebolehpasaran
graduan ini, adakah ia telah dilaksanakan dengan secara berkesan subjek ini? Jadi saya
harap ia dapat diberikan maklum balas sebab sebagaimana saya sebut awal tadi, kita tidak
| kekurangan tenaga pengajar yang pakar dan berkemahiran dan yang ketiga ialah kekurangan penglibatan bersama dengan penggerak industri hasil ataupun pelajar-pelajar daripada teknik ini. Jadi permasalahan ini saya kira perlu ditangani terlebih dahulu sebelum kurikulum baru yang diterapkan dalam kolej vokasional ini dapat diimplementasikan dengan secara lebih berkesan selepas daripada ini. Tuan Yang di-Pertua, sememangnya dari awal, gambaran persepsi masyarakat terhadap aliran teknikal dan vokasional ini umumnya meletakkan bahawa ia hanyalah untuk pelajar-pelajar yang rendah pencapaian akademiknya. Itu secara umum. Walaupun saya tidak nafi ada mereka yang cemerlang tetapi masih memilih aliran ini tetapi secara umumnya. Oleh kerana itu, tidak hairanlah kalau kita lihat dahulunya pernah ditubuhkan satu jawatankuasa pada tahun 1925 lama dahulu iaitu The Winsted Committee on Industrial and Technical Education. Itu nama jawatankuasa ini yang bertanggungjawab untuk menyediakan kurikulum khas untuk para pelajar aliran ini sebelum ia dipasarkan kepada pasaran pekerjaan. Di mana walaupun jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menyediakan kurikulum itu, jawatankuasa ini tidak mendapat respons yang menarik daripada masyarakat walaupun ia bertujuan untuk menggubal kurikulum khas untuk aliran ini. Dalam satu kertas kerja yang dibentangkan oleh seorang pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman, kebanyakan para pelajar yang memasuki sekolah menengah teknik ini disebut di situ tidak mampu untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik, menguasai Matematik dengan baik dan termasuk juga bahasa Inggeris. Jadi persoalan saya di sini ialah, adakah kriteria yang ditetapkan oleh institusi- institusi yang berada di bawah Technical & Vocational Education Training (TVET) ini dengan izin, adakah kriteria yang ditetapkan sekarang ini selari dengan kelayakan yang ada pada mereka sewaktu mereka memasuki aliran teknik ataupun vokasional ini? Ini disebabkan saya tengok contohnya syarat pengambilan selepas daripada itu untuk mengambil diploma di politeknik mestilah lulus Bahasa Malaysia, lulus Bahasa Inggeris dengan kepujian dalam lima subjek termasuklah Matematik dan juga Matematik Tambahan. Jadi, waktu mereka masuk, mereka mempunyai tahap akademik yang rendah tetapi untuk peralihan pergi mengambil diploma, mereka perlu mempunyai satu tahap kelulusan yang tinggi. Jadi saya mempersoalkan, apakah selari dengan kelayakan mereka sewaktu meletakkan kriteria ini dalam institusi di bawah TVET ini. Tuan Yang di-Pertua, walaupun begitu, secara asasnya saya sokong setelah beberapa perubahan dibuat supaya kolej vokasional ini digalakkan untuk terus mempunyai kesinambungan pendidikan ke tahap yang lebih tinggi sehinggalah ke tahap pasca siswazah umpamanya. Itu adalah satu perkara yang baik. Ia juga adalah merupakan satu trend yang selaras dengan sistem European Qualifications Framework, dengan izin yang lebih banyak memberikan peluang lebih terbuka kepada para pelajar dalam aliran ini. Seterusnya menyumbang kepada tenaga utama sektor pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi Eropah yang kalau kita lihat di peringkat luar dari negara kita. Ini termasuklah inisiatif-inisiatif untuk memperkasakan badan-badan profesional dalam aliran ini. Jadi sehubungan dengan itu, kebimbangan kita juga ialah terhadap komponen kurikulum kolej vokasional yang ditawarkan kepada para pelajar sebab setakat ini Tuan Yang di-Pertua, 70% ialah kemahiran vokasional dan selebihnya ialah akademik. Jadi kita mesti memahami perlunya keseimbangan sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kita tidak mahu hanya sekadar untuk melahirkan pelajar-pelajar yang sebagaimana saya sebutkan tadi, hanya mampu menguasai satu bahagian tetapi tidak dalam bahagian yang lain. Satu lagi saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri, sebab saya kurang pasti. Satu lagi yang saya lihat, ada dua subjek iaitu subjek Bahasa Mandarin dan juga Bahasa Arab Komunikasi yang telah dilaksanakan di bawah program Transformasi Pendidikan Vokasional untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan ini, adakah ia telah dilaksanakan dengan secara berkesan subjek ini? Jadi saya harap ia dapat diberikan maklum balas sebab sebagaimana saya sebut awal tadi, kita tidak. | 97 | 109 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
98 DR.1.4.2015
mahu sekadar untuk melahirkan keupayaan memahami satu aliran ataupun satu bidang
yang kecil tetapi mestilah dia mempunyai penguasaan termasuk mampu untuk nanti turun
ke tengah masyarakat, berdepan dengan suasana kehidupan yang bukan sahaja
mengambil aspek teknikal tetapi juga akhlak, peribadi dan juga moral mereka.
■1840
Jadi Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi saya hendak bangkitkan di sini ialah
selain itu isu utama yang melanda negara kita ialah pergantungan ataupun saya lihat
ketagihan sektor ekonomi negara terhadap penggunaan pekerja asing. Ini berkait dengan
sektor ini ataupun aliran ini. Pada tahun lalu, Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia
telah mendedahkan kepada kita ada kira 6.7 juta pekerja asing yang bekerja di negara kita
Malaysia malah keberadaan mereka di Kuala Lumpur ini pun semakin hari semakin ramai.
Baru-baru ini delegasi kami daripada Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga telah
berdialog dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan mengakui bahawa antara cabaran
terbesar di Kuala Lumpur adalah lambakan pekerja-pekerja asing yang mendiami kawasan-
kawasan tertentu hatta mereka ini mengurus premis-premis perniagaan di sekitar Kuala
Lumpur.
Jadi pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, dalam satu statistik yang
dikemukakan oleh PEMANDU, lebih kurang 28% atau 130,000 pelajar yang telah tamat
belajar dan tercicir daripada SPM telah memasuki sektor pekerjaan tanpa mempunyai
sebarang kemahiran. Jadi saya hendak sebut, kalau ini fenomena terus berlaku dalam
negara kita, saya kira Malaysia belum benar-benar bersedia untuk mengorak langkah ke
arah apa yang disebut sebagai knowledge-based economy selagi mana isu pokok masih
belum dapat diselesaikan.
Oleh kerana itu kita mestilah harus bersedia menempatkan tenaga mahir dan
separuh mahir tempatan yang hasil daripada produk kita atau hasil daripada sistem
pendidikan kita ini untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing. Jadi adakah
nantinya kita benar-benar mampu untuk memenuhi nisbah yang ideal yang telah ditentukan
oleh Bank Pembangunan Asia sebagai contoh seorang jurutera, lima juruteknik dan 12
operator. Jadi nisbah ini mungkin ideal tapi apakah kita mampu untuk mencapai ke arah
itu.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengharapkan supaya diwujudkan satu badan
penyelarasan kerana TEDT ini saling berkait dengan pelbagai kementerian dan juga
industri. Ini kerana kita tidak mahu berlakunya lebih penawaran dalam sektor pekerjaan
sehingga akhirnya mengakibatkan pengangguran yang tinggi seperti mana yang berlaku
dalam aliran akademik pada hari ini. Walaupun mempunyai sijil, diploma, keluar daripada
kolej vokasional ataupun mungkin universiti teknologi tetapi pengangguran itu berlaku.
Mereka tidak ada peluang pekerjaan sebab berlakunya penawaran yang begitu
banyak, lebih, berbanding dengan apa yang ada, keupayaan yang ada pada kita. Sebab
kita tengok sekarang ini ekonomi negara kita memang telah berubah daripada apa yang
disebut sebagai labor intensive kepada capital intensive dan sekarang ini saya tengok dia
telah meneroka ke arah knowledge intensive. Jadi ini adalah cabaran semasa yang harus
kita tangani dengan penuh sedar.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, tentunya kita kena bersiap untuk meletakkan
satu mindset bahawa persepsi masyarakat terhadap technical and vocational training ini
mestilah benar-benar dapat melahirkan ataupun memenuhi kepentingan dan juga
keutamaan semasa yang ada pada hari ini. Bukan sekadar ia wujud tetapi tidak sesuai dan
tidak selari dengan kepentingan dan keutamaan semasa dan tentunya saya hendak tutup
dengan satu fundamental yang tegah yang saya sebut di awal ucapan ini ataupun
perbahasan ini ialah supaya sistem pendidikan yang telah kita lakukan ini, yang telah kita
pinda ini, yang telah kita bina ini supaya ia benar-benar bukan saja melahirkan kecerdikan
akal semata-mata ataupun kecerdikan otak semata-mata dalam bidang akademik tetapi
biarlah dia membina jiwa dan jasad yang seimbang untuk dia nantinya mampu untuk
melahirkan generasi dan juga orang panggil pemimpin-pemimpin yang akan datang yang
baik untuk memimpin negara dan juga masyarakat.
Ini kerana kita tidak hendak tengok ramai orang pandai tapi akhirnya melakukan
penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, penipuan dan seumpamanya. Akhirnya
dia mengganggu tamadun dan juga kemajuan yang mahu kita bina. Jadi saya harap begitu
| mahu sekadar untuk melahirkan keupayaan memahami satu aliran ataupun satu bidang yang kecil tetapi mestilah dia mempunyai penguasaan termasuk mampu untuk nanti turun ke tengah masyarakat, berdepan dengan suasana kehidupan yang bukan sahaja mengambil aspek teknikal tetapi juga akhlak, peribadi dan juga moral mereka. #1840. Jadi Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi saya hendak bangkitkan di sini ialah selain itu isu utama yang melanda negara kita ialah pergantungan ataupun saya lihat ketagihan sektor ekonomi negara terhadap penggunaan pekerja asing. Ini berkait dengan sektor ini ataupun aliran ini. Pada tahun lalu, Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia telah mendedahkan kepada kita ada kira 6.7 juta pekerja asing yang bekerja di negara kita Malaysia malah keberadaan mereka di Kuala Lumpur ini pun semakin hari semakin ramai. Baru-baru ini delegasi kami daripada Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga telah berdialog dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan mengakui bahawa antara cabaran terbesar di Kuala Lumpur adalah lambakan pekerja-pekerja asing yang mendiami kawasan- kawasan tertentu hatta mereka ini mengurus premis-premis perniagaan di sekitar Kuala Lumpur. Jadi pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, dalam satu statistik yang dikemukakan oleh PEMANDU, lebih kurang 28% atau 130,000 pelajar yang telah tamat belajar dan tercicir daripada SPM telah memasuki sektor pekerjaan tanpa mempunyai sebarang kemahiran. Jadi saya hendak sebut, kalau ini fenomena terus berlaku dalam negara kita, saya kira Malaysia belum benar-benar bersedia untuk mengorak langkah ke arah apa yang disebut sebagai knowledge-based economy selagi mana isu pokok masih belum dapat diselesaikan. Oleh kerana itu kita mestilah harus bersedia menempatkan tenaga mahir dan separuh mahir tempatan yang hasil daripada produk kita atau hasil daripada sistem pendidikan kita ini untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing. Jadi adakah nantinya kita benar-benar mampu untuk memenuhi nisbah yang ideal yang telah ditentukan oleh Bank Pembangunan Asia sebagai contoh seorang jurutera, lima juruteknik dan 12 operator. Jadi nisbah ini mungkin ideal tapi apakah kita mampu untuk mencapai ke arah itu. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengharapkan supaya diwujudkan satu badan penyelarasan kerana TEDT ini saling berkait dengan pelbagai kementerian dan juga industri. Ini kerana kita tidak mahu berlakunya lebih penawaran dalam sektor pekerjaan sehingga akhirnya mengakibatkan pengangguran yang tinggi seperti mana yang berlaku dalam aliran akademik pada hari ini. Walaupun mempunyai sijil, diploma, keluar daripada kolej vokasional ataupun mungkin universiti teknologi tetapi pengangguran itu berlaku. Mereka tidak ada peluang pekerjaan sebab berlakunya penawaran yang begitu banyak, lebih, berbanding dengan apa yang ada, keupayaan yang ada pada kita. Sebab kita tengok sekarang ini ekonomi negara kita memang telah berubah daripada apa yang disebut sebagai labor intensive kepada capital intensive dan sekarang ini saya tengok dia telah meneroka ke arah knowledge intensive. Jadi ini adalah cabaran semasa yang harus kita tangani dengan penuh sedar. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, tentunya kita kena bersiap untuk meletakkan satu mindset bahawa persepsi masyarakat terhadap technical and vocational training ini mestilah benar-benar dapat melahirkan ataupun memenuhi kepentingan dan juga keutamaan semasa yang ada pada hari ini. Bukan sekadar ia wujud tetapi tidak sesuai dan tidak selari dengan kepentingan dan keutamaan semasa dan tentunya saya hendak tutup dengan satu fundamental yang tegah yang saya sebut di awal ucapan ini ataupun perbahasan ini ialah supaya sistem pendidikan yang telah kita lakukan ini, yang telah kita pinda ini, yang telah kita bina ini supaya ia benar-benar bukan saja melahirkan kecerdikan akal semata-mata ataupun kecerdikan otak semata-mata dalam bidang akademik tetapi biarlah dia membina jiwa dan jasad yang seimbang untuk dia nantinya mampu untuk melahirkan generasi dan juga orang panggil pemimpin-pemimpin yang akan datang yang baik untuk memimpin negara dan juga masyarakat. Ini kerana kita tidak hendak tengok ramai orang pandai tapi akhirnya melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, penipuan dan seumpamanya. Akhirnya dia mengganggu tamadun dan juga kemajuan yang mahu kita bina. Jadi saya harap begitu. | 98 | 110 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 99
supaya sistem ini, pendidikan ini dapat diberikan satu penumpuan serius oleh pihak
kementerian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Tiada had masa
lagi. Bolehlah ringkas-ringkas Yang Berhormat. Sebagai panduan 36(1), perkara-perkara
yang dipinda sahaja boleh dibahas dan bukan akta induk. Jadikan itu sebagai panduan
untuk berbahas Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.
6.46 ptg.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya
ucap terima kasih sekali lagi beri peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Akta
Pendidikan dan tahniah kepada Kementerian Pendidikan. Pindaan ini selaras dengan
dasar ataupun Transformasi Pendidikan Vokasional yang telah dilancarkan pada 6 Januari
2012 yang dizahirkan melalui penjenamaan Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej
Vokasional. Penjenamaan semula ini melibatkan pengenalan kurikulum pendidikan baru
yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) digunakan di semua
kolej vokasional.
Tuan Yang di-Pertua, saya mula-mula sekali hendak bawa pada persepsi ataupun
fikiran yang ada pada masyarakat hari ini sebab apa bila kita kata transformasi pendidikan,
transformasi literal, kita bercakap juga tentang transformasi minda. Kalau dulu masuk
sekolah vokasional ini orang yang pendidikannya tidak bagus ataupun periksanya mungkin
tidak pass bagus. Resultnya tidak bagus. Sebab itu dia pergi vokasional. Dulu, zaman saya
dekat sekolah dulu, saya masih ingat lagi. Kalau kita tanya ibu bapa pun dia kata pergi
mana anak kamu, bapa akan kata oh anak saya vokasional saja. Kalau pergi universiti itu
hendak tanya dia mana pergi anak kamu belajar, anak saya masuk UM. Itu minda dulu
tetapi untuk negara maju, kita memerlukan tenaga mahir.
Sebab itu tadi dikatakan kita hanya terlibat, Malaysia terlibat 10% dalam
transformasi vokasional sedangkan untuk negara maju memerlukan banyak tenaga mahir.
Jadi transformasi minda ini perlu ada pada masyarakat. Masyarakat patut rasa penting dan
bangga dan pencapaian ataupun qualification untuk masuk ke vokasional dan teknik dan
vokasional ini patutnya diselaraskan dan ditinggikan. Jadi ibu bapa pun rasa bangga. Dia
rasa hendak hantar anak dia ke vokasional, belajar vokasional dan pelajar itu sendiri rasa
bangga dan pelajar itu tidak rasa macam saya ini tidak bagus kah pergi, itu kita perlu ada.
Sebab apa transformasi untuk negara maju memerlukan ini.
Jadi kita lihat tenaga mahir yang ada sekarang ini. Kalau kita ada tenaga mahir
yang cukup, sebab apa di Malaysia hari ini kita ada gap dalam labor ini, dalam pekerja-
pekerja. Kita punya supply and demand tidak balance dan kita banyak memerlukan tenaga-
tenaga asing yang mahir dan tidak mahir, berlambak dekat Malaysia hari ini. Jadi kita
hendak lihat hari ini satu persaingan di mana kita mengisi ruang-ruang kosong ini, anak-
anak Malaysia mengisi ruang-ruang kosong ini. Kita lihat dalam banyak aspek, kita
katakanlah dalam electrical, pendawaian elektrik ataupun dalam plumbing, piping
umpamanya. Dalam permotoran, mekanik umpamanya.
Kalau dulu ini kita kata rosak, kita panggil plumber, kita rasa plumber itu tidak
bagus, dia pun rasa tidak bagus tapi akan datang negara maju. Bila cakap negara maju ini,
contohnya mekanik keretalah. Gambaran yang kita ada hanya mekanik macam mana. Kata
orang Kedah ‘belemuih’, kotor, pakai baju kotor, kelam kabutlah dia. Kita rasa macam itu
tapi untuk negara maju, untuk tenaga mahir yang profesional, pakaiannya pun bersih.
Pakaiannya pun macam pakaian doktor dekat hospital. Pakai putih semua bersih.
Gambarannya bersih, gambarannya putih, bersih. Bukan Yang Berhormat Seputeh, tapi
gambaran putih. Putih itu bersih tapi dia buat kerja mekanik. Jadi itu profesional. Gajinya
tinggi, ilmunya tinggi dan mungkin orang ini mendapat kelulusan bukan saja dalam negeri
tetapi pergi ke luar negeri.
| supaya sistem ini, pendidikan ini dapat diberikan satu penumpuan serius oleh pihak kementerian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Tiada had masa lagi. Bolehlah ringkas-ringkas Yang Berhormat. Sebagai panduan 36(1), perkara-perkara yang dipinda sahaja boleh dibahas dan bukan akta induk. Jadikan itu sebagai panduan untuk berbahas Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Bagan Serai. 6.46 ptg. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya ucap terima kasih sekali lagi beri peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Akta Pendidikan dan tahniah kepada Kementerian Pendidikan. Pindaan ini selaras dengan dasar ataupun Transformasi Pendidikan Vokasional yang telah dilancarkan pada 6 Januari 2012 yang dizahirkan melalui penjenamaan Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Penjenamaan semula ini melibatkan pengenalan kurikulum pendidikan baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) digunakan di semua kolej vokasional. Tuan Yang di-Pertua, saya mula-mula sekali hendak bawa pada persepsi ataupun fikiran yang ada pada masyarakat hari ini sebab apa bila kita kata transformasi pendidikan, transformasi literal, kita bercakap juga tentang transformasi minda. Kalau dulu masuk sekolah vokasional ini orang yang pendidikannya tidak bagus ataupun periksanya mungkin tidak pass bagus. Resultnya tidak bagus. Sebab itu dia pergi vokasional. Dulu, zaman saya dekat sekolah dulu, saya masih ingat lagi. Kalau kita tanya ibu bapa pun dia kata pergi mana anak kamu, bapa akan kata oh anak saya vokasional saja. Kalau pergi universiti itu hendak tanya dia mana pergi anak kamu belajar, anak saya masuk UM. Itu minda dulu tetapi untuk negara maju, kita memerlukan tenaga mahir. Sebab itu tadi dikatakan kita hanya terlibat, Malaysia terlibat 10% dalam transformasi vokasional sedangkan untuk negara maju memerlukan banyak tenaga mahir. Jadi transformasi minda ini perlu ada pada masyarakat. Masyarakat patut rasa penting dan bangga dan pencapaian ataupun qualification untuk masuk ke vokasional dan teknik dan vokasional ini patutnya diselaraskan dan ditinggikan. Jadi ibu bapa pun rasa bangga. Dia rasa hendak hantar anak dia ke vokasional, belajar vokasional dan pelajar itu sendiri rasa bangga dan pelajar itu tidak rasa macam saya ini tidak bagus kah pergi, itu kita perlu ada. Sebab apa transformasi untuk negara maju memerlukan ini. Jadi kita lihat tenaga mahir yang ada sekarang ini. Kalau kita ada tenaga mahir yang cukup, sebab apa di Malaysia hari ini kita ada gap dalam labor ini, dalam pekerja- pekerja. Kita punya supply and demand tidak balance dan kita banyak memerlukan tenaga- tenaga asing yang mahir dan tidak mahir, berlambak dekat Malaysia hari ini. Jadi kita hendak lihat hari ini satu persaingan di mana kita mengisi ruang-ruang kosong ini, anak- anak Malaysia mengisi ruang-ruang kosong ini. Kita lihat dalam banyak aspek, kita katakanlah dalam electrical, pendawaian elektrik ataupun dalam plumbing, piping umpamanya. Dalam permotoran, mekanik umpamanya. Kalau dulu ini kita kata rosak, kita panggil plumber, kita rasa plumber itu tidak bagus, dia pun rasa tidak bagus tapi akan datang negara maju. Bila cakap negara maju ini, contohnya mekanik keretalah. Gambaran yang kita ada hanya mekanik macam mana. Kata orang Kedah 'belemuih', kotor, pakai baju kotor, kelam kabutlah dia. Kita rasa macam itu tapi untuk negara maju, untuk tenaga mahir yang profesional, pakaiannya pun bersih. Pakaiannya pun macam pakaian doktor dekat hospital. Pakai putih semua bersih. Gambarannya bersih, gambarannya putih, bersih. Bukan Yang Berhormat Seputeh, tapi gambaran putih. Putih itu bersih tapi dia buat kerja mekanik. Jadi itu profesional. Gajinya tinggi, ilmunya tinggi dan mungkin orang ini mendapat kelulusan bukan saja dalam negeri tetapi pergi ke luar negeri. | 99 | 111 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
100 DR.1.4.2015
■1850
Tuan Yang di-Pertua, naik taraf sekolah vokasional kepada kolej vokasional. Saya
hendak tanya, dah berapa dah pengambilan pelajar-pelajar, adakah ditingkatkan kepada
kolej vokasional? Di samping pelajaran vokasional, akademik sepertinya bahasa Inggeris,
command of English mesti bagus. Kalau tidak, tidak profesional. Profesional ini dia hendak
pilih pergi luar negara, pergi belajar. Jadi, sekurang-kurangnya kalau dahulu zaman saya,
saya rasa bilingual tetapi sekarang patut trilingual. Patut ada.
Sekarang ini bahasa kita boleh ambil bahasa Inggeris, bahasa Malaysia, bahasa
Mandarin, bahasa Arab, umpamanya. Ini supaya dunia boleh datang sini. Kita boleh
berbahasa, umpamanya. Pencapaian dalam pendidikan Matematik dan Sains. Ini yang
tadi saya dengar daripada Yang Berhormat Temerloh tadi, knowledge based economy. Itu
untuk negara maju, maknanya pencapaian ilmu itu sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, kita juga lihat dalam kurikulum kolej vokasional. Kita lihat
kurikulum ini memang cukup bagus kerana ada elemen-elemen kreativiti, ada elemen-
elemen inovasi dan keusahawanan dan juga kemahiran. Ini melengkapkan. Ini yang kita
katakan transformasi untuk negara maju. Jadi, negara maju perlu ada transformasi
ekonomi, transformasi masyarakat, transformasi pendidikan, transformasi infrastruktur. Kita
lihat ini yang perlu ada.
Kita lihat Tuan Yang di-Pertua, Malaysia hendak capai negara maju tahun 2020,
lima tahun dari sekarang. Five years is not long. Lima tahun, rakyat dan pemimpin
kementerian perlu ada fokus yang jelas, perlu ada impian yang betul ke mana kita hendak
pergi hala tuju. Perlu ada plan yang betul, perlu ada tindakan dan pemantauan supaya kita
hendak mewujudkan tenaga mahir yang cukup ini, tidak ada masalah persediaan untuk
negara maju.
Tuan Yang di-Pertua, kita lihat hari ini, saya melihat hari ini apa yang dirancang
oleh Kementerian Pengajian Tinggi, salah satu daripada terasnya adalah Technical
Vocational Education Training (TVET). TVET ini adalah perkara yang penting untuk
pencapaian negara maju, untuk transformasi ekonomi, TVET adalah satu perkara yang
sangat-sangat penting. Itu sebab kita lihat hari ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
memberikan fokus kepada TVET ini. Tidak lama lagi Yang Amat Berhormat akan
melancarkan pemerkasaan TVET untuk menyelaraskan supply and demand supaya
pemerkasaan TVET akan memberikan banyak lagi supply tenaga-tenaga mahir yang
mampu menampung usaha kita untuk pergi ke negara maju dan juga demand.
Kita memang agak bimbang kerana apa yang saya hendak tanya dan ingin tahu
adalah apa yang kerajaan buat sebenarnya supaya mengimbangi nilai-nilai graduan-
graduan daripada TVET ini nanti. Di Malaysia ini ada banyak tenaga tidak mahir. Tenaga
tidak mahir, dia bagi service juga. Kita panggil dia mekanik, dia boleh datang juga. Kita
panggil dia repair paip, dia boleh datang juga, wiring pun dia boleh buat juga sebab dia
tidak ada SOP nya. Dia buat dengan pengalaman dia, dia tidak ada kelulusan macam yang
kita katakan hari ini. Dia menawarkan perkhidmatan dengan harga yang lebih murah. Jadi,
macam mana? Rakyat Malaysia macam mana? Macam mana penerimaan rakyat
Malaysia?
Ini yang saya katakan tadi transformasi minda kita. Sebab kita hendak pergi
negara maju, banyak benda yang hendak dibuat sebenarnya. Oleh sebab itu antaranya
benda yang kita sudah buat hari itu ialah GST. Itu bagus. Itu polisi orang cerdik, itu polisi
negara moden, polisi negara maju yang kita sudah buat. Tahniah lah kepada Kerajaan
Malaysia. Sekarang ini kita tengok pada TVET, pada transformasi pendidikan vokasional.
Jadi, saya amat-amat bersetuju dengan pindaan ini.
Mudah-mudahan kita dapat mencapai supply and demand. Maknanya, kita
menyediakan tenaga-tenaga mahir yang cukup untuk negara kita ini pergi ke destinasi yang
kita impikan selama ini. Tuan Yang di-Pertua, Bagan Serai menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat
Rantau Panjang.
| #1850. Tuan Yang di-Pertua, naik taraf sekolah vokasional kepada kolej vokasional. Saya hendak tanya, dah berapa dah pengambilan pelajar-pelajar, adakah ditingkatkan kepada kolej vokasional? Di samping pelajaran vokasional, akademik sepertinya bahasa Inggeris, command of English mesti bagus. Kalau tidak, tidak profesional. Profesional ini dia hendak pilih pergi luar negara, pergi belajar. Jadi, sekurang-kurangnya kalau dahulu zaman saya, saya rasa bilingual tetapi sekarang patut trilingual. Patut ada. Sekarang ini bahasa kita boleh ambil bahasa Inggeris, bahasa Malaysia, bahasa Mandarin, bahasa Arab, umpamanya. Ini supaya dunia boleh datang sini. Kita boleh berbahasa, umpamanya. Pencapaian dalam pendidikan Matematik dan Sains. Ini yang tadi saya dengar daripada Yang Berhormat Temerloh tadi, knowledge based economy. Itu untuk negara maju, maknanya pencapaian ilmu itu sendiri. Tuan Yang di-Pertua, kita juga lihat dalam kurikulum kolej vokasional. Kita lihat kurikulum ini memang cukup bagus kerana ada elemen-elemen kreativiti, ada elemen- elemen inovasi dan keusahawanan dan juga kemahiran. Ini melengkapkan. Ini yang kita katakan transformasi untuk negara maju. Jadi, negara maju perlu ada transformasi ekonomi, transformasi masyarakat, transformasi pendidikan, transformasi infrastruktur. Kita lihat ini yang perlu ada. Kita lihat Tuan Yang di-Pertua, Malaysia hendak capai negara maju tahun 2020, lima tahun dari sekarang. Five years is not long. Lima tahun, rakyat dan pemimpin kementerian perlu ada fokus yang jelas, perlu ada impian yang betul ke mana kita hendak pergi hala tuju. Perlu ada plan yang betul, perlu ada tindakan dan pemantauan supaya kita hendak mewujudkan tenaga mahir yang cukup ini, tidak ada masalah persediaan untuk negara maju. Tuan Yang di-Pertua, kita lihat hari ini, saya melihat hari ini apa yang dirancang oleh Kementerian Pengajian Tinggi, salah satu daripada terasnya adalah Technical Vocational Education Training (TVET). TVET ini adalah perkara yang penting untuk pencapaian negara maju, untuk transformasi ekonomi, TVET adalah satu perkara yang sangat-sangat penting. Itu sebab kita lihat hari ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberikan fokus kepada TVET ini. Tidak lama lagi Yang Amat Berhormat akan melancarkan pemerkasaan TVET untuk menyelaraskan supply and demand supaya pemerkasaan TVET akan memberikan banyak lagi supply tenaga-tenaga mahir yang mampu menampung usaha kita untuk pergi ke negara maju dan juga demand. Kita memang agak bimbang kerana apa yang saya hendak tanya dan ingin tahu adalah apa yang kerajaan buat sebenarnya supaya mengimbangi nilai-nilai graduan- graduan daripada TVET ini nanti. Di Malaysia ini ada banyak tenaga tidak mahir. Tenaga tidak mahir, dia bagi service juga. Kita panggil dia mekanik, dia boleh datang juga. Kita panggil dia repair paip, dia boleh datang juga, wiring pun dia boleh buat juga sebab dia tidak ada SOP nya. Dia buat dengan pengalaman dia, dia tidak ada kelulusan macam yang kita katakan hari ini. Dia menawarkan perkhidmatan dengan harga yang lebih murah. Jadi, macam mana? Rakyat Malaysia macam mana? Macam mana penerimaan rakyat Malaysia?. Ini yang saya katakan tadi transformasi minda kita. Sebab kita hendak pergi negara maju, banyak benda yang hendak dibuat sebenarnya. Oleh sebab itu antaranya benda yang kita sudah buat hari itu ialah GST. Itu bagus. Itu polisi orang cerdik, itu polisi negara moden, polisi negara maju yang kita sudah buat. Tahniah lah kepada Kerajaan Malaysia. Sekarang ini kita tengok pada TVET, pada transformasi pendidikan vokasional. Jadi, saya amat-amat bersetuju dengan pindaan ini. Mudah-mudahan kita dapat mencapai supply and demand. Maknanya, kita menyediakan tenaga-tenaga mahir yang cukup untuk negara kita ini pergi ke destinasi yang kita impikan selama ini. Tuan Yang di-Pertua, Bagan Serai menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Rantau Panjang. | 100 | 112 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 101
6.54 ptg.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua kerana turut memberi peluang kepada saya untuk sama-sama
membahaskan Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2014. Saya mengambil masa
yang sedikit sahaja, menambah daripada apa yang rakan-rakan telah sebutkan tadi.
Pertama, kita lihat pindaan rang undang-undang ini adalah satu pindaan bagi
transformasi pendidikan vokasional melalui penjenamaan semula Sekolah Menengah
Vokasional kepada Kolej Vokasional. Saya mengucapkan tahniah di atas usaha yang telah
dibuat oleh kerajaan. Cuma, saya ingin penjelasan daripada kerajaan ialah sejauh mana
persiapan yang telah diberi kepada sekolah-sekolah vokasional? Oleh sebab apa yang kita
lihat hari ini adalah satu transformasi pendidikan yang mana ia sudah tentu memerlukan
kepada banyak perubahan. Terutama, dari segi peralatannya, persiapan sekolah,
persiapan guru dan sebagainya.
Sebab saya dapat makluman sebelum ini ada di kalangan pelajar-pelajar di
sekolah vokasional, contohnya dalam membaiki TV, kongsi 40 orang satu TV. Macam
mana hendak lahirkan tenaga mahir yang mempunyai kemahiran tinggi kalau peralatan
tidak cukup. Ada aduan daripada para guru, barang yang diperlukan, di order berbulan
tidak sampai lagi. Jadi, sejauh mana kepekaan kementerian memastikan peralatan-
peralatan yang diperlukan cukup mengikut standard yang ditetapkan untuk benar-benar
melahirkan pelajar yang berkualiti yang berkemahiran tinggi. Oleh sebab saya bimbang
berulang kes yang sama sebab saya pernah pergi ke sekolah-sekolah yang berkenaan dan
melihat, mendengar aduan daripada pihak sekolah. Banyak kekurangan yang mereka keluh
kerana mereka hendak mengajar tetapi peralatan yang lambat sampai, tidak mencukupi
dan sebagainya.
Kedua, adalah latihan kepada guru. Kita hendak melahirkan pelajar yang mahir.
Guru juga mestilah mempunyai kemahiran. Bayangkan mereka yang sebelum ini mengajar
di sekolah vokasional. Apabila dinaik taraf kepada kolej vokasional, latihan yang diberi,
terutama bagi guru-guru kemahiran, mereka ini terutama guru-guru yang veteran, mereka
diajar dengan teknik-teknik teknologi yang agak ketinggalan berbanding dengan teknologi
yang baru. Jadi, menyebabkan kebanyakan daripada guru-guru yang lama yang masih lagi
mengajar di sekolah vokasional tetapi apabila dinaik taraf kepada kolej vokasional, mereka
tidak mempunyai kemahiran tinggi dalam mengajar, terutama kemahiran menggunakan
mesin dan teknologi yang terkini. Jadi, sejauh mana latihan yang telah diberi kepada para
guru, para pensyarah untuk memastikan mereka mempunyai kemahiran dalam menepati
matlamat kolej vokasional itu diwujudkan.
Seterusnya, saya ingin tahu tentang kebajikan guru. Sejauh mana skim yang telah
diberi kepada para guru? Apakah dia masih dari segi gajinya, kemudahannya sama seperti
di peringkat sekolah vokasional? Kalau dia naik taraf dari segi jenama sahaja, tentang dari
segi kualitinya, dari segi gurunya, dari segi skim gajinya sama, indah khabar dari rupa.
Sebab saya pernah mendapat aduan di mana mereka bekerja kalau di peringkat sekolah
vokasional, mereka bekerja mungkin sampai pukul 2, pukul 3 petang. Akan tetapi apabila
tahap taraf kolej, mereka terpaksa balik pukul 5, pukul 6 petang tetapi gaji mereka sama.
Jadi, sejauh mana perkara ini diberi perhatian oleh pihak kementerian untuk menilai
kebajikan para pensyarah atau pun guru supaya memastikan mereka setaraf dengan imej
kolej itu sendiri.
Seterusnya ialah saya ingin tahu tentang sejauh mana manfaat yang telah
digunakan oleh kerajaan. Oleh sebab kita sekarang kita mempunyai lambakan lepasan
siswazah yang begitu ramai. Mereka ini tidak mempunyai kemahiran. Mungkin mereka
cemerlang dari sudut akademik tetapi mereka tidak mempunyai kemahiran menyebabkan
mereka payah untuk mendapat pasaran di tempat pekerjaan dalam negara. Jadi, hari ini
sejauh mana, adakah satu mekanisme dibuat oleh pihak untuk memastikan mahasiswa
lepasan siswazah juga yang berminat dalam bidang kemahiran, ada peluang untuk
memasuki latihan-latihan kemahiran ini untuk melahirkan tenaga mahir yang berkualiti
| 6.54 ptg. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana turut memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2014. Saya mengambil masa yang sedikit sahaja, menambah daripada apa yang rakan-rakan telah sebutkan tadi. Pertama, kita lihat pindaan rang undang-undang ini adalah satu pindaan bagi transformasi pendidikan vokasional melalui penjenamaan semula Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Saya mengucapkan tahniah di atas usaha yang telah dibuat oleh kerajaan. Cuma, saya ingin penjelasan daripada kerajaan ialah sejauh mana persiapan yang telah diberi kepada sekolah-sekolah vokasional? Oleh sebab apa yang kita lihat hari ini adalah satu transformasi pendidikan yang mana ia sudah tentu memerlukan kepada banyak perubahan. Terutama, dari segi peralatannya, persiapan sekolah, persiapan guru dan sebagainya. Sebab saya dapat makluman sebelum ini ada di kalangan pelajar-pelajar di sekolah vokasional, contohnya dalam membaiki TV, kongsi 40 orang satu TV. Macam mana hendak lahirkan tenaga mahir yang mempunyai kemahiran tinggi kalau peralatan tidak cukup. Ada aduan daripada para guru, barang yang diperlukan, di order berbulan tidak sampai lagi. Jadi, sejauh mana kepekaan kementerian memastikan peralatan- peralatan yang diperlukan cukup mengikut standard yang ditetapkan untuk benar-benar melahirkan pelajar yang berkualiti yang berkemahiran tinggi. Oleh sebab saya bimbang berulang kes yang sama sebab saya pernah pergi ke sekolah-sekolah yang berkenaan dan melihat, mendengar aduan daripada pihak sekolah. Banyak kekurangan yang mereka keluh kerana mereka hendak mengajar tetapi peralatan yang lambat sampai, tidak mencukupi dan sebagainya. Kedua, adalah latihan kepada guru. Kita hendak melahirkan pelajar yang mahir. Guru juga mestilah mempunyai kemahiran. Bayangkan mereka yang sebelum ini mengajar di sekolah vokasional. Apabila dinaik taraf kepada kolej vokasional, latihan yang diberi, terutama bagi guru-guru kemahiran, mereka ini terutama guru-guru yang veteran, mereka diajar dengan teknik-teknik teknologi yang agak ketinggalan berbanding dengan teknologi yang baru. Jadi, menyebabkan kebanyakan daripada guru-guru yang lama yang masih lagi mengajar di sekolah vokasional tetapi apabila dinaik taraf kepada kolej vokasional, mereka tidak mempunyai kemahiran tinggi dalam mengajar, terutama kemahiran menggunakan mesin dan teknologi yang terkini. Jadi, sejauh mana latihan yang telah diberi kepada para guru, para pensyarah untuk memastikan mereka mempunyai kemahiran dalam menepati matlamat kolej vokasional itu diwujudkan. Seterusnya, saya ingin tahu tentang kebajikan guru. Sejauh mana skim yang telah diberi kepada para guru? Apakah dia masih dari segi gajinya, kemudahannya sama seperti di peringkat sekolah vokasional? Kalau dia naik taraf dari segi jenama sahaja, tentang dari segi kualitinya, dari segi gurunya, dari segi skim gajinya sama, indah khabar dari rupa. Sebab saya pernah mendapat aduan di mana mereka bekerja kalau di peringkat sekolah vokasional, mereka bekerja mungkin sampai pukul 2, pukul 3 petang. Akan tetapi apabila tahap taraf kolej, mereka terpaksa balik pukul 5, pukul 6 petang tetapi gaji mereka sama. Jadi, sejauh mana perkara ini diberi perhatian oleh pihak kementerian untuk menilai kebajikan para pensyarah atau pun guru supaya memastikan mereka setaraf dengan imej kolej itu sendiri. Seterusnya ialah saya ingin tahu tentang sejauh mana manfaat yang telah digunakan oleh kerajaan. Oleh sebab kita sekarang kita mempunyai lambakan lepasan siswazah yang begitu ramai. Mereka ini tidak mempunyai kemahiran. Mungkin mereka cemerlang dari sudut akademik tetapi mereka tidak mempunyai kemahiran menyebabkan mereka payah untuk mendapat pasaran di tempat pekerjaan dalam negara. Jadi, hari ini sejauh mana, adakah satu mekanisme dibuat oleh pihak untuk memastikan mahasiswa lepasan siswazah juga yang berminat dalam bidang kemahiran, ada peluang untuk memasuki latihan-latihan kemahiran ini untuk melahirkan tenaga mahir yang berkualiti. | 101 | 113 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
102 DR.1.4.2015
memenuhi keperluan negara. Oleh sebab kita tahu 8.4 juta tenaga dalam negara kita, buruh
yang tidak mahir dalam negara kita.
Kebanyakan pendatang asing yang datang dalam negara kita adalah buruh yang
tidak mahir. Jadi, saya ingin penjelasan juga, setakat ini berapa peratus sebenarnya yang
kita ada dalam negara kita, tenaga mahir yang berkemahiran tinggi? Oleh sebab untuk
mencapai taraf negara maju, berekonomi tinggi kita memerlukan tenaga mahir yang ramai.
Tempoh 2020 target kerajaan untuk mencapai negara maju berpendapatan tinggi dengan
beberapa tahun sahaja lagi, apakah kita sempat mencapai ini dengan keadaan persiapan
yang masih jauh kita tengok ketinggalan daripada apa yang kita harapkan. Begitu juga
apakah mekanisme yang akan dibuat oleh kerajaan untuk mengatasi masalah pelajar-
pelajar yang tercicir yang kita dapat pastikan setiap tahun puluhan ribu pelajar-pelajar yang
tercicir yang mereka ini kadang-kadang terus masuk kepada pasaran pekerjaan dengan
tidak ada apa-apa kemahiran.
■1900
Jadi, sejauh mana perkara ini diberi perhatian untuk memastikan modal insan ini
yang menjadi tunggak utama dalam pembentukan negara kita dapat kita manfaatkan sebaik
mungkin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Parit
Buntar.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [Parit Buntar]: Terkejut Tuan Yang di-Pertua
panggil.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Saya rasa
memadailah kita hentikan perbahasan jam 7.30. Selepas itu Menteri menjawab.
7.01 mlm.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [Parit Buntar]: Okey, terima kasih Tuan Yang
di-Pertua. Menteri, saya cuma rujuk kepada akta kita ini. Pertama iaitu kita tengok 33A yang
diberi kuasa kepada “Menteri untuk menubuhkan dan menyelenggarakan sepenuhnya Kolej
Vokasional”. Bagi saya, saya ada beberapa permasalahan di sini yang perlu diberi
penjelasan iaitu kalau kita tengok dari sudut minat untuk pelajar kita memasuki bidang ini
masih lagi di tahap yang rendah kalau saya ada sedikit statistik di sini.
Daripada IPT yang menawarkan pengajian yang diminta hampir oleh 200,000 orang
lebih, yang minta kepada institut kemahiran ini hanya lebih kurang 20% sahaja. Kita hanya
ada lebih kurang 287 buah institut kemahiran. Ini memberi saya satu tanda soal dalam
usaha kerajaan yang saya sokong sebenarnya tetapi saya cuma hendak tahu secara
praktikal macam mana perkara itu hendak dicapai sedangkan kalau kita tengok statistik
yang ada, yang disebut sendiri oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri bahawa
Malaysia ketinggalan 10% berbanding dengan yang disasarkan iaitu 44%.
Kalau kita tengok statistik, 10 years from now Tuan Yang di-Pertua kita memerlukan
lebih kurang 3.3 juta pekerja yang mahir hasil daripada produk kolej ini dan seumpamanya.
Jadi, saya tertanya-tanya bagaimana kita hendak capai dalam 10 tahun masa yang akan
datang, figure yang begitu idealistik dengan apa yang ada dari segi struktur sedangkan
saya difahamkan penambahan 10 bidang di bidang vokasional dan teknik. Kalau kita buat
benchmark dengan negara Jerman Tuan Yang di-Pertua, mereka ada 340 bidang. So,
macam mana kita hendak kejar, itu yang menjadi saya punya minat dalam saya melihat
33A(1) dan 33A(2).
Seterusnya ialah kurikulum 33B. Persoalan saya ialah Tuan Yang di-Pertua, kita
hendak bukan sahaja di sini melahirkan pelajar-pelajar di kolej ini tetapi juga kita ada dua
perkara besar yang mesti dicapai oleh kerajaan dalam istilah yang dipakai, transformasi itu.
Pertama, bagaimana keupayaan pelajar-pelajar yang kalau dilihat dalam 33D ini ada
peraturan berhubung dengan kolej vokasional, kurikulum standard dan sebagainya.
Bagaimanakah kemahiran mereka untuk berkomunikasi dan social skill mereka dan kedua
ialah bagaimana kita memenuhi kehendak tenaga buruh di pasaran? Saya takut nanti ia
| memenuhi keperluan negara. Oleh sebab kita tahu 8.4 juta tenaga dalam negara kita, buruh yang tidak mahir dalam negara kita. Kebanyakan pendatang asing yang datang dalam negara kita adalah buruh yang tidak mahir. Jadi, saya ingin penjelasan juga, setakat ini berapa peratus sebenarnya yang kita ada dalam negara kita, tenaga mahir yang berkemahiran tinggi? Oleh sebab untuk mencapai taraf negara maju, berekonomi tinggi kita memerlukan tenaga mahir yang ramai. Tempoh 2020 target kerajaan untuk mencapai negara maju berpendapatan tinggi dengan beberapa tahun sahaja lagi, apakah kita sempat mencapai ini dengan keadaan persiapan yang masih jauh kita tengok ketinggalan daripada apa yang kita harapkan. Begitu juga apakah mekanisme yang akan dibuat oleh kerajaan untuk mengatasi masalah pelajar- pelajar yang tercicir yang kita dapat pastikan setiap tahun puluhan ribu pelajar-pelajar yang tercicir yang mereka ini kadang-kadang terus masuk kepada pasaran pekerjaan dengan tidak ada apa-apa kemahiran. #1900 Jadi, sejauh mana perkara ini diberi perhatian untuk memastikan modal insan ini yang menjadi tunggak utama dalam pembentukan negara kita dapat kita manfaatkan sebaik mungkin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Parit Buntar. Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [Parit Buntar]: Terkejut Tuan Yang di-Pertua panggil. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Saya rasa memadailah kita hentikan perbahasan jam 7.30. Selepas itu Menteri menjawab. 7.01 mlm. Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [Parit Buntar]: Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menteri, saya cuma rujuk kepada akta kita ini. Pertama iaitu kita tengok 33A yang diberi kuasa kepada "Menteri untuk menubuhkan dan menyelenggarakan sepenuhnya Kolej Vokasional". Bagi saya, saya ada beberapa permasalahan di sini yang perlu diberi penjelasan iaitu kalau kita tengok dari sudut minat untuk pelajar kita memasuki bidang ini masih lagi di tahap yang rendah kalau saya ada sedikit statistik di sini. Daripada IPT yang menawarkan pengajian yang diminta hampir oleh 200,000 orang lebih, yang minta kepada institut kemahiran ini hanya lebih kurang 20% sahaja. Kita hanya ada lebih kurang 287 buah institut kemahiran. Ini memberi saya satu tanda soal dalam usaha kerajaan yang saya sokong sebenarnya tetapi saya cuma hendak tahu secara praktikal macam mana perkara itu hendak dicapai sedangkan kalau kita tengok statistik yang ada, yang disebut sendiri oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri bahawa Malaysia ketinggalan 10% berbanding dengan yang disasarkan iaitu 44%. Kalau kita tengok statistik, 10 years from now Tuan Yang di-Pertua kita memerlukan lebih kurang 3.3 juta pekerja yang mahir hasil daripada produk kolej ini dan seumpamanya. Jadi, saya tertanya-tanya bagaimana kita hendak capai dalam 10 tahun masa yang akan datang, figure yang begitu idealistik dengan apa yang ada dari segi struktur sedangkan saya difahamkan penambahan 10 bidang di bidang vokasional dan teknik. Kalau kita buat benchmark dengan negara Jerman Tuan Yang di-Pertua, mereka ada 340 bidang. So, macam mana kita hendak kejar, itu yang menjadi saya punya minat dalam saya melihat 33A(1) dan 33A(2). Seterusnya ialah kurikulum 33B. Persoalan saya ialah Tuan Yang di-Pertua, kita hendak bukan sahaja di sini melahirkan pelajar-pelajar di kolej ini tetapi juga kita ada dua perkara besar yang mesti dicapai oleh kerajaan dalam istilah yang dipakai, transformasi itu. Pertama, bagaimana keupayaan pelajar-pelajar yang kalau dilihat dalam 33D ini ada peraturan berhubung dengan kolej vokasional, kurikulum standard dan sebagainya. Bagaimanakah kemahiran mereka untuk berkomunikasi dan social skill mereka dan kedua ialah bagaimana kita memenuhi kehendak tenaga buruh di pasaran? Saya takut nanti ia. | 102 | 114 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
DR.01.04.2015 103
tidak match apabila kita sudah ada kolej tetapi dari sudut pasaran buruh kita masih belum
menyediakan ruang untuk mereka masuk ke dalam pasaran buruh.
Akhirnya, saya punya persoalan kepada Menteri, sejauh manakah dari sudut usaha
yang dibuat oleh kementerian diimbangi dengan masalah pekerja asing yang terlalu ramai
di dalam negara kita yang kalau kita ambil setelah pemutihan seramai 2 juta dan yang tidak
didaftar mungkin 2 juta. So, itu about 15% of our labor yang tidak berkemahiran, mainly
adalah daripada pekerja asing yang mungkin akan merampas hak bekerja di kalangan
mereka yang akan lahir daripada kolej ini.
Jadi, saya harap dapat diberi perhatian dari sudut kementerian dengan hasrat yang
murni ini dengan masalah pasaran khususnya pasaran buruh yang dipenuhi oleh pekerja
asing. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat
Kapar.
7.04 mlm.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
kerana memberi ruang untuk saya juga berbincang tentang pindaan Akta Pendidikan 1996
untuk membawa masuk pindaan berkenaan kolej vokasional. Ini adalah satu percubaan
untuk meluaskan ruang untuk aliran vokasional dalam sistem pendidikan yang telah
diamalkan di kebanyakan negara. Ini sebenarnya satu hala tuju yang selari dan sejajar
dengan kemajuan teknologi dan tuntutan ekonomi sesebuah negara.
Namun begitu disebabkan terhad masa saya untuk membahas, saya terus berkongsi
beberapa rungutan dan mitos negatif terhadap pelaksanaan kolej vokasional, bertujuan
untuk memperbaiki sistem yang sedia ada untuk manfaat bersama. Pertama sekali,
kewujudan kolej vokasional ini dianggap sebagai jalan pintas atau shortcut kerana ia
menjanjikan kelulusan hingga ke peringkat diploma selepas Tingkatan 3.
Bagaimana kerajaan bercadang untuk menepis tanggapan negatif sebegini?
Kerajaan sepatutnya memperkasakan dan memartabatkan kolej vokasional dan bukan
hanya mewujudkannya sebagai satu lorong atau wahana menuju masa depan secara
pintas. Nilai diploma atau ijazah muda vokasional ini wajib diberi semakan dan anjakan
secara bermakna dan pengiktirafan pasaran termasuk pasaran antarabangsa dan juga
kajian terhadap pendapatan graduan vokasional perlu dikaji dengan teliti dan sewajarnya.
Persoalan seterusnya yang saya cuba bangkitkan ialah mengenai bidang-bidang
yang akan diceburi. Adakah kita akan memperkenalkan bidang-bidang bertahap tinggi
seperti aviation, maritime, oil and gas, ICT, kejuruteraan, perakaunan, pengajian termasuk
pengajian perniagaan. Saya menuntut penjelasan terperinci mengenai bidang-bidang yang
kerajaan bersedia atau sudah bersedia untuk menawarkan ketika ini.
Persoalan ketiga saya adalah dari sudut ibu bapa. Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan
dari golongan ibu bapa risau memikirkan masa depan anak-anak mereka kerana kolej
vokasional ini memberi ruang untuk anak tersebut tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia
atau SPM. Apakah jaminan masa depan anak mereka sekiranya memilih kolej vokasional
tetapi mengorbankan SPM? Kita ada sejarah sebelum ini setiap kali kita ada Menteri
Pendidikan yang baru, kita ada perkataan-perkataan baru, kita ada polisi, dasar yang baru
tetapi tidak berterusan apabila diganti oleh Menteri Pendidikan yang baru.
Kita agak runsing dan risau tentang kesinambungan sesuatu polisi atau dasar yang
dikemukakan. Ini memang wujud alam Kementerian Pendidikan. Bermaksud kerisauan –
apabila saya bincang dengan ibu bapa ini adalah kerisauan yang praktikal. Saya harap
daripada kementerian bersifat defensif nanti, tidak perlulah bersifat defensif. Tolong
terangkan tentang hala tuju dan perangkaan tentang kolej vokasional ini.
| tidak match apabila kita sudah ada kolej tetapi dari sudut pasaran buruh kita masih belum menyediakan ruang untuk mereka masuk ke dalam pasaran buruh. Akhirnya, saya punya persoalan kepada Menteri, sejauh manakah dari sudut usaha yang dibuat oleh kementerian diimbangi dengan masalah pekerja asing yang terlalu ramai di dalam negara kita yang kalau kita ambil setelah pemutihan seramai 2 juta dan yang tidak didaftar mungkin 2 juta. So, itu about 15% of our labor yang tidak berkemahiran, mainly adalah daripada pekerja asing yang mungkin akan merampas hak bekerja di kalangan mereka yang akan lahir daripada kolej ini. Jadi, saya harap dapat diberi perhatian dari sudut kementerian dengan hasrat yang murni ini dengan masalah pasaran khususnya pasaran buruh yang dipenuhi oleh pekerja asing. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kapar. 7.04 mlm. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang untuk saya juga berbincang tentang pindaan Akta Pendidikan 1996 untuk membawa masuk pindaan berkenaan kolej vokasional. Ini adalah satu percubaan untuk meluaskan ruang untuk aliran vokasional dalam sistem pendidikan yang telah diamalkan di kebanyakan negara. Ini sebenarnya satu hala tuju yang selari dan sejajar dengan kemajuan teknologi dan tuntutan ekonomi sesebuah negara. Namun begitu disebabkan terhad masa saya untuk membahas, saya terus berkongsi beberapa rungutan dan mitos negatif terhadap pelaksanaan kolej vokasional, bertujuan untuk memperbaiki sistem yang sedia ada untuk manfaat bersama. Pertama sekali, kewujudan kolej vokasional ini dianggap sebagai jalan pintas atau shortcut kerana ia menjanjikan kelulusan hingga ke peringkat diploma selepas Tingkatan 3. Bagaimana kerajaan bercadang untuk menepis tanggapan negatif sebegini? Kerajaan sepatutnya memperkasakan dan memartabatkan kolej vokasional dan bukan hanya mewujudkannya sebagai satu lorong atau wahana menuju masa depan secara pintas. Nilai diploma atau ijazah muda vokasional ini wajib diberi semakan dan anjakan secara bermakna dan pengiktirafan pasaran termasuk pasaran antarabangsa dan juga kajian terhadap pendapatan graduan vokasional perlu dikaji dengan teliti dan sewajarnya. Persoalan seterusnya yang saya cuba bangkitkan ialah mengenai bidang-bidang yang akan diceburi. Adakah kita akan memperkenalkan bidang-bidang bertahap tinggi seperti aviation, maritime, oil and gas, ICT, kejuruteraan, perakaunan, pengajian termasuk pengajian perniagaan. Saya menuntut penjelasan terperinci mengenai bidang-bidang yang kerajaan bersedia atau sudah bersedia untuk menawarkan ketika ini. Persoalan ketiga saya adalah dari sudut ibu bapa. Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan dari golongan ibu bapa risau memikirkan masa depan anak-anak mereka kerana kolej vokasional ini memberi ruang untuk anak tersebut tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM. Apakah jaminan masa depan anak mereka sekiranya memilih kolej vokasional tetapi mengorbankan SPM? Kita ada sejarah sebelum ini setiap kali kita ada Menteri Pendidikan yang baru, kita ada perkataan-perkataan baru, kita ada polisi, dasar yang baru tetapi tidak berterusan apabila diganti oleh Menteri Pendidikan yang baru. Kita agak runsing dan risau tentang kesinambungan sesuatu polisi atau dasar yang dikemukakan. Ini memang wujud alam Kementerian Pendidikan. Bermaksud kerisauan- apabila saya bincang dengan ibu bapa ini adalah kerisauan yang praktikal. Saya harap daripada kementerian bersifat defensif nanti, tidak perlulah bersifat defensif. Tolong terangkan tentang hala tuju dan perangkaan tentang kolej vokasional ini. | 103 | 115 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |
104 DR.1.4.2015
Saya juga kaitkan tentang hala tuju dan sasaran kolej vokasional ini yang perlu
dijelaskan secara terperinci. Penjelasan juga wajar dilakukan dan diuar-uarkan supaya
semua lapisan masyarakat dapat memahami dan memperhalusi bidang-bidang yang akan
diserapkan dalam kolej vokasional ini. Apakah kementerian untuk merealisasikan hala tuju
dan sasaran kolej vokasional ini? Bermaksud, jangan berhenti sekadar datang dengan satu
program tetapi kalau tidak ada hala tuju dan sasaran, ini akan mencacatkan program ini
daripada dinikmati oleh anak-anak muda.
Seterusnya, saya ingin sentuh sedikit tentang peluang kerjaya yang tidak stabil
dalam ruang vokasional ini dan juga merunsing ibu bapa daripada menggalakkan anak-
anak mereka daripada menceburi ruang kolej vokasional. Ibu bapa termasuk pelajar-pelajar
mengharapkan bahawa setelah mengikuti bidang-bidang tertentu dapat memberikan
mereka kebolehan, kemahiran dan yang amat penting adalah pendapatan tinggi. Adakah
kerajaan melakukan sesuatu untuk menarik minat lebih ramai pelajar cemerlang juga
memasuki aliran ini?
■1910
Sekiranya pendidikan ini dapat menjanjikan peluang pekerjaan yang baik,
pendapatan yang tinggi, sudah tentu dapat galakan luar biasa daripada golongan anak-
anak muda. Adakah peluang pekerjaan telah dikenal pasti dan sejajar dengan permintaan
dan penawaran pekerja telah diuruskan? Apakah mekanisme yang telah diguna pakai dan
bagaimana ianya sedang diteliti? Saya menuntut penjelasan daripada kementerian.
Tambahan kepada rintihan ibu bapa, Tuan Yang di-Pertua, guru-guru juga
mengeluarkan ketidakpuasan kerana terpaksa mengajar lebih masa berbanding sekolah
biasa dengan gaji yang sama. Apakah modul pengajaran dan kurikulum yang telah
disediakan untuk guru atau guru terpaksa sediakan secara sendiri? Kalau mereka terpaksa
menyediakan modul atau kurikulum secara sendiri, ini mengambil masa berlebihan untuk
mereka menyediakan tetapi gaji mereka sama seperti gaji cikgu-cikgu di sekolah. Ini amat
membebankan pakar-pakar guru yang akan mengajar. Saya minta penjelasan. Kalau ada
kekurangan, saya minta kementerian meneliti sebab guru adalah aset yang paling
berharga. Kalau program ini hendak mencapai hasrat dan objektif, kita kena mula dengan
sasaran guru. Jangan guru pula mempunyai rintihan.
Seterusnya adalah, saya secara peribadi agak keliru sedikit dengan vokasional
yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia. Mereka yang berjaya mengikuti kursus
yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia itu dipanggil sebagai Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM). Apakah peranan Kementerian Pendidikan dengan meluluskan rang
undang-undang ini? Kalau saya hendak rujuk pindaan seperti seksyen 2 mengatakan
bahawa kolej vokasional ialah suatu institusi pendidikan yang ditubuhkan, disenggarakan
sepenuhnya oleh Menteri. Soalannya ialah perkataan iaitu “Disenggarakan sepenuhnya
oleh Menteri”, apakah peranan ini hanya kepada Kementerian Pendidikan atau ada
gabungan dengan Kementerian Sumber Manusia? Saya menuntut penjelasan supaya kita
tidak dikelirukan dengan pindaan rang undang-undang ini.
Lagi satu poin terakhir tentang masalah vokasional ini, juga masih lagi
menghadapi masalah dari segi prasarana dan kelengkapan bengkel untuk menjalankan
kursus. Kerisauan ibu bapa dan guru mengenai prasarana dan kelengkapan bengkel wajib
dihalusi dan ditangani segera. Pelancaran program telah dilaksanakan tetapi prasarana dan
kelengkapan bengkel belum dikemaskinikan. Saya menuntut penjelasan mengenai
persediaan prasarana dan kelengkapan bengkel.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk
menanyakan soalan tentang sebuah sekolah rendah swasta iaitu Sekolah Sri Acmar. Ini
ada kaitan sebab di sini ada satu surat daripada sekolah tersebut, dia kata di sini dengan
izin, “I would like to kindly inform you that the Ministry of Education has approved the
relocation of the primary school to the existing kindergarten premises. The existing primary
school building will be converted to an International School.” Saya tidak ada masalah
apabila primary school diconvertkan untuk menjadi International School. Itu boleh diterima.
Akan tetapi untuk primary school to the existing kindergarten premises, dari sekolah rendah
akan masuk ke prasekolah. Dekat sini ada surat dari sekolah tersebut mengatakan telah
mendapat approval daripada Ministry of Education (MoE). Situasi macam ini perlu diteliti.
Saya minta Menteri jelaskan juga adakah memang betul wujud approval sebegini dan
| Saya juga kaitkan tentang hala tuju dan sasaran kolej vokasional ini yang perlu dijelaskan secara terperinci. Penjelasan juga wajar dilakukan dan diuar-uarkan supaya semua lapisan masyarakat dapat memahami dan memperhalusi bidang-bidang yang akan diserapkan dalam kolej vokasional ini. Apakah kementerian untuk merealisasikan hala tuju dan sasaran kolej vokasional ini? Bermaksud, jangan berhenti sekadar datang dengan satu program tetapi kalau tidak ada hala tuju dan sasaran, ini akan mencacatkan program ini daripada dinikmati oleh anak-anak muda. Seterusnya, saya ingin sentuh sedikit tentang peluang kerjaya yang tidak stabil dalam ruang vokasional ini dan juga merunsing ibu bapa daripada menggalakkan anak- anak mereka daripada menceburi ruang kolej vokasional. Ibu bapa termasuk pelajar-pelajar mengharapkan bahawa setelah mengikuti bidang-bidang tertentu dapat memberikan mereka kebolehan, kemahiran dan yang amat penting adalah pendapatan tinggi. Adakah kerajaan melakukan sesuatu untuk menarik minat lebih ramai pelajar cemerlang juga memasuki aliran ini?. #1910. Sekiranya pendidikan ini dapat menjanjikan peluang pekerjaan yang baik, pendapatan yang tinggi, sudah tentu dapat galakan luar biasa daripada golongan anak- anak muda. Adakah peluang pekerjaan telah dikenal pasti dan sejajar dengan permintaan dan penawaran pekerja telah diuruskan? Apakah mekanisme yang telah diguna pakai dan bagaimana ianya sedang diteliti? Saya menuntut penjelasan daripada kementerian. Tambahan kepada rintihan ibu bapa, Tuan Yang di-Pertua, guru-guru juga mengeluarkan ketidakpuasan kerana terpaksa mengajar lebih masa berbanding sekolah biasa dengan gaji yang sama. Apakah modul pengajaran dan kurikulum yang telah disediakan untuk guru atau guru terpaksa sediakan secara sendiri? Kalau mereka terpaksa menyediakan modul atau kurikulum secara sendiri, ini mengambil masa berlebihan untuk mereka menyediakan tetapi gaji mereka sama seperti gaji cikgu-cikgu di sekolah. Ini amat membebankan pakar-pakar guru yang akan mengajar. Saya minta penjelasan. Kalau ada kekurangan, saya minta kementerian meneliti sebab guru adalah aset yang paling berharga. Kalau program ini hendak mencapai hasrat dan objektif, kita kena mula dengan sasaran guru. Jangan guru pula mempunyai rintihan. Seterusnya adalah, saya secara peribadi agak keliru sedikit dengan vokasional yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia. Mereka yang berjaya mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia itu dipanggil sebagai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Apakah peranan Kementerian Pendidikan dengan meluluskan rang undang-undang ini? Kalau saya hendak rujuk pindaan seperti seksyen 2 mengatakan bahawa kolej vokasional ialah suatu institusi pendidikan yang ditubuhkan, disenggarakan sepenuhnya oleh Menteri. Soalannya ialah perkataan iaitu "Disenggarakan sepenuhnya oleh Menteri", apakah peranan ini hanya kepada Kementerian Pendidikan atau ada gabungan dengan Kementerian Sumber Manusia? Saya menuntut penjelasan supaya kita tidak dikelirukan dengan pindaan rang undang-undang ini. Lagi satu poin terakhir tentang masalah vokasional ini, juga masih lagi menghadapi masalah dari segi prasarana dan kelengkapan bengkel untuk menjalankan kursus. Kerisauan ibu bapa dan guru mengenai prasarana dan kelengkapan bengkel wajib dihalusi dan ditangani segera. Pelancaran program telah dilaksanakan tetapi prasarana dan kelengkapan bengkel belum dikemaskinikan. Saya menuntut penjelasan mengenai persediaan prasarana dan kelengkapan bengkel. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk menanyakan soalan tentang sebuah sekolah rendah swasta iaitu Sekolah Sri Acmar. Ini ada kaitan sebab di sini ada satu surat daripada sekolah tersebut, dia kata di sini dengan izin, "I would like to kindly inform you that the Ministry of Education has approved the relocation of the primary school to the existing kindergarten premises. The existing primary school building will be converted to an International School." Saya tidak ada masalah apabila primary school diconvertkan untuk menjadi International School. Itu boleh diterima. Akan tetapi untuk primary school to the existing kindergarten premises, dari sekolah rendah akan masuk ke prasekolah. Dekat sini ada surat dari sekolah tersebut mengatakan telah mendapat approval daripada Ministry of Education (MoE). Situasi macam ini perlu diteliti. Saya minta Menteri jelaskan juga adakah memang betul wujud approval sebegini dan. | 104 | 116 | "2015-04-01T00:00:00" | https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf |